LAMPIRAN 3 (ii)-C
INISIATIF NO.3 (ii):
PEREKAYASAAN BAHAGIAN/NEGERI: BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI
TAHAP 1 (KENAL PASTI BPR SEDIA ADA)
BIL. NAMA JAWATAN
1. Ir. Mahran bin Mahamud Penolong Pengarah Kanan
2. Ir. Lokman bin Amir Hamzah
Penolong Pengarah Kanan 3. Puan Nina Mazuin Binti Mohamad Ramli Penolong Jurutera
4. Puan Hasreen Nor’ain Binti Yunus Penolong Jurutera Nota:
Adakah proses yang dipilih melibatkan bidang / perkhidmatan utama pejabat?
Senario proses sebelum BPR (tempoh,masa,kos)
TAJUK PEREKAYASAAN : STRUKTUR
ACCESSIBLE INTERLOCKING UNIT (AIU)
PROSES PEREKAYASAAN : Adakah proses yang dipilih melibatkan bidang / perkhidmatan utama pejabat?
Proses yang dipilih merupakan salah satu perkhidmatan utama Bahagian Pengurusan Zon Pantai. Senario proses sebelum BPR (tempoh,masa,kos)
Antara kaedah kawalan hakisan pantai yang sering digunakan ialah pembinaan struktur lapis lindung batu. Struktur tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang bergantung kepada faktor bentuk muka bumi dan jenis tanah serta faktor lain yang terdapat di lokasi struktur tersebut. Kekurangan utama struktur ini ialah ketiadaan kemudahan akses ke kawasan pantai di bahagian hadapan struktur tersebut dan melibatkan kos pembinaan yang tinggi.
LAMPIRAN 3 (ii)-C
Kerja-kerja ukur hidrografi perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum projek pembinaan struktur pengawalan hakisan pantai dimulakan. Perkhidmatan jurukur akan dilantik oleh JPS Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja ukur tersebut di kawasan projek. Lawatan ke tapak projek bersama jurukur perlu dibuat bagi tujuan pengesahan lokasi grab sampling, current measurement dan tidal meter serta kawasan Bathymetric survey di kawasan perairan pantai.
Terdapat setengah lokasi tersebut berada di dalam kawasan jajaran struktur lapis lindung batu.
Ketiadaan kemudahan akses ke hadapan pantai menyebabkan jurukur perlu mencari jalan akses lain yang berdekatan bagi membolehkan lawatan tapak dan kerja-kerja ukur dilakukan.
Sekiranya kemudahan jeti tiada ataupun lokasi jeti berada jauh dari kawasan projek maka jurukur perlu mencari tempat pendaratan bot yang sesuai untuk membolehkan pegawai jabatan menaiki bot dan memudahkan pengangkutan peralatan ukur. Struktur lapis lindung batu ini mempunyai permukaan yang membahayakan dan tidak sekata. Sekiranya diakses secara paksa maka risiko berlakunya kecederaan kepada pengguna akan meningkat. Oleh itu tempoh perjalanan untuk ke lokasi akses lain akan mengambil masa dan kadang-kadang laluan ke akses tersebut sukar dilalui disebabkan kawasan belukar atau laluan sempit.
Dari segi kos pembinaan struktur benteng batu ini ianya memerlukan kos pembinaan dari RM1,490.00 sehingga RM3,735.00 per m bergantung kepada lokasi sumber bahan (batu) diperolehi.