LAMPIRAN 3 (ii)-A
INISIATIF NO.3 (ii): PEREKAYASAAN BAHAGIAN/NEGERI: BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI
TAHAP 1 (KENAL PASTI BPR SEDIA ADA)
Bil. Nama Jawatan
1. Ir. Junaidi Apandi bin Jemain Ketua Penolong Pengarah Kanan
2. Ir. Mahran bin Mahamud Penolong Pengarah Kanan
3. Ir. Lokman bin Amir Hamzah Penolong Pengarah
4. Puan Nor Hasreen Nor’ain binti Yunus Penolong Jurutera
PENGURUSAN SUMBER DAN PEMBEKALAN MAKLUMAT PENGURUSAN PANTAI KEPADA PELANGGAN MENGGUNAKAN INTERGRATED SHORELINE MANAGEMENT PLAN (ISMP)
Bahagian Pengurusan Zon Pantai melalui Unit Kawalan Pembangunan telah melaksanakan kajian Intergrated Shoreline Management Plan (ISMP) disesuaikan mengikut prinsip ICZM untuk memberi perhatian kepada isu-isu utama dan masalah yang dihadapi oleh garis pesisir kita. Ia merupakan pendekatan bersepadu yang mengambilkira semua aktiviti bersektor yang mempengaruhi kawasan pantai dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada isu ekonomi, sosial, alam sekitar dan ekologi. Matlamatnya adalah untuk membangunkan alat pengurusan yang mengharmonikan semua aktiviti di kawasan pantai untuk menyokong set objektif pengurusan yang lebih luas bagi kawasan pesisir.Objektif ISMP
i. Penilaian dan pemilihan strategi pengurusan pembangunan pantai supaya pembangunan di kawasan pantai boleh dilaksanakan dalam cara yang mampan.
ii. Penilaian dan pemilihan opsyen pertahanan untuk garis pantai.
iii. Perumusan Garis Panduan Khusus dan Dasar untuk Aktiviti/Cadangan Pembangunan di kawasan pantai.
Sehingga kini, BPZP telah menyiapkan ISMP untuk Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Labuan dan Miri, Sarawak dan sedang diperluaskan pelaksanakan ISMP ke seluruh negara.
LAMPIRAN 3 (ii)-B1
INISIATIF NO.3 (ii): PEREKAYASAAN BAHAGIAN/NEGERI: BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI
TAHAP 1 (KENAL PASTI BPR SEDIA ADA)
Mengenalpasti Keadaan Semasa (As-Is)
Kod Aktiviti
Aktiviti Sedia Ada (As-Is)
Peranan (Jawatan / Jabatan)
Masa pemprosesan
Penerangan Aktiviti
A Menerima
Permohonan daripada pelanggan
KPPK 1 hari Pelanggan terdiri daripada pihak JPS Negeri atau Agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat untuk penyediaan ulasan permohonan pembangunan di persisiran pantai di peringkat negeri
B Lawatan
Tapak bersama JPS Negeri
PPK/PP & PJ 1 Hari Pihak BPZP bersama pihak JPS Negeri akan mengadakan lawatan tapak bersama untuk mendapatkan
gambaran dan maklumat terperinci di lokasi permohonan tersebut.
`C Menyediakan
maklumat dan ulasan teknikal.
KPPK/PPK/PP 3 Hari Penyediaan maklumat bagi
permohonan tersebut serta memberi ulasan teknikal terhadap permohonan pembangunan. Satu mesyuarat teknikal bahagian bersama unit dalaman yang berkaitan perlu dilaksanakan untuk menyediakan ulasan daripada BPZP.
D Surat ulasan
dan maklumat diedarkan kepada pelanggan
KPPK/PPK/PP 1 Hari Surat Ulasan Teknikal diberikan kepada pihak JPS Negeri dan Agensi berkaitan.
JUMLAH MASA 6 hari
LAMPIRAN 3 (ii)-B2 INISIATIF NO.3 (ii): PEREKAYASAAN
BAHAGIAN/NEGERI: BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI TAHAP 2 (PELAKSANAAN BPR BARU) Mengenalpasti Proses Kerja Baharu (To-Be)
Kod Aktiviti Aktiviti Kerja Baharu (To- Be)
Peranan (Jawatan / Jabatan)
Masa Pemprosesan
Penerangan Aktiviti
A Menerima
Permohonan daripada pelanggan
KPPK 1 hari Pelanggan terdiri daripada pihak
JPS Negeri atau Agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat untuk penyediaan ulasan permohonan pembangunan di persisiran pantai di peringkat negeri
B Meyediakan
maklumat dan ulasan teknikal
KPPK/PPK/PP 1 Hari Penyediakan maklumat dan ulasan melalui maklumat sedia ada daripada ISMP. Kajian ISMP mengandungi maklumat teknikal, sosio-ekonomi dan maklumat am.
C Surat ulasan
dan maklumat diedarkan kepada pelanggan
KPPK/PPK/PP 1 Hari Surat Ulasan Teknikal diberikan kepada pihak JPS Negeri dan Agensi berkaitan.
JUMLAH MASA 3 hari