• Tidak ada hasil yang ditemukan

Meneroka Pengetahuan, Kompetensi Dan Cabaran Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Meneroka Pengetahuan, Kompetensi Dan Cabaran Guru"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Meneroka Pengetahuan, Kompetensi Dan Cabaran Guru Bimbingan Dan Kaunseling Terhadap Pelajar Pendidikan Khas

(Exploring The Knowledge, Competencies And Challenges Of Guidance And Counseling Teachers For Special Education Students)

Nur Hazira Hamsi1*, Mohd Izwan Mahmud1, Ruhizan Mohd Yasin1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 July 2022 | Published: 1 August 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.24

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah menjalankan perkhidmatan kaunseling secara professional kepada semua kategori pelajar iaitu pelajar aliran perdana dan pelajar di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Penelitian daripada kajian lepas mendapati bahawa kurangnya kajian yang melihat dari segi perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berfokus kepada pelajar pendidikan khas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam lagi berkenaan perkhidmatan guru Bimbingan dan Kaunseling dari segi pengetahuan guru kaunseling tentang Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), kompetensi dan cabaran kepada pelajar pendidikan khas. Kajian ini mengunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian temubual berfokuskan kumpulan. Seramai 5 orang responden yang terdiri daripada guru Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah berpengalaman dalam pendidikan selama 2 hingga 10 tahun.

Hasil kajian menunjukkan perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling kepada pelajar pendidikan khas adalah memuaskan dari segi pengetahuan guru kaunseling tentang PPKI.

Kompetensi guru bimbingan dan kaunseling telah diberikan tumpuan kerana cabaran perkhidmatan kepada pelajar pendidikan khas bukan sesuatu yang mudah. Latihan secara praktikal ada dilakukan bagi menangani kekurangan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar golongan pendidikan khas.

Kata kunci: Bimbingan dan kaunseling, kompetensi, cabaran, pendidikan khas

Abstract: The role of Teachers Guidance and Counseling in schools is to provide professional counseling services to all categories of students i.e. mainstream students and students under the Integration Special Education Programme (PPKI). Research from past studies found that there was a lack of studies looking at the implementation of guidance and counselling services focused on special education students. Therefore, this study aims to learn more about the services of teachers Guidance and Counseling in terms of the knowledge of counseling teachers about the Integration Special Education Programme (PPKI), competencies and challenges to special education students. This study uses a qualitative approach by using group-focused interview research method. A total of 5 respondents comprising of Guidance and Counseling Unit (UBK) teachers in primary and secondary schools who have been experienced in education for 2 to 10 years. The results showed that the services of teachers guidance and counseling to special education students were satisfactory in terms of the knowledge of counseling teachers about PPKI. The competence of guidance and counseling teachers has

(2)

been given focus because the challenge of service to special education students is not easy.

Practical training is conducted to address the lack of counseling services for special education students.

Keywords: Guidance and counseling, competency, challenges, special education

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pada tahun 1963, Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah diwujudkan dengan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berfokuskan kepada empat aspek iaitu perkembangan, pencegahan, intervensi dan pemulihan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditubuhkan adalah bagi membantu meningkatkan sahsiah, disiplin, pengurusan kerjaya pelajar, kesejahteraan diri dan sebagainya bukan sahaja kepada pelajar aliran perdana tetapi meliputi pelajar pendidikan khas.

Di dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), pelajar akan ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya pelajar dapat bergaul dengan pelajar aliran perdana dan tidak merasa dipinggirkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Nik Hassan (2016) menyatakan pelajar kategori pendidikan khas merupakan pelajar yang boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sepertimana pelajar aliran perdana. Di Malaysia pendidikan khas tertumpu kepada kumpulan pelajar bermasalah pendengaran, penglihatan, bermasalah pembelajaran atau lembam dan sebagainya. PPKI diwujudkan di sekolah harian biasa iaitu sekolah rendah, menengah dan sekolah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif (Mohd Rizal &

Muallimah, 2010).

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia. Namun, pelbagai isu serta cabaran masih hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak terutamanya dalam sektor pendidikan. Berdasarkan pernyataan UNESCO (1994) bahawasanya cabaran terbesar sesuatu sistem pendidikan kebangsaan adalah kemampuan untuk memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai kategori. Terdapat pelbagai usaha telah dilakukan bagi menangani cabaran yang dihadapi dan kesan dari usaha itu mematangkan perkhidmatan kaunseling serta usaha tersebut dapat mengukuhkan lagi taraf perkhidmatan.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini diberikan kepada keseluruhan pelajar, beberapa kajian mendapati bahawa perkhidmatan ini kurang diberi penekanan ke atas pelajar aliran pendidikan khas (Norafifah Bali & Mohamad Hashim Othman, 2017; Hanani, Hasnah &

Salleh, 2012). Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kaunselor sekolah kekurangan kesediaan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelajar pendidikan khas. Jurang yang ketara diberikan oleh guru kaunseling dalam menawarkan perkhidmatan antara pelajar aliran perdana dan pelajar pendidikan khas. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini juga merupakan satu keperluan kepada pelajar pendidikan khas kerana mereka turut menghadapi pelbagai isu tersendiri yang menganggu kesejahteraan sosial mereka (Nyamwange et al., 2012).

Pelajar pendidikan khas turut berdepan dengan cabaran tersendiri dan permasalahan yang berkaitan sama seperti remaja lain antaranya isu peribadi, masalah rakan sebaya, perkembangan fizikal, gejala sosial dan sebagainya.

(3)

Kaunselor dapat mengwujudkan kepercayaan dan hubungan baik bersama klien dan mempunyai kesedaran terhadap kaum, prejudis dan bias (Ratt. et al., 2016). Kaunselor merupakan kerjaya yang mampu memberikan perkhidmatan yang efektif kepada pelbagai lapisan masyarakat sekiranya mereka mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran tatkala berhadapan dengan kepelbagaian tersebut (Norafifah Bali & Mohamad Hashim Othman, 2017). Oleh itu, sebagai guru kaunseling di sekolah sepatutnya lebih peka dan bersiap sedia dengan segala cabaran semasa yang sedang melanda agar perkhidmatan yang diberikan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Guru di Unit Bimbingan dan Kaunseling juga mempunyai kesedaran dari segi pengetahuan dalam PPKI di sekolah dan kompetensi dalam mengendalikan pelajar dari kalangan pelajar pendidikan khas.

2. Kajian Literatur

Kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling Kepada Pelajar Pendidikan Khas

Kajian oleh Azharizah Saimi & Salleh Amat (2019), untuk mengenalpasti kesediaan guru kaunseling serta latihan dan kemahiran yang diperlukan dalam menjalani perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar pendidikan khas. Terdapat beberapa orang kaunselor sekolah di negeri Selangor yang terlibat dalam menjalankan program bersama pelajar pendidikan khas. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai kesediaan dan pandangan yang positif kepada pelajar pendidikan khas. Tahap kesediaan serta latihan dan kemahiran yang diperlukan amatlah tinggi oleh guru kaunseling untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar ini.

Negara luar seperti di Turki, terdapat kekurangan literatur yang difokuskan untuk memberikan maklumat praktikal kepada kaunselor sekolah yang pekerjaannya melibatkan pelajar kurang upaya. Hal ini menunjukkan cabaran umum yang dialami dan kepentingan undang-undang, penerangan mengenai peranan kaunselor sekolah yang berkaitan dengan pelajar kurang upaya perlu diberikan. Kekurangan dari aspek kesedaran, pengetahuan dan kemahiran menunjukkan sikap negatif terhadap individu berbeza budaya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (Cimsir & Hunt, 2017).

Menurut kajian Emily Goodman-Scott et al. (2019), kebanyakan strategi empirikal yang mengkaji penyediaan kaunselor sekolah berkenaan dengan perkhidmatan pelajar pendidikan khas telah dijalankan 10-15 tahun yang lalu. Walaupun status semasa peruntukan kaunselor sekolah dalam bidang ini tidak diketahui, dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih banyak boleh dilakukan untuk membantu kaunselor sekolah berasa bersedia dengan pelajar pendidikan khas. Pelbagai kajian membuktikan bahawa kaunselor sekolah melaporkan kekurangan kesediaan untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar pendidikan khas.

Menurut kajian oleh Sazalia dan Rosadah (2019) pula mengenai kemahiran guru kaunseling terhadap pembentukan kerjaya pelajar berkeperluan khas memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi dalam profesion tersebut. Tahap profesionalisme ini berkait rapat dengan kesediaan guru dari segi kemahiran, latihan dan pengetahuan dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling kerjaya kepada pelajar pendidikan khas. Guru kaunseling bersedia dari segi persepsi guru itu sendiri dalam menjalankan kaunseling kerjaya sama ada mengikut keperluan pelajar atau sebaliknya.

Cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Terhadap Pelajar Pendidikan Khas

Kajian oleh Ndumbaro, Alodia (2020) adalah untuk meneroka status perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar kurang upaya di sekolah menengah inklusif. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga objektif khusus untuk meneroka kebolehcapaian persekitaran sekolah

(4)

kepada penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar kurang upaya, untuk meneroka perkhidmatan yang disediakan di sekolah menengah inklusif, untuk mengkaji cabaran perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling. Kajian itu juga mengenal pasti cabaran yang berbeza termasuk kekurangan dana yang diperuntukkan, kekurangan kemudahan bimbingan dan kaunseling serta halangan komunikasi. Cabaran lain ialah ketidakpercayaan terhadap guru kaunselor dan kekurangan latihan dalam perkhidmatan dalam kalangan guru kaunselor.

Berdasarkan kajian dari Norafifah Bali & Mohamad Hashim Othman (2017), Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah yang terlibat dalam Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif menghadapi cabaran, dimana cabaran ini disebabkan oleh tanggungjawab guru untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada dua kumpulan klien.

Dua kumpulan pelajar tersebut adalah dari pelajar aliran perdana dan Murid Berkeperluan Khas. Pada sebelum ini usaha meningkatkan penglibatan guru kaunseling dalam memberikan perkhidmatan yang menyeluruh kepada semua pelajar terutama pendidikan khas telah diabaikan secara tidak sengaja oleh guru kaunseling. Justeru itu, perkara ini perlu diberikan perhatian seperti mana yang telah dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seterusnya, kajian oleh Lia Mareza dan Agung Nugroho (2019), kajian ini adalah untuk memberikan gambaran mengenai pentingnya pelaksanaan kaunseling untuk kanak-kanak berkeperluan khas dengan halangan pendengaran dari aspek psikologi, sosio-budaya terhadap perkembangan sains dan teknologi. Hasil kajian mendapati kaunseling menjadi keperluan terpenting bagi pelajar berkeperluan khas, hal ini demikian kerana beberapa aspek seperti ketidakstabilan psikologi atau emosi daripada kemampuan bersosial dalam masyarakat seperti pengaruh buli atau tekanan sosial kepada kemampuan kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengikuti sebagai bentuk interaksi dari ruang siber atau penggunaan teknologi.

3. Objektif Kajian

i) Untuk meneroka pengetahuan guru tentang Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah

ii) Untuk mengenalpasti kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling kepada pelajar pendidikan khas

iii) Untuk meneroka cabaran yang dialami oleh guru dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar pendidikan khas

4. Metodologi

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini untuk meneroka pengetahuan oleh guru kaunselor tentang Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan meneroka kompetensi serta cabaran guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dalam menjalankan perkhidmatan kepada pelajar pendidikan khas. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif, yang bertujuan untuk mengenalpasti, meneroka dan memahami objektif kajian. Pendekatan kualitatif merupakan kajian yang hanya menggunakan perkataan, maklumat dan tidak melibatkan keterangan dalam bentuk angka (Miles et al. 2014).

Kajian kualitatif yang digunakan menggunakan kaedah temubual berfokuskan kumpulan.

Pendekatan kualitatif ini akan memberikan tumpuan kepada pemahaman dan pengalaman, pandangan dan sumbangan peserta kajian kepada pendidikan. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan berbentuk kajian kes. Kajian kes adalah kaedah yang digunakan

(5)

ketika pengkaji mahu meneroka dan mendapat kefahaman lebih mendalam tentang bagaimana sesuatu isu berlaku. Oleh itu, kajian kes ini lebih sesuai digunakan kerana dapat meneroka pengetahuan, kompetensi dan cabaran yang dikaji dengan lebih mendalam dan menyeluruh walaupun peserta kajian lebih kecil.

4.2 Peserta Kajian

Kajian telah melibatkan lima orang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berkhidmat di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pemilihan guru-guru sebagai peserta kajian adalah bersesuaian dan mempunyai kriteria seperti pengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar pendidikan khas. Pengalaman perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling oleh peserta kajian di sekolah adalah lingkungan dua tahun hingga sepuluh tahun perkhidmatan. Empat orang peserta kajian mempunyai latar belakang pendidikan Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) manakala seorang peserta pula merupakan graduan Sarjana Muda Psikologi (Psikologi Kaunseling). Selain itu, kesemua guru yang terlibat juga merupakan kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

4.3 Analisis Data

Analisis data dalam kajian ini adalah diambil dari data hasil temubual. Sebelum melakukan menganalisis data kualitatif, kesemua maklumat yang diperolehi akan dikumpulkan dan dibahagikan mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan supaya mudah difahami oleh pengkaji. Pembahagian ini akan memudahkan untuk dianalisis dan memberi kefahaman pengkaji. Proses menganalisis data memerlukan tahap ketelitian, ketekunan dan kreativiti yang tinggi. Pengkaji akan menghuraikan data yang telah diperoleh dari temubual yang dilakukan.

5. Dapatan Kajian

Meneroka pengetahuan guru mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah

Guru di Unit Bimbingan dan Kaunseling telah memahami dan mengetahui tentang Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan kategori pelajar yang mengikuti program tersebut.

Perkara ini telah memberikan kemudahan guru dalam memberikan perkhidmatan terhadap pelajar pendidikan khas selain pelajar aliran perdana. Hasil kajian menunjukkan juga pelajar pendidikan khas yang berada di bawah PPKI tidak dipinggirkan dari mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Ianya amat bercanggah dengan hasil kajian daripada Norafifah dan Hashim (2017), telah membuat penelitian bahawa pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia adalah masih kurang.

Analisis menunjukkan peserta kajian (PK) mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai pelajar-pelajar pendidikan khas yang berada di bawah PPKI. Berikut merupakan keratan transkrip yang dinyatakan oleh peserta kajian 1 (PK1),

“…program pendidikan khas seperti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), menempatkan murid-murid OKU dari aspek pendengaran, penglihatan dan masalah pembelajaran. Di sekolah ada unit khas untuk kelas PPKI yang diketuai oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas. Guru-guru yang ditempatkan di kelas pendidikan khas yang telah diberi latihan khas…” (PK1)

Penyataan yang sama turut dikongsikan dari guru bimbingan dan kaunseling yang merupakan peserta kajian 2 (PK2) dengan menyatakan,

“Di sekolah saya, kelas pendidikan khas merupakan pendidikan khas pembelajaran iaitu murid-murid terdiri daripada mereka yang tidak berkeupayaan dalam

(6)

pembelajaran kerana mengalami masalah seperti sindrom down, autisme ringan, ADHD, Terencat akal minimum dan disleksia yang telah mendapat pengesahan doktor dan mendapat kad OKU. Di sekolah juga terdapat kelas-kelas inklusif yang mana murid-murid khas tetapi belajar di kelas arus perdana…pendidikan inklusif iaitu belajar bersama murid bukan pendidikan khas…”(PK2)

Manakala penyataan GBKS dari peserta kajian yang lain turut menyokong perkara yang dinyatakan oleh peserta kajian 2,

“…di sekolah menengah dan rendah biasa ada dua program Program Pendidikan Khas Integrasi dan satu lagi program inklusif. Beza dua program ini didalam sekolah tersebut...kalau sekolah biasa ada unit ppki di mana kesemua pelajar adalah pelajar dari keperluan khas, bagi inklusif pula pelajar pendidikan khas akan duduk belajar dengan pelajar normal…” (PK3)

“murid-murid mbk ini dibahagi kepada enam kategori pertama masalah penglihatan, pendengaran, peryuturan, pembelajaran, fizikal dan gabungan atau multiple disability….yang masalah pembelajaran itu dia terbahagi kepada dyscalculia (tak boleh mengira), dyslexia (sukar membaca), dyspraxia (sukar untuk menulis)…” (PK4)

“PPKI bagus untuk murid berkeperluan khas dari segi masalah pembelajaran, autisme, slow learner, pekak bisu dan sebagainya. Dengan guru-guru berpengalaman dan mahir dalam memberi fokus kepada kelompok murid berkeperluan khas. PPM (pembantu pengurusan murid) disediakan untuk membantu guru PPKI mengurus murid. Elaun khas turut diberikan kepada guru dan PPM yang mengajar PPKI…”

(PK5)

Pengetahuan guru bimbingan dan kaunseling dengan pelajar di bawah PPKI ini ada yang bersifat secara tidak langsung apabila guru kaunseling akan melibatkan pelajar PPKI dalam program yang dianjurkan untuk sekolah dan perkara ini akan membolehkan guru mengambil tahu tentang PPKI dengan bertanya kepada guru yang mengajar pendidikan khas. PK3 dan PK4 ada menyatakan semasa temubual bahawa,

“…pelajar ini ada banyak kategori ada masalah pembelajaran, jenis masalah buta atau penglihatan, bisu dan ada lagi. Kalau dengan masalah pembelajaran ini, kita akan buat psikometrik dengan murid pendidikan khas seperti mana pelajar biasa buat, tapi dengan mereka kita perlu contract dulu dengan cikgu-cikgu yang mengajar pendidikan khas kerana mereka lebih rapat dan mengenali…” (PK3)

“..program umum biasa sekolah buat akan libatkan pelajar perdana dan juga pelajar pendidikan khas...” (PK4)

Mengenalpasti Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling kepada Pelajar Pendidikan Khas

Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling yang menekankan prinsip penerimaan tanpa syarat, perlu memahami faktor kelayakan sebelum menjalankan proses kaunseling dan kemahiran yang sesuai kepada pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagai kategori ini. Jika tidak dilakukan akan mengakibatkan masalah kepada pihak pentadbir sekolah, kepada kaunselor termasuklah kesan kepada para pelajar.

Penyataan yang sama turut dikongsikan dari PK3, PK4, PK5 dengan menyatakan,

(7)

“GBK tidak ada kemahiran jika tidak ada latihan daripada pihak pendidikan sekiranya GBK merupakan guru lantikan dan tidak dapat latihan dalam kemahiran kaunseling dengan pendidikan khas maka akan ada problem...” (PK3)

“..Di Malaysia ini, tiada kursus atau latihan khas kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang pelajar keperluan khas, saya dah semak di IPG, UKM, UPM, UM UPSI pun tak ada....”. (PK4)

“..GBK tidak dibekalkan dengan kemahiran mengendalikan pelajar PPKI..” (PK5) Justeru, terdapat beberapa kursus yang dijalankan oleh pihak pentadbir atau kementerian untuk memantapkan lagi kemahiran atau kompetensi guru bimbingan dan kaunseling. Seperti penyataan dari PK2 dan disokong oleh PK1,

“..antara usaha oleh KPM sendiri bahagian psikologi dan kaunseling lakukan adalah berkerjasama mengumpulkan guru bimbingan dan kaunseling, kita bagi khursus asas pendidikan khas kepada GBK… dari usaha tersebut kita akan nampak peningkatan kemahiran, pengetahuan dan keyakinan mengendalikan pelajar MBK..” (PK2)

“…perlu melalui pengalaman supaya kemahiran itu tidak ketinggalan, maksudnya setakat belajar saja tetapi tidak dapat memantapan kemahiran juga sukar..” (PK1)

Meneroka Cabaran Yang Dilalui Oleh Guru Dalam Menjalankan Sesi Bimbingan Dan Kaunseling Kepada Pelajar Pendidikan Khas

Setiap guru mempunyai peranan masing-masing dalam mendidik sehingga mencapai kejayaan dan memberi kepuasan kepada diri guru itu sendiri. Dalam usaha menjadi seorang guru yang menjalankan amanah dengan sebaiknya, ianya memerlukan seseorang guru itu memahami isu dan cabaran yang perlu ditempuhi. Pelajar pendidikan khas yang sememangnya sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran, fizikal, kognitif dan sebagainya. Guru kaunseling memahami dan mengetahui kategori-kategori masalah yang di alami oleh pelajar tersebut supaya dari pengetahuan awal memudahkan proses bimbingan dan kaunseling berjalan. Seperti yang telah dinyatakan oleh peserta kajian iaitu PK5 dan PK1,

“GBK perlu fahami jenis kategori murid berkeperluan khas tersebut dan menerima pandangan guru adakah murid tersebut boleh menerima bimbingan atau tidak kerana guru PPKI amat memahami murid mereka…” (PK5)

“GBK boleh membuat bimbingan dengan melakukan sesi soal jawab terlebih dahulu dengan guru PPKI untuk mengetahui jenis kategori murid dan mengambil murid yang kategori seperti masalah pembelajaran untuk dibuat bimbingan… kerana biasanya yang jenis kategori masalah pembelajaran boleh untuk mereka fahami dan berupaya untuk mengawal mereka. Namun untuk murid kategori autisme, down sindrom atau pekak bisu, GBK perlu berhanti-hati bagi mengelakkan kesalahfahaman kerana tiada asas contohnya isu komunikasi dalam bahasa isyarat yang GBK dan murid sendiri fahami…” (PK1)

Penyataan di atas turut disokong oleh PK2, PK4 dan PK3,

“…bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan, kurang cabaran kerana kognitif mereka normal dan mereka boleh mendengar jadi mereka boleh bercakap dengan baik dan kita dapat melihat raut wajah mereka, pertuturan mereka lancar….Untuk masalah pendengaran, ada isu sedikit sebab mereka berinteraksi

(8)

mengunakan sign language jadi kekurangan kaunselor untuk mengunakan sign language, mereka tidak tahu jadi masalah komunikasi kat situ ….” (PK2)

“…pelajar masalah pembelajaran ini menjadi isu kerana mereka ada masalah kognitif, jadi mereka tak faham, mungkin dari sudut kognitif dia rendah, kita nak gunakan bahasa yang tinggi itu agak sukar, Dengan cara mengunakan kemahiran seperti parafrasa, refleksi agak sukar dilakukan jika pelajar itu ada masalah pembelajaran tapi bagi masalah lain tiada isu….” (PK4)

“..proses kaunseling jadi lambat akan makan masa yang lama jika melibatkan pelajar masalah dari segi kognitif mereka…” (PK3)

6. Perbincangan

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam memahami pelajar di bawah PPKI. Pengetahuan ini akan memudahkan guru kaunseling memberikan perkhidmatan terhadap pelajar pendidikan khas.

Perkara ini membuktikan bahawa pelajar pendidikan khas tidak dipinggirkan dari mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling walaupun keterlibatan mereka dilakukan secara tidak langsung apabila guru kaunseling akan melibatkan pelajar PPKI dalam program yang dianjurkan untuk sekolah dan perkara ini akan membolehkan guru mengambil tahu tentang PPKI dengan bertanya kepada guru yang mengajar pendidikan khas. Hasil dapatan ini diperolehi dari Peserta Kajian 3 dan 4. Guru kaunseling bukan sahaja dapat pengetahuan baru mengenai PPKI malahan dapat mengeratkan hubungan bersama guru yang mengendalikan pendidikan khas.

Seterusnya, dapat meneroka pengetahuan peserta kajian berkenaan PPKI di sekolah, program ini merupakan sesuatu yang positif kerana dengan wujudkan di sekolah aliran perdana akan memberikan pendedahan kepada pelajar dan guru yang dimana sebelum ini tahap pengetahuan berkaitan orang keperluan khas masih rendah. Pelajar dan guru lain dapat mengenal kategori- kategori pelajar pendidikan khas dan bagaimana untuk menguruskan kategori tersebut. Antara kategori pelajar adalah sindrom down, ADHD, autisem dan pelbagai lagi.

Guru Bimbingan dan Kaunseling sememangnya harus memiliki kompetansi tersendiri dan kaedah tertentu yang berlainan daripada pelajar biasa (Prava, 2017). Hal ini penting bagi memastikan guru kaunseling mempunyai kelayakkan untuk menjalani perkhidmatan kepada pelajar pendidikan khas sekaligus memastikan guru tersebut menjalankan praktikal selama beberapa kali untuk merasai mengalaman bersama pelbagai kategori permasalahan pelajar berkeperluan khas. Penyataan ini diperolehi dari peserta kajian 2 yang mengalakkan guru kaunseling berusaha meningkatkan kemahiran dan dengan adanya kemahiran akan menimbulkan keyakinan mengendalikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar pendidikan khas.

Cabaran yang akan di tempuhi oleh guru kaunseling bukan sesuatu yang mudah kerana ianya melibatkan pelbagai masalah berkaitan dengan pelajar pendidikan khas. Sikap ketidakyakinan guru sendiri kerana kebimbangan terhadap kemahiran yang kurang dimiliki dalam mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi isu dalam menjayakan proses kaunseling kepada pelajar pendidikan khas. Cabaran pula dalam isu komunikasi dengan pelajar pendidikan khas adalah di sebabkan oleh kurangnya pendedahan Guru Bimbingan dan Kaunseling terhadap golongan kelainan upaya di sekolah mahupun di luar sekolah.

(9)

Pendedahan terhadap kepelbagaian budaya membantu seseorang untuk memahami budaya orang lain (Chao. et al., 2015). Individu akan mendapat kesan terhadap efikasi kendiri atas pengalaman pendidikan khas diperolehi dalam memudahkan pengendalian perkhidmatan kaunseling. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa guru tiada latihan khusus untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling di kalangan pelajar pendidikan khas. Ketiadaan latihan tersebut akan menyukarkan guru kaunseling untuk mempraktiskan amalan kaunseling dalam kalangan pelajar pendidikan khas.

Guru kaunseling perlu berhadapan dengan pelajar yang mempunyai pelbagai ragam serta karenah berbeza dengan pelajar biasa. Justeru itu guru kaunseling harus meningkatkan komitmen guru terhadap kerja dengan lebih baik dan memberi kesan dalam proses kaunseling serta kepada pelajar tersebut terutamanya (Gul & Fazil, 2016). Bagi memulihkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan, Guru Bimbingan dan Kaunseling akan mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam perubahan pendidikan.

Permasalahan atau konflik yang pelbagai dilakukan oleh pelajar pendidikan khas ini tidak dapat dijangka sama sekali. Diluar pemikiran dan kemampuan kita untuk menjangka permasalahan baharu yang dilakukan oleh pelajar. Sebagai persediaan awal bagi merungkai permasalahan ini Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu lebih kehadapan dengan sentiasa menambah pengetahuan, kemahiran dan latihan bagi menangani isu dan cabaran bukan sahaja dari pelajar aliran perdana turut kepada pelajar pendidikan khas.

7. Kesimpulan

Masyarakat tidak seharusnya melihat tanggungjawab memberikan bantuan kepada pelajar- pelajar pendidikan khas ini hanya kepada pihak sekolah atau ibu bapa sahaja, tetapi perlulah berganding bahu bersama untuk menjayakannya. Dalam menangani permasalahan yang berlaku, pihak pengurusan pentadbiran, guru pendidikan khas, guru bimbingan dan kaunseling serta ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab. Justeru itu, diharapkan segala isu dan cabaran yang timbul di harapkan dapat ditangani apabila kerjasama wujud.

Pemangkin kepada kejayaan oleh guru adalah dari segi pengetahuan, kemahiran, kesedaran dan motivasi guru itu sendiri perlu ditingkatkan. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki itu akan memudahkan kaedah perkhidmatan dan kepelbagaian aktiviti atau program dapat dilakukan dengan lebih menarik dan berkesan. Sehubungan dengan itu juga para guru kaunseling perlu diberikan ilmu dan latihan praktikal secukupnya supaya dapat memberikan perkhidmatan yang sebaiknya. Guru bimbingan dan kaunseling perlu fokus dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar pendidikan khas dan perkara ini perlu berpandukan kepada matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai peranan guru untuk melaksanakan program atau aktiviti bimbingan dan kaunseling ke atas pelajar pendidikan khas.

Penghargaan

Kajian ini adalah hasil geran penyelidikan di bawah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (GG-2019-078).

(10)

Rujukan

Azharizah Saimi & Salleh Amat. (2019). Kesediaan Dan Keperluan Latihan Kepada Kaunselor Sekolah Dalam Program Pendidikan Khas. Journal of Special Needs Education Volume 1, No. 1, 2011, 129-14.

Chao, M. M., Kung, F. Y. H., & Yao, D. J. (2015). Understanding the divergent effects of multicultural exposure. International Journal of Intercultural Relations, 47, 78–88.

http://doi.org/10.1016/j.ijintrel.2015.03.032

Cimsir, E., & Hunt, B. (2017). Students With Disabilities: Practical Information For School Counselors In Turkey. International Journal For The Advancement Of Counselling, 40(2), 122–132. Https://Doi.Org/10.1007/S10447-017-9315-x

Emily Goodman-Scott, Jonna Bobzien & Amy Milsom. (2019). Preparing Preservice School Counselors to Serve Students With Disabilities: A Case Study. Professional School Counseling Volume 22(1): 1-11. https://doi.org/10.1177%2F2156759X19867338 Gül Kahveci & Fazil Kucuk. (2016). School Counseling and Students with Disabilities.

International Online Journal of Primary Education, volume 5, issue 2 p15-21 http://www.iojpe.org/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Data Pendidikan Khas 2016. Retrieved from https://www.moe.gov.my/images/KPM/BPKhas/buku-data-pendidikan-khas2016- PRINT. pdf

Lia Mareza & Agung Nugroho. (2019). Implementation of Counseling Guidance for Children with Special Needs. Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar, 2019, 11(2) ISSN:2655-870X (online) https://doi.org/10.30595/Dinamika/v11i2.5730

Miles, M. B., Huberman, A. M., & Saldana, J. (2014). Qualitative Data Analysis: A methods sourcebook (3th ed.). London: Sage Publication Ltd.

Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad. (2010). Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di

Sekolah. Jurnal Kemanusiaan, 16(1) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Ndumbaro, Alodia A. (2020). The status of guidance and counselling to students with

disabilities in inclusive secondary schools in Tanzania. African Journal of Agricultural Research Vol. 6(19), pp. 4613-4623. DOI: 10.5897/AJAR11.741

Nik Hassan Seman. (2016). Permasalahan Pengajaran Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Menengah Dalam Kalangan Pelajar Pekak (tesis doktor falsafah yang tidak

diterbitkan), Universiti Sultan Zainal Abidin.

Norafifah Bali, Mohamad Hashim Othman. (2017), Keterlibatan Dan Cabaran Guru

Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Terhadap Murid Berkeperluan Khas. Asian Social Work Journal, Volume 2, Issue 2, 1 - 10

Nyamwange, C.B., Nyakan, P.O., and Ondima, P.C. (2012). Assessment of challenges facing secondary school guidance and counselling teachers in Nyamira district, Kenya.

Journal of Education and Practice 3 (16), 41-47

Pravat Kumar Dhal (2017). Guidance and Counselling in Teacher Education. Paper

presented at the National Seminar. Organized by Samarpandeep B.Ed. College at Ratu, Ranchi during Dec. 22-23

Ratts, M. J., Singh, A. A., Nassarmcmillan, S., Butler, S. K., & Mccullough, J. R. (2016).

Multicultural and Social Justice Counseling Competencies: Guidelines for the

Counseling Profession. Journal of Multicultural Counseling and Development. 44(1), 28–48.

Sazalia Mohd Salleh & Rosadah Abdul Majid. (2019). Persepsi Guru Bimbingan Dan

Kaunseling Dalam Menjalankan Kaunseling Kerjaya Dikalangan Murid Berkeperluan

(11)

Khas. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.

eISBN: 978-967-2122-71-5

UNESCO (1994). The Salamanca Statement and framework on special needs education. Spain:

UNESCO. http://www.unesco.org/education/pdf/SALAMA_E.PDF

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini berbentuk penerokaan kualitatif dengan menggunakan temu bual yang telah direka bentuk khas untuk meneroka persepsi guru terhadap penggunaan sumber kuasa oleh guru besar

Kompetensi Paedagogik pada dasarnya adalah kemampuan guru dalam mengelola pembelajaran peserta didik. Kompetensi Paedagogik merupakan kompetensi khas, yang

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keselamatan menjadi cabaran utama kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman di mana faktor ini

Kajian ini bertujuan untuk meneroka tahap dan pengaruh efikasi guru pendidikan khas terhadap penglibatan murid, amalan pengajaran dan pengurusan bilik darjah di sekolah

Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru pelatih tahun tiga Sarjana Muda Teknologi

Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka amalan penggunaan bahan bantu mengajar guru pendidikan khas masalah pembelajaran dalam kemahiran matematik

Hipotesis Kajian Bersesuaian dengan tujuan kajian, hipotesis berikut telah dibentuk untuk meneliti pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan

Justeru, kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan PdPR dalam kalangan guru sekolah rendah adalah tinggi dan cabaran guru dalam menjayakan perlaksanaan PdPR adalah