Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLmATAN PELAJAR DALAM PERBINCANGAN ATAS TALIAN
Nur Fatin Binti Yaha~a
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitit)
LB
20151028.55 N974 2015
I
r
\
r J
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade:
~-
~_ _ __
Please tick one
Final Year Project Report ~
Masters 0
PhD 0
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the 23 th day of DIS EMBER year 2015.
Student's Declaration:
I, NUR FATIN BINTI YAHAYA , 39584, FACULTY OF COGNITIVE SCIENCES AND HUMAN DEVELOPMENT, hereby declare that the work entitled, FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERBINCANGAN ATAS TALIAN is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources with the exception where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, no has any part of the work been written for me by another person.
23 DISEMBER 2015
Nur Fatin binti Yahaya (39584)
Supervisor's Declaration:
I, ASSOC.PROF.DR CHEN CHWEN JEN,hereby certify that the work entitled,FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERBINCANGAN ATAS TALIAN was prepared by the aforementioned or above mentioned student, and was submitted to the "FAC
ULTY" a~ a *partiallfull fulfillment for the conferment of BACHELOR OF SCIENCE WITH HON
OURS (COGNITIVE SCIENCE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work
23 DISEMBER 2015 Date: _ _ _ _ _ _ __
Received for examination by:
(Assoc.Prof. Dr Chen Chwen Jen)
I declare this Project/Thesis is classified as (Please tick (1):
o
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*o
RESTRI CTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*~ OPEN ACCESS
I declare this Project/Thesis is to be submitted to the Centre for Academic Information Services (CAIS) and uploaded into UNIMAS Institutional Repository (UNlMAS IR) (please tick (--I»:
~ YES
o
NOValidation of ProjectJThesis
I hereby duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:
• This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNI
MAS).
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic and research purposes only and not for other purpos
es.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitize the content to be uploaded into Local Content Database.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis if required for use by other parties for academic purposes or by other Higher Learning Institutes.
• No dispute or any claim shall arise from the student himself / herself neither a third party on this ProjectlThesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student himselflherself with
out first obtaining approval from UNIMAS.
Student's signature:
-..,..~o...r---r---
Supervisor's signature: ___....lJ.... '~--=/-I · r-~
_ _ __Date: 23 DISEMBER 2015 . Date: 23 DISEM ~ER 2015 Current Address:
No.21 Kg Tradisi Lembah Keriang Mukim Temin 06010 Changloon Kedah.
Notes: * Ifthe Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the date of restriction indicated, and the reasons for the confidentiality and restriction.
11
Pusat Khidmat Maklumat Akademik
UNlVERSm MALAYSIA SARAWAf';
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERBINCANGAN ATAS T ALlAN
Nur Fatin Binti Yahaya
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Sains (Kepujian)
(Sains Kognitif)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2015
III
...
Projek ini bertajuk 'Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam
perbincangan atas tali an, telah disediakan oleh Nur Fatin Binti Yahaya dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Sains Kognitif).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Asso~-;;;~~-~;~:th;~~~~~)
Tarikh:
23 DIS EMBER 2015
Gred
A
IV
I
r
I
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir saya dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek tahun akhir saya, Assoc.Prof. Dr Chen Chwen Jen at as kerjasama, bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh beliau kepada saya sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tanpa pemantauan dan tunjuk ajar beliau, mungkin saya tidak akan dapat menghasilkan kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua responden yang terlibat dan sanggup meluangkan masa untuk membantu saya dalam
melengkapkan soalan-soalan yang terdapat dalam kajian saya. Tidak ketinggalan juga, kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan suntikan semangat
kepada saya dalam menyiapkan projek akhir tahun ini dengan sebaiknya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sarna ada secara lansung ataupun tidak sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Diharapkan semua pelajar tahun akhir pada tahun ini mampu meraih grad yang terbaik dalam penyediaan projek akhir tahun 2015.
v
,...
usat Khi I.U j akl a Kademiii UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL ...vii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS ... 13 - 21
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN ...22 - 29
BAB 4 HASIL DAP A T AN KAJIAN ...30 - 41
RUJUKAN ...46 - 48
LAMP IRAN ... 49 -57 SENARAI GAMBAR RAJAH ...viii ABSTRAK ...ix
ABSTRACT ...x BAB 1 PENGENALAN ... 1-12
BAB 5 PERBINCANGAN ...42- 45
VI
SENARAI JADUAL
JADUAL 1. PENGUKURAN SKALA LIKERT 5 ... 25
JADUAL 2: KEPUTUSAN UJIAN ALPHA CRONBACH ...27
JADUAL 3 TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA ... 31
JADUAL 4: TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN ALIRAN KURSUS ... 32
JADUAL 5: T ABURAN RESPONDEN BERDASARKAN TAHUN PENGAJIAN ... ... .. ... ... ...33
JADUAL 6: TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN PENCAPAlAN CGPA ........... .. .......................... 34
JADUAL 7: HUBUNGAN ANTARA FAKTOR SIKAP DAN TABH PELAJAR DENGAN KEPUASAN PELAJAR ... 35
JADUAL 8: HUBUNGAN ANTARA FAKTOR INTERAKSI ANTARA PELAJAR DENGAN KEPUASAN PELAJAR ...36
JADUAL 9: HUBUNGAN ANTARA FAKTOR TENAGA PENGAJAR DENGAN KEPUASAN PELAJAR ... 37
JADUAL 10:HUBUNGAN ANTARA FAKTOR TEKNOLOGI DENGAN KEPUASAN PELAJAR ... 38
JADUAL II:HUBUNGAN ANTARA FAKTOR PERSEKITARAN DENGAN KEPUASAN PELAJAR ... ... ... 39
JADUAL 12: KEPUTUSAN HIPOTESIS NULL BERDASARKAN UJIAN PEKALI KOLERASI PEARSON ... ...
VB
41
,...
,...
SENARAI GAMBAR RAJAH
GAMBAR RAJAH 1: KERANGKA KONSEP ...5
GAMBAR RAJAH 2: TEORI DAN PRAKTIK DALAM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN... 15 GAMBAR RAJAH 3 : PEMBOLEHUBAH YANG MEMPENGARUHI
PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (KENNEDY,2000) ... 19
GAMBAR RAJAH 4: GRAF BAR T ABURAN RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA...31
GAMBAR RAJAH 5: GRAF BAR TABURAN RESPONDEN BERDASARKAN ALIRAN KURSUS ... 32
GAMBAR RAJAH 6: CARTA PAl TAHUN PEN GAHAN
RESPOND EN .... ... 33
GAMBAR RAJAH 7: CARTA PAl PENCAPAIAN CGPA RESPONDEN ...34
Vlll
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan pe]ajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dalam perbincangan atas talian. Seramai 100 orang pelajar daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia telah dipilih untuk menjadi respond en dalam kajian ini.
Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada aliran kursus yang berbeza iaitu daripada kursus Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Kognitif, Sarjana Muda Sains (Kepujian)
Pembangunan Sumber Manusia dan Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian).
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif .. Hasil yang diperoleh melalui kajian ini mendapati bahawa terdapat dua faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dan kepuasan pelajar dalam menggunakan forum.
Sebagai rumusannya, para pengajar yang aktif dalam memberi maklum balas serta menyediakan pelbagai sumber pembelajaran atas talian dapat menggalakkan penglibatan pelajar.Tuntasnya lagi, persekitaran pembelajaran yang sentiasa berada dalam tahap yang kondusif juga memainkan peranan yang penting kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam perbincangan atas talian.
Kata kunci : Forum, Perbincangan atas falian, Kepuasan pelajar
IX
,...
ABSTRACT
This research was aimed to investigate the factors that influence involvement of students from Faculty of Cognitive Sciences and Human Development in the online discussion. The total of 100 students from the Faculty of Cognitive Sciences and Human Development was chosen to be respondents in this research. The students were chosen by different course to get better result of research which are from Bachelor of Science (Hons) in Cognitive Science, Bachelor of Science (Hons), Human Resource Development and
Counselling Bachelor (Hons).
Research was conducted using quantitative methods. Based on research, the results that obtained through this research, we found that there are two factors that affect student engagement and student satisfaction using online discussion.
As a conclusion, as a good educator by giving feedback and provide a knowledge for online learning resources will encourage the students to using online discussion. Besides, learning environments also plays an important role for students to engage using in online discussion for their better learning session.
Keywords: Forum, An online discussion, Student satisfaction.
x
BABSATU PENGENALAN
Pendahuluan
Kajian ini adalah bertujuan untuk menerokai faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia dalam perbincangan secara atas talian
melalui ruangan forum.Seperti yang sudah diketahui umum, perbincangan secara dalam talian dapat meningkatkan perbincangan Ilmiah dalam kalangan pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.
Dalam bab ini juga akan memperihalkan mengenai latar belakang kajian serta tujuannya, penyataan masalah serta objektifkajian yang telah dibuat, seterusnya memaparkan kerangka
kOnSeptual, hipotesis kajian, kepentingan kajian, definisi konseptual dan skop kajian.
Latar Belakang
Tanpa kita sedari, kini kita sedang berada di era perlumbaan teknologi maklumat dan komunikasi yang sangat mencabar pemikiran dan kepercayaan.Pada mas a ini setiap individu bebas memberikan pelbagai pendapat dan pandangan masing-masing sehingga terlalu sukar untuk dikawal.
Belajar melalui perbincangan atas talian adalah satu strategi pembelajaran yang penting bagi pelajar untuk menghasilkan suatu pembelajaran yang kaya dengan maklumat-maklumat terkini (Smeltzer 1992), serta menambahkan komunikasi dan interaksi so sial secara semulajadi dan membimbing pelajar kearah proses kognitif peringkat tinggi (Lee 1996; Moller 1998;
Morrison 1992).
Teknologi yang canggih sememangnya mampu menggalakkan pembelajaran yang lebih bebas dan aktif di kalangan pelajar (McKimm, Jollie, & Cantillon , 2003). Salah satu sebab utama bagi penggunaan teknologi dalam situasi pembelajaran adalah untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (Groves & O'Donoghue 2009). Perbincangan melalui forum adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi menyediakan tenaga pendidik profesional yang
lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah dan memudahkan sesi perbincangan bersama pelajar tanpa perlu bersua muka (Jacobsen 2006).
Selain itu banyak isu yang tidak dapat diselesaikan secara bersemuka telah dapat diselesaikan melalui perbincangan secara maya (Garrison & Anderson, 2003).Menurut Sanchez- Sweatman (200 I) perbincangan secara atas talian banyak memberi manfaat dalam
pro es pembelajaran terutamanya kepada para pelajar yang tinggal di luar kampus dan sukar untuk mencari peluang bagi bertemu dengan pensyarah apabila berdepan dengan masalah yang berkaitan dengan kuliah yang tidak dapat diselesaikan di luar waktu kuliah.
Kenyataan masalah
Menurut Callan (2006), secara amnya, e-learning telah menyediakan ruangan forum atas talian sebagai tempat untuk penggunanya mengutarakan pandangan, pendapat serta melakukan perbincangan. Namun begitu, sehingga kini forum dalam talian masih kurang mendapat sambutan (Carboni, 1999; Pomeroy, 1 997; Hawkes & Good, 2000; Leach, 2002; Stephens &
Hartmann, 2002). Penggunaan komputer sebagai ruang untuk membuat perbincangan atas tali an berasaskan forum-forum adalah jelas dan telah lama aktif di seluruh dunia terutamanya
universiti-universiti di Australia, New Zealand, Korea Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat (Scott & Ryan 2009).
2
Papan perbincangan at au forum atas tali an adalah salah satu alat utama pembelajaran elektronik mengikut Harman & Koohang (2005).Banyak isu yang mungkin dihadapi oleh pelajar dan juga tenaga pengajar tidak dapat dibincangkan secara bersemuka akan dapat
diselesaikan melalui perbincangan secara maya (Garrison & Anderson, 2003).
Walau bagaimanapun, hasil daripada beberapa kajian yang telah dijalankan terhadap ruang forum atas talian yang telah dibangunkan untuk komuniti pendidik secara keseluruhannya menunjukkan penyertaan yang sangat rendah dan kurang memuaskan (Carboni, 1999;
Pomeroy,1997; Hawkes & Good, 2000; Leach, 2002; Stephens & Hartmann, 2002).
Antara cabaran utama yang perlu dihadapi untuk melaksanakan ruangan perbincangan secara atas talian ialah dari segi sumbangan dan penglibatan pelajar dalam e-forum (Zoraini Wah, 2005; Norwati Md Yusof & Zaini Amir, 2007).Kekerapan penglibatan pelajar secara aktif juga menjadi kayu ukur terhadap keberkesanan penggunaan perbincangan secara atas talian di dalam sistem pembelajaran.Walaupun pensyarah telah menyediakan markah yang sesuai untuk diberikan kepada pelajar di at as penglibatan di dalam forum,namun adakalanya pelajar tidak menggunakan forum dalam sistem e-Iearning sepenuhnya untuk melakukan perbincangan.
Terdapat juga segelintir pelajar yang tidak aktif secara langsung dalam forum e-Iearning tetapi aktif dalam perbincangan di lamanJacebook.
Kajian juga menunjukkan sebahagian besar tenaga pengajar dan juga pelajar yang terlibat di dalam forum secara maya telah menggunakan ruangan tersebut untuk membincangkan
perkara-perkara yang remeh-temeh dan mengandungi maklumat yang kurang tepat (Hough et al.
2004). Hal ini telah menimbulkan keinginan kepada pihak pengkaji untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam perbincangan dalam talian.
3
Objektif Kajian
Terdapat dua objektif di dalam kajian ini yang terdiri daripada objektifumum dan objektif khusus.
Objektif Umum
Objektifutama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan pelajar dalam perbincangan secara atas talian melalui ruangan forum.
Objektif Khusus
Objektifkhusus bagi kajian ini ialah:
Mengkaji perkaitan antara faktor sikap dan tabii pelajar dengan kepuasan penggunaan forum atas tali an.
2 Mengkaji perkaitan antara faktor interaksi antara pelajar dengan kepuasan penggunaan forum atas talian.
3 Mengkaji perkaitan antara faktor tenaga pengajar dengan kepuasan penggunaan forum atas talian
4 Mengkaji perkaitan antara faktor teknologi dengan kepuasan penggunaan forum atas talian.
5 Mengkaji perkaitan antara faktor persekitaran dengan kepuasan penggunaan forum atas tali an.
4
I
Pusat Khjdmat Maklumat Akademi . UNlVERSITJ MALAvSIA SARA\\': '
Rangka Konseptual
~ -
Pembolehubah Bersandar
• (l) Faktor sikap dan tabii pelajar
•
- -• (2) Faktor interaksi antara pelajar
• Kepuasan pelajar dalam
• (3) Faktor tenaga pengajar penggunaan forum secara atas
• (4) Faktor teknologi talian
• (5) Faktor persekitaran
Gambar rajah 1: Rangka konseptual kajian
Faktor sikap dan tabii peJajar
Faktor sikap dan tabii pelajar ini merujuk kepada sikap, kepercayaan, dan perasaan yang hadir dalam diri seseorang pelajar terhadap komputer (Heissen et aI., 1987). Pelajar yang bersikap positif terhadap perbincangan atas talian atau lebih tepat Jagi bersikap positif terhadap
penggunaan komputer akan menyertai forum dalam talian dengan lebih kerap berbanding dengan pelajar yang mempunyai sikap negatif terhadap komputer (Hanna fin & Cole., 1983). Sekiranya pelajar tersebut mempunyai persepsi yang positif terhadap komputer, maka pelajar tersebut akan mencapai kepuasan dalam menggunakan forum atas talian.
5
Faktor Interaksi antara pelajar
Interaksi antara pelajar ini merujuk kepada komunikasi secara elektronik antara pelajar dengan rakan pelajar yang lain. Sebagai contoh, perbincangan atas talian menggalakkan lebih ramai individu yang bersikap berat mulut untuk mengambil bahagian dalam perbincangan secara atas talian kepada tahap yang lebih besar (Citera, 1988). Tambahan pula, Warschauer (1997) menyokong interaksi persekitaran atas talian kerana beliau mendapati bahawa terdapat segelintir pelajar kurang menghadapi tekanan apabila mereka membuat perbincangan secara atas tali an berbanding dengan membuat perbincangan secara bersua muka.
Menurut Moore (1989), terdapat tiga kaedah interaksi didalam aktiviti pembelajaran iaitu antara pelajar dengan guru, antara pel ajar dengan pelajar, dan antara pelajar dengan bahan atau kebendaan.lnteraksi yang baik antara pelajar di dalam perbincangan menggunakan forum akan meningkatkan tahap kepuasan pelajar dalam menggunakan forum atas tali an.
Faktor tenaga pengaj ar
Merujuk kepada Arbaugh, Thurmond et al.,(2002), tindak balas yang positif antara tenaga pengajar terhadap komunikasi dan interaksi pelajar di ruangan forum amat penting.Hal ini
demikian kerana, para pelajar semestinya menginginkan tindak balas yang positif daripada tenaga pengajamya ketika melakukan perbincangan di ruangan forum atas talian. Anderson et aI.(200)1) menyatakan bahawa pengIibatan aktif guru adalah penting dalam mengekalkan minat dan motivasi pelajar dalam perbincangan atas talian.Rusia dan Benson (2005) melaporkan bahawa persepsi pelajar terhadap kehadiran guru dalam perbincangan at as taIian telah
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan pembelajaran pelajar.Kepuasan pelajar daIarn menggunakan forum tidak akan dapat dicapai jika tiada tindak balas yang positif daripada tenaga pengajar.
6
Faktor teknologi
E-forum boleh didefinisikan sebagai pendekatan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi Internet untuk proses komunikasi dan kolaborasi di dalam konteks pendidikan (Blackboard, 2000).Menurutnya lagi, ini termasuklah teknologi yang melengkapkan amalan pembelajaran dalam kelas secara tradisional dengan komponen-komponen berasaskan web dan persekitaran pembelajaran secara dalam talian ataupun maya.Teknologi boleh menggalakkan pembelajaran yang lebih bebas dan aktif di kalangan pelajar (McKimm,Jollie,
& Cantillon , 2003). Salah satu sebab utama bagi penggunaan teknologi dalam situasi pembelajaran adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Groves &
O'Donoghue 2009).
Faktor persekitaran
Dalam persekitaran pengajian terkini, pelajar sentiasa menghadiri kelas maya dan ianya adalah fleksibel kerana kelas maya boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan pelajar
mempunyai komputer dan sambungan Internet peribadi Daing Zaidah Ibrahim et a1.(2002).
Persekitaran merujuk kepada suatu ruang atau segal a sesuatu yang ada di sekeliling dan berhubung kait dengannya.
Kebanyakan pelajar menggunakan ruang persekitaran yang ada untuk tujuan
berinteraksi.Persekitaran yang baik dan kondusif akan memudahkan pelajar untuk berinteraksi dengan menggunakan komputer. Persekitaran amat penting agar pelajar sentiasa berasa selesa ketika melakukan perbincangan melalui komputer. Sekiranya persekitaran pelajar berada dalam keadaan selamat dan kondusif, pelajar mudah untuk mencapai tahap kepuasan dalam
enggunakan forum atas talian.
7
Persoalan Kajian
Antara persolan kajian ialah:
Adakah faktor sikap dan tabii pelajar dapat mempengaruhi kepuasan penggunaan forum atas talian ?
2 Adakah faktor interaksi antara pelajar dapat mempengaruhi kepuasan penggunaan forum atas talian ?
3 Adakah faktor tenaga pengajar mempengaruhi kepuasan pelajar dalam penggunaan forum atas talian?
4 Adakah faktor teknologi mempengaruhi pelajar dalam kepuasan penggunaan forum atas tali an?
5 Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pelajar dalam kepuasan penggunaan forum atas talian?
8
Hipotesis
Dalam kajian ini, terdapat 5 hipotesis, iaitu:
HOI :Tiada perkaitan yang signifikan antara faktor sikap dan tabii pelajar dengan kepuasan penggunaan forum atas tali an.
H02 :Tiada perkaitan yang signifikan antara faktor interaksi antara pelajar dengan kepuasan penggunaan forum atas tali an.
H03 :Tiada perkaitan yang signifikan antara faktor tenaga pengajar dengan kepuasan penggunaan forum atas talian.
H04 :Tiada perkaitan yang signifikan antara faktor teknologi dengan kepuasan penggunaan forum atas talian.
H05 :Tiada perkaitan yang signifikan antara faktor persekitaran dengan kepuasan penggunaan forum atas tali an.
9
Defmisi Istilah
Definisi istilah terbahagi kepada dua iaitu definisi konseptual dan operasional.
Definisi konseptual
Dalam kajian ini, definisi konseptual menjelaskan:
1 Perbincangan atas talian
Menurut Nelson (20 I 0), perbincangan atas talian merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan usaha untuk mempertahan, menyokong dan menentang sesuatu hujah yang dikemukakan.
2 Pelajar
Pelajar bermaksud seseorang secara rasmi terlibat dalam pembelajaran, terutama yang mendaftar di sekolah atau kolej dan membuat kajian menyeluruh mengenai perkara-perkara tertentu. (Merriam-Webster Dictionary)
3 Forum
Menurut Sheri Cyprus (2010), forum atas talian dikenali sebagai papan dan ruangan mesej, ruang untuk kumpu1an membuat sebarang perbincangan dalam talian,forum web atau papan buletin.Tetapi ianya berbeza daripada b1og. Sesuatu forum dalam talian adalah satu kawasan perbincangan mengenai laman web di mana ahli-ahli boleh menghantar perbincangan, membaca dan bertindak balas terhadap mesej oleh ahli-ahli forum yang lain.
10
Defmisi Operasional
1 Perbincangan atas talian
Bermaksud suatu ruang bagi seseorang untuk mengemukakan bangkangan, pendapat dan idea masing-masing.Ruangan perbincangan ini digunakan oleh pelajar- pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia di UNIMAS.
2 Pelajar
Pelajar dalam kajian ini merujuk kepada pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia di UNIMAS.
3 Forum
Merujuk kepada suatu bentuk atau ruangan bagi pelajar-pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia untuk membuat sebarang perbincangan tanpa perlu bersua muka.
Kepentingan kajian
Kajian ini amat penting kepada para pelajar Universiti Malaysia Sarawak sebagai bahan rujukan dan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam sesi perbincangan atas talian. Selain itu, kajian ini juga penting dan dapat membantu para pelajar untuk mengenal pasti cara dan kaedah yang sesuai untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam sesi perbincangan atas talian. Tuntasnya lagi,keputusan yang diperoleh daripada dapatan
kajian ini amat penting sebagai suatu langkah untuk menarik minat pelajar dan para pensyarah
tupaya melibatkan diri dengan lebih aktif dalam perbincangan secara atas tali an.
11
Skop kajian
Kajian ini hanya terhad kepada pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Malaysia Sarawak yang masih di dalam pengajian.Selain itu, kajian ini juga banya mengfokuskan kepada faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia dalam perbincangan secara atas talian.
12
BABDUA SOROTAN KAJIAN
PengenaJan
Dalam bab ini akan memperihalkan tentang faktor yang mempengaruhi penglibatan
pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan dalam perbincangan secara atas talian melalui ruangan forum. Selain itu, dalam bab ini juga akan mengulas serba sedikit mengenai kajian lepas yang telah dijalankan mengenai perbincangan atas talian dengan menggunakan forum.
Tuntasnya lagi, bab ini akan mempeIjelaskan mengenai pengesahan teori-teori yang telah
dilakukan oleh pengkaji sebelum ini mengenai penglibatan pelajar dalam perbincangan secara atas talian.Terdapat banyak kajian mengenai faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam perbincangan atas talian,antaranya termasuklah kajian yang telah dibuat oleh Phares (1992) dari bahagian teknologi pendidikan Universiti Bandar San Diego, kajian mengenai proses pembelajarall pelajar secara atas talian oleh A. Kennedy (2000) dan Teori pembelajaran atas talian oleh Anderson (2004).
13