Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
PENGGUNAAN KEMAHIRAN LISAN ASAS OLEH
KAUNSELOR PELATIH UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
(UNIMAS)
Correli Anak Nyobik
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
2005
B F
637 C787 2005
- - - -
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: Penggunaan Kemahiran Lisan Asas Oleh Kaunselor Pelatih Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
SESI PENGAJlAN:
1
() 02.Saya Correli Anak Nyobik
mengaku membenarkan tesis
*
ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:I. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengaj ian tinggi
5.
* *
sila tandakan ( ...J )(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau DSULIT
kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh
~RHAD
organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) DTIDAK TERHAD(T ANDAT ANGAN PENULlS) Alamat Tetap:
KAM Pu NC. I) fI\t.
JLi\! PflU-L. UN CV 'HoOD
Tarikh: ':J ~1 b I 1 005 Tarikh: _---""5'---'i"n---=-E..:LI_f)6?:5£"--_'--_ __
Catatan: • Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
• Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasaJorganisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
I "'I. ~
P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK PUSal Khidmat
~~~~l:
SARAWAY:UNIMAS UNlVERSITl M r .n~ nall
Q.1.'100 KOla ,al. ~ .
1111111111111111111111111111
1000143657
PENGGUNAAN KEMAHIRAN LISAN ASAS OLEH KAUNSELOR PELATIH UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
CORRELl ANAK NYOBIK
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
2005
I
--- ---- --- Projek bertajuk 'Penggunaan kemahiran lisan asas oleh kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)' telah disediakan oleh Correli Anak Nyobik dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian.
Diterima untuk diperiksa oleh:
".
. 1)11/"'"..-
(PN. JAMAYAH SAILI)
b
Tarikh:
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek, Puan Jamayah Saili atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan pandangan beliau sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Yunus bin Yusof (Maktab Perguruan Tun Abdul Razak dan Cik Rozainun binti Mahrnod (Universiti Teknologi MARA, cawangan Kota Samarahan, Sarawak) sebagai kaunselor berpengalaman yang telah membantu saya dalam menganalisis transkrip. Pengorbanan masa dan kepakaran untuk menganalisis transkrip amat dihargai. Segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi akan menjadi panduan bagi diri saya untuk menjadi individu yang lebih tabah dan berilmu dalam bidang kaunseling.
Terima kasihjuga ditujukan kepada Datin Dr Amla Salleh (Universiti Kebangsaan Malaysia) kerana mengizinkan say a menggunakan instrumen Borang Analisis Kemahiran Lisan untuk tujuan kajian ini. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada Dr Clara E. Hill (Universiti Maryland, Washington, DC) kerana sudi memberi saya idea, membalas email dan kiriman jumal yang berkaitan dengan tajuk kajian yang say a buat.
Tidak dilupa kepada rakan-rakan seprogram yang terlibat dalam kajian ini. Tanpa kerjasama dan pertolongan dari kalian semua, kajian ini tidak akan berjalan dengan lancar. Bagi rakan-rakan yang terlibat secara tidak langsung juga tidak dilupakan. Sokongan dan idea telah menjadi sumber inspirasi saya menjalankan kajian ini dari segi pengangkutan, kata-kata dan keprihatinan kalian semua.Terima kasih diucapkan.
Semoga jasa, budi baik dan sokongan kalian semua di atas akan diberkati oleh Tuhan.
".
111
,....
IPusat Khidmat Makfumat Akaden UNIVERSITI MALAYSIA SARAWA
94 00 fa Samaraban
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan
Jadual Kandungan iii
Senarai Rajah iv
Senarai Jadual vi
Abstrak viii
Abstract ix
1. BAB 1 PENDAHULUAN
1.0
Pengenalan1
1.1
Latar Belakang Kajian2
1.2
Kenyataan Masalah3
1.3
Objektif Kajian5
1.4
Kerangka Konseptual7
1.5
Persoalan Kajian8
1.6
Kepentingan Kajian9
1.7
Definisi Istilah 101.8
Limitasi Kajian15
1.9
Penutup17
2. BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0
Pengenalan18
2.1
Kemahiran Lisan18
2.2
Kaj ian Kemahiran Lisan23
2.3
Proses Kaunseling27
2.4
Analisis Protokol Lisan dan Protokol Lisan28
2.5
Penutup29
3. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
" .
3.0
Pengenalan30
3.1
Rekabentuk Kajian30
3.2
Lokasi Kajian32
3.3
Populasi dan Sampel33
3.3.1
Populasi Kajian33
3.3.2
Sampel Kajian33
3.4
Instrumen34
3.5
Prosedur Pengutipan Data35
3.6
Penganalisisan Data36
3.7
Penutup37
lV
l
4. BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0
Pengenalan38
4.1
Kekerapan Penggunaan Kemahiran Lisan Asas39 4.2
Kemahiran Lisan Asas Yang Jarang Digunakan44
4.3
Kesesuaian Penggunaan Kemahiran46
Tiada Perkaitan Penggunaan Kemahiran Lisan Asas Oleh Kaunselor Pelatih
Dengan Isu Yang Dikemukan Oleh Klien
46 4.3.1
4.3.2
Tiada Kesinambungan Proses Kaunseling51
4.3.3
Perbualan Sosial66
4.4
Kesesuaian Intonasi Suara Kaunselor PelatihDalam Sesi Kaunseling
74
4.5
Penutup76
5. BAB 5 RINGKASAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 77
5.1 Ringkasan Kajian Secara Terperinci
77
5.2 Implikasi Kajian
81
5.3 Kesimpulan Kajian 82
5.4 Cadangan Kajian Berikutnya
84
5.5 Penutup
85
Bibliografi Lampiran A Lampiran B Lampiran C
87 89 91
92" .
v
I
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1
Kerangka Konsepsual Kajian 7
Rajah 3.1
Prosedur Pengutipan Data
35
Rajah 4.2
Oraf Bar Kekerapan Penggunaan Soalan Tertutup Di Antara Kaunselor Pelatih
40
Rajah 4.3
Oraf Bar Kekerapan Penggunaan Dorongan Minima Di Antara Kaunselor Pelatih
41
Rajah 4.4
Oraf bar Kekerapan Penggunaan Soalan T erbuka Di Antara Kaunselor Pelatih
42
VI
•
lSENARAI JADUAL
Jadual4.1
Kekerapan Penggunaan Kemahiran Asas Lisan 39
Jadual4.S
Taburan Jenis Kemahiran Lisan Asas Mengikut Kekerapan, Peratusan
Dan Kedudukan 43
Jadual4.6
Kemahiran Lisan Asas Yang Paling Jarang Digunakan
Oleh Kaunselor Pelatih 44
Jadual4.7
Perbezaan Kekerapan Penggunaan Kemahiran Lisan Asas Yang
Kerap Dan Jarang Digunakan. 45
".
VB
ABSTRAK
PENGGUNAAN KEMAHlRAN LISAN ASAS OLEH KAUNSELOR PELA TIH UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK (UNIMAS)
Correli Anak Nyobik
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan kemahiran lisan asas oleh kaunselor pelatih UNIMAS. Dalam kajian ini pengkaji mengenalpasti kekerapan penggunaan kemahiran lisan asas seperti dorongan minima, soalan terbuka, so alan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan refleksi pengalaman, merumus, kemah iran lisan kaunseling lain dan bukan kemah iran kaunseling.
Selain daripada itu kajian ini juga mengenalpasti kemahiran yang sering digunakan dan jarang digunakan. Kajian ini juga mengenalpasti kesesuaian penggunaan kemahiran lisan dalam sesi kaunseling dan penggunaan intonasi suara yang sesuai dalam sesi kaunseling. Seterusnya kajian ini mengenalpasti kaunselor pelatih mengikuti proses kaunseling dalam sesi yang dirakam. Sampel bagi kajjan ini merupakan pelajar tahun 3 program kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Sampel ini dipilih secara rawak dari pelajar tahun 3 program kaunseling seramai 5 orang. Data bagi kajian ini dikutip berdasarkan rakaman suara sesi kaunseling ketiga dan keempat oleh sampel.
Rakaman suara itu telah ditranskrip secara verbatim. Transkrip itu dihantar ke kaunselor berpengalaman untuk dianalisis menggunakan Borang Analisis Kemahlran Lisan dan memberi komen bagi setiap sesi yang ditranskrip. Semasa menganalisis, kaunselor berpengalaman juga mendengar rakaman suara dari kaset.
Berdasarkan dapatan kajian kemahiran lisan asas yang paling banyak digunakan ialah soalan tertutup dengan diikuti dorongan minima dan soalan terbuka. Secara keseluruhan dapatan kajian mendapati kaunselor pelatih UNIMAS masih lemah dalam penguasaan sesi kaunseling dan penggunaan kemahiran lisannya.
Kesimpulannya kajian ini ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penggunaan kemahiran lisan oleh kaunselor pelatih dan tahap penguasaan sesi kaunseling dalam proses kauns~ling.
viii
ABSTRACT
THE USAGE OF BASIC VERBAL SKILL AMONG UNIVERSITY MALAYSIA SARA WAK (UNlMAS) TRAINEE COUNSELOR
Correli Anak Nyobik
This study aims to identify the usage of basic verbal skill among UNlMAS trainee counselors. Also, it is to find out the frequencies of using basic verbal skill such as minimal encouragement, open question, close ended question, paraphrasing, reflecting content, reflecting feelings, reflecting experience, summarizing, other counseling verbal skill and not counseling verbal skill by trainee counselor.
Besides that, these studies also seeks to find out which basic verbal skill is more frequently and seldom used by trainee counselor. This study identifies the suitability of using basic verbal skill and trainee counselors' intonation during a counseling session. This study also seeks to find out
if
trainee counselors could follow the counseling process. Sample for this study are Jrd years counseling student. The sample was selected randomly. For this study only 5 sample are being used. Data was gathered by recording 10 counseling sessions and transcribing it into verbatim. Analysis offrequencies was tabulated using Verbal Skill Analysis form. The experienced counselor performing this analysis and comment about the counseling session depended on tape recording. Results ofthe research showed that trainee counselors used close ended question, minimal encouragement and open question more than other verbal counseling skill.Overall, the trainee counselor has not conquered the counseling process and use of basic verbal counseling skills. Finally, this study finds out the weakness and strength ofusing basic verbal counseling skill among trainee counselor.
-'.
IX
BAB1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Proses kaunseling merupakan proses yang dinamik. Proses yang dinamik itu melibatkan banyak perkara yang berlaku. Sementara itu dalam proses kaunseling itu sendiri melibatkan hubung kait antara kemahiran, pendekatan yang digunakan oleh kaunselor dan peringkat dalam sesi kaunseling. Manakala dalam kajian ini, pengkaji ingin memfokuskan kepada kemahiran yang digunakan dalam sesi kaunseling. Kemahiran kaunseling yang akan difokuskan dalam kajian ini ialah kemahiran lisan asas dan penggunaannya oleh kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS):"
Justeru kajian berkaitan dengan kemahiran lisan kaunseling telah banyak dilakukan oleh pengkaji dalam bidang Kaunseling dan Psikologi. Kajian ini banyak melibatkan penggunaan kemahiran lisan yang digunakan oleh kaunselor.
Dalam kemahiran lisan terdapat pelbagai teknik yang dipelajari dan digunakan untuk menjalankan sesi kaunseling. Antara kemahiran lisan itu adalah soalan
tertutup dan terbuka, parafrasa, interpretasi, konfrantasi, pendedahan kendiri, refleksi, kesenyapan, merumus, 'cutting off dan banyak lagi. Kemahiran
kemahiran ini semua akan digunakan mengikut kesesuaian situasi perbincangan semasa sesi kaunseling itu.
1.1 Latar belakang kajian
Kaunseling merupakan suatu proses yang berterusan. Dalam proses kaunseling yang berterusan dan dinamik ini penggunaan kemahiran kaunseling memainkan peranan yang amat penting di samping mengetahui peringkat dalam proses kaunseling itu sendiri. Kemahiran kaunseling yang terbahagi kepada dua iaitu kemahiran lisan dan bukan lisan harus dapat dikuasai untuk melancarkan proses kaunseling itu.
' Teknik kaunseling menterjemahkan proses kaunseling kepada tingkah laku kaunselor yang sebenar" (Edward H. Scissons, 1992). Dari kenyataan ini menunjukkan kemahiran kaunseling yang digunakan oleh kaunselor memberi kesan pada dirinya juga. Juste,ru penguasaan kemahiran kaunseling terutamanya kemahiran lisan khasnya dalam kajian ini amat memberi makna kepada kaunselor.
Kajian sebelum ini banyak dilakukan pengkaji lepas yang mengkaji kemahiran lisan dan bukan lisan kaunseling. Walau bagaimanapun dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji kemahiran lisan asas yang digunakan oleh kaunselor pelatih.
2
1.2 Kenyataan Masalah
Proses yang dinamik seperti proses kaunseling amat rumit dan kompleks untuk dinyatakan bagaimana proses itu berlaku secara terperinci. Menurut Hill dan O'Brien (1999) "Kebanyakan apa yang berlaku di dalam proses menolong adalah sangat kompleks dan selalunya sukar untuk kebanyakkan kaunselor terutamanya di kalangan mereka yang masih baru untuk mempunyai kesedaran yang penuh terhadap proses ini." Proses menolong yang sangat kompleks memerlukan seorang kaunselor yang cukup teliti dan bijak untuk mengendalikan sesi. Ketelitian dan kebijaksanaan kaunselor itu pula berdasarkan pengalaman kaunselor dan latihan kaunselingnya.
Kesedaran kaunselor tentang apa yang perlu dilakukan dalam proses kaunseling itu amat penting. Oleh itu dalam hal ini kesedaran tentang kemahiran yang digunakan amat penting. Bagi kaunselor yang masih baru dalam maksud pemyataan d.i atas dan kaunselor pelatih dalam maksud kajian ini, tidak semua akan mempunyai keyakinan penuh dalam penggunaan kemahiran kaunseling dan perjalanan sesi.
"Belajar untuk menjadi kaunselor bukanlah sarna dengan belajar menjadi doktor mahupun psikitri, di mana latihan mereka lebih ke arah akademik dan tidak perlu melihat tentang emosi dan sikap" Liz Hodgkinson (1992). Kenyataan ini jelas menyatakan bahawa untuk menjadi kaunselor cara pembelajarannya tidak sarna seperti menjadi seorang doktor. Menghasilkan kaunselor yang baik memerlukan pengalaman yang ban yak tentang hampir semua bidang. Bagi
3
seorang kaunselor, dia perlu menitik berat kepada emosi dan sikap kliennya berbanding bidang lain contohnya doktor yang lebih kepada teori dan pengaplikasiannya yang tidak melibatkan emosi dan sikap kliennya. Justeru penggunaan kemahiran lisan asas kaunselor pelatih dalam kajian ini akan lebih kepada keyakinan, tafsiran emosi, sikap dan tingkahlaku berdasarkan pengalaman serta kepekaan kaunselor pelatih itu.
Penggunaan kemahiran lisan yang asas oleh kaunselor pelatih juga berkaitan dengan tahap penguasaan kaunselor pelatih. Liz Hodgkinson (1992) menyatakan, "Kebanyakan pelatih mempunyai rasa ragu-ragu dan bingung: ...
Kaunselor yang masih dalam latihan mempunyai perasaan seperti itu disebabkan kaunselor tidak cukup pasti dan yakin dapat menggunakan kemahiran kaunseling yang diajar". "Kaunselor yang masih dalam latihan, belajar mengembangkan kemahiran kaunseling mereka melalui pengajaran dan pengalaman mereka"
(Robert E. Doyle, 1992). Georgiana Shick Tryon, 2002 menyatakan terapis novis percaya bahawa mereka perlu mencelah tanpa mengetahui kesenyapan merupakan suatu teknik juga.
-'.
Jadi untuk kajian ini, pengkaji akan mengkaji aspek penggunaan kemahiran lisan yang digunakan oleh kaunselor pelatih memandangkan kaunselor yang masih dalam peringkat belajar masih belum cukup pasti dan yakin dapat mengaplikasikan kemahiran kaunseling yang telah dipelajari. Kaunselor pelatih yang masih dalam peringkat belajar masih be rasa tidak pasti apa yang akan dikatakan dan dilakukan dalam sesi kaunseling. Hal ini berlaku kerana,
4
"Kebanyakkan kaunselor yang masih baru akan menggunakan semua teknik yang barn dipelajari kepada semua kliennya (Nystul, 1981). Justeru kaunselor yang masih barn dalam bidang kaunseling selalu keliru dan tidak pasti apa yang patut dilakukan semasa sesi kaunseling dilakukan.
Oleh yang demikian kajian ini akan mengkaji aspek penguasaan kaunselor pelatih menggunakan kemahiran lisan dan keyakinan menggunakan kemahiran lisan yang digunakan. Menurut Nystul (1999) "Kebanyakan kaunselor yang masih barn lebih cenderung mementingkan kesempumaan. Mereka takut untuk melakukan kesilapan." Kesempumaan sesi yang dititik beratkan lebih kepada perjalanan dan peringkat sesi kaunseling itu. Jadi di sini kaunselor pelatih yang masih dalam latihan kaunseling pasti mempunyai masalah seperti itu yang mementingkan kesempumaan menggunakan teknik kaunseling berbanding keberkesanan sesi kaunseling yang dijalankan.
1.3 Objektif kajian
Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus.
Objektifini akan menjadi panduan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian.
1.3.1 Objektif urn urn
Kajian ini mengkaji tentang penggunaan kemahiran asas lisan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
5
1.3.2 Objektif khusus
1. Mengenalpasti kekerapan penggunaan kemahiran lisan dorongan minima, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman, merumus, kemah iran lisan kaunseling lain dan bukan kemahiran lisan kaunseling.
2. Mengenalpasti kemah iran yang sering digunakan.
3. Mengenalpasti kemahiran yang jarang digunakan.
4. Mengenalpasti kesesuaian penggunaan kemahiran lisan dalam sesi kaunseling.
5. Mengenalpasti kesesuaian intonasi suara kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling?
6. Mengenalpasti samada kaunselor pelatih mementingkan kesempumaan proses dalam sesi kaunseling.
".
6
1.4 Kerangka konsepsual
Pembolehubah Bersandar.
Penggunaan kemahiran
Pembolehubah Tak Bersandar 1. Kemahiran lisan asas.
•
Dorongan minima.•
Soalan terbuka.•
Soalan tertutup.•
Parafrasa.•
Refleksi isi.•
Refleksi perasaan.•
Refleksi pengalaman.•
Merumus.•
Kemahiran lisan lain dan bukan kemahirankaunseling.
2. Peringkat dalam proses sesi kaunseling.
3. Intonasi suara.
Rajah 1.1 Perkaitan antara tahap penguasaan dengan kemahiran lisan asas.
Dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji kemahiran lisan kaunselor pelatih. Hanya lapan sahaja kemahiran lisan yang dikaji yang sebagai kemahiran asas menurut Lonborg (1991) dan Ivey (1996) (dipetik dari Arnla Salleh Mohd.
ArifIsmail, Salleh Arnat, Zuria Mahmud, 2001) oleh pengkaji.
Rajah 1.1 lapan kemahiran lisan asas iaitu dorongan minima, parafrasa, refleksi isi, perasaan, pengalaman dan merumus merupakan kemahiran as as yang akan dikira kekerapannya serta penggunaannya. Selain itu kaunselor berpengalaman yang akan menganalisis transkrip menilai tahap penguasaan kaunselor pelatih. Walau bagaimanapun jika terdapat kemahiran lisan yang lain
7
pengkaji akan meletakkan di bawah kemahiran lisan yang lain dan bagi perbualan yang tidak dapat dikenalpasti sebagai kemahiran lisan kaunseling akan diletakkan sebagai bukan kemahiran kaunseling.
Berdasarkan rajah 1.1 itu, pengkaji juga akan mengkaji samada kaunselor pelatih boleh mengikuti peringkat dalam proses sesi kaunseling dan perkaitannya dengan penggunaan kemahiran lisan asas kaunseling. Pengkaji juga mengkaji kesesuiannya intonasi suara kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling yang dirakam.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini mengkaji penggunaan kemah iran lisan asas oleh kaunselor pelatih UNIMAS. Dalam kajian ini beberapa persoalan yang ingin Qikaji secara lebih terperinci untuk menjalankan kajian ini.
I. Apakah kemahiran lisan yang kerap digunakan oleh kaunselor pelatih?
ii. Mengenalpasti kajian Cumming, 1987 dan Lonborg, 1991 yang menyatakan kaunselor pelatih lebih selesa menggunakan kemahiran lisan
",
asas dalam sesi kaunseling?
Ill. Mengenalpasti kaunselor pelatih mementingkan kesempurnaan
menggunakan teknik kaunseling berbanding keberkesanan sesi kaunseling yang dijalankan.
Dengan menjalankan kaj ian ini persoalan di atas akan cuba dijawab untuk melihat hasilnya.
8
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil dapatan kajian ini boleh memberi gambaran dan panduan kepada pengkaji untuk menambah pengetahuan tentang kemahiran lisan kaunseling secara lebih mendalam. Hasil dapatan kajian ini akan memberi pengetahuan kepada pengkaji apakah kemahiran kaunseling yang dipelajari selama ini dapat diaplikasikan dan dikuasai oleh kaunselor pelatih.
Selain daripada itu pengkaji dapat memahami sesi kaunseling secara lebih terperinci melalui kajian yang dijalankan. Hal ini kerana dalam kaunseling ia merupakan sebuah proses yang dinamik dan perlu dipelajari secara teori serta praktikal.
Selain itu~ penemuan kajian ini memberi manfaat kepada kaunselor pelatih untuk menambahkan keyakinan diri mereka mengenalpasti kemahiran kaunseling yang dapat dikuasai dalam sesi kaunseling. Selain daripada itu mereka dapat mengetahui kemahiran lisan yang kerap digunakan. Mereka juga boleh menyediakan diri mereka dalam menggunakan kemahiran lisan.
Hasil dapatan kajian ini juga akan memberi kepentingan kepada pihak pensyarah kaunseling dari segi keberkesanan cara penyampaian dan tunjuk ajar mereka dalam kuliah dan latihan makmal dapat dipraktikkan oleh kaunselor pelatih. Secara tidak langsung pensyarah kaunseling dapat melihat tahap penguasaan kemahiran lisan oleh kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
9
Hasil kajian ini juga akan melihat tahap keberkesanan cara ko-kurikulum program Kaunseling Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kepada pelajar kaunseling setelah mempelajari teknik dan teori kaunseling.
1.7 Definisi istilab
1.7.1 PelatihlNovis Konseptual
'Pelatih' orang yang sedang menerima latihan. (Kamus Dewan Edisi 3)
'Novis' sebagai yang baru atau kurang berpengalaman dalam tugas atau situasi tertentu, mereka lebih dikenali sebagai seorang yang baru belajar dalam bidang kepakaran tertentu (Fisher, 1991) (dalam Che Mohd Hazidi, 1998).
Manakala Petel (1991) (dalam Che Mohd Hazidi, 1998) mewakili novis dalam beberapa ciri:
1. Baru menceburi dalam sesuatu bidang menyebabkan mereka kurang berpengalaman dan berpengetahuan berbanding pakar.
2. Lebih menggunakan teknik ke belakang (backward reasoning) untuk menyelesaikan masalah iaitu membuat berdasarkan kesimpulan daripada hipotesis kepada fakta.
3. Menggunakan metod yang lemah di mana heuristiknya tidak bergantung kepada domain pengetahuan yang spesifik dan,
4. Berkedudukan di tahap yang paling rendah dalam kedudukan piramid kepakaran.
10
Operasional
Kaunselor pelatih' pelajar Kaunseling Tahun 3 Sesi 2004/05 , Universiti Malaysia Sarawak.
1.7.2 Kaunselor Konseptual
Kaunselor seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain.
Aba kaunselor J998 Akta 580 Bahagian J: 2
Menurut Robert E. Doyle, 1992 'Kaunselor' ialah individu yang mempunyai latihan profesionaL ...
Manakala Tyler pula mengatakan kaunselor adalah sebagai pembantu yang mempercepatkan proses seorang yang dibantunya dalam membuat pilihan yang wajar bagi masa depan dan kehidupannya. (Muhd Mansur Abdullah,1986)
Operasional
Seorang individu yang mempunyai pendidikan formal dalam bidang menolong
dan berkeupayaan untuk membantu individu lain menggunakan kepakarannya.
Individu ini berfungsi sebagai pembantu yang mendorong kepada cara penyelesaian masalah.
11
1.7.3 Kaunseling onseptual
Kaunseling suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut
od etika kaunseling untuk: mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hay at klien.
Aba kaunselor J998 Akta 580 Bahagian J: 2
Kaunseling' ialah suatu hubungan dan suatu proses yang dibuat untuk membantu individu membuat keputusan dan menyelesaikan masalahnya. (George &
Cristiani, 1990)
Manakala Egan, 1990 menyatakan 'kaunseling' ialah aktiviti dan proses yang aktif.
Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990) mendefinisikan 'kaunseling'; satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. (Mizan Adiliah dan Halimatun Halaliah 1996)
Operasional
Suatu proses menoiong dalam memberi kesedaran dan membimbing klien dalam mencari jalan penyelesaian masalah untuk masalahnya.
12
17.4 Lisan oDleptual
Lisan bermaksud komunikasi menggunakan bahasa sebagai makna kod simbolik.
Gay Lumsden & Donald Lumsden, 2003)
Penggunaan dalam perkataan, samada bercakap atau bertulis tetapi kebiasaannya ia merupakan percakapan iaitu oral dan tidak bertulis.
Perkataan yang dijawab dengan perkataan.
Chltj)://www.brainydictionary.com/words/ve/verbaI23 6971.html)
Operasional
Lisan' bermaksud satu cara berkomunikasi menggunakan suara tanpa melihat kepada gerak. bahasa badan.
1.7.5 Cara Respon Lisan (Verbal Response Modes)
Konseptual
Pengkelasan perbualan (Stiles, 1992).
rasional
Perbualan yang berbentuk aya~ telah dipecahkan kepada frasa atau ayat tertentu agar dapat diklasifikasikan jenisnya.
13