• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelajar UniMAP raih tempat pertama Materials Lecture Competition 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelajar UniMAP raih tempat pertama Materials Lecture Competition 2020"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Pelajar UniMAP Raih Tempat Pertama Materials Lecture

Competition 2020

Oleh: Aininulniza Mohd Yusof

ARAU, 28 Ogos – Pelajar Tahun Empat Kejuruteraan Metalurgi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat pertama di Materials Lecture Competitiom 2020 (MLC 2020) peringkat kebangsaan anjuran Institut Bahan Malaysia (IMM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tuan rumah, semalam.

Kejayaan Tan Kai Xin berkenaan sekaligus melayakkan beliau mewakili Malaysia pada

pertandingan Young Persons' World Lecture Competition 2020 (YPWLC2020) pada peringkat dunia yang dijangka berlangsung November ini dan negara Hong Kong telah dipilih sebagai tuan rumah.

Tan Kai Xin berkata beliau terpilih menyertai pertandingan berkenaan sejak awal tahun ini, namun disebabkan penularan wabak COVID-19 dan terpaksa pulang ke rumah masing-masing

menyebabkan persiapan menghadapi pertandingan itu bermula agak lewat.

Ujarnya, pada akhir bulan lalu barulah beliau mengetahui bahawa pertandingan itu bakal berlangsung pada Ogos menyebabkan persiapan hanya ada sekitar dua minggu sebelum

penyerahan video syarahan bertajuk A Step-Transition Mechanism of The Dehydrogenation Process of Titanium Hydride kepada penganjur.

“Saya tidak mempunyai banyak pendedahan mengenai penyampaian topik teknikal tertentu secara terbuka malah ia pula berlangsung secara maya namun saya yakin tanpa sokongan serta bantuan semua pihak terutama Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, penyelia saya Dr. Nur Farhana Hayazi dan jawatankuasa MLC2020–UniMAP, tidak mungkin dapat menghadapi cabaran ini sekaligus mencipta kejayaan manis ini,” kata beliau yang bergiat aktif dalam pengucapan awam sejak dari sekolah menengah.

Dalam MLC 2020 itu, Kai Xin menewaskan peserta dari Universiti Malaya yang meraih tempat kedua, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tempat ketiga serta 10 peserta universiti awam (UA) dan universiti swasta lain.

Terdahulu Naib Canselor UniMAP, Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad melahirkan rasa bangga di atas kejayaan pelajar berkenaan sekaligus turut mengharumkan nama universiti.

Ujarnya, beliau berharap kejayaan itu dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk mencipta kejayaan dalam apa jua bidang walaupun kini kuliah mahupun pertandingan perlu dijalankan secara norma baharu.

(2)

“Saya berharap Tan Kai Xin berjaya memperolehi sekali lagi kejayaan di peringkat dunia kerana beliau bukan sahaja dapat menyerlahkan keterlihatan UniMAP malahan negara Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Dalam MLC 2020 itu, Kai Xin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta sijil dan piala.

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Terima 46 Buah Bas Baharu Bagi Kegunaan Pelajar PAUH PUTRA, 15 Ogos - Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima 46 buah bas dalam

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 25 Ogos 2016 80 Pelajar Antarabangsa UniMAP Terima Sijil Graduasi IEC Pauh Putra, 25 Ogos – Seramai 80 pelajar antarabangsa Universiti

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Pelajar UniMAP Kekal 100 peratus Dalam Kampus Kangar, 26 Ogos – Kesemua pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP akan kekal 100

Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP Pegawai-pegawai Utama Universiti Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP, Dekan-dekan dan

McDonald's Sumbang 600 pek McChicken, Kod QR Mudahkan Pengambilan Makanan Pelajar Oleh : Aininulniza Mohd Yusof PAUH PUTRA, 26 Mac – Pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP yang

Pelajar Bukan Islam UniMAP Bantu Agih Makanan Sahur Oleh : Aininulniza Mohd Yusof PAUH PUTRA, 25 April – Dalam kesibukan kita menyambut Ramadan dengan suasana yang sederhana berikutan

UniMAP Sedia Insentif Rm1.18 Juta Untuk Kemudahan Pelajar B40 Pasca-COVID-19 Oleh : Suhana Abd Mutalib Arau – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menyediakan peruntukan berjumlah