Pengaruh Kesepian dan Harga Diri Terhadap Permasalahan Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Remaja
(The Influences of Loneliness, Self-esteem In Predicting Problematic Smartphone Use Among Teenagers)
Yap Jyh Shen1*, Shahlan Surat1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 April 2023 | Published: 30 April 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.58
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Dalam era digital, golongan remaja merupakan kumpulan pengguna telefon pintar yang paling aktif dan berpotensi terdedah kepada penggunaan telefon pintar yang bermasalah.
Kajian ini berhasrat untuk mengkaji pengaruh kesepian dan harga diri terhadap penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Selanjutnya, kajian ini juga cuba mengenalpasti perbezaan jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja di Malaysia.
Dalam kajian ini, seramai 386 peserta telah direkruit melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah bukan kebarangkalian bagi persampelan kemudahan. Tinjauan soal selidik dalam talian mempunyai empat bahagian:1. Maklumat demografi, 2. Skala kesepian, 3. Skala harga diri, 4. Skala penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua peramal kesepian dan harga diri boleh meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah dengan ketara, di mana kesepian meramalkan secara positif penggunaan telefon pintar bermasalah dan harga diri meramalkan secara negatif penggunaan telefon pintar bermasalah. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan jantina yang ketara diperhatikan dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah dalam kalangan remaja. Dari segi sumbangan praktikal, penemuan ini bermanfaat bagi profesional kesihatan mental dan pihak berkuasa bukan kerajaan dalam penggubalan modul dan program berkaitan untuk membantu golongan remaja yang mempunyai permasalahan penggunaan telefon pintar.
Kata kunci: penggunaan telefon pintar bermasalah, kesepian, harga diri, remaja
Abstract: In digital era, teenagers are the most active group of smartphone users and most likely prone to engage in problematic smartphone use. This study aims to examine the influences of loneliness, self-esteem towards problematic smartphone use. Furthermore, this study was also tries to identify the gender differences in problematic smartphone use among teenagers in Malaysia. Quantitative approach based on a survey was conducted in this study by using an online questionnaire in the form of google form to collect data. Total 386 participants were recruited by using a non-probability method of convenience sampling. The questionnaire was designed in four (4) section: 1. Demographic information, 2. Loneliness scale, 3. Self-esteem Scale, 4. Problematic smartphone use scale. The data obtained was analyzed by using descriptive and inferential statistical method to answer the research questions. The findings show that both loneliness and self-esteem significantly predict problematic smartphone use, where loneliness positively predicts problematic smartphone use
and self-esteem negatively predicts problematic smartphone use. However, there is no significant gender differences were observed in problematic smartphone use among adolescents. The implication of the findings can be a reference for mental health professionals and non-governmental authorities in the formulation of relevant modules and programs to help adolescents with smartphone use problems.
Keywords: problematic phone use, loneliness, self-esteem, adolescents ___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Pada era globalisasi ini, perubahan dan perkembangan teknologi moden yang pantas telah memberi kesan yang amat ketara dan berpanjangan kepada kehidupan manusia. Penggunaan telefon pintar yang semakin marak merupakan salah satu fenomena sosial yang terjadi. Telefon pintar kian menjadi satu keperluan asas kepada kita pada hari ini tanpa mengira peringkat umur, taraf pekerjaan mahupun status sosial. Penggunaan telefon pintar bukan sekadar untuk berkomunikasi dengan orang lain, malah telah menjadi alat yang memudahkan urusan harian seperti pembelajaran, kewangan, perkhidmatan e-hailing serta perkhidmatan e- dagang (Khalid et al., 2016; Lopez-Fernandez et al., 2017).
Perkembangan teknologi moden bukan sahaja mempengaruhi kehidupan orang dewasa, malah juga mempengaruhi golongan muda yang sedang belajar. Dalam bidang pendidikan, peranti teknologi telah mempengaruhi mod penyampaian ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara lambat beransur-ansur. Namun sejak bermulanya pandemik Covid- 19, KPM telah melaksanakan dasar Program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang mempercepatkan perubahan mod penyampaian tradisional dengan radikal (KPM, 2020;
Maatuk et al., 2022).
Semasa PdPR, pelbagai peranti teknologi seperti telefon pintar, komputer riba mahupun tablet perlu digunakan secara meluas sebagai alat penyampaian dan penerimaan ilmu dalam proses PdP. Ini diikuti dengan peningkatan yang ketara bagi penggunaan program atau aplikasi komunikasi berbasis pemesejan teks dan video dalam talian seperti Zoom Meeting, Google Meet, Whatsapp dan sebagainya (Ying, Siang & Mohamad, 2021). Penggunaan peranti teknologi dan internet dalam kalangan pelajar sememangnya banyak memberi manfaat untuk pembelajaran mereka. Namun begitu, kepelbagaian fungsi telefon pintar berjaya menarik minat orang ramai merentasi semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pelajar. Tabiat penggunaan telefon pintar dalam pembelajaran menjadi semakin tertanam dalam kehidupan seharian golongan pelajar sebagai rutin asas, sehingga tidak terkawal. Penggunaan telefon pintar tanpa had telah menyumbang kepada peningkatan penggunaan telefon pintar bermasalah (Arnett, 2000; Nelson & Padila-Walker, 2013) dan mendatangkan kesan buruk kepada kesejahteraan diri remaja itu sendiri (Omar, 2015; Karadağ et al., 2016; Sahu, Gandhi &
Sharma, 2019).
Berdasarkan data survei yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) (2021), Malaysia dianggarkan seramai 32.7 juta orang penduduk warganegara semasa. Dalam laporan perangkaan yang sama, fakta yang lebih menakutkan adalah pengguna telefon pintar dalam kalangan masyarakat Malaysia telah mencecah sebanyak 99.6 peratus pada tahun 2021. Situasi ini seolah-olah hampir setiap rakyat Malaysia sekurang-kurangnya memiliki sebuah telefon pintar termasuklah golongan kanak-kanak dan remaja. Jika diteliti dengan lebih mendalam,
hasil kajian penyelidik McGill university, Olson et al. (2020) telah melaporkan bahawa Malaysia berada di tempat ketiga selepas negara China and Saudi Arabia dalam
penggunaan telefon pintar bermasalah. Dalam kajian tersebut, pengguna berumur 15 hingga 35 tahun telah ditunjukkan sebagai kumpulan pengguna telefon pintar yang paling aktif, majoriti mereka adalah remaja ataupun orang dewasa muda. Hal ini tidak menghairankan kerana golongan muda kini adalah “digital natives” yang dilahirkan pada zaman teknologi dan begitu senang bersentuhan dan tertarik kepada pelbagai peranti teknologi (Chen, et al., 2017). Laporan di atas telah membuktikan bahawa golongan muda adalah kelompok yang biasanya terjebak dalam penggunaan telefon pintar secara tidak terkawal (Cerniglia et al, 2017). Kesan daripada penggunaan telefon pintar dan internet secara tidak terkawal boleh mendorong kepada kebergantungan dan ketagihan pengguna.
Dalam hal ini, penyelidik-penyelidik harus memandang berat terhadap isu golongan muda yang kian terlibat dalam penggunaan telefon pintar secara tidak terkawal. Analisis hasil kajian yang baik mampu membolehkan pelbagai pihak membantu remaja yang terjebak dalam isu penggunaan telefon pintar. Oleh itu, kajian ini memutuskan untuk memberi tumpuan kepada peserta kajian yang muda supaya dapatan boleh mewakili kumpulan umur tersebut dengan lebih tepat.
Kajian ini telah mengenalpasti peramal yang dapat mengurangkan permasalahan pengunaan telefon pintar dalam kalangan remaja terutamanya pelajar. Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengaruh kesepian, tahap pengaruh harga diri remaja terhadap permasalahan penggunaan telefon pintar. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui perbezaan antara jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah dalam populasi golongan muda iaitu remaja.
2. Sorotan Kajian
Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC, 2020) memaklumkan bahawa bilangan pengguna telefon pintar dalam kalangan remaja yang berumur lima hingga tujuh belas tahun telah meningkat sebanyak 155% sejak tahun 2016. Dalam data perangkaan ini, separuh daripada pengguna telefon pintar telah menghabiskan lima hingga dua belas jam sehari dalam talian untuk tujuan sosial. Aktiviti sosial termasuklah melawati laman rangkaian sosial, berkomunikasi melalui teks, berkomunikasi melalui suara/video serta bermain permainan video. Penggunaan media sosial dan hiburan digital yang meluas dengan telefon pintar secara tidak terkawal telah menjadi satu fenomena sosial yang tidak sihat dalam kalangan remaja.
Perilaku bermasalah ini boleh diklasifikasikan sebagai sejenis tingkah laku ketagihan (pergantungan bahan). Menurut Bianchi & Phillips, (2005), Cazzulino et al. (2014), Lopez- Fernandez et al. (2015) dan Csibi et al. (2018) perilaku bermasalah ini telah membawa beberapa kesan negatif seperti gejala penarikan (apabila peranti tidak tersedia), perasaan bergantung (bergantung kepada peranti untuk memenuhi kepuasan emosional) serta penggunaan berisiko (bermain peranti semasa memandu) kepada remaja. Oleh sebab itu, permasalahan penggunaan telefon pintar secara amnya ditakrifkan sebagai ketagihan telefon pintar, pergantungan telefon pintar, ketagihan internet dan penggunaan internet yang kompulsif, kesemuanya boleh menyumbang kepada kemerosotan kesejahteraan mental remaja (Omar, 2015; Karadağ et al., 2016; Sahu, Gandhi & Sharma, 2019). Ini disebabkan
permasalahan penggunaan telefon pintar berkongsi beberapa persamaan konsep dengan jenis ketagihan perilaku yang lain termasuklah konsep penggunaan tidak terkawal, kegagalan kawalan impuls, perasaan pergantungan serta penggunaan dalam situasi berisiko.
Pengaruh faktor jantina sentiasa sering diperdebatkan dan menjadi pertikaian oleh para penyelidik dalam kajian penyelidikan. Hasil kajian-kajian lepas Roberts et al. (2014), Long et al. (2016) serta Chen, et al. (2017) melaporkan bahawa terdapat perbezaan jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah. Selain itu, kebanyakkan kajian telah menunjukkan bahawa perempuan mempunyai tahap penggunaan dan pergantungan telefon pintar bermasalah yang lebih tinggi daripada lelaki (Sanchez & Otero, 2009; Lopez-Fernandez, 2012; Servidio, 2021). Sebaliknya, kajian Güzeller dan Cosguner (2012) melaporkan keputusan kajian yang berbeza iaitu tiada perbezaan dari segi jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah.
Kajian tersebut tidak menjelaskan perbezaan keputusannya dengan majoriti hasil kajian yang lain.
Perbezaan jantina menghasilkan corak permasalahan penggunaan telefon pintar yang berbeza (Servidio, 2021). Billieux et al., (2008) melaporkan bahawa lelaki lebih cenderung menggunakan telefon pintar dengan cara yang berbahaya. Kegunaaan telefon pintar digunakan oleh lelaki untuk tujuan sosial dan hiburan seperti pemesejan teks, pemesejan suara dan bermain permainan video (Billieux et al., 2008; Jimenez-Albiar et al., 2012; Servidio, 2021).
Manakala, Billieux et al. (2008) mengatakan bahawa perempuan lebih cenderung terlibat dalam pergantungan telefon pintar yang lebih tinggi. Majoriti perempuan menggunakan telefon pintar untuk tujuan mengekalkan perhubungan sosial mereka melalui cara pemesejan teks dan pemesejan segera (Hassanzadeh & Rezaei, 2011; Roberts et al., 2014; Servidio, 2021).
Selanjutnya, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC, 2020) melaporkan aktiviti-aktiviti dalam talian yang paling popular dalam kalangan pengguna telefon pintar khususnya pemesejan teks, menelusuri media sosial, pemesejan suara atau video dan lain-lain. Ini disokong oleh hasil kajian Roberts et al. (2014) yang mendapati bahawa penggunaan aplikasi yang paling bermasalah adalah pemesejan suara, pemesejan teks, dan menelusuri rangkaian sosial. Merujuk kepada perkara di atas, hasil kajian-kajian lepas adalah bercanggah serta terdapat keraguan mengenai fakta dalam hasil kajian, maka kajian ini adalah penting untuk mencari bukti yang kukuh di mana perbezaan masalah penggunaan telefon pintar dalam aspek jantina.
Harga Diri
Rosenberg (1965) mendefinisikan harga diri sebagai sikap positif atau negatif seseorang terhadap diri sendiri dan penilaian seseorang terhadap pemikiran dan perasaan sendiri secara keseluruhan. Dalam erti kata lain, harga diri juga ditakrifkan sebagai penilaian subjektif seseorang terhadap nilai kendiri (MacDonald & Leary, 2012). Tahap harga diri yang berbeza menunjukkan tindak balas yang berbeza terhadap input negatif. Kajian-kajian lepas telah melaporkan bahawa kepercayaan negatif teras ataupun sikap negatif seseorang terhadap diri sendiri akan mengakibatkan pelbagai isu psikologi serta memburukkan kesihatan mental (Bianchi & Phillips, 2005; Orth et al, 2009; Orth et al., 2014). Menurut para penyelidik Robins et al. (2002) menyatakan bahawa tahap harga diri seseorang menurun dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Dari pandangan sosio ekologi pula, Orth (2018) menyatakan bahawa pembangunan harga diri seseorang dipengaruhi dari persekitaran sosialnya. Ini disokong oleh majoriti kajian lepas melaporkan bahawa peristiwa kehidupan normatif dan peralihan kepada peranan sosial baharu boleh mengubah harga diri seseorang (Harter, 2006; Wagner et al., 2013).
Selanjutnya, menurut perspektif psikososial Erikson (1968) pembentukan nilai positif dan perasaan diri yang kuat dalam seseorang berlaku pada peringkat identiti berbanding kekeliruan dalam teori perkembangan psikososial Erik Erikson. Ganjaran dan galakan positif berfungsi sebagai peneguhan kepada perkembangan keyakinan diri, nilai diri yang positif remaja terutamanya harga diri yang positif. Natijahnya, pembentukan harga diri seseorang remaja akan berbeza bergantung kepada interaksinya dengan persekitaran sosial semasa peringkat remaja.
Kekeliruan identiti akan mengakibatkan nilai kendiri yang lemah yang termasuk rasa rendah diri yang membawa kepada tingkah laku bermasalah (Billieux, 2012). Berdasarkan teori ekologi, Jessor et al. (2003) juga mentakrifkan harga diri yang rendah sebagai salah satu faktor risiko kepada tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja.
Dalam hal ini, majoriti kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa harga diri yang rendah akan membawa kepada penggunaan telefon pintar bermasalah mahupun tingkah laku bermasalah dalam bentuk agresif serta ketagihan (Ehrenberg et al., 2008; Park et al., 2010; Park
& Lee, 2014; Garofalo, 2016; Kim & Koh, 2018). Keadaan ini boleh dikaitkan dengan kebolehan kognitif pengguna dimana impulsif (Hadar et al., 2017), perhatian (Roberts et al., 2015; Hadar et al., 2017), dan kawalan perencatan seseorang terjejas (Chen et al., 2016).
Remaja yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya menghadapi masalah perhubungan sosial dalam dunia nyata, maka mereka akan cuba untuk mendapat keselamatan dari hubungan efektif melalui penggunaan telefon pintar (Billieux, 2012). Sebagai contoh, pemesejan teks melalui telefon pintar dapat memenuhi keperluan sosial mereka. Oleh itu, orang yang mempunyai harga diri yang rendah mungkin berlebihan dalam menggunakan telefon pintar.
Sebaliknya, Phillips et al. (2006) dan Butt & Phillips (2008) telah melaporkan bahawa tiada hubungan antara harga diri dan permasalahan penggunaan telefon pintar dalam bentuk ketagihan. Perbincangan kajian tersebut tidak menyatakan bukti yang konkrit untuk menjelaskan perbezaan keputusannya dengan majoriti hasil kajian yang lain. Oleh itu, kajian ini menggunakan harga diri sebagai peramal terhadap penggunaan telefon pintar bermasalah.
Kesepian
Kesepian merupakan emosi manusia biasa, yang kompleks dan unik kepada setiap individu.
Perasaan kesepian ditakrifkan oleh Persatuan Psikologi Amerika sebagai ketidakselesaan afektif dan kognitif daripada menjadi atau menganggap diri sendiri bersendirian. Hudson et al.
(2000) melaporkan bahawa kesepian adalah masalah yang kian serius dalam kalangan remaja berbanding kumpulan umur yang lain. Sehubungan itu, kesepian pada remaja, khususnya dalam kalangan remaja perempuan, telah meningkat berbanding remaja lelaki di seluruh dunia sejak tahun 2012 (Twenge, 2021). Tan et al. (2013) dan Zhen et al. (2019) menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai perasaan kesepian yang kuat lebih berkemungkinan terjebak dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Oleh itu, perasaan kesepian dalam kalangan remaja dianggap penting untuk dikaji.
Kajian-kajian lepas menyatakan bahawa peningkatan masalah kesepian ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan telefon pintar dan media sosial (Luby & Kertz, 2019; Spiller et al., 2019). Dalam hal ini, Kraut et al, (1998) mendapati bahawa remaja yang menggunakan internet biasanya mengalami kesepian dan kesukaran untuk berhubung secara bersemuka.
Hasil kajian di atas telah mengenal pasti kesepian dan kebimbangan sosial sememangnya
boleh dikaitkan dengan penggunaan tidak terkawal dan pergantungan pada telefon pintar. Ini disebabkan proses penggunaan telefon pintar akan membawa kepada ganjaran dan keseronokan pengalaman (Rozgonjuk et al., 2019). Sebagai contoh, seseorang yang tidak selesa
dengan komunikasi bersemuka dengan orang lain akan berkomunikasi di alam maya melalui penggunaan telefon pintar, demi mengurangkan kesepiannya serta memenuhi keperluan hubungan sosial. Hal ini, boleh difahami kerana keperluan hubungan sosial merupakan aspek penting dan wajib ada dalam kehidupan manusia (Maslow, 1943). Namun, Laramie (2007) pula menyatakan bahawa penggunaan telefon pintar yang berlebihan boleh mengakibatkan disfungsi peribadi, malah menjejaskan kesejahteraan seseorang. Penelitian seterusnya perlu dijalankan dalam kajian untuk mencari fakta sebenar.
3. Metodologi
Bahagian ini membincangkan subtopik metodologi kajian termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kesahan soal selidik, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Perancangan metodologi yang komprehensif memudahkan pengkaji memahami prosses kajian yang dijalankan dan meneruskan penulisan kajian penyelidikan.
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Soal selidik laporan kendiri telah digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Kaedah analisis ujian-t tidak bersandar dan regresi linear berganda digunakan untuk menganalisis data kajian.
Kumpulan sasaran adalah golongan remaja di Malaysia yang berumur diantara 10 tahun hingga 19 tahun kini berada di peringkat persekolahan seperti yang ditakrifkan oleh WHO dan diikuti oleh UNICEF. Menurut statistik yang disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (seperti yang dipetik di UNICEF, 2019), sebanyak 4,797,200 orang rakyat telah dikenal pasti sebagai populasi remaja di Malaysia. Saiz sampel optimum yang diperlukan untuk penyelidikan ini ditentukan melalui jadual saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) untuk populasi besar. Kajian ini telah menetapkan saiz sampel berdasarkan tahap keyakinan yang disyorkan pada 95%, kebolehubahan maksimum populasi pada 50%, dan ralat margin ±5 (Krejcie & Morgan, 1970).
Oleh itu, kajian ini memerlukan sekurang-kurangnya 384 orang peserta sebagai saiz sampel yang dikehendaki dalam analisis data. Kajian ini merekrut peserta kajian dengan menggunakan salah satu persampelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan mudah. Soal selidik diedarkan secara atas talian melalui aplikasi Google Form dalam kemudahan pelbagai platform internet yang sedia ada
Dalam soal selidik ini terdapat empat bahagian termasuklah Bahagian A mengumpul demografi data peserta, dimana peserta diminta mengisi maklumat peribadi seperti status pemilikan telefon pintar, umur, jantina dan bangsa.
Bahagian B menggunakan UCLA Loneliness Scale Revised Version 3.0 yang diadaptasi oleh Russell (1996). Skala ini mengandungi 20 item yang boleh mengukur perasaan subjektif individu kesunyian serta perasaan pengasingan sosial. Ia dinilai dengan skala Likert empat tahap iaitu bermula 1="Tidak Pernah" hingga 5="Selalu". Nilai Alfa Cronbach skala dilaporkan dalam kajian Russell et al. (1978) adalah .96 di mana menunjukkan konsistensi dalaman yang sangat baik. Dalam kajian ini, skala UCLA pula melaporkan nilai Alpha Cronbach sebanyak .91, menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang kuat.
Bahagian C menggunakan Rosenberg Self-Esteem Scale yang dipelapori oleh Rosenberg (1965). Skala ini mengandungi 10 item yang boleh menilai harga diri individu dengan
merujuk kepada penerimaan diri dan penghormatan diri. Skala tersebut dinilai dengan skala Likert empat tahap iaitu bermula 1="sangat tidak setuju" hingga 4="sangat setuju". Kajian lepas Andreassen, Pallesen, & Griffiths (2017) melaporkan bahawa skala RSES mempunyai
konsistensi dalaman yang baik iaitu pada nilai .89. Manakala, nilai Alfa Cronbach skala RSES dalam kajian ini dilaporkan pada .87, menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang kuat.
Bahagian D menggunakan Skala Penggunaan Telefon Bimbit Bermasalah (PUMP) yang dibangunkan oleh Merlo, Stone, and Bibbey (2013). Skala ini mengandungi 20 item yang boleh mengukur sejauh manakah individu terlibat dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah.
Ia dinilai dengan skala Likert lima tahap iaitu bermula 1="sangat tidak setuju" hingga 5="sangat setuju". Nilai Alfa Cronbach skala dilaporkan dalam kajian Schroeder et al. (2017) adalah .90 di mana menunjukkan konsistensi dalaman yang sangat baik. Dalam kajian ini, skala PUMP pula melaporkan nilai Alpha Cronbach sebanyak .88, menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang kuat.
Data daripada kajian ini telah dikumpul dan dianalisis melalui Perisian Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 27. Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan ciri-ciri taburan setiap pembolehubah kajian. Lain daripada itu, statistik inferensi (analisis regresi linear berganda dan ujian-t tidak bersandar) juga digunakan oleh pengkaji untuk menjawab persoalan kajian.
Kaedah regresi linear berganda adalah untuk mengkaji sama ada kedua-dua pembolehubah bebas (kesepian dan harga diri) dapat meramalkan pembolehubah bersandar (penggunaan telefon pintar yang bermasalah). Manakala, kaedah ujian-t digunakan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua jantina remaja dalam masalah penggunaan telefon pintar.
4. Dapatan Kajian
Dalam bahagian ini, dapatan kajian dikategorikan kepada dua bahagian. Salah satu bahagian terdiri daripada statistik deskriptif yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri pembolehubah kajian secara quantitatif seperti jantina. Manakala, bahagian yang lain pula terdiri daripada analisis inferensi. Ujian-t tidak bersandar digunakan untuk membandingkan markah kategori kumpulan lelaki dan perempuan pada pembolehubah bersandar kajian. Di samping itu, analisis regresi linear berganda digunakan untuk mengenal pasti sama ada kedua-dua pembolehubah bebas boleh meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja.
Sampel kajian ini terdiri daripada 386 orang peserta, majoriti adalah pelajar sekolah menengah, di mana 378 (97.9%) orang peserta memiliki telefon pintar sendiri dan 8 (2.1%) orang peserta tidak memiliki telefon pintar. Dalam sampel kajian ini terdapat 168 (43.5%) orang peserta adalah lelaki dan 218 (56.5%) adalah perempuan. Julat umur peserta direkodkan pada 10 hingga 19 tahun (M = 6.23, SD =1.62). Dari segi kaum, majoriti peserta adalah Cina (99.0%), diikuti oleh India, Melayu (0.5%), India (0.3%) dan Lain-lain (0.3%). Maklumat demografi lengkap peserta kajian ini ialah dibentangkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Maklumat Demografi Responden (n=386)
Kekerapan Peratusan (%) Skor Min Sisihan Piawai
Status Pemilikan Telefon Pintar 1.021 0.143
Ya 378 97.9%
Tidak 8 2.1%
Umur 6.225 1.622
10 - 14 144 37.3%
15 - 19 242 62.7%
Jantina
168 43.5% 1.565 0.496
Lelaki
Perempuan 218 56.5%
Kaum 1.018 0.197
Cina 382 99.0%
Melayu 2 0.5%
India 1 0.3%
Lain-Lain 1 0.3%
Kesepian, Harga Diri dan Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Kaedah analisis regresi linear berganda telah digunakan untuk menguji sama ada kesepian dan harga diri boleh meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah secara signifikan dalam kalangan remaja. Model ini adalah signifikan secara statistik, F(33,427) = 33.427, p<.001 dan menyumbang 14.4% daripada varians. Didapati bahawa kesepian meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah secara signifikan (β = .130, p=.023), begitu juga dengan harga diri (β = -.297, p <.001). Kesepian meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah secara positif manakala harga diri meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah secara negatif. Ini membayangkan bahawa apabila terdapat peningkatan dalam tahap kesepian, tahap penggunaan telefon pintar bermasalah meningkat; manakala peningkatan dalam tahap penggunaan telefon pintar bermasalah diperhatikan apabila tahap harga diri berkurangan.
Jadual 2: Ringkasan Analisis Regresi Linear Berganda
Model R R squared r2 Adjusted r2 Std. Error of the
Estimate
1 .386 .149 .144 10.767
Nota: Pembolehubah Bebas: Kesepian, Harga Diri, Pembolehubah Bersandar: Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Jadual 3: Statistik ANOVA antara Kesepian, Harga Diri dan Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.
1 Regression 7750.213 2. 3875.107 33.427 <.001
Residual 44400.751 383 115.929
Total 52150.964 385
Nota: Pembolehubah Bebas: Kesepian, Harga Diri, Pembolehubah Bersandar: Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Jadual 4: Analisis Regresi Linear Berganda Peramal Kesepian dan Harga Diri Terhadap Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Model Unstandardized
Coefficients Standardized Coefficients 95% Confidence Interval
β Std. Error β t Sig. Lower Bound Upper Bound
1 (Constant) 69.052 5.538 12.469 <.001 58.163 79.940
Kesepian .147 .064 .130 2.284 .023 .020 .273
Harga Diri -.647 .124 -.297 -5.214 <.001 -.891 -.403 Note: Pembolehubah Bebas: Kesepian, Harga Diri, Pembolehubah Bersandar: Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Jantina dan Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Kaedah analisis ujian-t tidak bersandar telah digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja.
Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan jantina yang signifikan dalam penggunaan telefon pintar bermasalah, t(384) = 1.061, p=.10.
Table 5: Ujian-T Tidak Bersandar Untuk Perbezaan Jantina Dalam Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
95% Confidence Interval of the
Lelaki Perempuan df t Difference Sig
Mean SD Mean SD Lower Upper
Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
59.768 10.952 58.500 12.137 384 1.061 -1.081 3.617 .103
5. Perbincangan
Kesepian, Harga Diri dan Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Kajian ini telah melaporkan bahawa peramal kesepian dan harga diri dapat meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja, di mana kesepian secara positif meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah manakala harga diri secara negatif meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah. Dalam erti kata lain, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesepian yang tinggi dan tahap harga diri yang rendah pada seseorang remaja akan membawa kepada tahap penggunaan telefon pintar bermasalah yang lebih tinggi.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara kesepian dan penggunaan telefon pintar bermasalah, turut disokong oleh kajian-kajian lepas (Tan et al., 2013; Boylu & Günay, 2019). Kajian Boylu dan Günay (2019) mendapati remaja yang terjebak dalam perilaku penggunaan telefon pintar bermasalah mempunyai tahap kesepian yang lebih tinggi berbanding remaja yang tiada permasalahan penggunaan telefon pintar. Ini kerana remaja yang mempunyai tahap kesepian yang tinggi mempunyai keinginan yang kuat untuk memenuhi keperluan sosial mereka dengan menggunakan telefon pintar secara tidak terkawal (Billieux, 2012). Mereka lebih cenderung berkomunikasi secara dalam talian berbanding berkomunikasi secara bersemuka. Sebagai contoh, aplikasi pemesejan teks melalui telefon pintar dan kemudahan internet membolehkan seseorang remaja berkomunikasi dengan orang lain dan berkenalan dengan kawan baru di seluruh dunia tanpa sebarang halangan. Ini dapat dibuktikan dengan statistik Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC, 2020) yang melaporkan aktiviti-aktiviti dalam talian yang paling popular dalam kalangan penggunaan telefon pintar khususnya pemesejan teks, menelusuri media sosial, pemesejan suara atau video dan lain-lain.
Selain itu, remaja yang mempunyai tahap kesepian yang tinggi mempunyai ciri-ciri perasaan ketakutan terasing dari kumpulan, tidak dipedulikan oleh sekeliling serta tidak mampu membina perhubungan sosial yang kuat (Myers, 2012). Mereka kekurangan teman serta hubungan sosial. Disebabkan ketakutan mereka terhadap pengasingan dan kesunyian, mereka cenderung menggunakan cara yang dalam kawalan mereka seperti berlebihan dalam telefon pintar untuk membina dan mengekalkan rangkaian sosial mereka. Tambahan pula, mereka akan mengambil risiko untuk menggunakan telefon pintar mereka dengan cara yang berbahaya untuk memenuhi keperluan sosial. Sebagai contoh, disebabkan ketakutan ketidakstabilan perhubungan sosial jika mereka tidak membalas mesej seseorang, mereka mungkin akan membalas mesej teks semasa memandu kereta. Cara yang tidak selamat mungkin memberikan perasaan yang selamat kepada mereka yang mengalami kesepian. Atas sebab di atas, remaja yang mempunyai tahap kesepian yang tinggi cenderung sering terlibat dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah.
Sementara itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa harga diri dapat meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah secara signifikan, yang serupa dengan kajian-kajian lepas (Ehrenberg et al., 2008; Park et al., 2010; Billieux, 2012; Park & Lee, 2014; Garofalo, 2016; Kim & Koh, 2018). Remaja yang mempunyai tahap harga diri yang rendah akan menggunakan telefon pintar mereka secara berlebihan. Dalam aspek sosial, remaja yang mempunyai harga diri yang rendah lebih cenderung berkomunikasi dengan kemudahan peranti teknologi seperti pemesejan teks serta pemesejan video daripada berkomunikasi
secara bersemuka (Joinson, 2004). Manakala, remaja yang mempunyai harga diri yang tinggi lebih kurang menggunakan telefon pintar sebagai saluran komunikasi kerana mereka lebih cenderung berkomunikasi secara bersemuka dengan orang lain. Ini kerana, mereka lebih yakin diri dan selesa untuk berdepan dengan orang lain dalam pembinaan hubungan sosial (Baumeister, 1997). Mereka biasanya mempunyai kepercayaan dan pemikiran yang lebih positif terhadap diri sendiri seperti “saya seorang yang berkebolehan untuk berkomunikasi”
Sebaliknya, mereka yang mempunyai tahap harga diri yang rendah lebih cenderung untuk mendapatkan jaminan keselamatan perhubungan sosial dengan menghubungi orang lain secara dalam talian (Billieux, 2012). Perilaku ini menyebabkan mereka menjadi lebih bergantung pada telefon pintar mereka. Situasi ini bertepatan dengan keadaan seseorang remaja yang mempunyai tahap kesepian yang tinggi.
Dalam kajian ini, kita membincangkan penggunaan telefon pintar bermasalah dari perspektif psikologi. Penggunaan telefon pintar bermasalah berkaitan dengan remaja yang mempunyai tahap kesepian yang tinggi. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi dalam meneroka dan mengekalkan rangkaian sosial yang berpotensi dengan orang lain berbanding remaja yang mempunyai tahap kesepian yang rendah. Mereka akan mempamerkan keinginan tersebut tanpa mengira akibatnya walaupun perilakunya berbahaya seperti membalas mesej teks semasa memandu (Billieux, 2012). Menurut model penggunaan telefon bimbit bermasalah Billieux et al. (2015), harga diri yang rendah merupakan faktor risiko yang mengakibatkan tingkah laku penggunaan telefon pintar bermasalah. Remaja yang mempunyai harga diri yang rendah sering mencari kepastian hidup dengan berhubung dengan orang lain melalui peranti teknologi dan ia membawa kepada penggunaan telefon pintar yang bermasalah.
Jantina dan Penggunaan Telefon Pintar Bermasalah
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan jantina yang signifikan dalam penggunaan telefon pintar bermasalah. Ini boleh diterangkan dengan perbezaan jantina dalam permasalahan penggunaan telefon pintar yang menghasilkan corak tingkah laku bermasalah yang berbeza. Di satu sisi pengguna lelaki menggunakan telefon pintar mereka untuk tujuan sosial serta hiburan dengan cara yang berbahaya (Billieux et al., 2008, Jimenez-Albiar et al., 2012), namun di sisi lain pengguna perempuan menggunakan telefon pintar untuk tujuan sosial diikuti pergantungan telefon pintar yang kuat (Billieux et al., 2008; Hassanzadeh & Rezaei, 2011). Kedua–dua jantina berkemungkinan besar mewujudkan penggunaan telefon pintar yang bermasalah dalam peranti sosial yang sama, hanya dengan cara yang berbeza bergantung pada keutamaan peribadi mereka. Oleh itu, dapatan kajian Roberts et al. (2014) dan perangkaan MCMC (2020) yang melaporkan bahawa aktiviti-aktiviti dalam peranti sosial yang paling popular adalah pemesejan suara, pemesejan teks, dan menelusuri rangkaian sosial, maka dapatan kajian ini tidak menghairankan. Hasil kajian ini tidak selari dengan kajian lain termasuklah Roberts et al. (2014), Long et al. (2016) serta Chen, et al. (2017) yang mengatakan bahawa terdapat perbezaan jantina dalam penggunaan telefon bermasalah. Oleh itu, masih terdapat keperluan untuk kajian lanjut untuk membongkar kelaziman tidak konsisten
penggunaan telefon pintar yang bermasalah dalam aspek jantina dengan cara yang lebih khusus.
6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini telah mencapai objektif kami untuk mengenal pasti pengaruh kesepian dan harga diri terhadap penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja dengan kesepian yang tinggi diramalkan mempunyai tahap penggunaan telefon pintar bermasalah yang tinggi. Manakala, remaja yang mempunyai tahap harga diri yang rendah diperhatikan mempunyai peningkatan dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Ia juga mendedahkan bahawa tiada perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan dalam penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati risiko tahap kesepian yang tinggi, harga diri yang rendah boleh membawa kepada penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja.
Perkembangan teknologi moden membawa perubahan besar dan kesan positif kepada pelbagai sektor terutamanya sektor pendidikan. Pengintegrasian teknologi dalam PdP telah membantu pembelajaran pelajar menerusi alam maya semasa penularan pandemik Covid-19. Menyedari hakikat di atas, tabiat penggunaan peranti teknologi seperti telefon pintar dalam pembelajaran menjadi semakin tertanam dalam kehidupan seharian golongan muda sebagai rutin asas, sehingga tidak terkawal. Peningkatan penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja boleh membawa kepada isu sosial, isu kesihatan mental seperti ketagihan tingkah laku (Jeong et al., 2016; Park, et al., 2019). Banyak usaha yang perlu dilakukan bagi hentikan peningkatan kadar penggunaan telefon pintar bermasalah. Ini disebabkan remaja merupakan aset berharga sebagai tenaga kerja utama dan sumber ekonomi masa depan negara. Pengkaji- pengkaji harus menjalankan kajian lanjut dalam topik kajian ini untuk mencari faktor perlindungan terhadap masalah ini. Ini adalah penting untuk membantu remaja menangani perilaku penggunaan telefon pintar yang bermasalah ini dengan cara yang lebih berkesan.
Rujukan
Andreassen, C. S., Pallesen, S., & Griffiths, M. D. (2017). The relationship between addictive use of social media, narcissism, and self-esteem: Findings from a large national survey. Addictive Behaviors, 64, 287-293.
Arnett, J. J. (2000). Emerging adulthood: A theory of development from the late teens through the twenties. American Psychologist, 55(5), 469-480.
Bianchi, A., & Phillips, J. G. (2005). Psychological predictors of problem mobile phone use.
Cyber Psychology and Behavior, 8(1), 39-51. https://doi.org/10.1089/cpb.2005.8.39 Billieux, J., Van Der Linden, M., & Rochat, L. (2008). The role of impulsivity in actual and
problematic use of the mobile phone. Applied Cognitive Psychology, 22, 1195-210.
https://doi.org/10.1002/acp.1429
Billieux, J. (2012). Problematic use of the mobile phone: A literature review and a pathways
model. Current Psychiatry Reviews, 8(4),299–307.
https://doi.org/10.2174/157340012803520522
Billieux, J., Maurage, P., & Lopez-Fernandez, O. et al. (2015). Can disordered mobile phone use be considered a behavioral addiction? An update on current evidence and a comprehensive model for future research. Current Addiction Reports, 2, 156-162.
https://doi.org/10.1007/s40429-015-0054-y
Boylu, A. A., & Günay, G. (2019). Loneliness and internet addiction among university students. Internet and Technology Addiction, 382-398.
Butt, S., & Phillips, J. G. (2008). Personality and self-reported mobile phone use. Computers in Human Behavior, 24(2), 346-360. https://doi.org/10.1016/j.chb.2007.01.019 Cazzulino, F., Burke, R. V., Muller, V., Arbogast, H., & Upperman, J. S. (2014). Cell phones
and young drivers: A systematic review regarding the association between psychological factors and prevention. Traffic Inj Prev, 15(3), 234-42.
Cerniglia, L., Zoratto, F., Cimino, S., Laviola, G., Ammaniti, M., & Adriani, W. (2017).
Internet addiction in adolescence: Neurobiological, psychosocial and clinical issues. Neuroscience & Biobehavioral Reviews, 76, 174-184.
Chen, J., Liang, Y., Mai, C., Zhong, X., & Qu, C. (2016). General deficit in inhibitory control of excessive smartphone users: Evidence from an event-related potential study.
Front. Psychol., 7, 511. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2016.00511
Chen, B., Liu, F., Ding, S., Ying, X., Wang, L., & Wen, Y. (2017). Gender differences in factors associated with smartphone addiction: A cross-sectional study among medical college students. BMC psychiatry, 17(1), 1-9.
Csibi, S., Griffiths, M. D., Cook, B., Demetrovics, Z., & Szabo, A. (2018). The psychometric properties of the smartphone application-based addiction scale (SABAS).
International journal of mental health and addiction, 16(2), 393-403.
Ehrenberg, A., Juckes, S., White, K., & Walsh, S. (2008). Personality and self-esteem as predictors of young people's technology use. Cyberpsychology and Behavior, 11(6), 739-741. https://doi.org/10.1089/cpb.2008.0030
Erikson, E. (1968). Identity: Youth and crisis. New York: W. W. Norton & Company.
Garofalo, C., Holden, C. J., Zeigler-Hill, V., & Velotti, P. (2016). Understanding the connection between self-esteem and aggression: The mediating role of emotion dysregulation. Aggress. Behav. 42, 3-15. https://doi.org/10.1002/ab.21601
Güzeller, C. O., & Cosguner, T. (2012). Development of a problematic mobile phone use scale for Turkish adolescents. Cyberpsychology Behavior Social Network, 15(4), 205- 211. https://doi.org/10.1089/cyber.2011.0210
Hadar, A., Hadas, I., Lazarovits, A., Alyagon, U., Eliraz, D., & Zangen, A. (2017).
Answering the missed call: Initial exploration of cognitive and electrophysiological changes associated with smartphone use and abuse. PLoS One, 12.
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0180094
Harter, S. (2006b). Developmental and individual difference perspectives on self-esteem. In D. K. Mroczek & T. D. Little (Eds.), Handbook of personality development (pp. 311- 334).
Mahwah, NJ: Erlbaum.
Hassanzadeh, R., & Rezaei, A. (2011). Effect of sex, course and age on SMS addiction in students. Middle-East Journal of Scientific Research, 10, 619-625.
Hudson, D. B., Elek, S. M., & Campbell-Grossman, C. (2000). Depression, self-esteem, loneliness, and social support among adolescent mothers participating in the new parents’ project. Adolescence, 35(139), 445-453.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) (2021). Capaian dan penggunaan Internet oleh individu dan isi rumah meningkat selepas kemuncak pandemik COVID-19. Survei berkaitan penggunaan dan capaian ICT dalam kalangan individu dan isi rumah.
Jeong, S. H., Kim, H. J., Yum, J. Y., & Hwang, Y. (2016). What type of content are smartphone users addicted to?: SNS vs. games. Computers in Human Behavior, 54, 10-17. https://doi.org/10.1016/j.chb.2015.07.035
Jessor, R., Turbin, M. S., Costa, F. M., Dong, Q., Zhang, H., & Wang, C. (2003). Adolescent problem behavior in China and the United States: A cross-national study of psychosocial protective factors. Journal of Research on Adolescence, 13, 329-360.
Jimenez-Albiar, M. I., Piqueras, J., Mateu-Martinez, O., Carballo, J. L., Orgiles, M, &
Espada, J. P. (2012). Diferencias de sexo, características de personalidad y afrontamiento en el uso de Internet, el móvil y los video-juegos en la adolescencia.
Health Addict, 12, 61-82.
Joinson, A. N. (2004). Self-Esteem, interpersonal risk, and preference for e-mail to face-to- face communication. CyberPsychology & Behavior, 7(4), 472-478.
https://doi.org/10.1089/cpb.2004.7.472
Karadağ, E., et al. (2016). The virtual world’s current addiction: Pubbing. Addicta: The Turkish Journal on Addictions, 3, 250-269.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2020). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Khalid, F., Daud, M. Y., & Nasir, M. K. M., (2016). Perbandingan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dan pembelajaran dalam kalangan pelajar universiti.
International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016), “CrossCultural Education for Sustainable Regional Development”, Bandung, Indonesia. Kim, E., & Koh, E. (2018). Avoidant attachment and smartphone addiction in college students: The mediating effects of anxiety and self-esteem. Computer Human Behavior 84, 264-271.
Kraut, R., Lundmark, V., Patterson, M., Kiesler, S., Mukhopadhyay, T., & Scherlis, W.
(1998). Internet paradox: A social technology that reduces social involvement and psychological well-being? American Psychologist, 53, 1017-1031.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Laramie, D. J. (2007). Emotional and behavioral aspects of mobile phone use. Dissert.
Abstr.Intern, 68, 4136.
Long, J., Liu, T. Q., Liao, Y. H., Qi, C., He, H. Y., Chen, S. B., & Billieux, J. (2016).
Prevalence and correlates of problematic smartphone use in a large random sample of Chinese undergraduates. BMC Psychiatry, 16(1), 408.
Lopez-Fernandez, O., Honrubia-Serrano, M. L., & Freixa-Blanxart, M. (2012). Adaptación española del ‘mobile phone problem use scale’ para población adolescente.
Adicciones, 24, 123-30. https://doi.org/10.20882/adicciones.104
Lopez-Fernandez, O., Kuss, D. J., Griffiths, M. D., & Billieux, J. (2015). The conceptualization and assessment of problematic mobile phone use. In Encyclopedia of Mobile Phone Behavior, Yan, Zheng (Eds.), IGI Global: Hershey (pp. 591-606).
Lopez-Fernandez, O. et al. (2017). Journal of Behavioural Addictions, 6(2), 168-177.
https://doi.org/10.1556/ 2006.6.2017.020
Luby, J., & Kertz, S. (2019). Increasing suicide rates in early adolescent girls in the United States and the equalization of sex disparity in suicide: The need to investigate the role of social media. JAMA Network Open, 2.
Maatuk, A. M., Elberkawi, E. K., Aljawarneh, S., Rashaideh, H., & Alharbi, H. The covid- 19 pandemic and e-learning: Challenges and opportunities from the perspective of students and instructors. J. Comput. High. Educ., 34, 21-38.
MacDonald, G., & Leary, M. R. (2012). Individual differences in self-esteem. In M. R. Leary
& J. P. Tangney (Eds.), Handbook of self and identity (pp. 354-377). Guilford Press.
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) (2020). Internet users survey 2020. Available at: https://www.mcmc.gov.my/en/home
Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review, 50(4), 370–
396. Merlo, L. J., Stone, A. M., & Bibbey, A. (2013). Measuring problematic mobile phone use: Development and preliminary psychometric properties of the PUMP scale. Journal of Addiction, 1-7. https://doi.org/10.1155/2013/912807
Myers, D. G. (2012). Exploring Social Psychology. New York: McGraw-Hill.
Nelson, L. J., & Padilla-Walker, L. M. (2013). Flourishing and floundering in emerging adult college students. Emerging Adulthood, 1(1), 67-78.
Olson, J. A. et al. (2020). Smartphone addiction is increasing across the world: A meta- analysis of 24 countries. https://doi.org/10.31234/osf.io/fsn6v
Omar, S. (2015). Pengaruh peranti teknologi kepada perkembangan sosial dan permasalahan kesihatan kanak-kanak. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 1, 1-11.
Orth, U. (2018). The family environment in early childhood has a long-term effect on self- esteem: A longitudinal study from birth to age 27 years. Journal of Personality and Social Psychology, 114, 637-655.
Orth, U., Robins, R. W., Trzesniewski, K. H., Maes, J., & Schmitt, M. (2009). Low self- esteem is a risk factor for depressive symptoms from young adulthood to old age.
Journal of Abnormal Psychology, 118, 472-478.
Orth, U., Robins, R. W., Widaman, K. F., & Conger, R. D. (2014). Is low self-esteem a risk factor for depression? Findings from a longitudinal study of Mexican-origin youth.
Developmental Psychology, 50, 622–633.
Park, N., Hwang, Y., & Huh, E. (2010). Exploring problematic mobile phone use:
Relationships between adolescents’ characteristics and mobile phone addiction.
Paper presentado en el annual Meeting of the International Communication Association. Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre; Jun 21. Suntec City.
Park, N., & Lee, H. (2014). Nature of youth smartphone addiction in Korea. J. Commun.
Res.15, 100-132.
Park, S. Y., Yang, S., Shin, C. S., Jang, H., & Park, S. Y. (2019). Long-term symptoms of mobile phone use on mobile phone addiction and depression among Korean adolescents. International journal of environmental research and public health, 16(19), 3584.
Phillips, J. G., Butt, S., & Blaszczynski, A. (2006). Personality and self-reported use of mobile phones for games. CyberPsychology & Behavior, 9(6), 753-758.
https://doi.org/10.1089/cpb.2006.9.753
Roberts, J. A., Petnji Yaya, L. H., & Manolis, C. H. (2014). The invisible addiction: Cell- phone activities and addiction among male and female college students. J Behav Addict, 3, 254-65. https://doi.org/10.1556/JBA.3.2014.015
Roberts, J. A., Pullig, C., & Manolis, C. (2015). I need my smartphone: A hierarchical model of personality and cell-phone addiction. Pers. Individ. Differ., 79, 13-19.
https://doi.org/10.1016/j.paid.2015.01.04
Robins, R. W., Trzesniewski, K. H., Tracy, J. L., Gosling, S. D., & Potter, J. (2002). Global self-esteem across the life span. Psychology and Aging, 17, 423-434.
Rosenberg, M. (1965). Society and the Adolescent Self-Image. Princeton, NJ: Princeton University Press.
Rozgonjuk, D., Elhai, J. D., Täht, K., Vassil, K., Levine, J. C., & Asmundson, G. J. G. (2019).
Non-social smartphone use mediates the relationship between intolerance of uncertainty and problematic smartphone use: Evidence from a repeated-measures
study. Computers in Human Behavior, 96, 56-62.
https://doi.org/10.1016/j.chb.2019.02.013
Russell, D., Peplau, L. A., & Cutrona, C. E. (1980). The Revised UCLA Loneliness Scale:
Concurrent and discriminate validity evidence. Journal of Personality and Social Psychology, 39, 472-480.
Russell, D., Peplau, L. A., & Ferguson, M. L. (1978). Developing a measure of loneliness.
Journal of Personality Assessment, 42, 290-294.
Russell, D. (1996). UCLA Loneliness Scale (Version 3): Reliability, validity, and factor structure. Journal of Personality Assessment, 66, 20-40.
Sahu, M., Gandhi, S., & Sharma, M. K. (2019). Mobile phone addiction among children and adolescents: A systematic review. Journal of Addictions Nursing, 30(4), 261-268.
Sanchez, M. M., & Otero, A. (2009). Factors associated with cell phone use in adolescents in the community of Madrid (Spain). Cyberpsychol Behav, 12, 131-7.
https://doi.org/10.1089/cpb.2008.0164
Servidio, R. (2021). Self-control and problematic smartphone use among Italian University students: The mediating role of the fear of missing out and of smartphone use patterns. Curr Psychol, 40, 4101-4111. https://doi.org/10.1007/s12144-019-00373- z
Tan, Ç., Pamuk, M. & Dönder, A. (2013). Loneliness and mobile phone. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 103, 606-611.
Twenge, J. M. et al. (2021). Worldwide increases in adolescent loneliness. Journal of Adolescence, 93(1), 257-269.
UNICEF (2019). Situation analysis of adolescents in Malaysia. Available at:
https://www.unicef.org/malaysia/media/2631/file/Adolescent_SitAn_infographic_
booke t.pdf
Wagner, J. et al. (2013). Self-esteem across adulthood: The role of resources. European Journal of Ageing, 11(2), 109-119.
Ying, Y. H., Siang, W. E. W., & Mohamad, M. (2021). The challenges of learning English skills and the integration of social media and video conferencing tools to help ESL learners coping with the challenges during COVID-19 pandemic: A literature review. Creat. Educ., 12, 1503-1516.
Zhen, R., Liu, R. D., Hong, W., & Zhou, X. (2019). How do interpersonal relationships relieve adolescents’ problematic mobile phone use? The roles of loneliness and motivation to use mobile phones. International Journal of Environmental Research Public Health, 16(13).