Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN) Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan: Sorotan
Literatur Bersistematik
(The Use of Needham's Five Phase Constructivism Model (MKLFN) in Learning and Facilitation: Systematic Literature Highlights)
Sutha Sundram1, Nurhanani Romli1*
1 Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Received: 30 May 2023 | Accepted: 10 July 2023 | Published: 30 July 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.26
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN) ialah satu model berfasa dan sesuai digunakan untuk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21. PdPc MKLFN ini lebih kepada proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar iaitu aktiviti yang dilakukan adalah dalam kumpulan. Pelajar melibatkan diri secara aktif untuk membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Walau bagaimanapun, MKLFN ini masih kurang diaplikasikan dalam PdPc pada masa sekarang. Oleh itu, kajian literatur sistematik ini bertujuan untuk melihat penggunaan MKLFN dalam PdPc. Sebanyak 10 artikel yang berkaitan dengan MKLFN telah dipilih. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa MKLFN sesuai digunakan dalam PdPc untuk meningkatkan pencapaian, minat dan membangunkan perisian baru dalam semua bidang.
Kata kunci: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham, penggunaan, pembelajaran dan pemudahcaraan, konstruktivisme
Abstract: Needham's Five-Phase Constructivism Model (NFPCM) is a phased and applicable model for 21st century learning and facilitation (LAF). This NFPCM in learning and facilitation is more of a student-centered learning process, which means that the activities are done in groups. Students actively engage in building new knowledge based on existing knowledge. However, NFPCM is still under-applied in learning and facilitation at present. Therefore, this systematic literature review aims to see the use of NFPCM in learning and facilitation. A total of 10 articles related to NFPCM have been selected. The results of this study explain that NFPCM is suitable for use in learning and facilitation to increase achievement, interest and develop new software in all fields.
Keywords: Needham's Five-Phase Constructivism Model, use, learning and facilitation, constructivism
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN) dicadangkan dalam “Children’s Learning in Science Project” oleh Richard Needham (1987). Pada awalnya, model ini digunakan dalam pembelajaran sains sekolah rendah. Berdasarkan kenyataan Needham
(1987), MKLFN dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, pelajar dapat bertindak secara aktif dalam bilik darjah dengan menggunakan model ini.
Oleh itu, model ini dibangunkan dengan beberapa fasa iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Menurut Arihasnida et al (2020), model ini sesuai diaplikasikan dalam PdPc kerana konsep yang dibangunkan pada struktur kognitif seseorang individu akan berubah sekiranya memperolehi pengetahuan dan pengalaman baru.
Tambahan pula, pelajar dapat membina pengetahuan dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada secara aktif dalam bilik darjah. Rajah 1 menunjukkan fasa yang terdapat dalam MKLFN.
Rajah 1: Fasa-fasa dalam Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN)
Selain itu, teori konstruktivisme yang terkandung dalam model ini adalah di mana pemikiran seseorang wujud apabila ilmu diterima secara aktif oleh pelajar dengan kendiri dan bukannya daripada seorang guru (Mazarul et al., 2019). Manakala menurut Paily (2013), terdapat dua ciri-ciri dalam PdPc konstruktivisme iaitu pembelajaran yang berbentuk interaksi sosial dan proses PdPc adalah berpusatkan pelajar. Pendekatan konstruktivisme bertujuan untuk melihat bagaimana seseorang pelajar membina pengetahuan dengan sendiri tanpa bergantung kepada guru (Nik Pa, 1999). Namun begitu, terdapat juga guru yang masih mengawal bilik darjah dan kurang bersedia dengan pendekatan konstruktivisme ( Ahmad & Nasri, 2018). Justeru itu, keadaan ini memberi impak yang negatif kepada pelajar iaitu pelajar berasa bosan kerana guru masih menggunakan kaedah lama iaitu pemberi penerangan dengan nota sahaja (Zulkifli, 2016).
Oleh itu, kajian ini meneliti sorotan literatur mengenai penggunaan MKLFN dalam penyelidikan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat penggunaan MKLFN dalam PdPc dan juga kesannya kepada pelajar.
2. Metodologi
Kajian ini dilaksanakan dengan mengumpul maklumat dan data dengan menggunakan pelbagai jurnal dan hasil kajian lepas (Sarwono, 2006). Kajian literatur juga dikatakan kajian teori, rujukan dan kesusasteraan saintifik lain yang berkaitan dengan budaya, nilai dan norma
Orientasi
Pencetusan Idea
Penstrukturan Semula Idea
Aplikasi Idea
Refleksi
adalah daripada e-jurnal yang berkaitan dengan tajuk. Kata kunci “Konstruktivisme”, “Model Needham” dan “Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham” digunakan untuk mencari artikel yang berkaitan dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Selepas mencari artikel berkenaan penyelidik melakukan proses penapisan berdasarkan kepada tahun penerbitan artikel, jenis penerbitan, bahasa, metodologi, lokasi dan skop kajian iaitu dalam bidang pendidikan. Artikel yang tidak berkaitan ditolak kerana ada diantaranya tidak berkaitan dengan pendidikan dan tajuk. Jadual 1 menunjukkan cara pemilihan artikel.
Jadual 1: Cara Pemilihan Artikel
Artikel dipilih berdasarkan kriteria-kriteria dalam jadual 1. Justeru itu, sebanyak 10 artikel dipilih berdasarkan kriteria tersebut. Penyelidik memastikan tajuk artikel, abstrak dan artikel sesuai untuk tajuk ini. Jadual 2 menunjukkan senarai artikel yang dipilih untuk kajian ini.
Jadual 2: Senarai artikel yang dipilih untuk kajian Kriteria
Tahun Penerbitan 2005-2021
Jenis Penerbitan Jurnal (Artikel)
Bahasa Bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia
Lokasi Seluruh dunia
Metodologi Kuantitatif, Kualitatif dan Kaedah Campuran
Skop Kajian Semua Bidang
No Nama Penulis Tajuk Kajian
1. Subadrah Nair & Malar Muthiah (2005) Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Pembangunan Perisian Pengajaran Berasaskan Model Konstruktif Needham 5 Fasa Bagi Tajuk Keelektrikan Dalam Mata Pelaajaran Sains Sekolah Rendah
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Application of Needham’s Five Phase Constructivism Model in Civil Electrical and Mechanical Engineering Subject at Technical Secondary School
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah (2015) Aplikasi Teori Konstruktivisme dan Model 5 Fasa Needham Dalam Pembelajaran Perisian ChemMol4 5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Keberkesanan Model Konstruktivisme Fasa Needham
Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu
6. Muhammad Syukri (2016) Model Pengajaran Konstruktivsme Lima Fasa Needham Dalam Pengintegrasian Pendidikan STEM
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff (2020)
Intervensi Pembelajaran di Portal e-Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram Berdasarkan Model Lima Fasa Needham
8. Arihasnida et al. (2020) Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Berasaskan Model Needham Lima fasa Bagi Topik Konkrit
9. Othaya Kumaran et al. (2021) Keberkesanan Kaedah Pengajaran Needham, STAD dan Konvensional Berpandukan Modul Pendidikan Kesenian Terhadap Hasil Kerja Seni dan Minat Murid Sekolah Rendah
10. Rachman et al. (2022) Development of E-Module Food Chemistry Constructivism Based 5-Phase Needham
3. Hasil Kajian
3.1 Tujuan Kajian
Objektif utama kajian sorotan literatur ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar dan minat pelajar dengan penggunaan MKLFN proses PdPc. Selain itu, sebanyak 10 artikel dirumuskan untuk memberi tentang kajian yang dijalankan dalam artikel tersebut. Jadual 3 menunjukkan rumusan mengenai kajian artikel tersebut.
Jadual 3: Senarai artikel, negara dan tujuan kajian
3.2 Tahun Penerbitan
Artikel dipilih dari tahun 2005 hingga 2022 kerana kajian dalam MKLFN kurang dijalankan.
Oleh itu, penyelidik memilih artikel yang sesuai dari awal hingga yang terbaru. Daripada 10 artikel yang dipilih 1 artikel diterbitkan pada tahun 2005 (Subadrah Nair & Malar Muthiah, 2005). Manakala 1 artikel diterbitkan pada tahun 2010 (Mohd Ali & Ahmad Solhi, 2010).
Pada tahun 2012 pula 1 artikel diterbitkan (Mohamad Hisyam & Mazni, 2012) dan pada tahun 2015 (Noor Dayana & Nurfatin Atikah, 2015) 1 artikel telah diterbitkan berkaitan dengan MKLFN. Pada tahun 2016 sebanyak 2 artikel telah diterbitkan iaitu (Zurainu &
Abdul Sukor, 2016); Muhammad Syukri, 2016). Selain itu, sebanyak 2 kajian dilaksanakan pada tahun 2020 iaitu (Syed Lamsah & Muhammad Yusoff, 2020); Arihasnida et al., 2020).
Kajian MKLFN juga dijalankan pada masa kini iaitu pada tahun 2021 dan juga 2022 (Othaya
No Nama Penulis Negara Tajuk Kajian 1. Subadrah Nair & Malar
Muthiah (2005)
Malaysia Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam pembelajaran Sejarah dan kesannya terhadap pencapaian dan minat pelajar.
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010)
Malaysia Menilai perisian pengajaran berasaskan Model Konstruktif Needham 5 Fasa bagi tajuk Keelektrikan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah.
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012)
Malaysia Melihat kekerapan guru menggunakan model Needham dan masalah yang dihadapi oleh guru.
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah (2015)
Malaysia Melaksanakan teori konstruktivisme dan Model 5 Fasa Needham Dalam pembelajaran perisian ChemMol4.
5. Zurainu & Abdul Sukor (2016)
Malaysia Keberkesanan Model Konstruktivisme Fasa Needham dalam pengajaran Komsas Bahasa Melayu terhadap pencapaian dan minat pelajar.
6. Muhammad Syukri (2016) Malaysia Menilai penggunaan Model Pengajaran Konstruktivsme Lima Fasa Needham dalam pengintegrasian Pendidikan STEM melalui penerangan setiap fasa dalam model tersebut.
7. Syed Lamsah &
Muhammad Yusoff (2020)
Malaysia Intervensi pembelajaran di portal e-pembelajaran melalui aplikasi whatsapp dan telegram berdasarkan Model Lima Fasa Needham dapat menambahkan penyertaan pelajar dan meningkatkan sahsiah pelajar.
8. Arihasnida et al. (2020) Malaysia Pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan Model Needham Lima fasa bagi topik Konkrit dan melihat kesesuaiannya dalam pembelajaran.
9. Othaya Kumaran et al.
(2021)
Malaysia Keberkesanan kaedah pengajaran Needham, STAD dan konvensional berpandukan modul Pendidikan Kesenian terhadap hasil kerja seni dan minat murid sekolah rendah.
10. Rachman et al. (2022) Indonesia Menilai pengunaan e-modul Kimia konstruktivisme berdasarkan lima fasa Needham yang dibangunkan untuk pelajar.
Rajah 2: Artikel berdasarkan tahun
3.3 Lokasi Kajian
Berdasarkan rajah 3, kajian yang dipilih ini diterbitkan di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 9 artikel telah diterbitkan di Malaysia dan 1 artikel telah diterbitkan di Indonesia.
Rajah 3: Lokasi Kajian
3.4 Jenis Instrumen
Kajian yang dipilih terbahagi kepada tiga kategori metodologi iaitu kajian berbentuk kuantitatif, kualitatif dan kaedah campuran. Menurut kesemua artikel tersebut didapati artikel ini dinilai dari segi pencapaian, minat, sahsiah, kefahaman, keberkesanan penggunaan kaedah dan menilai pembangunan perisian. Berdasarkan pada rumusan yang dinilai 5 daripada 10 artikel tersebut melihat keberkesanan PdPc MKLFN terhadap pencapaian, minat dan sahsiah pelajar. 2 daripada artikel tersebut menilai perisian yang dibangunkan. Manakala 3 artikel selebihnya mengaplikasikan MKLFN dalam PdPc dan menerangkan tentang penggunaan MKLFN dalam PdPc.
Daripada keseluruhan artikel, kebanyakan artikel menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Selain itu, instrumen yang digunakan adalah soal selidik, ujian pencapaian, pemerhatian dan temubual. Jadual 4 menunjukkan senarai kajian lepas berdasarkan instrumen kajian dan persepsi penggunaan MKLFN dalam PdPc.
Jadual 4: Senarai Kajian Lepas Berdasarkan Jenis Instrumen dan Persepsi Penggunaan MKLFN Dalam PdPc
3.5 Peserta Kajian
Jadual 5 menunjukkan data sampel kajian yang terlibat. Sampel kajian terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar universiti dan guru. Hasil dapatan menunjukkan 2 artikel menggunakan sampel guru dalam kajiannya. Seterusnya 3 artikel menggunakan pelajar sekolah menengah manakala 1 artikel menggunakan pelajar sekolah rendah sebagai sampel. Selain itu, hasil dapatan juga mengenalpasti sebanyak 2 artikel menggunakan pelajar universiti sebagai sampel dan 1 artikel menggunakan pelajar vokasional dalam kajiannya.
Jadual 5: Senarai kajian lepas dan sampel kajian
No Nama Penulis Instrumen Kajian Kaedah Kajian
1. Subadrah Nair & Malar Muthiah (2005)
Soal selidik dan ujian pencapaian
Kuantitatif/kuasi eksperimen 2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Membangunkan perisian
berpandukan model ADDIE
Kualitatif
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Soal selidik Kualitatif 4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah
(2015)
Membangunkan perisian Kualitatif
5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Soal selidik dan ujian Kuantitatif/kuasi eksperimen 6. Muhammad Syukri (2016) MKLFN dalam pengajaran
STEM
Kualitatif
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff (2020)
Soal selidik Kualitatif
8. Arihasnida et al. (2020) Soal selidik Kuantitatif bentuk tinjauan 9. Othaya Kumaran et al. (2021) Soal selidik, ujian dan
rancangan pengajaran
Kuantitatif/kuasi eksperimen 10. Rachman et al. (2022) Pemerhatian,temubual, soal
selidik
Campuran
No Nama Penulis Sampel Kajian
1. Subadrah Nair & Malar Muthiah (2005) Pelajar tingkatan empat daripada dua buah sekolah.
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Guru yang mengajar sains sekolah rendah dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Guru yang mengajar di sekolah teknikal.
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah (2015) Pelajar tingkatan empat dan lima (Kimia) 5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Murid cina sekolah menengah
6. Muhammad Syukri (2016) Tiada sampel
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff (2020) Pelajar program Sarjana Pendidikan.
8. Arihasnida et al. (2020) Pelajar vokasional.
9. Othaya Kumaran et al. (2021) Pelajar tahun empat sekolah jenis kebangsaan tamil.
10. Rachman et al. (2022) Pelajar universiti Sriwijaya.
3.6 Jenis Skop Kajian
Berdasarkan tinjauan kajian ini, didapati kesemua 10 artikel adalah berdasarkan MKLFN.
Jadual 6: Senarai Kajian Lepas berdasarkan skop kajian dan hasilnya.
No Nama Penulis Skop Kajian/ Hasil 1. Subadrah Nair & Malar Muthiah
(2005)
Kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan MKLFN dalam pengajaran Sejarah dan kesannya terhadap pencapaian dan minat pelajar tingkatan 4. Hasil kajian membuktikan bahawa pencapaian pelajar yang mengikuti pengajaran MKLFN meningkat selepas proses intervensi manakala minat pelajar juga meningkat selepas pelajar ,mengikuti pembelajaran MKLFN.
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Kajian ini untuk membangunkan perisian dalam mata pelajaran Sains. Perisian ini boleh digunakan berdasarkan pendekatan MKLFN. Perisian ini direka bentuk berdasarkan model ADDIE. Selepas perisian dibangunkan ia dinilai dengan menggunakan sampel. Hasil kajian menunjukkan perisian ini sesuai dari segi kandungan, reka bentuk dan penggunaannya.
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Kajian ini adalah untuk melihat penggunaan MKLFN dalam pengajaran kejuruteraan di sekolah menengah teknikal. Kajian ini untuk menentukan kekerapan penggunaan fasa Needham. Hasil kajian mendapati bahawa guru menggunakan MKLFN dalam pengajaran tetapi masih terdapat masalah dalam penggunaannya.
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah (2015) Kajian ini bertujuan untuk membina aplikasi perisian ChemMol4 berpandukan MKLFN. Pakar, pensyarah dan beberapa orang guru digunakan untuk menilai perisian ini.
Ciri-ciri utamanya adalah untuk pembelajaran berpusatkan pelajar.
5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengajaran Komsas Bahasa Melayu dengan menggunakan MKLFN dan kesannya terhadap pencapaian dan minat pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti pembelajaran MKLFN dapat memperolehi markah yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang mengikuti pembelajaran konvensional.
6. Muhammad Syukri (2016) Kajian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru mengenai model yang boleh digunakan dalam Pendidikan STEM. Kajian ini memberi penjelasan setiap fasa dalam MKLFN. Kajian ini mengharapkan guru dapat mengaplilkasikan setiap fasa dalam pendidikan STEM.
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff (2020)
Kajian ini adalah untuk melihat penyertaan pelajar dalam portal e-pembelajaran berdasarkan media whatsapp dan telegram. Pendekatan MKLFN digunakan untuk melihat penyertaan dan sahsiah pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan penyertaan pelajar meningkat dan sahsiah mereka lebih baik selepas proses intervensi ini.
8. Arihasnida et al. (2020) Kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan perisian e-pembelajaran berdasarkan MKLFN. Hasil kajian membuktikan bahawa perisian ini sesuai digunakan untuk pelajar dan bersistematik.
9. Othaya Kumaran et al. (2021) Kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kaedah pengajaran Needham, STAD dan konvensional berpandukan modul Pendidikan Seni terhadap pencapaian dan juga minat pelajar sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran Needham mendapat skor yang lebih tinggi
4. Perbincangan
Kajian ini mendapati pembelajaran berdasarkan MKLFN masih kurang digunakan.
Berdasarkan 10 artikel ini kebanyakannya menggunakan MKLFN untuk membangunkan perisian dan bukannya untuk PdPc. Sementara itu, ada beberapa kajian yang menggunakan MKLFN dalam PdPc tetapi bukan dalam semua bidang. Guru boleh mengaplikasikan MKLFN dalam bidang Sains mengikut langkah-langkah yang direka dalam kajian ini (Muhammad Syukri, 2016). Oleh itu, guru boleh menjalankan PdPc berdasarkan MKLFN ini kerana ia lebih tersusun dan pembelajaran yang dijalankan adalah berpusatkan pelajar.
Zurainu & Abdul Sukor (2016) juga berpendapat bahawa PdPc berdasarkan MKLFN dapat memberi impak yang positif berbanding dengan pembelajaran konvensional. Berdasarkan kajian ini, kesemua kajian menyokong penggunaan MKLFN dalam PdPc kerana hasil kajian menunjukkan kesan yang positif. Selain itu, berdasarkan kajian ini, MKLFN bukan sahaja sesuai secara langsung dalam PdPc tetapi boleh digunakan dalam membangunkan perisian yang sesuai untuk pelajar mengikut trend terkini. Tambahan pula, dapat dirumuskan bahawa model ini sesuai digunakan dalam semua bidang. Bukan itu sahaja, berdasarkan hasil kajian MKLFN masih sesuai digunakan dalam PdPc abad ke-21. Ini adalah kerana, MKLFN adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar dan lebih kepada kerja kumpulan. Menurut Moreno et al. (2021), pelajar pada masa sekarang lebih menggunakan teknologi dan kurang komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, jika guru menyediakan PdPc yang berorientasikan MKLFN pelajar dapat berkomunikasi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Selain itu, PdPc MKLFN dapat menghasilkan pelajar yang aktif dalam bilik darjah dan seterusnya tahap pemikiran mereka dapat ditingkatkan untuk menyelesaikan masalah dengan berbincang sesama rakan dalam kumpulan (Damanhuri et al., 2020). Oleh itu, MKLFN sesuai digunakan dalam semua bidang terutama sekali dalam bidang yang kritikal kerana masih ramai pelajar yang kurang minat terhadap beberapa mata pelajaran seperti Ekonomi (Ramlee Ismail et al., 2020).
5. Kesimpulan
Secara keseluruhan, kajian literatur ini membuktikan bahawa MKLFN sesuai digunakan pada masa kini dan penyelidik pada mada akan datang perlu meningkatkan kajian dalam model ini kerana ia sesuai dengan tren pembelajaran berpusatkan pelajar. Penyelidik boleh mengubahsuai setiap fasa dalam model ini mengikut PdPc abad ke-21 untuk menarik minat pelajar. Ini kerana pembelajaran yang aktif yang berpusatkan pelajar dapat mewujudkan suatu senario yang berkait rapat dengan kehidupan harian (Chen et al., 2018). Tambahan pula, pelajar boleh meningkatkan sahsiah mereka melalui pembelajaran sebegini kerana wujud sikap rajin, positif dan mesra di kalangan pelajar.
berbanding dengan pelajar yang mengikuti pengajaran STAD dan konvensional. Minat pelajar terhadap Pendidikan Seni juga meningkat.
10. Rachman et al. (2022) Kajian ini adalah untuk menghasilkan e-modul berdasarkan MKLFN. Modul ini dibangunkan dengan Model ADDIE. Hasil kajian menunjukkan modul MKLFN sesuai dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada penyelidik yang ingin menjalankan kajian dalam kaedah pengajaran. Maka, guru dan penyelidik pada masa akan datang boleh menjalankan kajian literatur yang berkaitan dengan MKLFN dengan lebih terperinci dengan memperbanyakkan kajian daripada luar negara.
Rujukan
A. Rachman Ibrahim, Andi Suharman & Diah Kartika Sari. (2022). Development of E- Module Food Chemistry Constructivism Based 5-Phase Needham. Jurnal Penelitian Pendidikan IPA, 8(3), 1532-1537.
Arihasnida Ariffin, Noridah Hasnan, Normah Zakaria, Siti Nur Kamariah Rubani &
Norhasyimah Hamzah. (2020). Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Berasaskan Model Needham Lima Fasa Bagi Topik Konkrit. Online Journal for TVET Practitioners, 5(2), 63-70.
Chen, B., Bastedo, K., & Howard, W. (2018). Exploring Design Elements For Online STEM Courses: Active Learning, Engagement & Assessment Design. Online Learning, 22(2), 59-75
Damanhuri, N.H.A., Jamlus, S., & Ahmad, S.S. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian subjek Matematik Pengurusan bagi pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Education and Pedagogy, 2(4), 275-287.
Fazida Ahmad & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2018). Tahap kompetensi pengetahuan guru sejarah dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
International Conference on Global Education VI (ICGE VI). 1:338-346.
Mazarul Hasan, Norazimah Zakaria & Norazilawati Abdullah. (2019). Nilai Pendidikan Dalam Bahan Pengajaran Multimedia Kartun Animasi Upin Dan Ipin Untuk Murid Sekolah Rendah. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2(4), 12-23.
Mohamad Hisyam Mohd Hashim & Mazni Kasbolah. (2012). Application of Needham’s Five Phase Constructivism Model in Civil, Electrical and Mechanical Engineering Subject at Technical Secondary School. Canadian Center of Science and Education.
Journal of Education and Learning, 1(1), 117-128.
Mohd Ali Ibrahim & Ahmad Solhi Redwan. (2010). Pembangunan Perisian Pengajaran Berasaskan Model Konstruktif Needham 5 Fasa Bagi Tajuk Keelektrikan Dalam Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.
Moreno-morilla, C., Guzman-simon, F., & Garcia-jimenez, E. (2021). Learning, Culture and Social Interaction Digital and Information Literacy Inside and Outside Spanish Primary Education Schools. Learning, Culture and Social Interaction, 28(April 2020), 100455. https://doi.org/10.1016/j.lcsi.2020.10045
Muhammad Syukri. (2016). Model Pengajaran Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pengintegrasian Pendidikan STEM. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Fisika, FKIP, Universitas Syiah Kuala.
Nair, S., & Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,20, 21-41.
Needham, R. (1987). Teaching strategies for developing understanding in science. The University Leeds: Centre for Studies in Science and Mathematics Education.
Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noor Dayana, A. H. & Nurfatin Atikah, K. 2015. ChemMol4: Learning concept of mole via Needham’s five phases to overcome students’ alternative concepts.
http://eprints.utm.my/ id/eprint/62211/1/NoorDayanaHalim2015_ C h e m m o l 4 L e a r n i n g C o n c e p t o f M o l e ViaNeedhams.pdf [10 Jun 2020]
Othaya Kumaran, Al-Amin Mydin, Abdul Ghani & Shaik Abdul Malik. (2021).
Keberkesanan Kaedah Pengajaran Needham, STAD dan Konvensional Berpandukan Modul Pendidikan Kesenian Terhadap Hasil Kerja Seni dan Minat Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(8), 162-172.
Paily, M. U. (2013). Creating constructivist learning environment: Role of "web 2.0"
technology. International Forum of Teaching & Studies, 9(1), 39-50
Ramlee Ismail, Marinah Awang & Seow Yea Pyng. (2020). Active Learning in Economic Subject: A Case Study at Secondary School. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(10), 19-31.
Sarwono, J. (2006). Metode Penelitian Kuantitatif dan Kualitiatif. Graha Ilmu. Yogyakarta.
Sugiyono. (2012). Metode Penelitian Kuantitatif Kualitatif dan R&D. Bandung: Alfabeta.
Syed Lamsah Syed Chear & Muhammad Yusoff Mohd Nor. (2020). Intervensi Pembelajaran di Portal e-Pembelajaran Berdasarkan Model Lima Fasa Needham. Evaluation Studies in Social Sciences, 9, 11-27.
Zurainu Mat Jasin & Abdul Sukor Shaari. (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 79-92.
Zuriawahida Zulkifli. (2016). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran berasaskan Masalah dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar.