Penyesuaian Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran dalam Matematik: Kajian Literatur Bersistematik
(Adaptation of Teaching and Learning Techniques in Mathematics: A Systematic Literature Review)
Siti Nor Naqiah Jusoh1*, Siti Mistima Maat1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 December 2022 | Published: 31 December 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.15
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Seiring kemajuan dunia, matematik dilihat sangat penting dalam kehidupan masa kini. Mempelajarinya bukanlah suatu yang merugikan. Namun, tidak semua memahami ilmu yang terkandung dalam subjek tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan membuat tinjauan literatur bersistematik terhadap penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran dalam matematik. Terdapat dua persoalan kajian iaitu apakah teknik pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana teknik pengajaran dan pembelajaran dalam matematik diaplikasikan. Model yang digunakan dalam kajian ini adalah model PRISMA.
Enjin carian yang digunakan dalam kajian ini adalah daripada SCOPUS dan Web of Science (WoS). Daripada 186 artikel yang ditemui, sebanyak 21 artikel diterima yang mana telah memenuhi tujuan kajian. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, terdapat 3 teknik pengajaran yang dapat dikenal pasti iaitu teknik pemusatan guru, teknik pemusatan bahan dan teknik pemusatan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik yang berpusatkan murid sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh yang demikian, guru perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam membantu murid untuk bergerak aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: impak, efikasi kendiri, keyakinan, matematik, literatur bersistematik
Abstract: As the world progresses, mathematics are seen as very important in today's life.
Learning it is not a disadvantage. However, not everyone understands the knowledge contained in the subject. Therefore, this study was carried out with the aim of conducting a systematic literature review on the adaptation of teaching and learning techniques in mathematics. There are two research questions, namely what are teaching and learning techniques and how the teaching and learning techniques are applied in mathematics. The model used in this study is the PRISMA model. The search engines used in this study are from SCOPUS and Web of Science (WoS). From the 186 articles found, a total of 21 articles were accepted which met the purpose of the study. Based on the analysis that has been conducted, there are 3 teaching techniques that can be identified, which is teacher-centered techniques, material-centered techniques and student-centered techniques. The findings of the study show that student- centered techniques are suitable to be applied in teaching and learning mathematics.
Therefore, teachers need to think creatively and critically in helping students to be active in teaching and learning sessions.
Keywords: impact, self-efficacy, confidence, mathematics, systematic literature
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Pendidikan adalah penting bagi setiap manusia. Melalui Pendidikan, pelbagai ilmu dapat diperoleh dan dipelajari serta diaplikasi dalam kehidupan seharian. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia khususnya bagi memastikan setiap rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan. Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat dilihat, mampu menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu subjek. Antara teknik yang dapat dilihat adalah teknik pemusatan guru, teknik pemusatan bahan dan juga teknik pemusatan murid.
Pemilihan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat memberikan impak kepada penerimaan murid berkaitan isi kandungan yang disampaikan. Bagi subjek matematik, pemahaman murid perlu difokuskan agar setiap isi kandungan dapat disampaikan kepada mereka dengan pemahaman yang tepat. Hal ini disokong dengan kenyataan Liu et al. (2019), kegunaan strategi pembelajaran berkait rapat dengan prestasi murid. Bagi meningkatkan pencapaian murid, guru perlu kreatif dalam membuat pemilihan dan mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk membuat tinjauan literatur bersistematik terhadap penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran dalam matematik dan mengenal pasti trend teknik pengajaran dan pembelajaran seperti tahun penerbitan, negara dan reka bentuk kajian.
Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini iaitu:
i) Mengenal pasti teknik pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik.
ii) Mengenal pasti cara perlaksanaan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik.
2. Metodologi
2.1 Protokol Semakan – PRISMA
Kajian ini adalah berpandukan PRISMA yang telah dibangunkan oleh Page et al. (2021), bertujuan untuk melengkapkan pelaporan yang membolehkan pembaca menilai kesesuaian kaedah dan juga kebolehpercayaan penemuan. Tambahan lagi, pembentangan dan ringkasan ciri kajian menyumbang kepada sintesis yang membolehkan penggubal dasar menilai kebolehgunaan penemuan itu pada tetapan mereka.
2.2 Strategi carian sistematik 2.2.1 Pengenalpastian
Jadual 1: Rentetan carian yang digunakan untuk proses semakan sistematik
Pangkalan Data Kata kunci
Scopus TITLE-ABS-KEY(("teaching strategy" OR
"learning strategy*" OR "creative learning*") AND ("mathematics " OR
"junior high*"))
Web of Science TS=(("teaching strategy" OR "learning strategy*" OR "creative learning*") AND ("mathematics " OR "junior high*"))
2.2.2 Saringan
Proses saringan berlaku selepas mengenal pasti artikel yang dikehendaki. Kemudian, artikel yang telah diperoleh akan dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang disenaraikan di Jadual 2. Langkah pertama pada peringkat ini, pengecualian jurnal (sistematik literatur), siri buku, buku, bab dalam buku dan juga kertas prosiding. Kemudian, artikel yang diterbitkan disaring mengikut tahun bermula 2018 hingga 2022.
Dalam proses ini, sebanyak 1789 artikel tidak menepati kriteria kelayakan yang telah dibuat.
Seterusnya, sebanyak 186 artikel telah dikenal pasti untuk langkah seterusnya dan setelah disaring, tiada artikel yang sama dijumpai. Berdasarkan daripada kriteria kelayakan dan pengecualian, terdapat 186 baki artikel yang akan digunakan untuk langkah pemilihan seterusnya.
Jadual 2: Kriteria kemasukan dan pengecualian
Kriteria Kelayakan Pengecualian
Jenis Literatur Jurnal (Artikel kajian) Jurnal (tinjauan sistematik), siri buku, tajuk dalam buku dan kertas prosiding
Bahasa Bahasa Inggeris Bukan Bahasa
Inggeris Selang masa Antara 2018 hingga 2022 Sebelum 2018 2.2.3 Kelayakan
Peringkat ketiga ini adalah proses kelayakan setelah selesai proses saringan. Bagi memastikan baki artikel tersebut menepati ukuran yang dikehendaki, pengkaji memeriksa setiap satu artikel secara manual. Langkah ini telah dilaksanakan berdasarkan bacaan tajuk artikel, abstrak atau keseluruhan artikel. Berdasarkan daripada proses ini, sebanyak 165 artikel telah dikeluarkan kerana tidak berfokus kepada carian teknik pengajaran dan pembelajaran dan juga tidak dapat dimuat turun oleh pengkaji. Akhirnya, sebanyak 21 artikel mempunyai potensi untuk digunakan sebagai tinjauan literatur bersistematik.
2.2.4 Pemilihan
Artikel yang digunakan dalam tinjauan bersistematik ini bertemakan teknik pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.
Rajah 1: Kajian sistematik PRISMA
Berdasarkan jadual di bawah, 21 artikel yang telah dipilih tersebut adalah daripada carian di pangkalan data Scopus dan WoS. Pengkalan data ini telah dipilih kerana kualiti artikel terutamanya dalam bidang pendidikan. Tujuan kajian adalah berkaitan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 3: Rumusan hasil dapatan.
No .
Pengarang (Tahun)
Reka bentuk
kajian
Negara Tahap Teknik pemusatan
guru
Teknik pemusatan
bahan
Teknik pemusatan
murid 1 (Lugosi &
Uribe, 2022)
KN USA Universiti ✔
2 (Hargreaves et al., 2021)
KL UK Sekolah ✔
3 (Yang &
Chen, 2021)
KN China Sekolah ✔ ✔
IdentifikasiSaringanKelayakan Disertak an
Rekod dikenalpasti melalui carian SCOPUS
(n=1617)
Rekod tambahan dikenalpasti melalui carian Web of Science
(n=358)
Rekod dikecualikan kerana artikel ulasan sistematik, siri buku, buku, bab dalam buku, kertas prosiding, bukan bahasa Inggeris dan diterbitkan sebelum 2018
(n=1789)
Jumlah rekod disaring (n=186)
Rekod pendua telah dialih keluar
(n=0)
Artikel teks penuh dinilai untuk kelayakan
(n=186)
Rekod dikecualikan kerana tidak dijalankan dalam faktor yang mempengaruhi pengajaran kreatif
guru (n =165)
Artikel termasuk dalam kajian sistematik
(n =21)
4 (Tsai et al., 2020)
KN China Sekolah ✔
5 (Meng et al., 2020)
KN China Sekolah ✔
6 (N. S. Misrom et al., 2020)
KN Malaysia Sekolah ✔
7 (K. Misrom et al., 2020)
KL Amerika Syarikat
Sekolah ✔
8 (Calkins et al., 2020)
KC Amerika Syarikat
Universiti ✔
9 (Chen et al., 2019)
KN Jepun Sekolah ✔
10 (Liu et al., 2019)
KN Korea Universiti ✔
11 (Zhao et al., 2019)
KN China Sekolah ✔
12 (Feudel &
Dietz, 2019)
KN German Universiti ✔
13 (Pollard et al., 2018)
KL Australia Universiti ✔ 14 (Glogger-
Frey,
Ampatziadis, et al., 2018)
KN German Universiti ✔
15 (Watson &
Enderson, 2018)
KL Amerika Syarikat
Universiti ✔ ✔
16 (Glogger- Frey,
Deutscher, et al., 2018)
KN German Universiti ✔
17 (Tassell et al., 2018)
KN Amerika Syarikat
Universiti ✔ ✔
18 (Supandi et al., 2018)
KN Indonesia Sekolah ✔
19 (Mangwende
& Maharaj, 2018)
KC Afrika Selatan
Sekolah ✔
20 (Machaba, 2018)
KL Afrika Selatan
Sekolah ✔
21 (Umugiraneza et al., 2018)
KN Afrika Aelatan
Sekolah ✔
KN=Kuantitatif; KL=Kualitatif; KC=Kaedah Campuran 3. Hasil Kajian
3.1 Latar belakang kajian yang dipilih
Berdasarkan daripada 21 artikel, 5 kajian tertumpu di USA (Lugosi & Uribe., 2022; Misrom et al., 2020; Calkins et al., 2020; Watson et al., 2018; Tassell et al., 2018), 4 di China (Yang et al., 2021; Tsai et al., 2020; Meng et al., 2020; Zhao et al., 2019), 3 di German (Feudel et al., 2019; Glogger-Frey et al., 2018; Glogger-Frey et al., 2018), 3 di Afrika Selatan (Mangwende et al., 2018; France Masilo, 2018; Umugiraneza et al., 2018). Sementara itu, satu kajian tertumpu di UK (Hargreaves et al., 2021), Malaysia (Noor Suhaily et al., 2020), Jepun (Chen et al., 2019), Korea (Liu et al., 2019), Australia (Pollard et al., 2018) dan di Indonesia (Supandi et al., 2018). Rajah 3 menunjukan negara-negara yang telah dipilih menurut artikel kajian.
Seterusnya, dalam konteks tahun penerbitan, 9 artikel telah diterbitkan pada tahun 2018 (Pollard et al., 2018; Glogger-Frey et al., 2018; Watson et al., 2018; Glogger-Frey et al., 2018;
Tassell et al., 2018; Supandi et al., 2018; Mangwende et al., 2018; France Masilo, 2018;
Umugiraneza et al., 2018), diikuti dengan 4 artikel diterbitkan pada tahun 2019 (Chen et al., 2019; Liu et al., 2019; Zhao et al., 2019; Feudel et al., 2019), 5 artikel pada tahun 2020 (Tsai et al., 2020; Meng et al., 2020; Noor Suhaily et al., 2020; Misrom et al., 2020; Calkins et al., 2020), 2 artikel pada tahun 2021 (Hargreaves et al., 2021; Yang et al., 2021) dan akhir sekali 1 artikel telah diterbitkan pada tahun 2022 (Lugosi et al., 2022). Tahun terbitan yang paling tinggi penerbitan artikelnya adalah pada tahun 2018. Tahun penerbitan ditunjukkan dalam rajah 3.
Terdapat 14 artikel menggunakan analisis kuantitatif (Lugosi et al., 2022; Yang et al., 2021;
Tsai et al., 2020; Meng et al., 2020; Noor Suhaily et al., 2020; Chen et al., 2019; Liu et al., 2019; Zhao et al., 2019; Feudel et al., 2019; Glogger-Frey et al., 2018; Glogger-Frey et al., 2018; Tassell et al., 2018; Supandi et al., 2018; Umugiraneza et al., 2018), 5 artikel menggunakan analisis kualitatif (Hargreaves et al., 2021; Misrom et al., 2020; Pollard et al., 2018; Watson et al., 2018; France Masilo, 2018) dan 2 artikel menggunakan analisis kaedah campuran (Calkins et al., 2020; Mangwende et al., 2018).
Rajah 2: Negara tempat kajian yang dipilih dijalankan
Rajah 3: Tahun diterbitkan
3.2 Perkembangan tema
Analisis tema ini dilakukan kepada 21 artikel yang telah dipilih berdasarkan 3 tema. Hasil dapatan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza berdasarkan kepada ciri-ciri persamaan antara kandungan. Sebanyak 7 artikel menulis berkaitan teknik pemusatan guru, 5 artikel berkaitan teknik pemusatan bahan dan 12 artikel berkaitan teknik pemusatan murid.
3.2.1 Teknik pemusatan guru
Jadual 4 menunjukkan faktor yang membantu guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran.
Berdasarkan daripada analisis yang dibuat, terdapat 2 kajian iaitu (Glogger-Frey, Ampatziadis, et al. (2018); Glogger-Frey, Deutscher, et al. (2018)) yang menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada guru memungkinkan mereka tersalah konsep dan mengaplikasikan dalam pengajaran.
Oleh yang demikian, pemahaman mendalam guru berkaitan konsep atau kaedah penilaian dalam sistem pendidikan perlu dipandang serius.
Seterusnya, terdapat 4 kajian iaitu (Watson & Enderson (2018); Mangwende & Maharaj (2018); Machaba (2018); Umugiraneza et al. (2018)) yang menyatakan bahawa faktor kesediaan guru dalam pelbagai bidang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik khususnya matematik. Kesediaan guru terutamanya dalam bidang teknologi perlu dipertingkatkan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran
0 1 2 3 4 5 6
UK Malaysia Jepun Indonesia Korea Australia Afrika Selatan Jerman China USA
0 2 4 6 8 10
2018 2019 2020 2021 2022
dijalankan dengan menarik. Selain itu, kesediaan guru dalam memahami isi kandungan yang hendak disampaikan hendaklah diteliti bagi membantu guru dalam menyampaikan ilmu dengan lebih mudah dan berkesan kepada pelajar. Kenyataan ini disokong dengan kajian yang ditulis oleh Machaba (2018) dalam kajiannya menyimpulkan pemahaman guru perlu ditingkatkan agar penyampaian ilmu lebih berkesan. Penetapan objektif juga turut memberi kesan kepada pencapaian murid bagi sesebuah isi kandungan yang disampaikan.
Faktor yang terakhir adalah kreativiti. Terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa kreativiti guru dapat menyumbang kepada penglibatan aktif pelajar. Hasil dapatan kajian yang ditulis oleh Pollard et al. (2018) ini menyatakan bahawa pengajaran kreatif dan unsur kejutan pengajaran kreatif dapat memberi kepuasan kepada guru. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan minat murid untuk belajar. Oleh yang demikian, guru perlu lebih kreatif dalam membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat meninggalkan kesan kepada positif kepada murid terutama sekali dalam subjek matematik.
Jadual 4: Faktor pemusatan guru
Faktor pemusatan guru Bilangan Kajian
Pengalaman 2 Glogger-Frey, Ampatziadis, et al. (2018)
Glogger-Frey, Deutscher, et al. (2018) Kesediaan mengajar 4 Watson & Enderson (2018)
Mangwende & Maharaj (2018) Machaba (2018)
Umugiraneza et al. (2018)
Kreativiti 1 Pollard et al. (2018)
3.2.2 Teknik pemusatan bahan
Berdasarkan daripada analisis yang dibuat, 5 artikel telah membincangkan berkaitan teknik yang dikaitkan dengan pemusatan bahan. 5 artikel tersebut adalah daripada Yang & Chen (2021); N. S. Misrom et al. (2020); Feudel & Dietz (2019); Watson & Enderson (2018); Tassell et al. (2018)). Kesemua artikel kajian ini melibatkan bahan teknologi yang boleh dilakukan dalam pendidikan antaranya ialah perisian geogebra, perisian CAT, Microsoft Excel dan alat teknologi audio. Berdasarkan kajian (Yang & Chen 2021), hasil dapatan kajian tersebut mendapati bahawa pembelajaran berasaskan digital dapat meningkatkan pencapaian murid dan pengekalan pengajaran. Hasil dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Tassell et al.
(2018) yang menyatakan pendedahan penggunaan alat digital perlu digunakan bagi membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kajian N. S. Misrom et al. (2020) pula berkongsi berkaitan penggunaan perisian geogebra dalam pengajaran matematik dapat memberikan impak positif terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Seterusnya dalam kajian Feudel & Dietz (2019) pula berkaitan dengan program CAT yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian beliau menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan CAT ini memudahkan pelbagai pihak termasuk guru dan murid. Oleh yang demikian, kemahiran murid sangat diperlukan bagi memastikan mereka menguasai penggunaan CAT ini. Seterusnya, kajian
daripada Watson & Enderson (2018) menyatakan bahawa penggunaan bahan teknologi seperti Microsoft excel perlu didedahkan kepada murid supaya memudahkan mereka untuk belajar.
3.2.3 Teknik pemusatan murid
Berdasarkan hasil dapatan analisis, sebanyak 12 artikel dikenal pasti berfokuskan kepada teknik pemusatan murid. Jadual 5 menunjukkan 3 fokus teknik pemusatan murid. Terdapat 8 artikel iaitu (Lugosi & Uribe (2022); Tsai et al. (2020); K. Misrom et al. (2020); Calkins et al.
(2020); Chen et al. (2019); Liu et al. (2019); Tassell et al. (2018); Supandi et al. (2018)) yang menyatakan bahawa fokus teknik pengajaran berpusatkan murid ini akan membantu murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian Lugosi & Uribe (2022), beliau menyatakan bahawa gaya persembahan yang aktif memberikan kesan positif kepada murid dan pencapaian mereka. Selain itu, kajian daripada Tsai et al. (2020) pula menyatakan bahawa penggunaan flipped classroom dapat membantu dalam meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam bilik darjah. K. Misrom et al. (2020) dalam kajiannya menyatakan pembelajaran aktif bilik darjah matematik yang mana menggabungkan aktiviti penaakulan, pemikiran dan interaksi aktif dengan matematik dan dapat dilihat penglibatan pelajar dalam aktiviti meningkat dan secara tidak langsung dapat membantu murid dalam memahami konsep yang diperlukan.
Dalam kajian (Calkins et al. (2020); Chen et al. (2019); Liu et al. (2019)), dapat disimpulkan bahawa pemilihan teknik mahupun strategi pembelajaran yang bersesuaian dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Faktor kedua yang dapat dilihat adalah berkaitan kefahaman murid. Terdapat 2 kajian iaitu (Hargreaves et al. (2021); Zhao et al. (2019)) yang menyatakan bahawa kefahaman murid penting bagi meningkatkan pencapaian mereka. Kajian Hargreaves et al. (2021) membincangkan berkaitan salah faham berkaitan konsep growth mindset memberi kesan kepada murid. Pemahaman yang mendalam berkaitan sesuatu teori perlu ditingkatkan supaya tidak berlaku lagi sebarang salah faham. Seterusnya kajian Zhao et al. (2019) menyatakan bahawa penyelesaian masalah adalah pengantara antara metakognisi umum dan prestasi pembelajaran. Justeru, guru seharusnya menjadi pembimbing bagi murid-murid yang memerlukannya supaya kefahaman yang mereka perolehi itu adalah tepat.
Fokus yang ketiga adalah dari segi pencapaian murid. Terdapat 2 kajian iaitu (Yang & Chen (2021); Meng et al. (2020)) yang membincangkan berkaitan pencapaian akademik murid.
Menurut kajian Yang & Chen (2021), kesimpulan daripada dapatan kajiannya yang menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan digital dapat meningkatkan dalam pencapaian pelajar dan juga pengekalan pembelajaran. Jelas menunjukkan bahawa pelajar lebih fokus dengan peralatan teknologi yang digunakan. Seterusnya, kajian Meng et al. (2020) pula menyatakan bahawa pedagogi pintar dapat membantu pelajar dalam pencapaian akademik mereka.
Jadual 5: Kesan teknik pemusatan murid
Kesan teknik pemusatan murid Bilangan Kajian
Penglibatan 8 Lugosi & Uribe (2022)
Tsai et al. (2020) K. Misrom et al. (2020) Calkins et al. 2020) Chen et al. (2019) Liu et al. (2019) Tassell et al. (2018)
Supandi et al. (2018)
Kefahaman 2 Hargreaves et al. (2021)
Zhao et al. (2019)
Pencapaian 2 Yang & Chen (2021)
Meng et al. (2020) 4. Perbincangan
Kajian yang telah dianalisis menunjukkan bahawa pemilihan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam matematik. Mengikut dapatan kajian berdasarkan tinjauan sistematik, terdapat pelbagai teknik yang bersesuaian diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Teknik ini telah dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu pemusatan guru, pemusatan bahan dan juga pemusatan murid.
Dalam dapatan analisis, jelas dilihat bahawa teknik pemusatan murid lebih banyak kajiannya daripada teknik-teknik yang lain. Majoriti kajian adalah berfokuskan kearah penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan teknik yang sesuai membantu pelajar aktif dalam bilik darjah. Konteks aktif yang dinyatakan ini adalah aktif bertanya dan juga aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru mereka dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, pembelajaran subjek matematik akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan dengan keterlibatan murid dalam bilik darjah.
Selain itu, dapat dilihat teknik pemusatan bahan ini, kesemua kajian berkaitan dengan teknologi. Bahan yang digunakan berfokuskan kepada perisian yang mana dapat membantu menarik minat murid dan fokus mereka kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan perlaksanaan pengajaran abad ke-21, penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat memudahkan tugas guru dalam menyampaikan isi kandungan yang diajar. Justeru, pengaplikasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini memberi kesan yang positif kepada murid dan kesediaan guru hendaklah ditingkatkan berkaitan dengan teknologi ini.
Selain daripada itu, apabila melihat dari sudut pandang teknik pemusatan guru, jelas dilihat 4 kajian berfokuskan kepada faktor kesediaan guru. Kesediaan guru sangat memberi kesan kepada pemahaman murid dalam memahami isi kandungan yang hendak disampaikan. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang dilihat antaranya guru kurang memahami beberapa konsep malah mereka juga dilihat lebih suka menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Oleh yang demikian, pihak berwajib boleh menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan yang bersesuaian bagi guru supaya lebih bersedia.
5. Kesimpulan
Kajian sistematik ini telah menganalisis 21 artikel berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam matematik bagi tempoh 5 tahun terkini. Dapat dilihat tahun yang paling banyak kajian dibuat adalah pada tahun 2018. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat pelbagai jenis teknik atau pemblehubah yang dikategorikan iaitu teknik pemusatan guru, teknik pemusatan bahan dan teknik pemusatan murid. Secara kesimpulannya, teknik pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berfokus kepada satu pembolehubah sahaja. Terdapat pelbagai jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya bagi menjadikan proses tersebut lebih bermakna.
6. Cadangan
Kajian sistematik ini memberi maklumat tentang teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam matematik. Penemuan ini mempunyai implikasi penting kepada pelajar dan juga pendidik. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa penyelidikan yang lebih meluas akan dijalankan pada masa hadapan untuk lebih memahami kesan daripada teknik pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan masa depan juga boleh diteruskan menggunakan lebih pangkalan data yang luas. Kajian yang lebih mendalam juga diperlukan kerana masih terdapat beberapa elemen yang perlu disiasat khususnya dalam konteks guru. Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penyelidikan masa depan untuk meningkatkan lagi pengetahuan ini, khususnya di Malaysia.
Rujukan
Calkins, S., Grannan, S., & Siefken, J. (2020). Using Peer-Assisted Reflection in Math to Foster Critical Thinking and Communication Skills. Primus, 30(4), 475–499.
https://doi.org/10.1080/10511970.2019.1608608
Chen, L., Yoshimatsu, N., Goda, Y., Okubo, F., Taniguchi, Y., Oi, M., Konomi, S., Shimada, A., Ogata, H., & Yamada, M. (2019). Direction of collaborative problem solving-based STEM learning by learning analytics approach. Research and Practice in Technology Enhanced Learning, 14(1). https://doi.org/10.1186/s41039-019-0119-y
Feudel, F., & Dietz, H. M. (2019). Teaching study skills in mathematics service courses—how to cope with students’ refusal? Teaching Mathematics and Its Applications, 38(1), 20–42.
https://doi.org/10.1093/teamat/hrx016
Glogger-Frey, I., Ampatziadis, Y., Ohst, A., & Renkl, A. (2018). Future teachers’ knowledge about learning strategies: Misconcepts and knowledge-in-pieces. Thinking Skills and Creativity, 28, 41–55. https://doi.org/10.1016/j.tsc.2018.02.001
Glogger-Frey, I., Deutscher, M., & Renkl, A. (2018). Student teachers’ prior knowledge as prerequisite to learn how to assess pupils’ learning strategies. Teaching and Teacher Education, 76, 227–241. https://doi.org/10.1016/j.tate.2018.01.012
Hargreaves, E., Quick, L., & Buchanan, D. (2021). Systemic threats to the growth mindset:
classroom experiences of agency among children designated as ‘lower-attaining.’
Cambridge Journal of Education, 51(3), 283–299.
https://doi.org/10.1080/0305764X.2020.1829547
Liu, Q., Du, X., Zhao, S., Liu, J., & Cai, J. (2019). The role of memorization in students’ self- reported mathematics learning: a large-scale study of Chinese eighth-grade students. Asia Pacific Education Review, 20(3), 361–374. https://doi.org/10.1007/s12564-019-09576-2 Lugosi, E., & Uribe, G. (2022). Active learning strategies with positive effects on students’
achievements in undergraduate mathematics education. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 53(2), 403–424.
https://doi.org/10.1080/0020739X.2020.1773555
Machaba, F. M. (2018). Pedagogical demands in mathematics and mathematical literacy: A case of mathematics and mathematical literacy teachers and facilitators. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 14(1), 95–108.
https://doi.org/10.12973/ejmste/78243
Mangwende, E., & Maharaj, A. (2018). Secondary school mathematics teachers’ use of students’ learning styles when teaching functions: A case of Zimbabwean schools.
Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 14(7), 3225–3233.
https://doi.org/10.29333/ejmste/91679
Meng, Q., Jia, J., & Zhang, Z. (2020). A framework of smart pedagogy based on the facilitating
of high order thinking skills. Interactive Technology and Smart Education, 17(3), 251–
266. https://doi.org/10.1108/ITSE-11-2019-0076
Misrom, K., Macdonald, B. L., & Shumway, J. F. (2020). Experiencing active mathematics learning: Meeting the expectations for teaching and learning in mathematics classrooms.
Mathematics Enthusiast, 17(2–3), 615–640. https://doi.org/10.54870/1551-3440.1499 Misrom, N. S., Abdurrahman, M. S., Abdullah, A. H., Osman, S., Hamzah, M. H., & Fauzan,
A. (2020). Enhancing students’ higher-order thinking skills (HOTS) through an inductive reasoning strategy using geogebra. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 15(3), 156–179. https://doi.org/10.3991/ijet.v15i03.9839
Pollard, V., Hains-Wesson, R., & Young, K. (2018). Creative teaching in STEM. Teaching in Higher Education, 23(2), 178–193. https://doi.org/10.1080/13562517.2017.1379487 Supandi, S., Waluya, S. B., Rochmad, R., Suyitno, H., & Dewi, K. (2018). Think-talk-write
model for improving students’ abilities in mathematical representation. International Journal of Instruction, 11(3), 77–90. https://doi.org/10.12973/iji.2018.1136a
Tassell, J. L., Stobaugh, R., & Maxwell, M. (2018). The Create Excellence Framework’s Impact on Enhancing Creativity: Examining Elementary Teacher Candidate Mathematics Lesson Planning. Springer International Publishing. https://doi.org/10.1007/978-3-319- 72381-5_3
Tsai, M. N., Liao, Y. F., Chang, Y. L., & Chen, H. C. (2020). A brainstorming flipped classroom approach for improving students’ learning performance, motivation, teacher- student interaction and creativity in a civics education class. Thinking Skills and Creativity, 38(July), 100747. https://doi.org/10.1016/j.tsc.2020.100747
Umugiraneza, O., Bansilal, S., & North, D. (2018). Investigating teachers’ formulations of learning objectives and introductory approaches in teaching mathematics and statistics.
International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 49(8), 1148–1164. https://doi.org/10.1080/0020739X.2018.1447150
Watson, G. S., & Enderson, M. C. (2018). Preparing Teachers to Use Excelets: Developing Creative Modeling Experiences for Secondary Mathematics Students. Springer International Publishing. https://doi.org/10.1007/978-3-319-72381-5_8
Yang, K. H., & Chen, H. H. (2021). What increases learning retention: employing the prediction-observation-explanation learning strategy in digital game-based learning.
Interactive Learning Environments, 0(0), 1–16.
https://doi.org/10.1080/10494820.2021.1944219
Zhao, N., Teng, X., Li, W., Li, Y., Wang, S., Wen, H., & Yi, M. (2019). A path model for metacognition and its relation to problem-solving strategies and achievement for different tasks. ZDM - Mathematics Education, 51(4), 641–653. https://doi.org/10.1007/s11858- 019-01067-3