• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program DBP-UniMAP semarakkan semangat kemerdekaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Program DBP-UniMAP semarakkan semangat kemerdekaan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

3 Sept 2016 PROGRAM DBP-UniMAP SEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN

Kangar, 3 Sept – Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan yang ke-59, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) menganjurkan Program Citra Budaya, Cergas Minda & Malam Puisi Kemerdekaan, di sini.

Antara pengisian program yang berlangsung mulai 1 September itu ialah perlawanan persahabatan, lawatan delegasi DBP ke kampus-kampus UniMAP, malam puisi dan pertandingan „woodball‟.

Dekan Pengurusan Akademik, Prof Ir Dr Rezuwan Kamarudin berkata penganjuran program sempena hari kebangsaan itu adalah amat dialu-alukan memandangkan perubahan era globalisasi kini semakin menghakis semangat patriotik di kalangan generasi muda.

Katanya, walaupun UniMAP adalah universiti yang berteraskan kejuruteraan namun tidak menghalang universiti itu bagi mengadakan program-program kebudayaan dan kesenian melalui Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) serta Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) UniMAP.

“Justeru, penganjuran program bersama ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang, dan UniMAP akan terus komited dalam program sebegini agar warisan negara dapat dipelihara,” katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor UniMAP di Majlis Malam Puisi Kemerdekaan, di Kampus UniMAP Kubang Gajah, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Pusat Sukan, Suhizaz Sudin.

Pada majlis itu, wakil DBP Rasdi Daud turut mempersembahkan puisi bertajuk Menuntun Si Merdeka karya Awang Sariyan serta Aku Ingin Menciummu Setiap

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Hari karya beliau sendiri diikuti Nordin Zainal Abidin menerusi puisi berjudul Merdeka dan Kita hasil nukilannya sendiri.

Wakil UniMAP yang juga Pengarah Unit Penerbitan UniMAP Prof Asiah Sarji mendeklamasikan puisi karya beliau sendiri bertajuk Aduhai Si Tanggang yang bakal diterbitkan penghujung tahun ini.

Selain itu, wakil DBP Rosdi Mat Raqib mendendangkan lagu gubahannya berjudul Si Penghuni Sepi diiringi petikan gitar yang dimainkan sendiri.

Tidak ketinggalan, persembahan tarian dan nyanyian dari Kumpulan Inderasutra UKR UniMAP menjadi penyeri majlis itu.

Dalam majlis berkenaan turut disampaikan hadiah perlawanan badminton yang dijuarai UniMAP manakala bagi permainan damak, DBP menjadi johan.

Delegasi DBP yang terdiri daripada 50 peserta itu adalah Biro Kebudayaan Badan Keluarga, Biro Lawatan & Rekreasi, dan Biro Badan Sukan Keluarga DBP.

Dikeluarkan Oleh :

Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Tel : 04-9885474

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 24 Jun 2016 UniMAP LANCAR SKIM TABARRUQ KHAIRAT KEMATIAN Pauh Putra, 24 Jun – Bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Universiti

Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Mac 2016 UniMAP ANJUR PERTANDINGAN TARIAN, KEBAYA TRADISIONAL Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA PENYELIDIK WANITA UniMAP TERUSKAN KECEMERLANGAN DI EUROINVENT 2018 DI ROMANIA Kangar,19 Mei – Penyelidik wanita Universiti Malaysia

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 18 Jun 2016 PROGRAM SAHABAT SAHUR POTENSI JEJAK AGENSI KESELAMATAN SELURUH NEGERI PERLIS Kangar, 18 Jun – Sempena bulan Ramadhan ini,

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 1 Julai 2016 UKR UniMAP BERHIBUR SAMBIL BERAMAL CERIAKAN ANAK-ANAK RUMAH TEDUH Kangar, 1 Julai – Unit Kebudayaan dan Rekreasi UKR

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 11 Ogos 2016 UniMAP TAMBAH KOLEKSI KUTIPAN PINGAT EMAS SUKUM 2016 Nilai, 11 Ogos – Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus melakar

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad