SOALAN LAZIM (PENGAMBILAN)
1. Berapa kali pengambilan untuk program siswazah di UKM?
Mod Kerja Kursus Dibuka 2 kali setahun :
Kemasukan Februari - mulai Oktober/ November Kemasukan September - mulai April/ Mei
Mod Kerja Kursus dan Penyelidikan/ Campuran
Mod Penyelidikan Kemasukan sepanjang tahun
2. Bagaimana cara membuat permohonan?
Semua permohonan kemasukan program siswazah hendaklah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Siswazah (Graduate Admission Application System) : guest.ukm.my
3. Bolehkah saya membuat permohonan secara manual?
Tidak boleh, semua permohonan hendaklah secara dalam talian di guest.ukm.my 4. Adakah saya boleh memohon lebih daripada satu program dalam satu masa?
Tidak boleh. Pemohon hanya boleh memohon satu (1) program sahaja pada satu masa.
5. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu kali (1 kali) permohonan pada semester pengambilan yang sama?
Tidak boleh. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja pada semester pengambilan yang sama.
6. Perlukah saya menghantar permohonan secara hard copy setelah selesai mengisi secara atas talian (on-line)?
Tidak perlu. Permohonan hanya secara online sahaja dan tiada dokumen yang perlu dihantar secara pos.
7. Saya berhasrat untuk mengikut mod penyelidikan, adakah saya perlu mendapatkan penyelia terlebih dahulu sebelum membuat permohonan?
Tidak perlu, Jawatankuasa Pemilihan Fakulti/ Institut akan menetapkan penyelia kepada anda sekiranya berjaya. Walau bagaimanapun, anda boleh mengemukakan cadangan penyelia (sekiranya ada).
8. Saya berhasrat untuk mengikuti pengajian secara mod penyelidikan, adakah perlu saya menghantar kertas cadangan penyelidikan semasa membuat permohonan?
Bagi pemohon mod pengajian secara penyelidikan, anda wajib menghantar kertas cadangan penyelidikan untuk penentuan penyelia.
9. Adakah UKM menawarkan program pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa?
Calon warganegara Malaysia Boleh mendaftar sebagai sepenuh atau separuh masa Calon antarabangsa Secara sepenuh masa sahaja
10. Saya calon antarabangsa, ingin mengetahui proses memohon visa pelajar?
Anda boleh menghubungi Pusat Hubungan Antarabangsa http://www.ukm.my/pha/
11. Berapakah bayaran permohonan yang perlu saya bayar dan bagaimana cara pembayaran?
Calon Tempatan RM30 sahaja
Calon Antarabangsa RM100 atau USD30
Semua pembayaran adalah secara dalam talian (Kad Kredit/ Debit/ Online Banking) dalam Sistem Permohonan Kemasukan Siswazah : guest.ukm.my
12. Saya telah hantar permohonan, bila boleh saya tahu keputusan?
Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan di peringkat Fakulti/ Insitut.
Keputusan akan dimaklumkan dalam Sistem Permohonan Kemasukan guest.ukm.my seperti berikut:
“Successful” Permohonan berjaya
“Rejected” Permohonan tidak berjaya
“KIV” Permohonan masih dalam pertimbangan (maklumat tidak cukup/ Jawatankuasa perlukan pengesahan lain/ dll.)
13. Permohonan saya sudah lama dan berstatus “KIV”, apakah harus saya lakukan?
Anda dinasihatkan hubungi Fakulti/ Institut berkenaan untuk bertanya status permohonan, maklumat Fakulti/ Institut seperti berikut:
http://www.ukm.my/v6/faculty/
http://www.ukm.my/v6/institute/
14. Dimanakah boleh saya dapatkan maklumat mengenai program yang ditawarkan?
http://www.ukm.my/akademik/program-ditawarkan-2/
15. Jika saya merupakan pemegang Ijazah Kelas Pertama pada peringkat Ijazah Sarjanamuda, bolehkah saya terus memohon ke Program Doktor Falsafah (PhD)?
Tidak boleh. Anda perlu mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana dahulu dan memohon conversion pada semester ke-2 pengajian tertakluk kepada perakuan Penyelia dan kelulusan Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Institut masing-masing.
16. Sekiranya saya adalah pelajar semester akhir di peringkat pengajian sekarang (Sarjanamuda atau Sarjana), adakah saya layak memohon ke peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah sedangkan saya belum berkonvokesyen?
Anda boleh memohon dengan mengemukakan keputusan peperiksaan terakhir dan surat pengesahan dijangka menamatkan pengajian daripada institusi pengajian anda sekarang.
17. Bolehkah seseorang calon menukar bentuk pendaftarannya daripada sepenuh masa ke separuh masa atau sebaliknya?
Boleh, tertakluk kepada persetujuan pihak Fakulti/Institusi masing – masing. Permohonan untuk menukar bentuk pendaftaran ini hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang pengajian di UKM.
18. Adakah sebarang keperluan kursus Bahasa Inggeris seperti IELTS dan TOEFL sebelum memasuki ke program Sarjana atau PhD di UKM?
Keperluan kursus Bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL diwajibkan kepada calon – calon Antarabangsa sahaja.
19. Jika saya mendaftar sebagai pelajar separuh masa, bilakah waktu kuliah diadakan? Adakah selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu?
Penentuan jadual kuliah adalah tertakluk kepada fakulti dan institut masing – masing.
20. Bagaimanakah kadar yuran pengajian program siswazah ditentukan di UKM? Adakah mengikut bilangan jam kredit atau pakej per semester?
Kadar yuran pengajian untuk semua program adalah ditentukan secara pakej per semester.
21. Jika saya pernah mendaftar sebagai pelajar UKM sebelum ini dan telah diberhentikan kerana gagal dalam peperiksaan, adakah saya layak memohon semula ke UKM?
Boleh, dengan syarat anda tidak memohon ke program yang sama.
22. Jika saya pernah mendaftar sebagai pelajar UKM sebelum ini dan telah diberhentikan kerana tidak mendaftar atau telah menarik diri pengajian, adakah saya layak memohon semula ke UKM?
Boleh. Anda dibenarkan untuk memohon semula.