• Tidak ada hasil yang ditemukan

teks ucapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "teks ucapan"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P a g e P r e p a r e d b y S U H A N A , I K O M TEKS UCAPAN

DATO’ PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMINAR PSIKOLOGI POSITIF

DEWAN KECEMERLANGAN UniMAP PAUH PUTRA 13 OKTOBER 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera

Salam Ilmu, Keiklhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang Berusaha Prof Madya Dr. Hj. Huzili Hussin, Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) Universiti Malaysia Perlis.

Barisan Exco-Exco IKOM Universiti Malaysia Perlis

Para Kaunselor yang mengendalikan Program Seminar Psikologi Positif Guru-guru, Ibu Bapa dan Waris

Seterusnya para peserta Seminar Psikologi Positif 2018 yang dikasihi sekalian.

ALUAN KATA

1. Alhamdulillah, Syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah Azza Wajalla, atas limpah kurnia dan izinNya juga dapat kita sama-sama berhimpun dalam satu majlis ilmu khusus untuk anak-anak pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak lama lagi.

(2)

2 | P a g e P r e p a r e d b y S U H A N A , I K O M

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, waris dan guru-guru meskipun penganjuran seminar ini di buat pada hari minggu – hari di mana sewajarnya kita berehat sebentar dari tugasan mingguan yang baru berlalu.

3. Saya percaya, kehadiran ibu bapa, waris dan guru ini sebenarnya mencerminkan KOMITMEN jitu “kelompok sokongan” yang mengelilingi calon- calon SPM pada tahun ini yang mana pada saya ia penting untuk membangkitkan SEMANGAT PERJUANGAN para pelajar sekalian dalam menghadapi peperiksaan.

4. Izinkan saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat PM Dr. Hj.

Huzili Hussin, Dekan IKOM, warga Kerja Pusat Kaunseling UniMAP serta IKOM UniMAP atas inisiatif penganjuran seminar ini secara PERCUMA.

Sesungguhnya inisiatif ini membuktikan kesedaran tinggi warga IKOM dalam memastikan KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN calon SPM pada tahun ini.

5. Seminar Psikologi Positif yang objektif utamanya adalah sebagai satu inisiatif lonjakan akhir Pelajar SPM dan STPM yang merupakan usaha memenuhi tanggungjawab sosial university (USR) dalam membantu masyarakat di negeri Perlis terutamanya golongan asnaf.

6. Dengan penganjuran seminar ini, adalah diharapkan ia dapat memberikan anjakan paradigma kepada para pelajar tentang pentingnya pendidikan yang bakal menjamin peluang kerjaya yang lebih luas seterusnya membantu mengubah nasib keluarga. Pada masa sama, ia juga diharapkan dapat melahirkan generasi masyarakat yang mementingkan ilmu dan pendidikan.

7. Saya dimaklumkan, seminar ini disasarkan kepada dua kelompok iaitu para pelajar – yang mana objektif utamanya adalah untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar dalam membuat persediaan saat akhir menghadapi peperiksaan. Manakala kelompok kedua yang disasarkan ialah para ibu bapa yakni untuk memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.

(3)

3 | P a g e P r e p a r e d b y S U H A N A , I K O M

PERSAINGAN TERBUKA KE UNIVERSITI

Hadirin dan hadirat sekalian,

8. Penawaran tempat serta kemasukan ke universiti awam semakin menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2017 sahaja, kesemua 20 universiti awam di Malaysia (termasuk UniMAP) menerima sejumlah 175,771 orang pelajar baharu iaitu jauh lebih rendah dari enrolmen kemasukan yang disasarkan oleh kesemua universiti awam iaitu berjumlah 534,555 orang pelajar. (Statistik Pendidikan Tinggi 2017 : Kementerian Pendidikan Tinggi).

9. Feeder kepada kemasukan pelajar ini ialah dari calon lepasan SPM – khusus untuk program pengajian Diploma. Calon lepasan Asasi dan Matrikulasi, STPM serta lepasan Diploma untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda. Jurang yang dicatatkan ini membuktikan Universiti Awam menyediakan tempat untuk para pelajar menyambung pengajian namun bilangan yang terpilih masih tidak mampu menyamai enrolmen kemasukan.

10. Sebahagian besar faktor yang mempengaruhi data di atas adalah disebabkan pelajar tidak memenuhi syarat wajib dan syarat khusus kemasukan ke universiti. Sebagai contoh untuk mengikuti program pengajian Diploma di UniMAP yang menawarkan 6 program Diploma Kejuruteraan, calon perlu :

Memenuhi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program iaitu : mendapat sekurang- kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Mathematik (wajib), dan salah satu dari mata pelajaran berikut Fizik, Kimia, Biologi, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Reka Cipta.

Syarat yang kedua, pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya Lulus Atas (Gred D) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan mendapat sekurang-kurang gred lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

(4)

4 | P a g e P r e p a r e d b y S U H A N A , I K O M

11. Sekiranya para pelajar telah mengambil maklum akan syarat-syarat serta keperluan kemasukan, pastinya pelajar tidak akan membuat kesilapan sewaktu memilih program pengajian yang diingini ketika mengisi borang kemasukan kelak.

12. Justeru, saya yakin dan percaya, penganjuran Seminar Psikologi Positif ini bukanlah untuk meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diambil sebaliknya ia lebih kepada meningkatkan kesedaran dan kepentingan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi sebaik sahaja mendapat keputusan peperiksaan SPM dan STPM kelak.

13. Prof. Madya Dr. Huzili Hussin sememangnya pakar yang berpengalaman luas dalam bidang ini dan sering dijemput untuk berkongsi kepakaran dengan para pelajar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Adalah sesuatu yang merugikan jika peluang yang disediakan oleh beliau dan pasukan petugas IKOM ini tidak diambil oleh para pelajar dan waris apatah lagi Ilmu ini diberikan tanpa dikenakan sebarang bayaran.

14. Mark Twain, penulis dari USA yang juga seorang usahawan berkata : The Secret of Getting Ahead is Getting Started. Tinggal kurang lebih 4 minggu sebelum anak-anak akan menduduki peperiksaan. Dengan mengambil semangat positif yang diberikan oleh PM Dr. Huzili dan pasukannya, mulakanlah gerakan dan inisiatif untuk menjadi antara pelajar yang cemerlang. Insya Allah.

15. Akhir kata, saya mendoakan anak-anak akan diberikan kemudahan untuk menjawab soalan peperiksaan tidak lama lagi. Setiap yang bermula pasti akan berakhir, tetapi ingatlah, dalam kehidupan pengakhiran itu kadang kala menjadi detik permulaan sesuatu yang baharu.

Selamat maju jaya.

Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

a) Calon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun, Patik dan seluruh warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan duli

Hadirin sekalian, Program yang diadakan pada hari ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh UniMAP bagi merapatkan hubungan antara kakitangan dan pelajar UniMAP bersama Tuanku

Tujuan kehadiran delegasi Universitas Muhammadiyah ke mari sebagai tetamu UniMAP merupakan kunjungan balas dan pengukuh ikatan antara kedua-dua Universiti yang menandakan bahawa UniMAP

HAMID, PENDAFTAR KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA SELAKU PENCERAMAH DAN JUGA KETUA FASILITATOR, ENCIK ZUBER HAJI MOHAMAD, TIMBALAN PENDAFTAR, JABATAN CANSELORI PEJABAT

Bahagian Media PNC - SUHANA Page 4 Justeru, bagi mencapai kecemerlangan penyelidikan yang standing dengan universiti terkemuka dunia, maka saya amat berharap penyelidik UniMAP perlu

UDA HASHIM TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN & INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS USAHASAMA UniMAP DAN KAWASAKI MOTORS PADA 9 MAC 2018 Assalamualaikum