• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN PERBANDINGAN AYAT-AYAT SIFAT MENURUT AL-RÓZÔ DAN IBN TAYMIYYAH

4.2 Sifat Al-‘Uluww

4.2.1 Al-‘Uluww Menurut Pandangan al-RÉzÊ















Surah al-An’Ém (6) ayat 18. Maksudnya: Dan dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hambanya. dan dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

4.2.1 Al-‘Uluww Menurut Pandangan al-RÉzÊ

Dalam memperkatakan masalah sifat al-’Uluww, al-RÉzÊ dilihat telah memberi penekanan yang sama dan serius sebagaimana dihuraikanya pada sifat al-IstiwÉ’. Hampir kebanyakkan karya akidah yang dihasilkanya, beliau ada menyebut kaitan masalah ini dengan masalah sifat al-’IstiwÉ’. Perbahasan yang dirakamkan dalam tafsirnya juga dikupas secara mendalam dan terperinci.

Menurut al-RÉzÊ ayat sifat yang menyebut perkataan al-’Uluww sewajarnya ditakwil kepada beberapa makna yang bersesuaian dengan kehendak ayat serta menepati kaedah tanzÊh Allah ’an musyÉbahah al-makhlËq. Ayat-ayat sebegini adalah tidak wajar difahami sekadar zahir lafaz.411 Mazhab Musyabbihah dan Mujassimah telah mengeksploitasi ayat-ayat sebegini untuk menetapkan tempat seterusnya menisbahkan jisim pada zat Allah s.w.t. Justeru kaedah takwil adalah yang terbaik untuk mengelak tanggapan dan fahaman tasybÊh. Manakala hukum mentakwil ayat ini disebut sebagai

takwÊl ×asan.412 Berikut adalah ulasan takwil yang dibuat RÉzÊ pada ayat sifat

al-’Uluww.

a) Al-‘Uluww ditakwil kepada makna ketinggian martabat dan kudrat Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :









Surah al-An’Ém (6) ayat 18.

411

Al-RÉzÊ (1357/1938), op.cit.,j:30, h: 69

412

Terjemahan: Dan dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. Firman Allah s.w.t :

















Surah al-NaÍl (16) ayat 50. Terjemahan: Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka).

Perkataan fauqa dan fauqihim pada dua ayat diatas seharusnya ditakwil kepada makna martabat atau qudrah Allah s.w.t, kerana tiada satupun yang dapat disifatkan dengan kesempurnaan qudrah kecuali Allah s.w.t. Pastinya selain daripada Allah s.w.t ada sifat kelememahan dan ketidaksempurnaan. Justeru beliau menafikan penempatan terhadap zat Allah s.w.t dengan alasan-alasan berikut:413

i) Sekiranya Allah s.w.t berada diatas alam ini nescaya ia sama besar atau lebih besar ataupun lebih kecil daripada bentuk ’Arasyhnya. Pandangan ini adalah amat bertentangan dengan akal. Mustahil sesuatu yang memiliki bentuk dan memenuhi ruang tertentu dianggap sebagai Tuhan.

ii) Sekiranya Allah memenuhi ruangan atas iaitu langit, sudahpasti Allah yang mereka sangkakan akan berlaku pertambahan dan kekurangan berdasarkan rupa bentuk persekitaranya. Pandangan ini juga tidak benar kerana Tuhan yang mereka sangkakan boleh bertambah dan berkurangan, bahkan dapat menyesuaikan diri dan bercampur dengan benda-benda yang tidak selayaknya (al-QÉzËrÉt). Ketahuilah pertambahan dan pengurangan adalah perkara baru yang memerlukan kuasa untuk menentukanya.

413

Al-RÉzÊ (1357/1938), op.cit., j:12, h:183-185, Lihat juga Al-RÉzÊ (1401/1981), op.cit., j:20, h:47, j:31, h: 137-139.

iii) Tafsiran arah atas dengan ruangan yang lapang, luas, jauh dan kosong juga terbatal kerana setiap jisim ada kesudahanya. Jika tempat pada tanggapan mereka itu ruangan yang kosong, sudah pasti Allah menurut pandangan mereka telah mengisi ruangan yang kosong. Dan sekiranya ruangan kosong yang dimaksudkan boleh diisi dengan juzuk-juzuk tertentu, sudahpasti jisim lain yang memiliki juzuk yang sama boleh memenuhi ruangan tersebut. Justeru beradanya Zat Allah ditempat-tempat tertentu telah menetapkan kejisiman pada zat Allah s.w.t. Jisim pula adalah baru dan sifat baru pula mustahil pada zat dan sifat Allah s.w.t.

v) Sekiranya Allah memiliki jarak atau memenuhi ruangan kosong, pastinya Allah menurut pemahaman mereka boleh dipecah dan dibahagikan. Dan setiap yang boleh dibahagi dan dipecahkan memerlukan kepada sesuatu yang menciptakan.

vi) Ketahuilah alam ini berbentuk bulat. Sekiranya mereka mendakwa Allah berada diatas alam, pastinya Allah berada diatas setiap kepala penduduk al-Rayy dan juga berada di bawah kaki bangsa yang lain. Atau jika Allah berada diatas semua manusia maka jadilah Allah meliputi bulatan alam ini dan dia juga tidak ubah seperti bintang-bintang yang meliputi seluruh cekerawala. Maka pandangan ini juga terbatal dan tidak seharusnya diungkap oleh seorang muslim.414

vii) Lafaz al-fauqiyyah pada ayat diatas sebenarnya ada kaitanya dengan ayat yang sebelum dan selepasnya. Lafaz sebelumnya iaitu (

ﺮھﺎﻘﻟا

) yang menunjukkan kesempuraan kudrat dan kuasa, manakala lafaz selepasnya pula (

هدﺎﺒﻋ

) yang menggambarkan hamba yang dimiliki dan dikuasainya. Maka selayaknya lafaz

al-fauqiyyah difahami dengan makna Allah memiliki kuasa dan bukannya diarah atas

dari aspek jihah (tempat).

viii) Ayat ini bertujuan memberi amaran terhadap mereka yang mencari wali selain daripada Allah s.w.t. kerana hanya Allah s.w.t sajalah yang maha berkuasa keatas

414

sekelian hambanya. Dan mengapa harus dicari wali selain Allah untuk memohon pertolongan.

ix) Berkemungkinan Allah menurut tanggapan mereka memenuhi ruangan langit, atau kecil daripada langit atau lebih besar dari bentuk langit. Tidakkah mereka tahu yang langit adalah lebih kecil jika dinisbahkan kepada ’Arasyh, justeru Allah menurut fahaman mereka lebih kecil dari ’Arasyh. Ketahuilah pendapat yang mendakwa Allah berada diarah atas adalah mustahil dan menyalahi ijmÉ’ dan ia adalah tasybÊh dan

tajsÊm yang nyata.415

b) Al-‘Uluww ditakwil kepada makna tempat yang terpuji.416

Firman Allah s.w.t :

















Surah al-’ImrÉn (3) ayat: 55. Terjemahan: Ketika Allah berfirman: "Hai Isa, Sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku.

Firman Allah s.w.t :











Surah al-Baqarah(02) ayat 255 Terjemahan: Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.

Berdasarkan ayat yang dinyatakan, perkataan Ilayya dan al-’Aliyyu adalah dimaksudkan sebagai satu tanda kebesaran Allah s.w.t atau kelebihan yang diberikan kepada saidina ’Isa a.s dengan meletakkannya di tempat yang terpuji serta diberi kemuliaan dan kebesaran. Maka dapatlah difahami bahawa arah atas yang disebut dalam ayat ini adalah sebagai tafkhÊm wa a-ta’ÐÊm (kebesaran dan kemuliaan). Maha suci Allah

415

Ibid., j:30,h:69-70

416

Antara ayat lain yang menyebut maksud sama sebagaimana ayat-ayat yang dinyatakan adalah: Ayat 23 Surah SabÉ’ dan ayat 30 Surah LuqmÉn.

berada disuatu tempat yang ditetapkan. Allah jua tidak berada diarah-arah tertentu.417 Penafian ini adalah beralasankan hujah-hujah berikut: 418

i) Andaikata ketinggian Allah s.w.t disebabkan tempat, sudah pasti tempat yang dimaksudkan adalah sebagai penyebab ketinggian Allah. Maka ketinggian Allah disebut sebagai tab’iyah (ikutan) terhadap tempat yang tinggi. Jika demikian pastinya ketinggian tempat lebih sempurna berbanding ketinggian Allah s.w.t. Pendapat sebegini ditolak dan terbatal.

ii) Abu Muslim al-AÎfahÉni dalam tafsirnya menyebut firman Allah s.w.t :419

















Menurut beliau ayat ini jelas menunjukkan bahawa setiap yang ada dilangit dan dibumi adalah dimiliki oleh Allah s.w.t. termasuklah arah, tempat, sudut dan ruangan. Dialah maha pencipta yang tidak berhajat kepada setiap yang diciptaknaya.420

Pada halaman lain al-RÉzÊ mengakhiri perbincangan sifat al-’uluww dengan satu kesimpulan atau nasihat ringkas sebagai menguatkan pandanganya dengan nada berikut:

Ayat-ayat sebegini seharusnya difahami dengan makna berikut: “Dilangit yang dimaksudkan adalah kekuasaan dan kerajaanya, tujuan Allah menyebut al-SamÉ’ (langit) adalah sebagai gambaran kekuasaan dan kudratnya yang Maha agung.” 421

Rumusanya pengkaji melihat al-RÉzÊ dalam menghuraikan makna sifat al-’uluww telah menerima takwil pada ayat sifat al-’uluww dengan menyebut beberapa makna yang dilihat bersesuaian dengan konsep tanzÊh AllÉh ’an musyÉbahah al-makhlËq. Justeru 417 Ibid., j: 8, h:67 418 Ibid., j:7, h:14 419

Surah al-An’am(6), Ayat 12

420

al-RÉzÊ (1357/1938), op.cit.,j:7, h:14

421

metode Khalaf diaplikasikan sepenuhnya. Antara makna pilihan beliau adalah seperti ketinggian martabat dan tempat yang terpuji. Hujah-hujah yang diketengahkannya pula adalah sekadar penambahan daripada huraianya pada sifat al-IstiwÉ’ .