• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menurut Ibn Taymiyyah takwil adalah tahrÊf dan ia adalah sesuatu yang bersifat spekulatif, maka perbahasan tentang Allah secara spekulatif adalah dilarang. Justeru itu beliau telah menolak penggunaan takwil dalam memahami ayat-ayat sifat. Sekiranya manhaj takwil dibenarkan syarak, maka keadaan ini menggambarkan seolah-olah ayat al-Qur’an boleh diubah sewenang-wenangnya, maka akan berlakulah juga pertukaran lafaz yang tidak sesuai terhadap wahyu Allah. Justeru itu pentakwil akan terjebak kedalam kesesatan sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam firmanNya:



























Surah al-’ImrÉn (3)Ayat 7 Terjemahan:Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyÉbihÉt daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari takwilnya.

Berdasarkan ayat yang dinyatakan diatas Ibn Taymiyyah berkata: ”Kami beriman kepada ayat-ayat Allah secara zahirnya dan mempercayai batinnya sebagaimana firman Allah s.w.t :





















Surah al-’ImrÉn (3)Ayat 7 Terjemahan: Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang

Ibn Taymiyyah juga ada menegaskan bahawa metode takwil adalah sesuatu yang baru (bid’ah) dan bukanlah pilihan golongan salaf, berikut adalah pendapat beliau:

“Dan sesungguhnya aku telah meneliti tafsiran-tafsiran yang diriwayatkan oleh para Sahabat r.a, serta apa yang mereka riwayatkan daripada Hadis dan aku juga telah meneliti yang demikian itu, masya’ Allah Ta’Éla daripada kitab-kitab besar dan kecil melebihi seratus (kitab) tafsir. Namun belum aku temui walau seorang Sahabat pun mentakwil ayat atau hadis sifat menyalahi makna yang difahami dan yang diketahui. Semua akuan, penetapan dan penjelasan mereka bahawa yang demikian itu adalah dari sifat Allah. Pendapat mereka berlawanan dengan ahl takwil, tidak terhitung (jumlahnya) melainkan Allah.”352

Berdasarkan prinsip diatas Ibn Taymiyyah telah cuba sedaya upaya menegaskan bahawa ayat-ayat sifat seharusnya dikembalikan maknanya kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang maha mengetahui zahir dan batin. Ketahuilah percubaan untuk mengalih dan memalingkan maknanya adalah dilarang bersandarkan firman Allah s.w.t :











Surah al-’ImrÉn (3)Ayat 7 Terjemahan: Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah.

Bersandarkan pada ayat ke tujuh surah al-’ImrÉn inilah beliau dilihat telah membahagikan takwil kepada beberapa cabang-cabangnya yang antaranya diharamkan dan ada diantaranya juga dibolehkan syarak. Antara jenis takwil yang disebut Ibn Taymiyyah adalah yang merubah lafaz zahirnya kepada makna lain yang terkandung dalam lafaz yang terhalang dari makna hakiki bersandarkan QarÊnah.353 Justeru dalam

menyebut tentang takwil beliau berkata :

“Takwilan yang tercela adalah sebagaiman yang dilakukan oleh ahl-TahrÊf dan bid’ah. Mereka mentakwil sesuatu yang tidak sesuai dengan takwilanya. Mereka juga menggangap bahawa tanpa dalÊl tertentu sesuatu lafaz

352

Ibn Taymiyyah (t.t), op.cit., j:6, h: 394.

353

boleh diubah pengertianya yang sebenar iaitu yang berlawanan dengan zahir lafaz.” 354

Oleh yang demikian Ibn Taymiyyah memfatwakan, takwil yang memalingkan maknanya kepada makna lain adalah dilarang dan tidak dibolehkan. Hanya Allah sahajalah maha mengetahui segala-galanya. Seperkara lagi juga beliau menegaskan takwil yang mengubah makna dengan alasan dalil lughah atau sebagainya lagi tertolak dengan kehadiran al-Qur’an dan hadis Nabi yang sahÊh.355 Justeru dalam memahami ayat-ayat sifat beliau menyeru agar diithbatkan ayat-ayat-ayat-ayat tersebut secara zahirnya sebagaimana disebut menerusi nas yang ÎarÊh.356

Dalam karyanya al-FatÉwa al-Hamawiyyah al-KubrÉ, Ibn Taymiyyah sekali lagi telah mencela takwil bi ‘aql yang pada pandanganya merubah lafaz ayat-ayat al-Qur’an, berikut adalah pendapat beliau:

“Mazhab takwÊl dan tahrÊf selalu berpendapat seolah-olah Nabi muhammad s.a.w tidak menyampaikan maksud disebalik setiap masalah dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu mereka berusaha mentakwil masalah-masalah tersebut (ayat sifat) bersesuaian dengan pendapat dan citarasa mereka dengan takwil yang merubah makna bahasa berasaskan kaedah yang direka cipta dengan meminjam makna majÉz dan perumpamaan yang aneh belaka. Takwil yang diada-adakan itu tak lain tak bukan adalah ciptaan Bisyr al-MarÊsi.” 357

Ibn Taymiyyah meletakkan hukum mentakwil sebagai haram dan sesat, kerana pentakwil mendakwa Rasullullah s.a.w tidak menyampaikan wahyu dengan sempurna. Kerana tidak mungkin Rasulullah yang sempurna sifatnya dan yang paling tahu tentang al-Qur’an tidak menjelaskan kebenaranya. Beliau dalam perkara ini telah menegaskan:

“Golongan yang mentakwil telah mencipta satu kaedah yang tersendiri terhadap wahyu yang di datangkan Allah dan Rasulnya, mereka telah menjadikan akal sebagai asas

354

Ibn Taymiyyah (1391), op.cit., h :35-36

355

Ibn Taymiyyah (t.t), op.cit, j:1, h:119

356

Ibid., j:2, h:117

357

dari apa yang mereka yakini, menurut pandangan mereka apa yang datang daripada uÎËl harus tunduk dan akur pada kehendak akal. Segala yang sesuai dengan akal diikuti dan dituruti ,manakala yang bertentangan denganya ditinggalkanya.” 358

Manakala takwil yang dibolehkan syarak menurut beliau adalah dengan makna

tafsÊr dan al-bayÉn. Takwilanya ini adalah merujuk kepada kalam Allah yang ditafsirkan

sesuai dengan makna zahir. Takwil jenis ini telah disepakati oleh sebahagian besar ahli tafsir, malah ianya hanya diketahui oleh orang-orang yang mendalam ilmunya sahaja sebagaimana firman Allah s.w.t:































Surah al-’ImrÉn (3)Ayat 7 Terjemahan: Padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyÉbihÉt, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." dan tidak dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan orang-orang yang berakal.

Antara contoh takwil yang diaplikasikan Ibn Taymiyyah adalah seperti ayat yang menyebut tentang IstiwÉ’ dalam karyanya SharÍ hadÊs NuzËl.359 Menurut beliau “ makna IstiwÉ’ diketahui oleh al-RÉsikhËn fi al-Ilm, IstiwÉ’ yalÊq bijalÉlatihi, istiwÉ’ bila kaif.

Prinsip yang dipegang beliau ini adalah bersandarkan kata-kata yang pernah diutarakan oleh Imam MÉlik apabila ditanya mengenai sifat al-IstiwÉ’ Allah s.w.t :

“Dan berkata Ibn ‘Abd WahhÉb, Ketika kami bersama MÉlik, telah datang kepada kami seorang lelaki lalu berkata, al-RaÍmÉn ‘ala ‘Arasyh istawÉ, pemuda itu berkata : Bagaimana ia beristiwÉ ? Malik memukulnya lalu

berkata, al-RaÍmÉn ‘ala ‘Arasyh istawÉ, adalah

sebagaimana yang disifatkan oleh dirinya dan jangan

sekali-kali bertanyakan bagaimana, bagaimana

358

Ibn Taymiyyah (t.t), op.cit., j:3, h:42.

359

(bentuknya) tidak diketahui dan kamu adalah seorang lelaki yang mendatangkan sesuatu yang baru dan jahat keluarkan dia daripada tempatku.” 360

Dapatlah disimpulkan disini bahawa Ibn Taymiyyah melarang sekeras-kerasnya takwil yang merubah makna bahasa sesuatu lafaz al-Qur’an kerana manusia adalah makhluk yang bersifat lemah dan daif, justeru kelemahan tersebut membataskan manusia daripada berfikir dan menetapkan sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, apatah lagi melanggari dan menukar ayat-ayat Allah s.w.t menurut citarasa dan kehendaknya sendiri. Maka tidak hairanlah jika beliau menyesatkan golongan yang mentakwil ayat-ayat Allah khususnya ayat-ayat sifat.

360

UthmÉn bin Sa’ad DÉrimi (1358), Al-Radd ‘ala MÉrisi, c:1, j:1, BeirËt, DÉr Kutub al-’Ilmiyyah, h:104