• Tidak ada hasil yang ditemukan

BIOGRAFI FAKHR AL-DIN AL-RAZI DAN IBN TAYMIYYAH AL-HARRANI SERTA KARYA

2.1 Biografi Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ Serta Karya

2.1.6 Pendidikan Dan Guru-Gurunya

Al-RÉzÊ merupakan seorang anak yang patuh serta taat kepada kedua ibu bapanya. Pendidikan seimbang yang bermula sejak kecil lagi telah mencetuskan minat beliau dalam ilmu pengetahuan. Masanya dipenuhi dengan belajar dan membaca sehinggakan beliau tidak pernah meluangkan masa lapangnya kecuali mentelaah dan menuntut ilmu, sifat cintakan ilmu ini telah dirakamkan beliau dalam wasiatnya, sebagaimana berikut :

“Ketahuilah sesungguhnya akulah lelaki yang terlalu

cintakan ilmu pengetahuan dan akan kutulis segala ilmu

61

Ibn KathÊr(1966), op.cit., j:13, h:55, Lihat juga al-RÉzÊ, Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ (1412H/1992),

Al-MunaÐarÉt li Syaykh al-MutakallimÊn wa al-MantiqiyyÊn, c:1, Dr ‘Órif TÉmir (TahqÊq) BeirËt, Muassasah

‘IzuddÊn, h:7.

62

Al-ØafÉdi (1394/1974), op.cit., j: 4, h:250.

63

Pengkaji mendapati sememangnya al-Subki menggagumi kehebatan al-RÉzÊ. Antara pujianya adalah seperti berikut:“Beliau (al-RÉzÊ) ibarat lautan yang tiada sepertinya. Beliau juga adalah pena yang

menulis dengan sempurna hingga mencapai langit, tiada yang seumpama dan setanding dengannya. Beliau telah menyelami lautan ilmu yang sangat dalam, ketika beliau bercakap keadaan sekitarnya akan diam mendengar kata-kata dan pandangan beliau., Lihat Al-Subki (t.t), op.cit., j:5, h:33, 34.

yang telah aku pelajari. Aku memohom ampun kepada Allah sekiranya telah aku habiskan masa lapangku tanpa memperolehi ilmu khususnya ketika dimeja maka. Dan ketahuilah sesungguhnya masa adalah sesuatu yang amat berharga dan terlalu mulia.” 64

Berdasarkan pengakuan diatas, dapatlah dikatakan bahawa al-RÉzÊ sememangnya mencintai ilmu pengetahuan. Asas pengajiannya adalah hasil didikkan ayahandanya sendiri. DiyÉ’al-DÊn telah mendidik serta memperturunkan segala ilmu pengetahuannya kepada al-RÉzÊ sehinggalah beliau di panggil pulang ke raÍmatullah.65 Justeru al-RÉzÊ dalam karyanya “TahÎÊl Haq” telah menobatkan ayahandanya sebagai “Al-ImÉm

al-Sa’Êd”.66

Guru beliau selepas kematian ayahandanya adalah Syaykh KamÉl al-SimnÉnÊ.67 Setelah beberapa ketika bersama gurunya, beliau berguru pula dengan salah seorang

tilmÊz Imam al-GhazÉli yang terkenal iaitu Maj al-DÊn al-JÊlÊ.68 Dikatakan juga beliau telah menuntut ilmu dengan al-Ùabsi, pengarang kitab al-HÉiz fi ‘Ilm al-RuhÉni.69

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada guru-gurunya, ternyata bidang ’ilm

al-uÎËl lebih menarik minat beliau jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu lain.70 Al-Subki

64

Al-ØafÉdi (1394/1974), op.cit., j :4 , h :251.

65

Banyak Ilmu yang diperolehi al-RÉzÊ daripada ayahandanya, Ilmu-ilmu yang diperolehinya itu dikatakan bersanad. Dalam Fiqh, sanadnya bermula daripada ayahandanya DiyÉ’DÊn, dari Abi MuÍammad al-×usayn bin Sa’Ëd al-FarrÉ’al-Baghawi, dari Al-QÉdi Husayn al-MarwazÊ dari al-Qaf’fÉl al-Marwazi, dari Abi Zaid al-Marwazi dari Abi IshÉq al-Marwazi dari Abi al-‘AbbÉs bin SirÉj dari Abi al-QÉsim al-AnmÉti dari Abi IbraÍÊm al-Muzani sehinggalah kepangkuanan Imam al-SyÉfi’i r.a. Manakala ’ilm UÎËl dari ayahandanya dari Abi QÉsim Sulaiman bin NasÊr al-AnÎÉri dari Imam al-×aramain Abi al-Ma’Éli dari Abi Ishaq AsfarÉyini dari Syaykh Abi Hasan BÉhili sehinggalah kepangkuan Syaykh Abi Hasan al-Asy’ari. Lihat Ibn Khal1ÊkÉn (1971) op.cit., j:4, h:249-250, Lihat juga Ibn Abi Usaybi’ah (1972), op.cit., j:1, h:33.

66

Ibid., Lihat juga Ibn KathÊr (1966), op.cit, j:13, h:55.

67

Al-RÉzÊ banyak bertalaqi dan belajar ilmu-ilmu furË’ daripada Syaykh KamÉl SimnÉnÊ. Lihat Jamal al-Din ’Abd al-Rahman al-IsnÉwi (1416/1996), ÙabaqÉt al-SyÉfi’iyah, c:1, BeirËt, DÉr al-Fikr, h 314, Lihat juga Ibn al-KhallÊkÉn (1971), op.cit., j:4, h:252

68

Syaykh Maj al-DÊn a1-JÊlÊ adalah sahabat kepada Muhammad bin Yahya, mereka sama-sama berguru daripada Imam al-Ghazali r.a. Pun begitu Syaykh Maj al-Din al-JÊlÊ lebih menonjol daripada Muhammad bin yahya. Ibid.

69

Kenyataan ini tidak disokong oleh ulama-ulama lain.Lihat al-ØafÉdi (1394H-1974M), op.cit., h:249.

70

’Ilm uÎËl menurut al-RÉzÊ adalah ilmu yang termulia jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu lain. ilmu ini merupakan jalan untuk mengenali dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Penguasaan terhadap ilmu ini akan memudahkan perjalanan menuju kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Berikut adalah sanjungan beliau terhadap ketinggian ilmu ini : “Aku telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan, bagiku hanya

dalam kitabnya menyebut,71 kesungguhan al-RÉzÊ mendalami ’ilm uÎËl dapat dilihat menerusi hafalannya terhadap kitab al-ShÉmil karya Imam al-×aramain serta penghasilan sebuah karya yang merakamkan kepentingan ’ilm uÎËl yang diberi tajuk MunÉdharÉt.72

Hampir kebanyakan sumber menyatakan al-RÉzÊ amat tekun belajar dan menghafal pelajaranya, antara karya yang dibaca dan dihafal adalah seperti kitab

al-ShÉmil, Kitab al-MustaÎfÉ karya Imam al-GhazÉli dan kitab al-Mu’tamad karangan Abi

Husayn al-BaÎri. Selain daripada kitab yang dinyatakan, beliau juga mempelajari ilmu Nahu menerusi tulisan dan nukilan al-Zamakhshari. Manakala ilmu Balaghah dan ilmu falak diperolehinya daripada Imam ‘Abd al-QÉhir, Abi RaihÉn dan BeirËnÊ.73

Penguasaan ilmu pengetahuan yang diperolehi al-RÉzÊ banyak diadaptasikan pada tulisan dan ulasan beliau terhadap beberapa buah kitab antaranya al-MufaÎÎal oleh Zamakhshari, al-WajÊz oleh Imam al-GhazÉli serta penghasilan karya MukhtaÎar (Ringkasan) terhadap kitab BalÉghah karya ‘Abd al-QÉhir menerusi karangannya yang bertajuk Sharh al-IshÉrÉt.

Pengajian beliau dalam bidang ’ulËm Syar’iyah adalah lebih tertumpu dalam menyebar dan memperkuatkan Mazhab al-SyÉfi’i. Mazhab selain al-SyÉfi’i tidak banyak diulas dan dikritiknya kecuali mazhab ×anafi. kesungguhan beliau dalam bidang ini telah menlahirkan karya hebat yang berjudul al-MaÍÎËl fi UÎËl Fiqh.74

Di bidang Kesusasteraan Bahasa Arab, beliau tidaklah dianggap sebagai pakar. Pun begitu karya balaghah yang dihasilkannya telah diiktiraf malah diklasifikasikan ilmu ini(ilmu usul)mampu mententeramkan jiwa serta membawa kehormonian hidup didunia dan akhirat. Dan aku gembira kerana memperolehinya .” Lihat Fakh al-DÊn al-RÉzÊ (1966M), op.cit., h: 7

71

Al-Subki(t.t), op.cit., j:5, h:35

72

Berdasarkan pembacaan terhadap karya ini, ternyata Isi kandunganya adalah merupakan rakaman perbincangan antara beliau dan tokoh-tokoh Mazhab yang tidak sealiran dengannya seperti al-Karamiyyah Syiah serta pendokong mazhab al-×anbali. Lihat kitab Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ, (1993-1413) MunÉÌharÉt li

Syaykh MutakallimÊn wa al-MantiqiyyÊn, c:1, Dr ’Órif TÉmÊr (TahqÊq) BeirËt, Muassasah ’IzzuddÊn.

73

Al-IsnÉwi (1416/1996), h:314

74

Kitab “Al-MahÎËl fi UsËl Fiqh” adalah kitab utama dalam pembelajaran Usul Fiqh ,dan menjadi kitab berharga di dalam mazhab SyÉfi’i. Lihat karya ini. Fakhr DÊn Muhammad bin ’Umar bin Husayn al-RÉzÊ (t.t) Al-MaÍÎËl fi ’Ilm UÎËl al-Fiqh, j:1, Dr ÙÉha JÉbir FayyÉÏ al-’AlwÉni (TahqÊq) BeirËt: Muassasah al-RisÉlah.

sebagai sebuah karya pertama yang disusun secara sistematik. Pengiktirafan ini telah di buat Ibn KhallÊkÉn lalu membariskan nama beliau sebaris dengan tokoh terhebat dalam ilmu Nahu kerana memiliki ÙarÊqah yang amat menakjubkan.75

Selain ’ilm uÎËl al-RÉzÊ juga tidak terlepas pandang dari mempelajari dan mendalami ilmu Furu’ seperti perubatan, geografi, matematik, metafizik, handasah dan sains.76 Guru beliau di bidang Sains perubatan adalah Syaykh Abd RaÍmÉn bin ‘Abd KarÊm al-Sarkhasi. Ilmu tersebut diperolehi ketika beliau mengembara ke Sarkhas. Di sana beliau telah mempelajari karya agung Ibn Sina yang bertajuk QÉnËn (undang- undang Sains Perubatan).77 Maka tidak hairanlah jika beliau menerima gelaran “Doktor”.78

Antara guru-guru yang banyak memberikan sumbangan kepada al-RÉzÊ adalah ayahandanya, KamÉl al-DÊn al-SimnÉni, Syaykh Maj al-DÊn al-Jili,79Al-Ùabsi, Syaykh Muhammad al-Baghwy, Abu al-BarakÉt al-BaghdÉdi,80 ’Ali Ibn YazÊd al-Marwazi, Ibn ’AbbÉs b. RabÊh, Ibn al-QÉsim al-AghmÉti dan ramai lagi.