• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian yang dilakukan ini merupakan kajian perpustakaan atau library research. Oleh yang demikian beberapa buah perpustakaan telah menjadi tumpuan pengkaji untuk mendapatkan bahan-bahan kajian, antaranya:

a) Perpustakaan Pengajian Islam Universiti Malaya .

b) Perpustakaan Malik Faisal, University Malaya Kampus Nilam Puri Kelantan. c) Perpustakaan Awam Islam, Kuala Lumpur.

d) Perpustakaan Al-Zahra, Kota Bharu kelantan.

e) Perpustakaan Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. f) Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. g) Maktabah al-Waqfeya.22

Selain daripada bahan-bahan rujukan yang diperolehi di perpustakaan, pengkaji turut menggunakan bahan-bahan rujukan milik peribadi dan bahan-bahan yang dipinjam daripada individu-individu tertentu bagi membantu melancarkan proses penulisan kajian ini.

Sepanjang menjalankan kajian ini pengkaji telah menggunakan pelbagai metode untuk memastikan kajian yang dikaji menjadi lebih mudah dan tersusun antaranya :

a) Metode Penentuan Subjek

Melalui metode ini pengkaji menetukan topik-topik yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Kaedah ini dianggap penting bagi memudahkan pengkaji merangka struktur kajian pengumpulan data. Maka setelah melakukan pelbagai pertimbangan, pengkaji telah menggambil keputusan untuk menjadikan subjek kajian ini: Tafsiran ayat sifat: Perbandingan Aantara Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ dan Ibn Taymiyyah.

22

Maktabah al-Waqfeya adalah merupakan sebuah laman web berbahasa arab yang menyediakan ribuan karya-karya Islamiyyah dalam pelbagai bentuk yang boleh dimuat turun. Laman ini dianggap sebagai sebuah laman interaktif yang mesra pengguna. Alamat laman ini adalah www. waqfeya.com.

Kajian yang dilakukan ini menggandungi tiga pokok perbincangan: Pertama, kehidupan Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ dan Ibn Taymiyyah, kedua Sejarah dan perkembangan tafsiran ayat-ayat sifat, ketiga perbandingan fahaman antara kedua-dua tokoh ini dalam memahami ayat-ayat sifat dengan memfokuskan karya tafsir iaitu MafÉtÊÍ al-Ghayb dan

al-TafsÊr al-KabÊr

b) Metode Pengumpulan Data

Menerusi kaedah ini pengkaji menggunakan kaedah dokumentasi, iaitu melibatkan pengumpulan data yang terdapat di dalam perpustakaan tertentu, seperti kitab-kitab klasik atau turÉth, disertasi, majalah, journal dan sebagainya lagi, data-data tersebut adalah bersifat primer dan sekunder. Metode ini banyak sekali digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan biodata Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ dan Ibn Taymiyyah, pengenalan kitab MafÉtÊÍ al-Ghayb dan al-TafsÊr al-KabÊr serta kajian-kajian yang berkaitan dengan ayat-ayat sifat. Kelancaran metode ini disokong oleh beberapa metode lain iaitu :

b.i) Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi merupakan satu cara pengumpulan data yang dikaji terhadap dokumen yang mempunyai hubungan dengan skop kajian. Antara dokumen-dokumen yang digunakan ialah terjemahan al-Qur’an, kitab-kitab tafsir al-Qur’an salaf dan khalaf, ma’thËr dan al-ra’y, kitab hadith muktabar, kitab thurÉth, kitab-kitab aqidah dan kitab-kitab-kitab-kitab berautoriti yang berkaitan dengan kajian. Selain itu pengkaji juga merujuk kepada jurnal-jurnal yang berkaitan dengan biografi Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ dan Ibn Taymiyyah serta karya tafsirnya MafÉtÊÍ al-Ghayb dan al-TafsÊr al-KabÊr.

b.ii) Metode Historis Atau Sejarah

Metode ini digunakan sebagai satu penelitian dan penyelidikan terhadap sumber-sumber yang menggandungi elemen-elemen sejarah untuk dilengkapkan sebagai bantuan

memperolehi data yang berkaitan dengan sejarah perkembangan tafsir aliran salaf dan khalaf yang banyak membincangkan masalah berkaitan dengan sifat-sifat Allah s.w.t. Manakala elemen sejarah yang berkaitan dengan biografi pengarang MafÉtÊÍ al-Ghayb dan Al-TafsÊr al-KabÊr pula dirujuk melalui pelbagai kitab sejarah dan akuan pengarang berhubung biodata di dalam beberapa buah kitab seperti kitab Al-ArbaÊn,UÎËl al-DÊn,

I’jÉz al-Qur’Én, WafayÉt al-‘AyÉn, ShadharÉt al-Dhahab, al-BidÉyah wa al-NihÉyah, MunÉdharÉt Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ, MajmË’ al-FatÉwa, al-RisÉlah al-Tadmuriyyah, Syarh HadÊs NuzËl, Al-RisÉlah al-Hamawiyyah dan banyak lagi. Metode ini banyak

dimanafaatkan dalam bab kedua dan ketiga.

c) Metode Penganalisisan Data

Metode yang digunakan untuk mengolah dan menganalisis data atau membuat kesimpulan-kesimpulan dan ujaran-ujaran yang perlu. Maklumat dan data yang diperolehi akan dianalisis mengikut pecahan dan pembahagian topik. Menerusi metode ini pengkaji membahagikannya kepada beberapa sub metod lain iaitu :

c.i) Metode Induktif :

Metode Induktif ini merupakan salah satu cara menganalisa data dengan menggunakan pola berfikir dengan mencari bukti-bukti dari dalil-dalil yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil umum. Metode ini digunakan ketika menganalisa data-data dan fakta-fakta yang berkaitan dengan metodologi kedua-dua tokoh dalam memahami ayat-ayat sifat.

Pengkaji telah mengaplikasikan metode induktif di dalam kajian ini pada kebanyakan tempat, antaranya di dalam bab kedua, tiga dan empat. Namun penggunaan metode ini digunakan secara meluas dalam bab yang keempat.

c.ii) Metode Deduktif

Metode deduktif adalah cara membuat kesimpulan dari bukti-bukti yang bersifat umum kemudian memperincikanya sehingga ianya kelihatan lebih jelas dan nyata.23 Metode ini umumnya digunakan pada bab kedua dan empat.

c.iii) Metode Komparatif :

Iaitu membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap data-data yang diperolehi dalam masa penelitian dilakukan di dalam kajian ini. Oleh kerana kajian ini berbentuk perbandingan dua aliran maka sudah pasti data-data yang pengkaji perolehi dianalisis secara komparatif khususnya berhubung kefahaman dan persepsi mereka yang berbeza dalam memahami ayat-ayat sifat. Justeru metode ini banyak diaplikasikan dalam bab empat khususnya dalam menetapkan perbandingan kedua-dua tokoh in dalam permasalahan ayat-ayat sifat.

1.9. SISTEMATIKA PENULISAN

Penulisan tesis ini disusun dalam lima bab. Ia dimulakan dengan bab satu atau bab pendahuluan yang memperincikan mengenai latar belakang masalah kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, bidang dan skop kajian, ditambah juga dengan ulasan tentang penulisan serta kajian terdahulu yang berkaitan dengan masalah kajian secara ringkas, menyingkap tentang metodologi penyelidikan dan akhirnya sistematika penulisan.

Bab kedua adalah pengenalan berhubung tokoh yang bakal pengkaji perkenalkan, sudah pasti diawal pengenalannya pengkaji akan mengutarakan riwayat hidup mereka yang merangkumi nama, laqab, kunyah serta keturunan, tarikh dan tempat mereka dilahirkan, latar belakang keluarga, keperibadian, keilmuan yang dimiliki serta pendidikan yang telah diperolehi. Disamping itu pengkaji juga telah menyenaraikan

23

Abd Halim Hj Mat Diah (1987), Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi, Kuala Lumpur: Fak, Usuluddin, AIUM, h:134

tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan ilmu dalam memperkayakan diri Fakhr al-DÊn dan Ibn Taymiyyah disertai juga murid-murid yang telah menimba ilmu daripada mereka. Seterusnya pengkaji juga tidak terlepas pandang dari menyenaraikan hasil karya yang ditinggalkan oleh Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ dan Ibn Taymiyyah. Sebagai pelengkap dalam bab ini pengkaji telah memperkenalkan karya TafsÊr MafÉtiÍ Ghayb dan

al-TafsÊr al-KabÊr dengan memfokuskan kepada pengenalan dan mengutarakan serba sedikit

berkaitan dengan nama kitab, sejarah penulisan, tujuan penghasilan serta metode penulisan.

Bab ketiga pula menyentuh tentang tafsiran ayat-ayat sifat. Pengkaji memulakan dengan sejarah, pengenalan ayat sifat dan disusuli dengan pengkelasan ayat-ayat tersebut. Seterusnya pengkaji menonjolkan manhaj tafsir al-RÉzÊ dan Ibn Taymiyyah dalam memahami ayat-ayat sifat dengan menjadikan al-Qur’an dan hadith sebagai dasar, penekanan kepada sumber akal, penolakan akal secara berlebihan, menerima konsep takwil dan menolaknya beserta hujah dan pandangan masing-masing.

Bab keempat adalah merupakan bahagian pelengkap bagi disertasi ini yang memperincikan ayat-ayat sifat yang dikaji menurut pandangan al-RÉzÊ dalam karya tafsirnya MafÉtÊÍ al-Ghayb dan Ibn Taymiyyah al-HarrÉni menerusi karyanya al-TafsÊr

al-KabÊr. Seterusnya dianalisa ayat-ayat sifat terpilih seperti sifat al-IstiwÉ’, al-‘Uluww, al-Yad, al-Wajh dan al-MajÊ wa al-NuzËl, dengan melakukan beberapa perbandingan.

Pandangan dan pendapat ulama serta sarjana-sarjana Islam juga turut pengkaji senaraikan sebagai satu penilaian.

Tesis ini diakhiri dengan bab kelima yang juga merupakan bab penutup. Konklusinya, pengkaji telah membuat ulasan dan kesimpulan terhadap pandangan al-RÉzÊ dan Ibn Taymiyyah, juga beberapa cadangan dan saranan yang dianggap penting untuk diaplikasikanya oleh golongan cendiakawan Islam agar manfaatnya dapat dikongsi bersama.

BAB DUA

BIOGRAFI FAKHR AL-DIN AL-RAZI DAN