• Tidak ada hasil yang ditemukan

BIOGRAFI FAKHR AL-DIN AL-RAZI DAN IBN TAYMIYYAH AL-HARRANI SERTA KARYA

1) Kumpulan yang diyakini miliknya:

2.2.3 Kelahiran Ibn Taymiyyah

Ibn Taymiyyah al-HarrÉni dilahirkan pada hari Isnin 10 Rabi‘ al-Awwal 661 Hijrah166 Terdapat tarikh lain yang disebutkan oleh para sarjana sejarah, namun pendapat ini dikatakan sebagai yang paling kukuh.167

161

Datuk Ibn Taymiyyah merupakan seorang yang alim, warak serta disegani di daerahnya iaitu al-HarrÉn. Lihat Shams al-DÊn MuÍammad bin AÍmad bin ’UthmÉn (1985), Siyar A’lÉm al-NubalÉ’,c:1, j:2, BeirËt Mu’assasah al-RisÉlah, h:293

162

Gelaran Taymiyyah adalah berasal dari nama datuknya, Muhammad bin al-Khaddar yang telah melakukan haji ke Mekah dengan melalui jalan TaimÉ’. TaimÉ’ adalah sebuah pekan kecil yang berada di pendalaman TabËk. Lokasinya di pertengahan jalan Syam bila laluan tersebut dari khaybar ke Taima’,lihat Ibrahim KhalÊl Barakah (1984), Ibn Taymiyyah wa juhËduhu fi TafsÊr, c:1, BeirËt, Maktabah al-IslÉmi, h :46-47, Lihat juga MuÍammad Bahjah al-BaiÏÉr (t.t), HayÉh Syaykh Islam Ibn Taymiyyah, c:2, Al-Maktab al-Islami, h:8.

163

Al-NamÊri, adalah nasab keluarganya. Menurut keterangan yang ditulis dalam kitab Syarh HadÊs NuzËl,

pencetak kitab tersebut mengambil nasab ini menerusi karangan Abu Zuhrah yang menyebut al-NamÊri bukanlah daripada kalangan Arab kerana nasab tersebut adalah dikhususkan untuk bangsa Kurdi. Lihat Ibn Taymiyyah (1389), Sharh HadÊs NuzËl, MansyhurÉt al-Maktab al-IslÉmi, h:1, Lihat juga Muhammad Abu Zuhrah (1989), TÉrÊkh al-MadhÉhib al-Islamiyyah, j:1, (t.t.p), DÉr al-Fikr al-’Arabi, h:600

164

Shams al-DÊn MuÍammad bin ’Ali Ibn AÍmad al-DéwËdi (1305/1983) ÙabaqÉt al-MufassirÊn, c:1, KÉherah: Maktabah Wahbah , j:1, h:46-47.

165

Kebanyakkan sejarawan sependapat tentang kunyah dan laqabnya. Lihat Ibn ’ImÉd(1350) op.cit., j::14, h:80

166

Syam al-DÊn al-Dhahabi ( 1415/1995) ThalÉs TarÉjum NafÊsah min kitÉb DhaÊl TÉrÊkh al-IslÉm, c:1, MuÍammad NÉÎir al-’Ajami (TahqÊq), Al-Kuwait, DÉr Ibn AthÊr, h:22, Lihat juga Syaykh IslÉm Ibn Taymiyyah (1416/1996) Al-ImÉn, c:5, Muhammad NÉÎir DÊn Al-BÉni (TahqÊq), Beirut, Maktab al-IslÉmi, h:5.

167

Ibid., Lihat juga Al-KarÉmi Al-Hanbali, Mar‘a bin YËsuf (1986) Al-KawÉkib Al-Durriyyah fÊ ManÉqib

Al-Mujtahid Ibn Taymiyyah (1986), c:1, BeirËt: DÉr Al-Gharb al-IslÉmi, h:52. Lihat juga al-DawËdi

(1983/ 1403) op.cit.,j:1, h:46, Lihat juga Muhammad Abu Zahrah (t.t) Ibn Taymiyyah, HayÉtuhu wa

Beliau dilahirkan di Kota HarrÉn yang terletak di tengah perjalanan menuju ke Mosul (Iraq), Syam dan Turki di antara sungai Dajlah dan sungai FurÉt.168 Bandar tersebut merupakan pusat perkembangan pelbagai jenis ilmu dan tamadun. Selain itu, ia juga pernah menjadi pusat gerakan keagamaan dan keilmuan golongan SÉbi’ah,169 sepertimana yang tersebut di dalam kitab-kitab Falsafah. Secara khusus ia terkenal kerana sering dikaitkan dengan ilmu Falsafah dan ilmu-ilmu Yunani.170 Selepas itu ia bertukar menjadi tempat berkembangnya mazhab ×anbali hasil usaha yang dilakukan oleh nenek moyang Ibn Taymiyyah.171

2.2.4 Latar Belakang Keluarga

Ahmad Ibn Taymiyyah lahir di tengah-tengah keluarga yang berilmu pengetahuan. Ayahandanya merupakan salah seorang alim ulama yang amat berpegang teguh dengan Mazhab Hanbali.172 Ketika berusia enam tahun,173 beliau telah bersama keluarganya berhijrah ke kota Damsyiq pada tahun 667H/1258M174 bersama dua orang adiknya demi menyelamatkan diri dari serangan Mongol dan kekejaman tentera Tartar. Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya menyebut suasana perjalanan keluarga ini sebagaimana berikut :

168

YÉqËt Humawi (1324/1956) op.cit., j:2, h:235. Lihat juga Ibn Taymiyyah (1391) Al-RisÉlah

al-Tadmuriyyah, Mujmal I’tiqÉd al-Salaf, c:2, BeirËt al-Maktab al-IslÉmi, h:3, Lihat juga Ibn Taymiyyah

(1389), op.cit., h :1.

169

SÉbi’ah ialah suatu ajaran yang mengagungkan planet-planet yang tujuh dan bintang-bintang yang dua belas, serta menganggapnya sebagai Qidam. Mereka mempunyai solat lima kali sehari semalam menghadap keka‘bah, berpuasa di bulan Ramadan, mengharamkan bangkai, darah dan khinzir, tetapi hanya mempercayai beberapa orang nabi sahaja tidak termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Ibid, Lihat juga, Ibn ×azm, Abu MuÍammad ‘Ali bin AÍmad al-AndalËsi al-DhÉhiri (1996M-1416H), Al-FiÎal fi al-Milal wa

al-Ahwa’ wa al-NiÍal, c:1, j:1, DÉr al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, BeirËt, h :50, lihat juga Ibn KathÊr (1418/

1997), TafsÊr al-Qur’Én al-‘AdhÊm, c:1, j:1, BeirËt, DÉr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h:104-106.

170

MuÍammad SulaimÉn bin Haji Yasin (1982), Pengantar Falsafah Islam,c:1, Kuala Lumpur, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, h:137, Lihat juga MuÍammah FuÉd Abd al-Mu’im, (t.t)Syaykh Islam Ibn

Taymiyyah wa al-WilÉyah al-Siyasiyyah al-Kubra fi al-Islam, Saudi: DÉr al-WaÏan, h:10.

171

Ibn ‘ImÉd (1350), op.cit., j:5, h: 376.

172

Sebilangan besar sejarawan mengiktiraf kehebatan dan kewibawaan ilmu ayahanda Ibn Taymiyyah. Beliau juga mahir dalam ilmu hisab, ilmu farÉid dan Ilmu Falaq Beliau banyak menimba ilmu pengetahuan daripada ayahandanya iaitu datuk Ibn Taymiyyah. Kemudianya berhijrah ke ×alb untuk mendalami ilmu. Pernah berguru dengan Ibn al-Lati, Ibn RawÉhah, YËsuf KhalÊl dan Yais al-NaÍwi.. Lihat Ibn ‘ImÉd (1350), op.cit., j:5, h:376.

173

MuÍammad Abu Zahrah, (t.t) Ibn Taymiyyah (t.t.p) DÉr al-Fikr al-’Arabi, h: 16-17. Lihat juga Al-Dhahabi ( 1415/1995), op.cit., h:22.

174

Damsyiq ketika itu terkenal sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan, Lihat IbraÍÊm KhalÊl Barakah (1984), op.cit., h:49.

“Mereka keluar mencari perlindungan ketempat yang selamat, singgah di merata tempat, tidak seperti saudagar kaya yang membawa bekalan makanan dan hamba, tiada emas atau intan permata kerana kenderaan mereka hanya diisi tinggalan para anbi’É serta kitab-kitab berharga sehinggalah mereka sampai ke Kota Dimasyq.”175

Semasa di Syam ayahandanya dihormati oleh ulama sekitarnya termasuklah pegawai-pegawai kerajaan sehinggakan beliau diberi mandat dan kepercayaan untuk menjawat jawatan tertiggi dibeberapa jabatan ilmiah di kota tersebut. Setelah ayahandanya wafat pada tahun 682H, Ibn Taymiyyah pula diberi mandat untuk menjawat jawatan yang pernah dijawat oleh ayahandanya sebelum meninggal dunia. Antara mandat yang dipertanggungjawabkan kepada beliau adalah menjadi imam di Masjid besar al-Umawiyyah serta dilantik menjadi ketua di DÉr Al-×adÊs al-Sukkariyyah.176

Ibn Taymiyyah mempunyai dua saudara kandung antaranya Zayn al-DÊn, lahir di HarrÉn pada tahun 663 Hijrah dan wafat pada tahun 747Hijrah.177Manakala adiknya yang bongsu pula adalah Syarf al-DÊn yang juga dilahirkan di HarrÉn pada tahun 666 Hijrah dan wafat pada tahun 727 hijrah.178 Ibunya Siti al-Mu’min binti ‘Abd RaÍmÉn bin ‘Abd al-HarrÉniyyah meninggal dunia pada hari Rabu 20 Syawal Tahun 716H di Damsyiq lalu disemadikan di perkuburan al-ØËfiyyah.179

Berkenaan dengan pasangan hidup Ibn Taymiyah, pengkaji mendapati tiada satu riwayatpun mengatakan yang Ibn Taymiyyah pernah berkahwin. Justeru pengkaji merumuskan yang Ibn Taymiyyah merupakan seorang tokoh yang tidak mementingkan dunia dan menjauhkan diri daripada keselesaan hidup apatah lagi untuk bersuka ria. Keadaan tersebut dibuktikan dengan peristiwa sebelum beliau dipenjara, beliau tidak langsung meminta-minta untuk dibebaskan malah hanya menghadapinya dengan tabah

175

Muhammad Abu Zuhrah (t.t), op.cit., h :17.

176

Ibid.,Lihat juga KhÉlid Ibrahim Jindan (1955), Teori Politik Islam, Telaah Kritis Ibn Taymiyyah tentang Pemerintahan Islam, Surabaya, Risalah Gusti, h:15.

177

Adik kandungnya ini merupakan seorang saudagar, berpewarakan mulia serta dihormati, Lihat Muhammad Abu Zuhrah (1989), op.cit., j:1, h: 600.

178

Adiknya ini adalah salah seorang ilmuan terkenal. Ibid.

179

dan berserah kepada Allah, berikut kata-kata beliau semasa menikmati kehidupanya sebagai pejuang sungguhpun berada di dalam penjara:180

“Apa yang dilakukan musuhku padaku!, aku, ilmuku, taman- tamanku ada di dalam dadaku, kemanpun ku pergi

ia tetap bersamaku tidak sekali-kali akan aku

tinggalkannya. Terpenjaranya aku adalah satu khalwat, kematianku pula adalah syahid, terusirnya aku dari negeriku adalah suatu perjalanan yang indah.”181

Sebagai rumusan pengkaji menggangap Ibn Taymiyyah adalah seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, berdiri tetap diatas satu prinsip tanpa menghiraukan masyarakat sekelilingnya. Sungguhpun beliau dikecam hebat dan dihumban di dalam penjara, namun keteguhan menegakkan doktrinnya dilihat amat menebal walaupun terseksa dan menderita.