• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Deskripsi Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Subordinat

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.5 Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Dengan Subordinat

4.5.2 Analisis Deskripsi Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Subordinat

Pemerihalan pada bahagian ini adalah untuk melihat analisis persepsi dalam kalangan ketua terhadap interaksi subordinat. Analisis dibuat berdasarkan enam karekteristik interaksi yang diamalkan oleh subordinat berdasarkan tanggapan ketua. Tujuan analisis adalah untuk melihat sejauhmana persepsi ketua terhadap karekteristik interaksi, sama ada berbentuk menyangga atau defensif.

4.5.2 (a) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Bersifat Deskripsi / Penilaian Subordinat

Sifat interaksi seterusnya yang dilihat adalah sifat subordinat yang dilihat ketua sebagai seorang sentiasa cuba mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu situasi kerja yang kurang jelas, sering mengakui kesilapan ataun kelemahan dan pengalaman kerja subordinat banyak membantu dalam proses perlaksanaan kerja yang lebih berkesan. Berdasarkan jadual 4.26, persepsi ketua terhadap sifat ini dalam kalangan subordinat adalah 3.35 dengan sisihan piawai 0.65, atau 45 peratus mempunyai persepsi yang sederhana, 42 peratus menyatakan persepsi yang tinggi, dan hanya 13 peratus tidak bersetuju atau

mempunyai persepsi yang rendah. Hasil dari tiga item ukuran yang dianalisis, kajian ini mendapati skor tertinggi responden adalah pada item yang mengukur pengalaman subordinat, 54 peratus responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap sifat mudah untuk berinteraksi dengan subordinat yang lebih berpengalaman, 40 peratus mempunyai persepsi yang sederhana dan 6 peratus menyatakan persepsi yang rendah.

Manakala dari segi persepsi responden terhadap sifat subordinat yang sentiasa cuba untuk mendapatkan kefahaman terhadap sesuatu permasalahan kerja yang kurang jelas, min skor yang diperolehi adalah 3.61 dengan sisihan piawai 0.81. Seterusnya dari segi kesediaan subordinat untuk mengakui kesilapan atau kelemahannya , hasil analisis menunjukkan bahawa 49 peratus daripada responden menyatakan sifat sederhana yang ada pada subordinat, 28 peratus menyatakan persepsi yang tinggi dan 23 peratus bersetuju bahawa subordinat jarang mengakui kesilapan atau kelemahan.

Jadual 4.26

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Deskriptif/Penilaian Subordinat

Dari segi perbandingan antara responden mengikut tempat bertugas, persepsi ketua terhadap sifat-sifat subordinat yang sentiasa cuba untuk mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu keperluan kerja yang kurang jelas, min skor persepsi di HKB adalah 3.41 dengan sisihan piawai 0.82 .Bagi responden di HAS pula, min skor persepsi terhadap sifat ini adalah 3.38 dengan sisihan piawai 0.79. Bagi sifat kedua, iaitu sifat subordinat yang sentiasa mudah untuk mengakui kesilapan atau kelemahan, responden di HKB menyatakan persepsi min skor 3.09 dengan sisihan piawai 0.90, manakala dalam kalangan ketua di HAS min skor adalah 3.02 (Sd. 0.84) responden di HAS. Seterusnya dari segi persepsi terhadap mudahnya berinteraksi dengan subordinat yang berpengalaman dalam proses membuat keputusan, min skor persepsi responden di HKB in 3.63, Sd.0.80), manakala min skor HAS adalah 3.59 dengan sisihan piawai 0.81.

Keseluruhannya min persepsi bagi sifat interaksi ketua bersifat deskripsi adalah hampir sama, iaitu purata min dalam kalangan ketua di HKB adalah 3.37 dengan sisihan piawai 0.63, manakala persepsi dalam kalangan ketua di HAS adalah 3.33 ( Sd. 0.65). Jadual 4.27 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min sifat deskripsi subordinat berdasarkan persepsi ketua.

Jadual 4.27

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Deskriptif/Penilaian Subordinat

Perkara HKB HAS mudah untuk berinteraksi dalam proses membuat keputusan.

3.63 0.80 3.59 0.81

Min kumpulan M 3.37 Sd 0.65 M 3.33 Sd 0.65

4.5.2 (b) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Bersifat Berorientasi Permasalahan/Kawalan

Pemerihalan seterusnya bertujuan melihat sifat interaksi subordinat yang bercirikan kepada orientasi masalah. Sifat ini mencerminkan sifat subordinat yang banyak mengamalkan interaksi yang lebih mementingkan kepada pencapaian matlamat, perbincangan, perkongsian daripada hanya mematuhi arahan kerja. Hasil dari analisis yang dijalankan menunjukkan min skor bagi sifat ini adalah 3.39 dengan sisihan piawai 0.61.

Terdapat tiga item dalam sifat interaksi subordinat mengikut persepsi ketua yang telah dianalisis, item-item berikut adalah subordinat lebih utamakan pencapaian matlamat organisasi dalam interaksi mereka (Min 3.58, Sd. 0.84), manakala persepsi ketua terhadap kakitangan bawahannya yang sentiasa yakin serta kepercayaan ketua adalah dengan purata min 3.48 dengan sisihan piawai 0.78, atau 50 peratus daripada ketua bersetuju dengan kenyataan ini.

Akhirnya dilihat persepsi ketua, 46 peratus menyatakan sifat yang sederhana terhadap sifat subordinat yang lebih suka mematuhi arahan kerja daripada mengemukakan cadangan proses kerja yang lebih berkesan (Min 3.24, Sd.0.83), hanya 38 peratus bersetuju atau mempunyai persepsi yang tinggi.

Keseluruhannya persepsi ketua terhadap sifat ini dalam kalangan subordinat adalah sederhana.

Jadual 4.28

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Subordinat Berorientasi Masalah/Kawalan

Seterusnya analisis yang dijalankan bagi melihat amalan sifat interaksi tersebut antara dua buah hospital kajian pula menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap sifat subordinat yang lebih mengutamakan interaksi yang selari dengan pencapaian matlamat organisasi adalah pada min skor 3.58 dengan sisihan piawai 0.82 dalam kalangan responden di HKB, persepsi min skor di HAS pula adalah 3.57 (Sd.0.86). Bagi item kedua iaitu persepsi responden terhadap sifat subordinat yang sentiasa memberi sepenuh kepercayaan serta keyakinan kepada ketua semasa melaksanakan tugas, persepsi ketua di HKB adalah pada min skor 3.49 dengan sisihan piawai 0.77, di HAS mempunyai min skor 3.47 (Sd.0.81). Untuk item ketiga, persepsi ketua terhadap kesediaan subordinat memberi cadangan daripada hanya mematuhi arahan, min skor bagi responden di HKB adalah 3.28 dengan sisihan piawai 0.83, di HAS adalah 3.19 (Sd.0.83).

Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap subordinat mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi yang lebih tinggi (Min 3.42, Sd 0.61) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 3.36 (Sd. 0.59). Jadual 4.29 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.29

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Subordinat Berorientasi Masalah/Kawalan Mengikut Hospital

Perkara HKB HAS

Kehendak subordinat yang selari dengan matlamat organisasi sentiasa di beri keutamaan

3.58 0.82 3.57 0.86 Kakitangan bawahan sentiasa

kepercayaan dan yakin dengan ketua

3.49 0.77 3.29 0.81

Minat mematuhi arahan daripada memberi cadangan.

3.28 0.83 3.19 0.83

Min kumpulan M 3.42 Sd 0.61 M 3.36 Sd 0.60

4.5.2 (c) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Bersifat Spontan/Berancang Subordinat

Sifat interaksi seterusnya yang dilihat adalah sifat kespontanan dalam interaksi dengan ketua, sifat ini memerihalkan subordinat yang memaparkan keikhlasan serta kejujuran dalam interaksi dan kebebasan untuk memberikan pendapat. Berdasarkan jadual 4.30, dapatan menunjukkan persepsi ketua terhadap sifat ini dalam kalangan subordinat adalah min skor persepsi 3.34 dengan sisihan piawai 0.64 daripada responden terhadap sifat ini dalam kalangan subordinat mereka. Daripada tiga item ukuran yang dianalisis, kajian ini mendapati 44 peratus responden mempunyai persepsi yang sederhana terhadap ketelusan subordinat terhadap teguran ketua, 41 peratus mempunyai persepsi yang tinggi dan 12 peratus menyatakan persepsi tidak setuju atas sifat

ketelusan subordinat terhadap teguran oleh ketua. Manakala dari segi persepsi responden terhadap sifat subordinat yang sentiasa mudah mendapatkan maklumbalas, min skor yang diperolehi adalah 3.39 dengan sisihan piawai 0.79.

Seterusnya dari segi kesediaan subordinat yang sentiasa memberikan tindak balas positif tarhadap maklumat yang disampaikan oleh ketua, hasil analisis menunjukkan bahawa 43 peratus daripada responden bersetuju menyatakan bahawa subordinat sentiasa memberi tindakbalas positif terhadap maklumat, 46 peratus menyatakan persepsi yang sederhana terhadap sifat ini pada subordinat dan 11 peratus bersetuju bahawa sukar untuk mendapatkan maklumbalas dari subordinat.

Jadual 4.30

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Spontan/Berancang Subordinat

Dari segi perbandingan antara responden mengikut tempat bertugas, responden di HKB mempunyai min skor persepsi 3.26 dengan sisihan piawai 0.82 terhadap sifat subordinat yang sentiasa telus dengan teguran ketua mengenai kerja.. Begitu juga dengan persepsi responden di HAS, min skor terhadap sifat ini adalah 3.26 dengan sisihan piawai 0.82. Bagi sifat kedua, iaitu

sifat yang sentiasa mudah untuk memberikan maklumbalas kepada ketua mereka, responden di HAS menyatakan persepsi yang tinggi, iatu dengan min skor 3.48 (Sd.0.82), manakala min skor persepsi (Min 3.37, Sd. 0.82) responden di HKB. Seterusnya dari segi persepsi ketua terhadap kesediaan subordinat memberikan maklumbalas positif, min skor persepsi responden di HKB (Min 3.41, Sd.0.83) dan min skor HAS adalah 3.29 dengan sisihan piawai 0.79.

Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap ketua mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi min skor adalah 3.35 dengan sisihan piawai 0.66, berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 3.32 (Sd. 0.61). Jadual 4.31 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.31

Taburan Kekerapan Sifat Kespontanan/Strategi Subordinat Mengikut Hospital

Perkara HKB HAS

Sentiasa telus dengan teguran saya mengenai kerja

4.5.2 (d) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Bersifat Empati/Berkecuali Subordinat

Sifat interaksi seterusnya yang dilihat adalah sifat empati, sifat ini memerihalkan subordinat yang mengamalkan usaha dalam memahami serta

dengan sifat hormat mereka terhadap perasaan serta nilai yang ada pada ketua mereka. Berdasarkan jadual 4.32, dapatan menunjukkan min skor persepsi 3.36 dengan sisihan piawai 0.69 daripada responden terhadap sifat ini dalam kalangan subordinat mereka. Berdasarkan pada tiga item ukuran yang dianalisis, kajian ini mendapati 43 peratus responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap sifat interaksi subordinat yang sentiasa memahami permasalahan kerja dihadapi mereka, 43 peratus mempunyai persepsi yang sederhana dan 14 peratus menyatakan persepsi yang rendah terhadap sifat ini diamalkan oleh subordinat mereka.

Manakala dari segi persepsi responden terhadap sifat subordinat yang sentiasa faham dengan permasalahan yang dihadapi oleh ketua semasa bekerja, min skor yang diperolehi adalah 3.36 dengan sisihan piawai 0.82.

Seterusnya dari segi sifat subordinat yang menunjukkan sifat hormat terhadap perasaan serta nilai-nilai ketua, hasil analisis menunjukkan bahawa 46 peratus daripada subordinat sentiasa menunjukkan minat yang tinggi, 43 peratus sederhana dan 11 peratus menyatakan sifat ini adalah sangat kurang diamalkan.

Jadual 4.32

Taburan Kekerapan Sifat Empati / Berkecuali Subordinat

Item/ Skala 1 2 3 4 5

Dari segi perbandingan antara responden mengikut tempat bertugas, responden di HKB mempunyai min skor persepsi 3.38 dengan sisihan piawai 0.82 terhadap sifat subordinat yang sentiasa faham dengan permasalahan yang sering dihadapi oleh ketua ketika bekerja. Bagi responden di HAS, min skor persepsi terhadap sifat ini adalah 3.33 dengan sisihan piawai 0.82. Manakala untuk sifat kedua, iaitu sifat subordinat yang menghormati perasaan serta nilai-nilai yang ada pada ketua, dapatan analisis menunjukkan responden di HKB menyatakan persepsi lebih rendah dari HAS, iatu dengan min skor 3.39 (Sd.0.85), manakala persepsi responden di HAS adalah pada skor min 3.41,dengan sisihan piawai 0.81.

Seterusnya dari segi persepsi terhadap sifat subordinat yang sentiasa mengambil tanggungjawab ketika berhadapan dengan masalah organisasi, hasil analisis mendapati min skor persepsi responden di HKB (Min 3.29, Sd.0.87) dan min skor HAS adalah 3.33 dengan sisihan piawai 0.86. Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap subordinat mereka menunjukkan bahawa responden di HAS mempunyai

persepsi yang sedikit tinggi (Min 3.36, Sd 0.69) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 3.35 (Sd. 0.62). Jadual 4.33 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.33

Taburan Kekerapan Sifat Empati/Berkecuali Subordinat Mengikut Hospital

Perkara HKB HAS

Sentiasa faham terhadap permasalahan yang sering saya hadapi ketika bekerja

3.38 0.83 3.33 0.82

Subordinat menghormati perasaan serta nilai-nilai yang ada pada saya

3.29 0.87 3.33 0.86 Ketika berhadapan dengan masalah

organisasi, subordinat sentiasa mengambil tanggungjawab

3.39 0.85 3.41 0.81

Min kumpulan M 3.35 Sd 0.62 M 3.36 Sd 0.68

4.5.2 (e) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Bersifat Saksama/ Unggul diri Subordinat

Berdasarkan jadual 4.34 dapatan dari analisis memerihalkan persepsi ketua terhadap sifat saksama dalam interaksi dengan subordinat. Sifat ini mengambarkan rasa hormat dengan tidak mengambil kesempatan atas keterbukaan ketua, interaksi yang bebas dari halangan status atau kedudukan hirarki dalam organisasi dan minat subordinat untuk sama-sama terlibat dalam proses penyelesaian masalah kerja. Analisis yang dibuat mendapati 37 peratus persepsi responden terhadap sifat yang tidak mengambil kesempatan atas keterbukaan ketua, 41 peratus dengan persepsi yang sederhana terhadap sifat ini dan 22 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang rendah terhadap sifat interaksi ini dalam kalangan subodinat mereka.

Dari segi purata min terhadap sifat ini yang diamalkan oleh subordinat mereka dalam proses interaksi dengan ketua, terdapat tiga item dalam sifat interaksi ini yang telah dianalisis untuk melihat tahap persepsi responden, item-item berikut adalah keseringan subordinat mengambil kesempatan atas keterbukaan komunikasi ketua (Min 2.84, Sd.0.96), sobordinat yang sentiasa menjadikan status dan kedudukan hirarki sebagai halangan interaksi (Min 2.62, Sd.1.05) dan subordinat yang sentiasa menunjukkan minat terhadap masalah kerja yang dihadapi oleh ketua (Min 3.25, Sd.0.81).

Seterusnya analisis yang dijalankan bagi melihat amalan sifat interaksi tersebut antara dua buah hospital kajian pula menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap sifat subordinat yang mengambil kesempatan atas keterbukaan ketua, adalah pada min skor 2.82 dengan sisihan piawai 0.96, manakala min skor persepsi responden di HAS pula adalah 2.88 dengan sisihan piawai 0.96. Bagi item kedua iaitu persepsi responden terhadap sifat subordinat yang tidak menunjukkan kuasa atau status hirarkinya sebagai penghalang ketika berinteraksi, responden di HKB memperolehi min skor 2.63 dengan sisihan piawai 1.02, manakala responden di HAS mempunyai min skor 2.59 dengan sisihan piawai 1.09. Untuk item ketiga, persepsi responden terhadap sifat subordinat yang sentiasa menunjukkan minat yang tinggi terhadap masalah kerja yang dihadapi oleh ketua, min skor bagi responden di HKB adalah 3.25 dengan sisihan piawai 0.82, manakala persepsi responden di HAS adalah 3.24 dengan sisihan piawai 0.79.

Jadual 4.34

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Saksama/Unggul diri Subordinat

Status dan hirarki jadi halangan interaksi

Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap ketua mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi yang sama tinggi in 2.90 (Sd 0.62) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 2.90 (Sd. 0.62). Jadual 4.35 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi berdasarkan persepsi ketua terhadap sifat saksama subordinat.

Jadual 4.35

Taburan Kekerapan Sifat Saksama/Unggul diri Subordinat

Perkara HKB HAS

Sentiasa mengambil kesempatan atas keterbukaan

2.82 0.96 2.88 0.96

Kuasa atau statusnya tidak menjadi halangan.

2.63 1.02 2.59 1.09

Sentiasa menunjukkan minat terhadap masalah kerja yang dihadapi oleh ketua

3.25 0.82 3.24 0.79

Min kumpulan M 2.90 Sd 0.62 M 2.90 Sd 0.62

4.5.2 (f) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Bersifat Provisionalism/Kepastian Subordinat

Berdasarkan jadual 4.36 dapatan dari analisis memerihalkan persepsi ketua terhadap interaksi dengan subordinat bersifat provisionalism. Analisis

yang dibuat mendapati 51 peratus persepsi responden terhadap sifat ini adalah tinggi, 37 peratus dengan persepsi yang sederhana dan 11 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang rendah terhadap sifat interaksi ini dalam kalangan ketua mereka. Persepsi yang diberikan oleh responden terhadap sifat ini yang diamalkan oleh subordinat mereka adalah pada min skor 3.48 dan sisihan piawai 0.62 dalam proses interaksinya.

Terdapat tiga item dalam sifat interaksi ini yang telah dianalisis untuk melihat tahap persepsi responden, item-item berikut adalah ketua sentiasa memberikan kebebasan kepada subordinat menggunakan kreativiti semasa melaksanakan tugas (Min 3.78, Sd. 0.78), manakala persepsi ketua terhadap subordinat yang sentiasa mahu mendengar serta bersedia untuk menerima idea-idea baru (Min 3.46, Sd.0.82). Seterusnya dari segi persepsi ketua terhadap subordinat yang sentiasa melibatkan diri dalam mesyuarat pula pada purata min 3.19 dengan sisihan piawai 0.91.

Jadual 4.36

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Provisionalism / Kepastian Subordinat

Seterusnya analisis yang dijalankan bagi melihat amalan sifat interaksi tersebut antara dua buah hospital kajian. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi responden di HKB terhadap kebebasan subordinat menggunakan kreativiti adalah pada min skor 3.78 dengan sisihan piawai 0.77, manakala persepsi responden di HAS pula adalah 3.79 dengan sisihan piawai 0.80. Bagi item kedua iaitu persepsi responden terhadap sifat subordinat yang sentiasa mahu mendengar dan menerima idea baru, responden di HKB memperolehi min skor 3.50 dengan sisihan piawai 0.82, manakala responden di HAS mempunyai min skor 3.42 dengan sisihan piawai 0.82. Untuk item ketiga, persepsi responden terhadap sifat subordinat yang sentiasa melibatkan diri dalam mesyuarat, min skor bagi responden di HKB adalah 3.17 dengan sisihan piawai 0.91, manakala persepsi responden di HAS adalah 3.23 dengan sisihan piawai 0.90. Dari segi min kumpulan yang mengukur sifat ini, responden di HKB mempunyai min skor 3.48 dengan sisihan piawai 0.62, begitu juga dengan persepsi responden di HAS pula menunjukkan persamaan min skor 3.48 dengan sisihan piawai 0.61. Jadual 4.37 dibawah memerihalkan persepsi ketua mengikut item ukuran sifat provisionalism subordinat berdasarkan bacaan purata min.

Jadual 4.37

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Provisionalism/Kepastian Subordinat Mengikut Hopital

Perkara HKB HAS

Sentiasa diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti

3.78 0.77 3.79 0.80 Sentiasa mendengar idea-idea baru

serta sedia menerima pendapat

3.50 0.82 3.42 0.81 Subordinat sentiasa melibatkan diri 3.17 0.91 3.23 0.90 Min kumpulan M 3.48 Sd 0.62 M 3.48 Sd 0.61

4.6 Persepsi Responden Terhadap Dimensi – Dimensi Komunikasi