• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.4 Analisis Deskriptif Terhadap Item-Item Pengukuran Dikotomi Iklim Komunikasi

Dalam memerihalkan item-item pengukuran iklim komunikasi, statistik deskriptif digunakan.Taburan kekerapan skor pembolehubah kajian dianalisis serta dibaca dengan menggunakan kaedah seperti Min, skor julat dan sisihan

piawai. Analisis taburan kekerapan adalah berdasarkan kepada persepsi responden terhadap item-item soalselidik yang telah dibentuk mengikut dimensi dan faktor-faktor yang berkaitan dengan iklim komunikasi yang diamalkan oleh organisasi kajian. Bagi tujuan memudahkan kefahaman ulasan, item-item pengukuran di kategorikan kepada enam karekteristik interaksi sepertimana di utarakan oleh Gibb (1961) dan Costigan & Schmeidler (2004). Enam karekteristik tersebut adalah provisionalism/kepastian (item 1,2 dan 8), empati/berkecuali (item 3,6 dan 12), saksama/unggul diri (item 5,9 dan 11), spontan/berancang (item 13,14 dan 17), berorientasi permasalahan/kawalan (item 4,7 dan 10), dan deskripsi/penilaian (item 15,16 dan 18).

4.4.1 (a) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Deskripsi/ Penilaian Ketua.

Sifat interaksi seterusnya yang dilihat adalah sifat ketua yang jelas dalam memerihalkan sesuatu situasi dalam interaksi dengan subordinat, tanpa wujud unsur paksaan untuk mematuhi arahan. Berdasarkan jadual 4.10, dapatan menunjukkan min skor persepsi 3.46 dengan sisihan piawai 0.67 daripada responden terhadap sifat ini dalam kalangan ketua mereka.

Berdasarkan kepada tiga item ukuran yang dianalisis, kajian ini mendapati skor tertinggi responden adalah pada item yang mengukur pengalaman ketua, 71 peratus responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap sifat mudah untuk berinteraksi dengan ketua yang lebih berpengalaman, 22 peratus mempunyai persepsi yang sederhana dan 7 peratus menyatakan persepsi yang rendah. Manakala dari segi persepsi

responden terhadap sifat ketua yang sentiasa cuba menjelaskan sesuatu permasalahan kerja untuk memudahkan kefahaman pekerja, min skor yang diperolehi adalah 3.55 dengan sisihan piawai 0.90. Seterusnya dari segi kesediaan ketua untuk mengakui kesilapan atau kelemahannya , hasil analisis menunjukkan bahawa 44 peratus daripada responden menyatakan sifat sederhana yang ada pada ketua, 27 peratus menyatakan sederhana dan 29 peratus bersetuju bahawa dalam interaksi dengan ketua, ketua jarang mengakui kesilapan atau kelemahan.

Jadual 4.10

Taburan Kekerapan Sifat Deskriptif /Penilaian Ketua (n=1485)

Dari segi perbandingan antara responden mengikut tempat bertugas, responden di HKB mempunyai min skor persepsi 3.56 dengan sisihan piawai 0.88 terhadap sifat keperihalan ketua yang sentiasa cuba untuk memahamkan pekerja terhadap sesuatu situasi kerja. Bagi responden di HAS, min skor persepsi terhadap sifat ini adalah 3.54 dengan sisihan piawai 0.92. Bagi sifat kedua, iaitu sifat ketua yang sentiasa mudah untuk mengakui kesilapan atau kelemahan, responden di HKB menyatakan persepsi yang tinggi, iatu dengan min skor 3.00 (Sd.0.97), begitu juga dengan min persepsi 2.81 (Sd. 0.96)

responden di HAS. Seterusnya dari segi persepsi terhadap mudahnya ketua yang berpengalaman untuk berinteraksi dalam proses membuat keputusan, min skor persepsi responden di HKB adalah 3.98 dengan sisihan piawai 0.87 dan min skor HAS adalah 3.81 dengan sisihan piawai 0.95.

Keseluruhannya min persepsi bagi sifat interaksi ketua bersifat deskripsi bagi HKB ,hasil analisis min yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap ketua mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi yang lebih tinggi(Min 3.52, Sd 0.63) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 3.39 (Sd. 0.72). Jadual 4.11 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.11

Taburan Kekerapan Sifat Deskriptif / Penilaian Ketua

Perkara HKB HAS

Ketua akan sentiasa cuba menjelaskan sesuatu permasalahan kerja untuk memudahkan kefahaman pekerja.

3.56 0.88 3.54 0.92

Ketua sering mengakui kesilapan atau kelemahan beliau.

3.00 0.97 2.81 0.96 Ketua yang berpengalaman lebih mudah

untuk berinteraksi dalam proses membuat keputusan.

3.98 0.87 3.81 0.95

Min kumpulan M 3.52 Sd 0.63 M 3.39 Sd 0.72

4.4.1 (b) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Berorientasi Permasalahan/ Kawalan Ketua

Pemerihalan seterusnya bertujuan melihat sifat interaksi ketua yang bercirikan kepada orientasi masalah. Sifat ini mencerminkan sifat ketua yang banyak mengamalkan sifat interaksi yang menekan kepada perbincangan, perkongsian dan keterbukaan kepada cadangan penyelesaian masalah kerja

daripada arahan dalam interaksi mereka dengan subordinat. Hasil dari analisis yang dijalankan menunjukkan min skor bagi sifat ini adalah 3.32 dengan sisihan piawai 0.61. Daripada tiga item di atas dalam sifat interaksi ketua yang dianalisis untuk melihat tahap persepsi responden, dapatan menunjukkan ketua sentiasa mengutamakan pencapaian matlamat organisasi (Min 3.71, Sd.0.85), ketua yang sentiasa merujuk kakitangan bawahannya untuk mendapatkan input ke atas keputusan-keputusan penting (Min 3.31, Sd 0.92) dan kesediaan ketua yang sentiasa faham dengan apa yang disuarakan oleh subordinat mereka (Min 2.94, Sd.1.02).

Jadual 4.12

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Berorientasi Permasalahan/ Kawalan

Seterusnya analisis yang dijalankan bagi melihat amalan sifat interaksi tersebut antara dua buah hospital kajian pula menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap sifat ketua yang mengutamakan kehendak untuk mencapai matlamat organisasi adalah pada min skor 3.75 dengan sisihan piawai 0.84 dalam kalangan responden di HKB, manakala min skor persepsi responden di HAS pula adalah 3.64 dengan sisihan piawai 0.83.

Bagi item kedua iaitu persepsi responden terhadap sifat ketua yang sentiasa merujuk kakitangan bawahannya dalam proses membuat keputusan penting organisasi, responden di HKB memperolehi min skor 3.31 dengan sisihan piawai 0.92, manakala responden di HAS mempunyai min skor 3.29 dengan sisihan piawai 0.92. Untuk item ketiga, persepsi responden terhadap kebimbangan salah erti oleh ketua ketika menyatakan pendapat, min skor bagi responden di HKB adalah 2.86 dengan sisihan piawai 1.02, manakala persepsi responden di HAS adalah 3.00 dengan sisihan piawai 1.01. Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap ketua mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi yang lebih tinggi (Min 3.36, Sd 0.61) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 3.27 (Sd. 0.59). Jadual 4.13 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.13

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Berorientasi Masalah / Kawalan Ketua

Perkara HKB HAS

Dalam melaksanakan tugasan harian kehendak ketua yang selari dengan matlamat organisasi sentiasa di beri keutamaan

3.75 0.84 3.64 0.83

Kakitangan bawahan sentiasa dirujuk untuk mendapatkan input ke atas keputusan-keputusan penting.

3.31 0.92 3.29 0.92

Saya jarang menyatakan sesuatu yang ingin disuarakan kerana bimbang akan di salahertikan oleh ketua saya.

2.86 1.02 3.00 1.01

Min kumpulan

M 3.36 Sd 0.61 M 3.27 Sd 0.59

4.4.1 (c) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Spontan/ Berancang

Sifat interaksi seterusnya yang dilihat adalah sifat kespontanan dalam interaksi dengan ketua, sifat ini memerihalkan ketua yang memaparkan keikhlasan serta kejujuran dalam interaksi dan kebebasan subordinat untuk memberikan pendapat. Berdasarkan jadual 4.14, dapatan menunjukkan min skor persepsi 3.23 dengan sisihan piawai 0.59 daripada responden terhadap sifat ini dalam kalangan ketua mereka.

Daripada tiga item ukuran yang dianalisis, kajian ini mendapati 60 peratus responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kebolehan serta kemampuan ketua, 31 peratus mempunyai persepsi yang sederhana dan 10 peratus menyatakan persepsi yang rendah. Manakala dari segi persepsi responden terhadap sifat ketua yang sentiasa mudah menerima pendapat dari mereka, min skor yang diperolehi adalah 3.36 dengan sisihan piawai 0.90.

Seterusnya dari segi kesediaan subordinat menyampaikan pendapat serta kesediaan ketua untuk memberi perhatian, hasil analisis menunjukkan bahawa 41 peratus daripada responden menyatakan mudah untuk berinteraksi dengan ketua pada bila-bila masa, 38 peratus menyatakan sederhana dan 21 peratus bersetuju bahawa sukar untuk berinteraksi dengan ketua.

Jadual 4.14

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Spontan/Berancang Ketua

Item/ Skala 1 2 3 4 5

Dari segi perbandingan antara responden mengikut tempat bertugas, responden di HKB mempunyai min skor persepsi 3.68 dengan sisihan piawai 0.85 terhadap sifat ketua yang sentiasa boleh dipercayai serta berkemampuan.

Bagi responden di HAS, min skor persepsi terhadap sifat ini adalah 3.58 dengan sisihan piawai 0.92. Bagi sifat kedua, iaitu sifat yang sentiasa mudah untuk menyuarakan pendapat kepada ketua mereka, responden di HKB menyatakan persepsi yang tinggi, iatu dengan min skor 3.39 (Sd.0.90), begitu juga dengan persepsi min 3.32, Sd. 0.90 dalam kalangan responden di HAS.

Seterusnya dari segi persepsi terhadap keterbukaan ketua untuk berinteraksi dengan ketua pada bila-bila masa, skor persepsi responden di HKB (Min 3.75, Sd.0.87) dan min skor HAS adalah 3.36 dengan sisihan piawai 1.01. Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap ketua mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi yang lebih tinggi (Min 3.28, Sd 0.58) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min persepsi 3.18 (Sd. 0.59). Jadual 4.15 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.15

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Spontan / Berancang Ketua

4.4.1 (d) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi bersifat Empati/Berkecuali Ketua

Sifat interaksi ini memerihalkan ketua yang mengamalkan usaha dalam memahami serta mencerap permasalahan kerja yang dihadapi oleh anggota kerja dan hormat mereka terhadap perasaan serta nilai yang ada pada pekerja mereka. Berdasarkan jadual 4.16, dapatan menunjukkan min skor persepsi 3.37 dengan sisihan piawai 0.73 daripada responden terhadap sifat ini dalam kalangan ketua mereka. Berdasarkan dari tiga item ukuran yang dianalisis, kajian ini mendapati 44 peratus responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap sifat interaksi ketua yang sentiasa memahami permasalahan kerja dihadapi mereka, 38 peratus mempunyai persepsi yang sederhana dan 18 peratus menyatakan persepsi yang rendah terhadap sifat ini diamalkan oleh ketua mereka.

Manakala dari segi persepsi responden terhadap sifat ketua yang sentiasa mengambil tanggungjawab, min skor yang diperolehi adalah 3.53 dengan sisihan piawai 0.94. Seterusnya dari segi sifat ketua yang menunjukkan sifat hormat terhadap perasaan serta nilai-nilai pekerja, hasil analisis

Perkara HKB HAS

Saya sentiasa kepercayaan dengan kebolehan serta kemampuan ketua saya

3.68 0.85 3.58 0.92 Saya sentiasa mudah untuk menyatakan

pendapat kepada ketua saya

3.39 0.90 3.32 0.90 Mudah untuk saya menyatakan

pendapat saya dalam interaksi dengan ketua saya pada bila-bila masa.

3.75 1.04 3.36 1.01

Min kumpulan M 3.28 Sd 0.58 M 3.18 Sd 0.59

menunjukkan bahawa 48 peratus daripada responden menyatakan ketua sentiasa menunjukkan minat yang tinggi, 40 peratus sederhana dan 13 peratus menyatakan sifat ini adalah sangat kurang diamalkan.

Jadual 4.16

Taburan Kekerapan Sifat Empati / Berkecuali Ketua

Item/ Skala 1 2 3 4 5

Dari segi perbandingan antara responden mengikut tempat bertugas, responden di HKB mempunyai min skor persepsi 3.35 dengan sisihan piawai 0.94 terhadap sifat ketua yang sentiasa faham dengan permasalahan yang sering dihadapi ketika bekerja. Bagi responden di HAS, min skor persepsi terhadap sifat ini adalah 3.30 dengan sisihan piawai 1.02. Bagi sifat kedua, iaitu sifat tanggungjawab ketua ketika berhadapan dengan masalah organisasi, responden di HKB menyatakan persepsi yang tinggi, iatu dengan min skor 3.55 (Sd.0.92), begitu juga dengan persepsi min skor 3.31 (Sd. 0.95) responden di HAS. Seterusnya dari segi persepsi terhadap sifat ketua yang sentiasa menghormati perasaan dan nilai-nilai pekerja, min skor persepsi responden di HKB in 3.42 (Sd.0.87),manakala min skor HAS adalah 3.37 dengan sisihan piawai 0.94. Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi

responden terhadap ketua mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi yang lebih tinggi in 3.22 (Sd 0.63) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 3.15 (Sd. 0.65). Jadual 4.17 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.17

Taburan Kekerapan Sifat Empati /Berkecuali Ketua Mengikut Hospital

Perkara HKB HAS

Ketua saya sentiasa faham terhadap permasalahan yang sering saya hadapi ketika bekerja

3.35 0.94 3.30 1.02

Ketika berhadapan dengan masalah organisasi, ketua akan sentiasa mengambil tanggungjawab

3.55 0.92 3.51 0.95

Ketua sering menghormati perasaan serta nilai-nilai yang ada pada saya

3.42 0.87 3.37 0.94

Min kumpulan M 3.22 Sd 0.63 M 3.15 Sd 0.65

4.4.1 (e) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Bersifat Saksama/Unggul diri Ketua

Berdasarkan jadual 4.18 dapatan dari analisis memerihalkan persepsi interaksi bersifat saksama dengan ketua. Analisis yang dibuat mendapati 45 peratus persepsi responden terhadap sifat ini adalah tinggi, 37 peratus dengan persepsi yang sederhana dan 14 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang rendah terhadap sifat interaksi ini dalam kalangan ketua mereka.

Min skor 3.19 dan sisihan piawai 0.64 adalah persepsi yang diberikan oleh responden terhadap sifat ini yang diamalkan oleh ketua mereka dalam proses interaksinya.

Terdapat tiga item dalam sifat interaksi dianalisis untuk melihat tahap persepsi responden,item-item berikut adalah ketua sentiasa memberikan kebebasan mereka menggunakan kreativiti in 3.34 (Sd.0.90), ketua yang sentiasa mengamalkan sifat mendengar serta bersedia untuk menerima idea-idea baru in 3.36 (Sd.0.92) dan ketua yang sentiasa memberi sokongan kepada subordinat mereka (Min 3.55, Sd.0.88). Dapatan ini mendapati persepsi responden tertinggi adalah pada sifat interaksi ketua yang sentiasa menyokong.

Jadual 4.18

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Saksama / Unggul diri Ketua Item/ Skala 1 2 3 4 5

Seterusnya analisis yang dijalankan bagi melihat amalan sifat interaksi tersebut antara dua buah hospital kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap sifat ketua yang tidak menunjukkan minat terhadap masalah kerja adalah pada min skor 2.74 dengan sisihan piawai 1.04, manakala min skor persepsi responden di HAS pula adalah 2.63 dengan sisihan piawai 1.04. Bagi item kedua iaitu persepsi responden terhadap sifat ketua yang tidak akan menunjukkan kuasa atau statusnya ketika melibatkan diri dalam mesyuarat, responden di HKB memperolehi min skor 3.33 dengan sisihan piawai 0.87, manakala responden di HAS mempunyai min skor 3.22 dengan sisihan piawai 0.96. Untuk item ketiga, persepsi responden terhadap

sifat ketua yang sentiasa menunjukkan keyakinan serta kekepercayaan yang tinggi terhadap kakitangan bawahannya, min skor bagi responden di HKB adalah 3.48 dengan sisihan piawai 0.82, manakala persepsi responden di HAS adalah 3.37 dengan sisihan piawai 0.89.

Pada keseluruhannya, min skor yang diperolehi bagi persepsi responden terhadap ketua mereka menunjukkan bahawa responden di HKB mempunyai persepsi yang lebih tinggi (Min 3.41, Sd 0.67) berbanding dengan persepsi responden di HAS dengan min 3.33 (Sd. 0.73). Jadual 4.19 memerihalkan dapatan kajian mengikut taburan kekerapan serta nilai min diperolehi.

Jadual 4.19

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Saksama / Unggul diri Ketua Mengikut Hopital

Perkara HKB HAS

Ketua tidak menunjukkan minat terhadap masalah kerja yang dihadapi oleh

pekerja.

2.74 1.04 2.63 1.04

Ketua tidak akan menunjukkan kuasa atau statusnya ketika melibatkan diri dalam mesyuarat.

3.33 0.87 3.22 0.96

Ketua sentiasa menunjukkan keyakinan serta kekepercayaan yang tinggi terhadap kakitangan bawahannya.

3.48 0.82 3.37 0.89

Min kumpulan M 3.41 Sd 0.67 M 3.33 Sd 0.73

4.4.1 (f) Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi bersifat Provisionalism/Kepastian

Berdasarkan jadual 4.20 dapatan dari analisis memerihalkan persepsi bersifat provisionalism dalam interaksi dengan ketua. Analisis yang dibuat mendapati 42 peratus persepsi responden terhadap sifat ini adalah tinggi, 42 peratus dengan persepsi yang sederhana dan 16 peratus daripada responden

menyatakan persepsi yang rendah terhadap sifat interaksi ini dalam kalangan ketua mereka (Min 3.42,Sd 0.50).

Terdapat tiga item dalam sifat interaksi ini yang telah dianalisis untuk melihat tahap persepsi responden, item-item berikut adalah ketua sentiasa memberikan kebebasan mereka menggunakan kreativiti (Min 3.34, Sd.0 .90), ketua yang sentiasa mengamalkan sifat mendengar serta bersedia untuk menerima idea-idea baru (Min3.36, Sd.0.92) dan ketua yang sentiasa memberi sokongan kepada subordinat mereka (Min3.56, Sd. 0.88). Dapatan ini mendapati persepsi responden tertinggi adalah pada sifat interaksi ketua yang sentiasa menyokong aktiviti kerja yang dilakukan oleh subordinat.

Jadual 4.20

Taburan Kekerapan Sifat Provisionalism/Kepastian Ketua

Seterusnya analisis yang dijalankan bagi melihat amalan sifat interaksi tersebut antara dua buah hospital kajian pula menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap item kebebasan menggunakan kreativiti adalah pada min skor 3.39 dengan sisihan piawai 0.89, manakala persepsi responden di HAS pula adalah 3.27 dengan sisihan piawai 0.89. Bagi item kedua iaitu persepsi responden terhadap sifat ketua yang sentiasa mendengar dan menerima idea

baru, responden di HKB memperolehi min skor 3.40 dengan sisihan piawai 0.90, manakala responden di HAS mempunyai min skor 3.31 dengan sisihan piawai 0.96. Untuk item ketiga, persepsi responden terhadap sifat ketua yang sentiasa memberi sokongan, min skor bagi responden di HKB adalah 3.57 dengan sisihan piawai 0.86, manakala persepsi responden di HAS adalah 3.53 dengan sisihan piawai 0.90. Dari segi min kumpulan yang mengukur sifat ini, responden di HKB mempunyai min skor 3.46 dengan sisihan piawai 0.72, manakala persepsi responden di HAS pula menunjukkan min skor 3.37 dengan sisihan piawai 0.75. Jadual 4.21 dibawah memerihalkan secara data analisis.

Jadual 4.21

Taburan Kekerapan Sifat Interaksi Provisionalism/Kepastian Ketua Mengikut Hospital

Perkara HKB HAS

Sentiasa diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti

3.39 0.89 3.27 0.89 Ketua sentiasa mendengar idea-idea

baru serta sedia menerima pendapat

3.40 0.90 3.31 0.96 Ketua sentiasa memberi sokongan

kepada kakitangannya

3.59 0.86 3.53 0.90

Min kumpulan M 3.46 Sd 0.72 M 3.37 Sd 0.75

4.5 Persepsi Responden Terhadap Karekteristik Interaksi Dengan