• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 3.1 :Persampelan Responden Kajian

3.7 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam usaha untuk mengumpul data penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif, menggunakan kaedah soal selidik. Penggunaan kaedah ini dapat mengukur persepsi responden yang lebih menyeluruh dan ramai. Di samping itu dengan kaedah ini, ianya dapat membantu dalam analisis deskriptif yang selari dengan objektif kajian. Di samping itu, kaedah ini juga membantu mempertingkatkan tahap kebolehpercayaan serta kesahihan data serta dapatan kajian.

3.7.1 Soal selidik

Pembentukan soalan untuk soal selidik diambil daripada instrumen-instrumen yang pernah digunakan oleh penyelidik terdahulu dengan pengubahsuaian dibuat oleh penyelidik berdasarkan dapatan pra-uji dan kesesuaian terjemahan. Berwajaran dengan objektif kajian, satu soal selidik dibentuk bagi tujuan pengukuran bentuk iklim komunikasi yang diamalkan oleh organisasi kajian serta darjah persepsi terhadap perlakuan komunikasi mengikut dimensi-dimensi komunikasi ukuran. Penyelidik telah membentuk soal selidik ini kepada lima bahagian (Lihat lampiran 1).

Bahagian Pertama: Data Peribadi

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi responden. Sebanyak 8 item telah dimasukkan bagi tujuan mengukur beberapa faktor demografik peribadi iaitu, umur, jantina, tempoh perkhidmatan, taraf jawatan, kumpulan perkhidmatan, dan bahagian bertugas responden. Bagi data seperti umur dan tempoh perkhidmatan kerja soalan berbentuk terbuka dibuat, manakala faktor-faktor demografik yang lain disediakan skala jawapan.

Bahagian Kedua : Persepsi terhadap Interaksi ketua dan subordinat

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mengukur iklim komunikasi sama ada bersifat defensif atau menyangga. Item-item bagi ukuran iklim komunikasi ini diadaptasi daripada instrumen yang dibentuk oleh Costigan dan Schmeidler (1981). Sejumlah 36 item soalan disediakan bagi tujuan pengukuran iklim komunikasi oleh Costigan dan

Berdasarkan kepada soalan yang ada dalam instrumen ini, ianya hanya mengukur persepsi subordinat terhadap gaya interaksi ketua mereka.

Dalam kajian ini, selain melihat persepsi subordinat terhadap interaksi ketua, kajian ini juga menggunakan ukuran yang telah diubahsuai, yakni dengan mengukur persepsi ketua terhadap interaksi subordinat. Justeru, sebanyak 18 soalan dalam soal selidik digunakan untuk mengukur persepsi subordinat terhadap interaksi ketua, dan 18 lagi soalan digunakan untuk mengukur persepsi ketua terhadap interaksi subordinat. Bagi penyelidik selain daripada persepsi subordinat terhadap interaksi ketua, interaksi subordinat daripada persepsi ketua juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi terhadap pemupukan iklim komunikasi dalam sesebuah organisasi. Manakala daripada segi skala pula, bentuk iklim komunikasi yang diamalkan adalah berdasarkan skala skor yang diperihalkan pada jadual 3.2, seperti berikut:-

Jadual 3.2 Skala skor kajian

Skala

1. Skor antara 46 – 90 – Komunikasi Menyangga 2. Skor antara 18 – 45 – Komunikasi Defensif

Bagi setiap item dalam soal selidik di bahagian ini terdapat lima pilihan jawapan yang dapat menggambarkan tahap persepsi responden. Skala likert lima peringkat digunakan bagi tujuan pilihan kepada responden, iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Manakala dari

segi skima pemberian skor pula, taburan skor setiap satu item adalah seperti di jadual 3.3 berikut:-

Jadual 3.3 Skala mengikut skor

Skala Skor Jumlah

Sangat Setuju 5 90

Setuju 4 72

Tidak Pasti 3 54

Tidak Setuju 2 36

Sangat Tidak Setuju

1 18

Bahagian Ketiga: Dimensi-dimensi komunikasi

Bahagian ini menggunakan soalan-soalan yang diadaptasi daripada intstrumen ukuran dimensi-dimensi komunikasi yang dibentuk oleh Dennis (1975) dengan adaptasi oleh Peterson dan Pace (1976) dan Huseman, Hatfield, Boulton dan Gatewood (1980) yang diubahsuai pula oleh Miles, Patrick dan King (1996). Instrumen ini telah banyak digunakan dalam kajian-kajian oleh Bednar (1982), Baugh (1978), Applbaum dan Anatol (1979) Pace dan Faules (1994) terhadap pengukuran iklim komunikasi dalam organisasi dan oleh Hassan, Rosli dan Bakhtiar (2003). Bagi kajian ini penyelidik telah mengubahsuai soalan yang digunakan supaya selari dengan objektif kajian.

Terdapat 47 soalan di gunakan untuk mengukur tujuh dimensi komunikasi iaitu:

1. Kesanggaan dalam komunikasi (10 item) 2. Percaya (9 item),

3. Keterbukaan komunikasi ke bawah (7 item), 4. Kecerapan komunikasi keatas (8 item), 5. Penglibatan buat putusan (6 item),

6. Pengharapan kepada matlamat pencapaian kerja yang tinggi

7. Pemerosesan Maklumat persekitaran ( 13 item);dan 8. Identifikasi Organisasi (8 item)

Maklumat persekitaran dan identifikasi organisasi adalah dua dimensi komunikasi yang diperkenalkan oleh penyelidik untuk meninjau hubungannya dengan bentuk iklim yang diamalkan oleh organisasi kajian. Di samping itu, dimensi pemerosesan maklumat persekitaran adalah berwajaran dengan teori sistem terbuka yang di gunakan sebagai kerangka teoritikal utama penyelidikan ini.

Soalan-soalan di bahagian ini pula dibentuk bagi mengukur pemerosesan maklumat persekitaran dan tahap identifikasi organisasi.

Terdapat 21 soalan yang diadaptasikan daripada kajian-kajian terdahulu digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Daripada soalan-soalan tersebut, 8 soalan akan digunakan untuk mengukur tahap persepsi responden terhadap identifikasi organisasi kerja mereka. Soalan-soalan bagi mengukur dimensi ini diubah suai berdasarkan ukuran yang diguna pakai oleh Cheney dan Tompkins, 1987; Abrams, 1992 ; Doosje,Ellemers dan Spears, 1995 dan Smidts, van Riel dan Pruyn, 2000). Ketekalan alpha terhadap instrumen ini diperolehi adalah antara 0.70 - 0.84. Ketekalan diperolehi adalah selari dengan kajian-kajian terdahulu.

Manakala soalan-soalan yang mengukur maklumat persekitaran diubahsuai dari skala serta operasionalisasi oleh Mael dan Ashforth (1992) dan Smidts, van Riel dan Pruyn (2000). Selari dengan kajian terdahulu dengan

skala asal di bentuk berdasarkan kepada empat items bagi dimensi ini, ketekalan perolehan adalah antara 0.76 - 0.98. Dalam penyelidikan ini, 13 soalan di bentuk oleh penyelidik berdasarkan kajian literature serta dapatan awalan ketekalan daripada pra-ujian yang di jalankan.

Berdasarkan ujian analisis kobolehpercayaan terhadap faktor-faktor dalam dimensi komunikasi, dapatan ujian cronbach adalah 0.844. Manakala ujian analisis faktor untuk melihat darjah kesahihan (validity), dapatan menunjukkan bahawa Total varianced explained bagi dimensi-dimensi adalah 79.286 peratus. Manakala ujian Bartlett pula menunjukkan perolehan Khi Kuasa-dua 1313.966, df 561 dengan paras signifikan 0.00.