• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.3 Analisis Frekuensi Iklim Komunikasi

Statistik deskriptif telah digunakan untuk penganalisisan menyeluruh terhadap iklim komunikasi yang dianalisis berdasarkan tahap persepsi amalannya dalam kalangan responden. Taburan kekerapan skor pembolehubah kajian dianalisis serta dibaca dengan menggunakan kaedah seperti min, skor julat dan sisihan piawai. Analisis taburan kekerapan adalah berdasarkan kepada maklumbalas responden terhadap item-item soalselidik yang telah dibentuk mengikut dimensi perlakuan komunikasi dan karekteristik interaksi dengan iklim komunikasi.

Bagi tujuan memudahkan kefahaman ulasan, taburan kekerapan telah dikelaskan kepada empat pemeringkatan, iaitu iklim komunikasi defensif bagi julat skor 18 hingga 40, iklim komunikasi defensif ke neutral dengan julat skor 41 hingga 55, manakala julat skor 56 hingga 69 mengambarkan iklim komunikasi dari bercorak neutral ke menyangga, dan bagi julat skor 70 hingga 90 mengambarkan persepsi responden kepada bentuk iklim komunikasi menyangga yang diamalkan dalam pengurusan organisasi.

4.3.1 Persepsi Responden Terhadap Iklim Komunikasi Yang Diamalkan.

Item-item dalam bahagian ini bertujuan mengukur persepsi interaksi dengan ketua dan persepsi ketua terhadap interaksi subordinat mereka. Persepsi terhadap karekteristik interaksi ini akan dapat menentukan bentuk iklim komunikasi.Analisis yang dibuat mendapati min skor menyeluruh terhadap iklim adalah 60.02 dengan sisihan piawai (Sd) 9.22. Dapatan ini diperolehi daripada analisis yang telah dibuat terhadap 18 item daripada persepsi mereka terhadap interaksi dengan ketua. Bacaan ini menunjukkan bahawa kedua-dua buah hospital kajian mempunyai iklim komunikasi yang bercorak neutral ke komunikasi menyangga. Melihat dari segi perbandingan terhadap persepsi iklim komunikasi yang diamalkan oleh kedua-dua hospital ini menunjukkan bahawa, Hospital Kota Bharu mempunyai min skor 60.72 dengan sisihan piawai 8.94, manakala min skor bagi anggota kerja di Hospital Alor Setar adalah 59.06 dengan sisihan piawai 9.52.

Jadual 4.6

Taburan Kekerapan Julat Skor Interaksi Dengan Ketua Julat

Skor

Min 18 - 40 41 - 55 56 - 69 70 - 90 Hospital f % f % f % f % Semua 60.02 26 2 428 29 808 54 223 15 HKB 60.72 15 2 216 25 480 56 145 17 HAS 59.06 11 2 212 34 328 52 78 12

Berdasarkan analisis yang terperinci terhadap julat skor Inventori Iklim Komunikasi yang diperkenalkan oleh Costigan dan Schmeidler (1981), jadual 4.6 memerihalkan persepsi responden terhadap iklim komunikasi yang diamalkan oleh organisasi kajian. Dapatan skor yang diperolehi menunjukkan bahawa pada keseluruhannya iklim komunikasi yang diamalkan menjurus

kepada iklim komunikasi menyangga, ini dapat kita lihat dimana 808 persepsi responden (54 peratus) berada dalam skala skor 56 hingga 69. Begitu juga dengan persepsi responden yang berkhidmat dengan Hospital Kota Bharu, kebanyakannya (56 peratus) mempunyai persepsi yang sama, 216 orang responden kajian mempunyai persepsi dalam julat skor 41-55 yang menunjukkan iklim dari defensif kepada neutral. Hanya lima belas peratus (145 orang) mempunyai persepsi terhadap iklim komunikasi yang berbentuk defensif.

Manakala di Hospital Alor Setar pula, persepsi anggota kerja menunjukkan bahawa 52 peratus (328 orang) berada dalam julat skor antara 56 hingga 69, 212 orang responden (34 peratus) mempunyai persepsi skor antara 41-55 yang membawa maksud iklim komunikasi yang diamalkan bercorak defensif ke neutral. Dari jumlah tersebut hanya 12 peratus (78 orang responden) yang mempunyai persepsi amalan komunikasi menyangga yang tinggi. Pada keseluruhannya hanya 2 peratus responden (2 orang) memerihalkan amalan komunikasi defensif yang diamalkan oleh ketua mereka dalam proses interaksi kerja.

4.3.2 Analisis Kumpulan Perkhidmatan Dengan Iklim Komunikasi

Berdasarkan analisis yang dijalankan min skor iklim komunikasi mengikut kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah 60.26, Kumpulan Sokongan 1 mempunyai min skor 59.94, manakala min skor bagi Kumpulan Sokongan II adalah 60.06. Daripada jadual 4.7, analisis dibuat berdasarkan julat skor mengikut kumpulan perkhidmatan. Dapatan daripada analisis yang telah dibuat menunjukkan ketiga-tiga kumpulan perkhidmatan mempunyai min skor yang

hampir sama, bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional jumlah responden dalam julat skor 56- 69 adalah 59 peratus (113 orang), 459 orang (55 peratus) dari Kumpulan Sokongan 1 dan bagi Kumpulan Sokongan II min skor diperolehi adalah 52 peratus (236 orang).

Manakala bagi julat min skor 70 hingga 90 pula seramai 24 orang (13 peratus) dari Kumpulan Pengurusan dan Professional, lima belas peratus (125 orang) dalam Kumpulan Sokongan II dan hanya 74 orang (17 peratus) dari Kumpulan Sokongan II berada dalam julat min skor yang sama. Apa yang menarik dalam kajian ini, tidak lebih daripada dua orang responden (2 peratus) yang memperolehi julat min skor 18 hingga 40, atau yang mengambarkan iklim komunikasi defensif yang diamalkan oleh kedua-dua hospital kajian.

Jadual 4.7

Kumpulan Perkhidmatan dan Iklim komunikasi Julat skor

Kumpulan

Perkhidmatan Min

18 - 40 41 - 55 56 - 69 70 - 90 f % f % f % f % Pengurusan 60.26 2 1 53 28 113 59 24 13 Sokongan I 59.94 13 2 238 29 459 55 125 15 Sokongan II 60.06 11 2 137 31 236 52 74 17

4.3.3 Analisis Umur Dengan Persepsi Iklim Komunikasi

Bahagian ini akan memerihalkan dapatan kajian secara deskriptif mengenai persepsi responden terhadap iklim komunikasi berdasarkan kumpulan umur. Bagi memudahkan perbincangan kumpulan umur di klasifikasi kepada empat kumpulan simetrikal. Jadual 4.8 memerihalkan persepsi mengikut empat kumpulan umur yang di perihalkan. Daripada analisis yang dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan (52.75 peratus) berada

dalam skala skor 56 -69 responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap amalan komunikasi menyangga yang diamalkan.

Dapatan dari analisis juga menunjukkan bahawa 38 peratus dari responden yang dalam kumpulan umur 20 hingga 29 tahun mempunyai persepsi pada skala skor kurang dari 55, 62 peratus dalam skala skor 56 hingga 90. Berbanding dengan 73 peratus mereka dalam kumpulan umur 50 hingga 56 yang mempunyai skala skor 56 hingga 70. Begitu juga dengan kumpulan yang berumur 30 hingga 39, 71 peratus daripada responden berada dalam skala skor 56 hingga 90. Sebaliknya hanya 30 peratus dari kumpulan umur mempunyai skala skor 18 hingga 55.

Jadual 4.8

Kumpulan Umur dan Interaksi Dengan Ketua Kumpulan

umur (tahun)

18 - 40 41 - 55 56 - 69 70 - 90 f % f % f % f % 20-29 (n = 311) 6 2 113 36 165 53 27 9 30-39 (n = 582) 9 2 159 27 332 57 82 14 40-49 (n = 363) 5 1 93 26 186 51 53 15 50-56 (n = 229) 6 3 55 24 116 51 52 23

4.3.4 Analisis Tempoh Khidmat Dengan Iklim Komunikasi

Pemerihalan seterusnya dibuat dengan menganalisis data tempoh perkhidmatan dan persepsi responden terhadap iklim komunikasi. Jadual 4.9 menunjukkan bahawa kebanyakan (71 peratus) responden dalam kumpulan tempoh perkhidmatan mempunyai skala skor antara 56 hingga 70, manakala 29 peratus daripada responden mempunyai persepsi terhadap iklim skor antara 18 hingga 55. Ini menunjukkan iklim komunikasi yang diamalkan lebih berbentuk

Dari segi kumpulan, responden yang berkhidmat dalam tempoh 17 hingga 24 tahun (73 peratus), 72 peratus dari responden yang berkhidmat antara 9 hingga 16 tahun mempunyai skala skor antara 56 hingga 90. Manakala bagi responden yang berkhidmat kurang dari 8 tahun memperolehi skala skor yang sama, begitu juga dengan 69 peratus daripada yang berkhidmat dalam tempoh 25 hingga 32 tahun memperolehi skala skor dari 56 hingga 90.

Sebaliknya hanya 30 peratus dari mereka yang berkhidmat kurang dari 8 tahun memperolehi skala skor 18 hingga 55, dua puluh tujuh peratus dari responden dalam kumpulan tempoh perkhidmatan 9 hingga 16 tahun serta kumpulan berkhidmat antara 17 hingga 24 tahun, dan tiga puluh satu peratus dalam kumpulan mereka yang berkhidmat antara 25 hingga 32 tahun. Jadual 4.9 memerihalkan secara statistik taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan dan persepsi mereka terhadap iklim komunikasi yang diamalkan.

Jadual 4.9

Tempoh Perkhidmatan dan Iklim Komunikasi (n = 1485)

Julat Skor/

Tempoh Perkhidmatan

18 - 40 41 - 55 56 - 69 70 - 90 f % f % f % f % 1 - 8 14 2 251 28 467 52 172 19 9 - 16 1 0.3 69 27 127 50 56 22 17 - 24 4 2 40 25 78 48 40 25 25 - 32 2 1 48 30 83 50 33 19

4.4 Analisis Deskriptif Terhadap Item-Item Pengukuran Dikotomi Iklim