• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN

4.7 Analisis Deskriptif

4.7.1 Profil Responden Kajian

Seramai 325 orang respondan dianalisis dengan sempurna serta kedudukanya mengikut pelbagai ciri demografi. Dapatan taburan ciri-ciri demografi respondan kajian ini dipaparkan dalam Jadual 4.10. Berdasarkan kepada jadual tersebut jumlah respondan yang terlibat dengan kajian ini iaitu seramai 325 orang guru novis IPG zon utara Malaysia. Taburan mengikut aspek jantina didapati bilangan guru perempuan mengatasi guru lelaki. Jumlah guru perempuan yang terlibat ialah seramai 223 orang (68.6%) berbanding dengan bilangan guru lelaki hanya berjumlah 102 orang (31.4%). Seterusnya dari aspek umur pula ialah di antara 24 tahun hingga 38 tahun guru novis yang terlibat. Merujuk kepada kumpulan umur tersebut guru novis yang berumur 24 hingga 28 tahun didapati mendominasi kajian dengan menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 49.6% manakala lingkungan umur 29 tahun hingga 33 tahun sebanyak 41.8% dan 8.6% untuk mereka yang berumur antara 34 hingga 38 tahun. Di samping itu dapatan kajian dari aspek akademik menunjukkan tahap akademik responden seramai 115 orang guru novis adalah dari kumpulan Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu 35.4% dan 210 orang datangnya dari guru-guru yang berkelulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 64.6%.

Dari aspek pengalaman bekerja pula didapati 93 orang guru novis mempunyai kurang dari satu tahun pengalaman iaitu 28.6%, manakala bagi mereka yang

169

berpengalaman dari satu hingga dua tahun ialah seramai 93 orang (28.6%).

Seterusnya 139 daripada guru novis ini berpengalaman dua hingga tiga tahun dalam bidang perguruan iaitu 42.8%. Akhir sekali faktor demografi dari aspek lokasi tempat bekerja guru novis yang terlibat dengan kajian di mana seramai 112 orang iaitu 34.5% berada di kawasan bandar dan 65.5% dengan jumlah 213 orang bertugas di kawasan pendalaman zon utara Semenanjung Malaysia.

Jadual 4.10

Taburan ciri-ciri Demografi Responden Guru Novis IPG Zon Utara Malaysia

Ciri-ciri Demografi Peratusan(%)

Jumlah responden 100% (325)

Jantina

Lelaki 31.4%

Perempuan 68,6%

Umur

24 hingga 28 tahun 49.6%

29 hingga 33 tahun 41.8%

34 hingga 38 tahun 8.6%

Akademik

Ijazah Sarjana Muda Perguruan 34.4%

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 64.6%

Pengalaman

Kurang dari 1 tahun 28.6%

1 tahun - 2 tahun 28.6%

2 tahun - 3 tahun 42.8%

Lokasi

Bandar 34.5%

Luar bandar 65.5%

170

4.7.2 Analisis Data Deskriftif (Bilangan, Skor Min, Sisihan Piawai dan Tahap) Pemboleh ubah utama kajian ini ialah kecerdasan emosi, stres kerja guru dan komitmen organisasi. Ketiga-tiga pemboleh ubah ini mempunyai elemennya yang tersendiri iaitu kawalan mood, penilaian emosi, penggunaan emosi dan kemahiran sosial di bawah kecerdasan emosi. Beban tugas, kekangan masa, penghargaan, perhubungan interpersonal dan salah laku adalah dibawah pemboleh ubah stres kerja guru, manakala elemen afektif, berterusan dan normatif adalah di bawah komitmen organisasi.

Satu garis panduan untuk skor min telah ditetapkan untuk memudahkan perbincangan dan penjelasan mengenai tahap dalam kajian ini. Skor min di antara 1.01 hingga 2.00 merujuk kepada skor bagi pemboleh ubah dan elemenya berada pada tahap rendah. Skor min di antara 2.01 hingga 3.00 pula bermaksud skor bagi pemboleh ubah pada tahap yang sederhana dan skor min di antara 3.01 hingga 4.00 pula merujuk kepada tahap sederhana tinggi, manakala skor min di antara 4.01 hingga 5.00 adalah tahap yang tinggi (Stufflebeam, 1971). Justeru itu dalam kajian ini skor min bagi ketiga-tiga pemboleh ubah utama dan elemennya telah ditentukan dengan mendapatkanya dari skor responden menerusi borang soal selidik. Skor min ini kemudiannya akan dirujuk tahapnya pada jadual berikut untuk menentukan sama ada ia berada pada tahap rendah, sederhana, sederhana tinggi atau tinggi. Jadual 4.11 digunakan sebagai garis panduan bagi mentaksir skor min bagi setiap pemboleh ubah dan elemen kajian.

171 Jadual 4.11

Garis Panduan bagi Skor Min Pemboleh Ubah atau Elemen-elemen Pemboleh Ubah Tafsiran Skor Min

Skor Min Kecerdasan Stres Kerja Komitmen

Emosi Guru Organisasi

1.01 hingga 2.00 Rendah Rendah Rendah

2.01 hingga 3.00 Sederhana Sederhana Sederhana

3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi S/Tinggi

4.01 hingga 5.00 Tinggi Tinggi Tinggi

Sumber: Stufflebeam (1971)

Soalan kajian 1: Apakah tahap kecerdasan emosi, stres kerja guru dan komitmen organisasi dalam kalangan guru novis di sekolah rendah zon utara.

Dapatan analisis kajian menerusi skor min, sisihan piawai dan tahap bagi pemboleh ubah serta elemen yang terlibat berdasarkan penilaian responden ialah seperti dalam jadual di bawah. Jadual 4.12 menunjukkan skor min bagi pemboleh ubah kecerdasan emosi. Analisis ini mendapati dimensi kawalan mood (4.24) dan penggunaan emosi (4.09) berada keseluruhannya pada tahap yang tinggi. Namun dimensi penilaian emosi (3.71) dan kemahiran sosial (3.67) berada pada tahap sederhana tinggi. Pada keseluruhannya kecerdasan emosi dalam kalangan guru novis zon utara Malaysia berada pada tahap sederhana tinggi (3.866).

172 Jadual 4.12

Statistik Desktriptif Pemboleh ubah Kecerdasan Emosi Guru Novis Zon Utara, Malaysia.

Dimensi Kecerdasan Emosi Min Sisihan Piawai Tahap

Kawalan Mood 4.24 0.41 Tinggi

Penilaian Emosi 3.71 0.48 S/Tinggi

Penggunaan Emosi 4.09 0.43 Tinggi

Kemahiran Sosial 3.67 0.44 S/Tinggi

Kecerdasan Emosi Keseluruhan 3.87 0.34 S/Tinggi

Jadual 4.13 di bawah menunjukkan taburan min bagi pemboleh ubah stres kerja guru. Pada keseluruhannya tahap stres kerja guru adalah pada tahap sederhana di sekolah-sekolah yang terlibat dengan kajian yang merangkumi empat buah negeri di utara Semenanjung Malaysia. Namun demikian didapati penghargaan dan perhubungan interpersonal menunjukkan skor min sederhana tinggi iaitu pada 3.07 dan 3.49 berbanding dengan dimensi-dimensi yang lain, manakala beban tugas, kekangan masa dan sumber serta salah laku pelajar berada pada tahap sederhana iaitu pada nilai 2.91, 3.00 dan 2.99. Seterusnya skor keseluruhan pemboleh ubah ini ialah tahap sederhana tinggi iaitu 3.07.

Jadual 4.13

Statistik Deskriptif Pemboleh Ubah Stres Kerja Guru Novis Zon Utara

Sub Skala Stres Kerja Guru Min Sisihan Piawai Tahap

Beban Tugas 2.91 0.79 Sederhana

Kekangan Masa 3.00 0.801 Sederhana

Penghargaan 3.07 0.73 S/Tinggi

Perhubungan Interpersonal 3.49 0.67 S/Tinggi

Salah Laku 2.99 0.87 Sederhana

Stres Kerja Guru Keseluruhan 3.07 0.50 S/Tinggi

173

Jadual 4.14 pula menunjukkan skor min bagi pemboleh ubah komitmen organisasi pada keseluruhannya di mana analisis ini mendapati dimensi komitmen organisasi iaitu komitmen afektif (3.68) pada tahap sederhana tinggi manakala komitmen normatif (2.29) dan komitmen berterusan (2.75) iaitu pada tahap yang sederhana.

Keseluruhan bagi variabel ini dalam kalangan guru novis adalah pada tahap sederhana tinggi iaitu (3.15).

Jadual 4.14

Statistik Deskriptif Pemboleh Ubah Komitmen Organisasi Guru Novis Zon Utara

Skala Komitmen Organisasi Min Sisihan Piawai Tahap

Afektif 3.68 0.57 S/Tinggi

Berterusan 2.75 0.73 Sederhana

Normatif 2.29 0.83 Sederhana

Komitmen Organisasi Keseluruhan 3.15 0.40 S/Tinggi

4.8 Modifikasi Model Pengukuran