• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua konsep penting ‘psychometric properties’ terhadap keberkesanan prosedur pengukuran dan penilaian (Johnson &

Christensen, 2008). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen boleh mempengaruhi sejauh mana pengkaji dapat mempelajari sesuatu isu dari fenomena yang dikaji,

131

kebarangkalian untuk mendapat keputusan statistikal yang signifikan dalam analisis data dan sejauh mana pengkaji boleh membuat kesimpulan yang bermakna dari data yang dikutip (Leedy & Ormrod, 2010). Kajian ini mengetengahkan tiga pemboleh ubah utama iaitu kecerdasan emosi, stres kerja guru dan komitmen organisasi yang diselidik menerusi item soal selidik. Oleh itu kesemua item tersebut mesti melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan merujuk kepada kualiti instrumen yang digunakan dalam mengutip data iaitu mengukur apa yang sepatutnya diukur (Ary, et al., 2010). Kesahan instrumen mengikut pandangan AERA, APA dan ‘National Centre for Educational Statistic (1999) menyatakan bahawa kesahan instrumen sebagai skor individu dari instrumen itu boleh diterima, bermakna dan membolehkan pengkaji membuat rumusan yang terbaik dari sampel kepada populasi kajian (Creswell, 2008). Nunnally dan Bernstein (1994) terdapat tiga jenis ujian untuk kesahan instrumen iaitu kesahan kandungan, kesahan item dan kesahan konstruk.

Kesahan kandungan berperanan untuk menentukan sejauh mana instrumen yang digunakan dapat memenuhi apa yang patut diukur (Ary, et al., 2010) dan bertujuan bagi membuktikan bahawa kandungan item semestinya mewakili dan berkaitan pemboleh ubah yang dikaji (Flowers, 2006). Kaedah yang digunakan untuk menentukan kesahan kandungan item-item soal selidik kecerdasan emosi, stres kerja guru dan komitmen organisasi adalah dengan meminta seorang pensyarah kanan berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang penilaian dan pengukuran, dua orang pensyarah cemerlang Jabatan Bahasa Melayu serta tiga orang pensyarah kanan dari

132

Jabatan Ilmu Pendidikan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk menilai dan meneliti item-item dari segi kandungan, bahasa serta objektif yang hendak diukur.

Selain itu mereka juga dicadangkan agar dapat membuat pengubahsuaian dan pemurnian instrumen andainya terdapat kekeliruan seperti yang dirumuskan dalam Jadual 3.3 dan Jadual 3.4. Untuk menentukan kesahan kandungan ini skala 1 hingga 10 telah digunakan bagi menentukan nilai pekali kesahan di mana item yang menunjukkan nilai pekali kurang daripada 70% akan disingkirkan dari soal selidik.

Tuckman dan Waheed (1981) telah mencadangkan mana-mana penilaian pakar yang lebih daripada nilai pekali 70% membuktikan wujudnya kesahan kandungan.

Seterusnya bagi menguji kesahan item penyelidik turut menggunakan ujian statistik

‘product moment correlation yang bertujuan untuk melihat item-total-correlation.

Kesahan item dikatakan wujud apabila nilai-nilai item-total-correlation melebihi .50 dan inter-item-correlation melebihi .30. Sekiranya item-item tersebut menunjukkan nilai yang rendah penyelidik telah membuat penambahbaikan terutamanya dari aspek bahasa dan struktur ayat supaya mudah difahami oleh responden.

133 Jadual 3.3

Penilian 6 panel terhadap item soal selidik. Bahagian A: Item Kecerdasan Emosi

Item P1 P2 P3 P4 P5 P6 Jumlah skor %

134 Jadual 3.4

Penilaian Pakar terhadap Instrumen Kecerdasan Emosi, Stres Kerja Guru dan Komitmen Organisasi.

Pemboleh Ubah Jum. Item Skor kumulatif Skor purata Nilai pekali

(%) kesahan

Kecerdasan emosi 33 1730 87.37 87.37 Stres kerja guru 48 2468 85.69 85.69 Komitmen organisasi 22 1140 86.36 86.36

Kesahan konstruk pula telah dijalankan menerusi EFA melalui kaedah PCA terhadap ketiga-tiga konstruk dalam instrumen kajian. Ia dilaksanakan bertujuan untuk memastikan hanya konstruk-konstruk terbaik sahaja dari data yang didapati daripada sampel kajian (Hair, et al., 2010). Selain itu kaedah ini juga dapat mengurangkan bilangan item-item yang terlalu banyak (Field, 2009) dalam (Mahaliza, 2013). Dua andaian penting EFA ialah saiz sampel dan kebolehfaktoran matrik korelasi (Pallant, 2007). Jumlah sampel yang diperolehi dalam pengumpulan data ialah 325. Oleh itu jumlah sampel yang diperolehi adalah memenuhi keperluan 300 data oleh Tabachnik dan Fidell (2007). Kebolehfaktoran matrik juga boleh dinilai berasaskan ujian Bartlett’s test of sphericity dan Kaiser – Mayer – Olkin (KMO). Nilai KMO > .60 menunjukkan jumlah sampel memenuhi keperluan kebolehfaktoran, manakala nilai Bartlett adalah signifikan (p < .05) (Hair, et al., 2010). Penelitian terhadap kedua-dua indikator ini menjelaskan bahawa item-item yang digunakan dalam EFA mempunyai kekuatan saling korelasi antara satu sama lain. Analisis ini telah dilakukan terhadap ketiga-tiga pemboleh ubah kajian iaitu kecerdasan emosi, stres kerja guru dan

135

komitmen organisasi setelah mengambil kira kesemua kaedah EFA seperti Jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5

Kesahan Konstruk menggunakan Analisis Faktor

Pemboleh ubah Bilangan Bilangan Nilai Ujian

Item faktor KMO Bartlett Sphericity

Kecerdasan 30 4 .860 .00

Emosi

Stres Kerja 41 5 .904 .00

Guru

Komitmen 17 3 .806 .00

Organisasi

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada darjah konsistensi yang dijelaskan oleh sesuatu instrumen semasa mengukur (Best & Kahn, 2006). Nilai kebolehpercayaan boleh diuji melalui beberapa kaedah seperti kaedah uji sekali lagi (test-retest), kaedah bentuk berbeza (alternative forms), kaedah bentuk berbeza dan uji sekali lagi (alternative forms and test-retest), kaedah antara kadaran (interrater) dan kaedah ketekalan dalaman (internal consistency) (Creswell, 2008; Gay et al., 2009). Pada pandangan pengkaji pendekatan alfa Cronbach adalah satu kaedah ketekalan dalaman yang sesuai untuk menguji kebolehpercayaan antara item. Justeru kaedah ketekalan ‘cronbach alpha’ telah digunakan oleh penyelidik untuk membuat andaian bahawa tiap-tiap item itu dianggap sebagai satu ujian setara dan semua kolerasi antara item adalah sama. Sekiranya nilai r > 0.6, ini bermakna tahap kebolehpercayaan alat ukur adalah tinggi (Mahaliza, et al., 2011). Tetapi jika pekali kebolehpercayaan kurang daripada 0.6 boleh dianggap instrumen yang dianalisis

136

mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah dan perlu diperbaiki atau disingkirkan item-item dalam instrumen untuk meningkatkan pekali tersebut. Dalam hal ini Sekaran (1992) menjelaskan bahawa ‘cronbach’ merupakan angkali kebolehpercayaan ‘reability coefficient’ yang menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan. Sekaran menambah iaitu semakin hampir nilai alpha kepada nilai satu, semakin tinggi kebolehpercayaan dalamannya.

Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah, manakala nilai 0.7 boleh diterima dan nilai yang melebihi 0.8 adalah dianggap baik.

Dalam kajian rintis ini analisis kebolehpercayaan bagi keseluruhan instrumen kajian ialah α = 0.910 manakala analisis kebolehpercayaan bagi kecerdasan emosi yang merujuk kepada ‘Assessing Emotional Scale’, Schutte, et al., (1998) menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha yang tinggi iaitu α = 0.92. Nilai alpha bagi kelompok-kelompok berkenaan ialah kawalan mood (α=0.72), penilaian emosi (α=0.85), penggunaan emosi (α=0.67) dan kemahiran sosial (α=0.71). Nilai alpha ini secara keseluruhannya adalah memuaskan dan boleh diterima pakai dalam konteks penyelidikan pendidikan (Gorard, 2001; Johnson & Christenan, 2008).

Bagi mengukur stres kerja guru adalah berdasarkan instrumen ‘Teacher Stress Inventory’ yang dibangunkan oleh Boyle, et al. (1995). Keputusan keseluruhan instrumen ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu α = 0.94 dan nilai bagi setiap sub-skala pula ialah kerenah pelajar (α=0.81), beban tugas (α=0.85), sumber pengajaran (α=0.86), perhubungan interpersonal (α=0.77) dan pengiktirafan profesional (α=0.67). Seterusnya, pengukuran nilai kebolehpercayaan bagi instrumen

137

kajian komitmen organisasi yang berasaskan kepada ‘Organizational Commitment Questionnaire’, Allen dan Mayer (1997) mendapati nilai keseluruhan instrumen tersebut ialah α = 0.79. Bagi skala komitmen afektif nilai alpha (α=0.49), sub-skala komitmen berterusan (α=0.74) dan sub-sub-skala komitmen normatif (α=0.69).

Bagi sub-skala komitmen afektif yang mempunyai nilai rendah pada α=0.49 adalah disebabkan terdapat nilai negatif yang tinggi bagi item 1 dan ditunjukkan dalam

‘inter-item correlation matrix. Cronbach’s alpha if item deleted’ bagi item tersebut juga menunjukkan nilai yang tinggi iaitu α=0.654. Dalam situasi ini penyelidik mendapati responden tidak begitu memahami bentuk soalan pada item tersebut dan telah membuat penambahbaikan untuk memudahkan mereka.

Kesimpulannya, melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaan yang dijalankan jelas menunjukkan instrumen-instrumen kajian ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunakan untuk tujuan kajian yang sebenarnya.