• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan sejauh mana kecerdasan emosi dan stres kerja guru memberi pengaruh ke atas komitmen organisasi guru-guru novis yang sedang berkhidmat di zon utara. Ianya berbentuk diskriptif-korelasi yang melibatkan pengumpulan data bagi tujuan melihat hubungan di antara pemboleh ubah yang wujud dalam keadaan semulajadi (Wiersma & Jors, 2009). Pendekatan yang biasa

123

digunakan untuk mengumpul maklumat dalam kajian diskriptif ini adalah kaedah tinjauan keratan rentas berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden (Johnson & Christen, 2008). Kaedah ini telah banyak digunakan dalam pelbagai bidang penyelidikan dan amat baik untuk mengumpulkan maklumat berkaitan tingkah laku (Gorrad, 2001). Disebabkan kajian ini melibatkan jumlah responden yang besar, maka ia sesuai menggunakan kaedah kuantitatif (Cohen, et al., 2007). Ini kerana kaedah kuantitatif dapat mengumpulkan banyak maklumat dalam masa yang lebih singkat, menjimatkan kos dan mengelakkan daripada risiko kehilangan data atau respondan sebelum kajian selesai, contohnya respondan sakit, mati atau tidak lagi berminat untuk meneruskan kajian serta tahap objektivitinya lebih tinggi (Noraini, 2010).

Selain itu penyelidik juga menggunakan kaedah kuantitatif kerana ia berkemampuan untuk menguji hipotesis atau mendapatkan jawapan persoalan berkaitan situasi semasa bagi subjek kajian, mengenal pasti pengaruh antara dua pemboleh ubah atau lebih dan menggunakan bentuk hubungan ini untuk membuat ramalan. Kaedah ini juga membolehkan pengkaji menjalankan ujian bagi melihat hubungan di antara variabel-variabel dengan menggunakan ujian statistikal (Gay, 2009). Oleh itu pengkaji memilih kaedah ini kerana dapat memungut data secara sekali gus dengan berkesan dari populasi yang besar dan berselerak. Kedua, boleh memberi informasi secara deskriptif, inferen dan ‘explanatory’ terhadap isu yang dikaji (Cohen, et al., 2007). Akhirnya pengkaji juga dapat mengutip data primer isu yang dikaji untuk mengambarkan aspek atau ciri seperti kebolehan, pandangan, sikap, kepercayaan atau pengetahuan populasi (Wallen & Fraenkel, 2001).

124 3.3 Populasi dan Persampelan Kajian

Populasi adalah satu ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain (Majid Konting, 2000). Populasi kajian ini ialah kalangan guru novis yang telah ditempatkan mulai tahun 2009 hingga 2011 di sekolah rendah zon utara Semenanjung Malaysia yang meliputi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara. Jumlah sekolah rendah yang terlibat dan mempunyai guru novis ini diperolehi daripada Unit Sekolah Rendah di setiap Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat.

Berdasarkan kepada rekod yang diperolehi daripada unit sekolah rendah di setiap Jabatan Pendidikan Negeri, jumlah responden kajian bagi tiga tahun tersebut yang disenaraikan di zon utara ialah 2100 orang guru novis. Jadual 3.1 menunjukkan pecahan bilangan guru novis mengikut negeri:

Jadual 3.1

Populasi Kajian (Guru Novis IPGM)

Negeri Bilangan Guru Kedah 538 Perlis 293 Pulau Pinang 434 Perak Utara 835 Jumlah 2100

125

Jumlah sampel kajian ini adalah seramai 325 orang guru novis daripada jumlah populasi pada aras keyakinan 95% (Cohen, et al., 2007). Pemilihan sampel dibuat berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970) di mana sampel yang dikehendaki ditentukan. Mengikut Roscoe (dalam Sekaran (1992) muka surat 253, saiz sampel melebihi 30 adalah sesuai untuk kebanyakan kajian yang berbentuk tinjauan. Jadual 3.2 di bawah merupakan jumlah populasi dan sampel kajian.

Jadual 3.2

Sampel Kajian (guru novis IPGM)

Negeri Populasi Peratusan (%) Sampel

Kedah 538 25.6% 83

Perlis 293 13.9% 46

Pulau Pinang 434 20.7% 67

Perak Utara 835 39.8% 129

Jumlah 2100 100% 325

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan teknik persampelan rawak berlapis (Stratified random sampling) bagi setiap negeri yang dipilih iaitu negeri Kedah Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara. Beberapa langkah telah diikuti dalam menentukan persampelan iaitu:

1) Bilangan sampel yang dipilih adalah berkadaran dengan jumlah responden dalam setiap kategori (negeri) kumpulan.

2) Menentukan saiz sampel yang diperlukan untuk setiap sub- populasi kajian.

3) Menyediakan senarai responden untuk setiap sub-populasi kajian.

126

4) Menggunakan prosedur persampelan rawak mudah berasaskan kepada jadual rawak untuk memilih responden daripada setiap sub-populasi kajian (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara)

Persampelan rawak mudah ini pula dipilih kerana ianya boleh digunakan jika populasi mempunyai sifat yang hampir sama dan seragam, di mana setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih serta pemilihan responden kajian bersifat bebas dan tidak bersandar dengan pemilihan subjek lain (Azizi, Shahrin, Yusof & Abd Rahim, 2009). Sebanyak lima borang soal selidik telah diposkan kepada setiap guru besar untuk diserahkan kepada guru-guru novis di sekolah mereka. Jumlah keseluruhan sekolah yang terlibat dalam kajian ialah sebanyak 120 buah sekolah (lampiran 1) dengan 600 responden. Namun demikian cuma 420 orang atau 70 peratus sahaja yang mengembalikan soal selidik kepada pengkaji. Daripada jumlah tersebut hanya 325 soal selidik sahaja diambil kira berdasarkan jumlah sampel yang telah ditetapkan. Soal selidik lain didapati tidak lengkap, borang kosong dan mempunyai jawapan yang sama bagi semua item telah diabaikan kerana ia boleh menjejaskan sisihan piawai.

Pengambilan sampel pada setiap negeri diperolehi dengan cara mengambil jumlah keseluruhan sampel (325 orang guru novis), kemudian dibahagikan dengan semua jumlah populasi (2100 orang guru novis), dan didarabkan dengan jumlah masing-masing populasi pada setiap negeri. Berdasarkan kepada jumlah 325 responden kajian tersebut, 25.6% adalah terdiri daripada responden negeri Kedah (n = 83), responden negeri Perlis iaitu 13.9% (n = 46), responden negeri Pulau Pinang iaitu

127

20.7% (n = 67) dan responden guru novis dari negeri Perak (Utara) berjumlah 39.8%

(n = 129). Kesemua responden merupakan guru novis yang telah berkhidmat antara 1 hingga 3 tahun. Jumlah ini adalah mencukupi bagi analisis model persamaan berstruktur yang memerlukan jumlah minimum 200 orang (Herzog, Boomsma &

Reinecke, 2007). Jadual 3.2 di atas menunjukkan bilangan responden dan peratusan keseluruhan berdasarkan negeri.

Berikut adalah pengiraan saiz sampel mengikut Krejcie dan Morgan (1970):

X²NP (1 – P) S =

d²(N – 1) + (X²P (1 – P) S = Saiz sampel yang diperlukan.

N = Saiz populasi yang dikenal pasti.

P = Perkadaran populasi diandaikan 0.5 kerana magnitud ini akan menghasilkan saiz sampel yang maksimum.

d = Darjah ketepatan yang maksimum (0.05).

X² = Nilai Khi Kuasa Dua daripada jadual pada darjah kebebasan 1 iaitu 3.841.

3.841(2100) (0.5) (1 – 0.5) S =

(0.05)² (2100 – 1) + (3.841 (0.5) (1 – 0.5) 3.841 (2100) (0.5) (0.5)

=

(0.0025) (2099) + 1.9205(0.5)

128 20165

= = 324.82 (325) 6.20805