• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asia Internet MSM Sex Survey 2010

Dalam dokumen Jurnal_05_2012 (Halaman 183-190)

Masa depan dakwah di negara ini akan terus berkembang dengan syarat setiap badan dakwah dan para pendakwah bersatu untuk kembali kepada mekanisme yang dilaksanakan

Rajah 2 Asia Internet MSM Sex Survey 2010

Pada pendapat penulis faktor berlakunya fenomena ini adalah berpunca daripada hilangnya nilai agama dan moral dalam kehidupan. Pendek kata apa sahaja boleh dikatakan menjadi punca, tetapi yang paling penting ialah iman di dalam dada. Sememangnya fitrah manusia lebih suka kepada perkara lagha dan menyesatkan. Mereka seringkali terdesak memikirkan pelbagai muslihat untuk membolehkan mereka melakukan apa yang diruntun hawa nafsu. Malah sering kali mendakwa mereka terperangkap dalam fizikal yang bertentangan dengan naluri sebagai jalan menyelamatkan diri.

13 http://ilga.org/ilga/en/article/mRTSCmU1Va disiarkan pada 12 Februari 2011

14 http://www.fridae.asia/newsfeatures/2010/01/01/9503.fridaecom-launches-asias-largest-ever-internet-gay-sex-survey-in-10-languages disiarkan pada 1 Januari 2010

15 Dr. Nurul Aida binti Salleh, 2011. Mak Nyah Dari Kacamata Dunia Psikiatri. Kertas Kerja Bengkel Perkongsian Maklumat : Mak Nyah Dari Perspektif Ilmiah pada 21 -23 Oktober 2011.

Fenomena LGBT di Malaysia

Gerakan LGBT merupakan gerakan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi. Di mana mereka menggunakan hak asasi manusia (HAM) untuk mempertahankan perbuatan mereka. Mereka bertindak mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral, kesucian agama, malah menggugat ketenteraman awam dan keamanan negara. Gerakan menghalalkan gaya hidup LGBT giat dilaksanakan oleh pendokong dan penyokong kumpulan minoriti ini. Gerakan ini semakin bertindak agresif dengan merancang dan menyusun gerak langkah untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap perlakuan mereka. Mereka sering memanipulasikan HAM dengan mengemukakan pelbagai tuntutan dalam persidangan-persidangan antarabangsa.

Penyamarannya sebagai gerakan hak sivil mengalihkan isu “perlakuan” kepada isu “hak” minoriti terpinggir, disalahfahami dan diancam bagi mempengaruhi polisi awam dan penerimaan masyarakat. Di Malaysia, agenda utama kumpulan ini hanya untuk menghapuskan Seksyen 377 Kanun Keseksaan iaitu hukuman yang dikenakan terhadap pesalah salah laku seks sejenis selain mereka mahukan negara menghalalkan perkahwinan sejenis. Mereka turut menuntut agar menamatkan diskriminasi terhadap golongan LGBT dalam pekerjaan, pinjaman, perumahan, tempat tinggal dan ruangan kehidupan.16

Gerakan ini bukan bersifat setempat malah ianya melampaui sempadan negara, agama dan budaya, bahkan mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Dipercayai komuniti ini bergerak agresif sama ada secara bersama dan secara berasingan sebagai gerakan sivil merentasi sempadan agama, bangsa dan negara melalui proses lobi sosiopolitik.17

Antara rangkaian gerakan ini adalah seperti berikut:18

ANTARABANGSA

• International Lesbian & Gay Human Rights Commission –ILGHRC (www.iglhrc.org),

• International Lesbian and Gay Association –ILGA (http://ilga.org/),

16 Nik Muhd Marzuki Haji Muhd Nor, 2011. Perkembangan Dan Syor Menangani Gerakan Hak

Homoseksual Di Malaysia. Kertas Kerja Mesyuarat Panel Menangani Gejala Sosial JAKIM Bil.

1/2011 pada 5 Julai 2011.

17 Ibid 16

• International Association of Pride Organizers (http://www.interpride.org) • Pink Triangle Coalition

‘ASEAN’

• ASEAN Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex and Queer (LGBTIQ) People’s Caucus

MALAYSIA

• Seksualiti Merdeka (www.seksualitimerdeka.org) • Pink Triangle Foundation (www.ptfmalaysia.org) • “Good As You Malaysia” (www.mygoodasyou.com)

• “A Malaysian LGBT Community Project” (http://titledworld.org) • LPG Malaysia (www.mylpg.net)

• “Men After Work” (www.menafterwork.com)

• Knowledge and Rights with Young People Thought Safer Spaces (KRYSS) Terdapat dakwaan yang mengatakan gerakan ini mendapat sokongan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara sama ada; badan kerajaan, NGO, politik, individu ternama dan terhormat. Mereka juga turut mendapat dana berjumlah jutaan ringgit untuk melaksanakan program dan mempromosikan gaya hidup. Oleh yang demikian mereka semakin berani bertindak agresif.19 Antara penaja program LGBT seperti berikut:20

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011: • Amnesty International Malaysia

• Bar Council Malaysia Human Rights Committee • EMPOWER

• KL Word

• KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)

19 http://www.hmetro.com.my/articles/DanaanjurLGBT/Article/ disiarkan pada 27 ogos 2012. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec= Rencana&pg=re_06.htm disiarkan pada 13/11/2011. http://www.hmetro.com.my/articles/ Anasirbahaya/Article/ disiarkan pada 24.5.2012 dan /http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2012&dt=0423&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01. htm&arc=hive disiarkan pada 23.4.2012

20 Nik Muhd Marzuki Haji Muhd Nor, 2011. Perkembangan Dan Syor Menangani Gerakan Hak

Homoseksual Di Malaysia. Kertas Kerja Mesyuarat Panel Menangani Gejala Sosial JAKIM Bil.

• Justice For Sisters

• MyConstitution Campaign • MyNetra

• Precious Old China Restaurant • PT Foundation

• Pusat Rakyat LoyarBurok • Rev Yap Kim Hao • Quek Sue Yian • SUARAM • Tenaganita

• Women’s Aid Organisation • Women’s Candidacy Initiative • United Nations Theme Group on HIV and many other individuals

Gerakan ini mempunyai niat tersirat untuk menggerakkan kempen dan advokasi yang berterusan untuk mengubah nilai dan landasan akhlak masyarakat.21 Ketua Pengarah IKIM dalam satu kenyataan mendakwa bahawa gerakan LGBT merupakan senjata barat untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan dan nilai kemanusian, kerana ia merupakan perjuangan untuk memuaskan nafsu yang tak mungkin dapat dipuaskan.22

Pelbagai aktiviti, perjumpaan, perhimpunan dan parti diadakan oleh kumpulan ini untuk mempromosikan gaya hidup mereka, antaranya:

i. Program Seksualiti Merdeka 2011: Queer withour Fear. Iaitu Perhimpunan Seks Bebas yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan. Program ini telah melakar sejarah negara, kerana tidak pernah wujud kumpulan dari entiti sebegini yang menonjolkan diri menuntut hak minoriti LGBT.23

21 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec= Rencana&pg=re_02.htm disiarkan pada 25/12/2011

22 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0530&pub=utusan_malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm&arc=hive disiarkan pada 30 Mei 2012

ii. Membawa masuk tokoh-tokoh LGBT ke dalam negara seperti membawa masuk Irshad Manji24 pada bulan Jun 2012 untuk mempromosikan buku “Allah, Kebebasan dan Cinta” di institut-institut pengajian tinggi25.

iii. Mempromosikan gaya hidup LGBT dalam kalangan remaja dan belia. Kumpulan ini cuba mendekati pelajar-pelajar sekolah dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan program.

iv. Giat menyediakan bahan-bahan multimedia untuk dimuatkan dalam blog26, facebook27 dan laman sosial28 sebagai platform LGBT mendapat maklumat seperti gambar, video, motivasi, kisah-kisah kejayaan dan lain-lain. Usaha ini giat dilaksanakan dan diambil kesempatan berikutan tiada larangan penyiaran aksi LGBT di dalam saluran media dan multimedia29.

v. Menjemput artis-artis yang mengamalkan gaya hidup LGBT seperti Lady Gaga30, Adam Lambert dan lain-lain

vi. Penganjuran program Roundtable Discussion on Gender Equality: Unaddresssed Women’s Rights Issues dan Human Rights For Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).31

vii. Mencabar undang-undang negara seperti yang dilaporkan media mengenai tuntutan seorang lelaki di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menukar jantina pada 9.1.2011. Kumpulan ini mengambil kesempatan di atas undang-undang Malaysia yang tidak memperuntukkan larangan ke atas mana-mana individu untuk melakukan pembedahan jantina32.

24 Irshad Manji merupakan seorang pengamal seks songsang (lesbian) dan individu berpengaruh yang mendukung gerakan LGBT peringkat antarabangsa. Beliau turut menimbulkan kontroversi mengenai perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim yang dianggap sebagai perkara harus.

25 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HaramprogramanjuranIrshad/Article disiarkan pada 27 Ogos 2012

26 http://www.hmetro.com.my/articles/Celarunafsusongsang/Article/ disiarkan pada 27 Ogos 2012

27 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=dn_05. htm disiarkan pada 13 Mac 2012

28 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0312&pub=utusan_malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive disiarkan pada 12 Mac 2012

29 http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/kerajaan-tak-larang-watak-gay-1.38857)/ disiarkan pada 10 April 2012, dan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt= 0406&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm&arc=hive disiarkan pada 6 April 2012

30 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0408&pub=utusan_malaysia&sec= Hiburan&pg=hi_20.htm&arc=hive disiarkan pada 8 April 2012

31 http://www.hmetro.com.my/articles/TuntutanGerakanHomoseksualbercanggahajaransemua agama/Article/ disiarkan pada 27 Ogos 2012

Gerakan ini banyak merujuk kepada Prinsip Yogyakarta33 dan hak asasi manusia untuk membuat tuntutan walaupun kebanyakannya didapati tidak bersesuaian dengan konsep hak asasi, nilai dan moral yang diamalkan di Malaysia. Antara hak yang dituntut adalah seperti berikut:34

i. Hak Penjagaan Kesihatan ii. Hak Perlindungan

iii. Diskriminasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iv. Informasi salah daripada media.

v. Kesukaran Identifikasi

vi. Penyalahgunaan Hak Asasi oleh Penguatkuasaan vii. Isu Perundangan35

viii. Hak Perwakilan

Gerakan ini semakin hari semakin berpengaruh dan bertambah bilangan. Bahkan didapati gejala ini bukan sahaja berlaku dalam persekitaran dewasa, malah semakin merebak dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Sebagaimana yang dilaporkan murid tahun dua meliwat dalam tandas di Klang36 dan perlakuan seks songsang dalam kalangan pelajar semakin serius37 berikutan ada pihak yang mempromosi LGBT kepada golongan pelajar38.

33 Ibid

34 Nik Muhd Marzuki Haji Muhd Nor, 2011. Perkembangan Dan Syor Menangani Gerakan Hak

Homoseksual Di Malaysia. Kertas Kerja Mesyuarat Panel Menangani Gejala Sosial JAKIM Bil.

1/2011 pada 5 Julai 2011.

35 Sebelum 1983, pertukaran jantina dan nama pada kad pengenalan (K/P) dibenarkan. Pewartaan Fatwa pada 1983 melarang pertukaran jantina tetapi membenarkan nama tambahan atau alias dalam KP bagi menjelaskan jantina pilihan. Kini, ia tidak lagi dibenarkan. Non-muslim dibenarkan membuat pertukaran jantina tetapi pertukaran dalam KP tidak dibenarkan. Pengharaman perkahwinan sama jantina yang dipertekankan semula di era Abdullah Badawi perlu dipertimbangkan semula. Setelah seseorang menukar jantina dan berkahwin, ia tidak wajar dianggap sebagai perkahwinan sama jantina yang diharamkan undang-undang. Sebaliknya, ia wajar dilihat sebagai perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

36 http://www.hmetro.com.my/articles/Muridtahunduameliwatdalamtandas/Article disiarkan pada 27 Ogos 2012

37 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=mh_ 01.htm disiarkan pada 11 Mac 2012

38 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm disiarkan pada 16 Januari 2012

Pada 4 Julai 2012, Harian Metro menyiarkan video pengakuan bekas gay yang menceritakan pengalaman hidup beliau sebagai seorang gay. Beliau memaklumkan mula tertarik kepada kaun sejenis seawal usia 15 tahun. Jadi tidak mustahil ada yang mengatakan berlaku kejadian homoseksual dalam kalangan pelajar, pelatih dan tahanan yang menginap di dalam asrama dan kem.

Penyakit sosial ini bukan sahaja terjadi dalam kalangan orang bawahan, malah turut melibatkan kalangan profesional seperti doktor39, peguam, cikgu, pegawai kerajaan, tentera, polis dan sebagainya. Mungkin bagi orang kebanyakan mereka mengadakan aktiviti di tempat-tempat biasa, tetapi bagi kelas atasan mereka ada tempat dan pusat tersendiri. Kebiasaannya tempat kumpulan ini beroperasi adalah di dalam pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut serta ada yang bersekedudukan.40

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) sanggup menawarkan tempat berhibur, minuman keras percuma, pil khayal serta lokasi untuk golongan ini melakukan seks secara bertukar-tukar pasangan.41

Keadaan di atas menggambarkan masyarakat Malaysia telah hanyut dengan arus kemodenan. Dek kemaruk dengan amalan hidup songsang, kumpulan ini sanggup mengenepikan kesan negatif daripada hubungan yang terjalin. Walaupun tidak nampak kesan zahir seperti mengandung, tetapi kesan yang lebih sadis akan terjadi iaitu jangkitan HIV kesan daripada hubungan di luar norma ini.

Sesi Khas ke-26 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (2010) melaporkan bahawa dianggarkan setiap 4 daripada 5 yang terbabit dengan aktiviti perdagangan seks dan seks songsang berisiko tinggi menghidap HIV. Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan kajian terhadap pesakit HIV+ve di HKL seperti berikut:42

39 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Doktor__8216_duaalam__8217_/Article/ artikelMA disiarkan pada 27 Ogos 2012

40 http://praya.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengamalLBGTdalangpusaturutgay/Article/ index_html disiarkan pada 27 Ogos 2012

41 http://www.hmetro.com.my/articles/Celarunafsusongsang/Article/ disiarkan pada 27 Ogos 2012

42 Dr. Nurul Aida binti Salleh, 2011. Mak Nyah Dari Kacamata Dunia Psikiatri. Kertas Kerja Bengkel Perkongsian Maklumat : Mak Nyah Dari Perspektif Ilmiah pada 21 -23 Oktober 2011.

Dalam dokumen Jurnal_05_2012 (Halaman 183-190)