Pengenalan
Sihir merupakan satu daripada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh manusia yang dijayakan melalui penglibatan makhluk halus. Nabi s.a.w pernah disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-A‘sam dengan menggunakan rambut Nabi SAW yang gugur ketika disikat. Sihir tersebut telah memberi suatu kesan kesakitan terhadap baginda sehingga menyebabkan baginda khayal dan tidak dapat memastikan sama ada telah melakukan sesuatu perkara itu ataupun tidak. Dalam riwayat yang lain menyebutkan bahawa Nabi s.a.w tidak dapat memastikan sama ada baginda telah mendatangi isteri baginda ataupun tidak.
Berhubung dengan permasalahan sihir, terdapat penjelasan dan dalil yang jelas di dalam al-Quran dan hadith Nabi s.a.w. Permasalahan ini dibincangkan secara meluas oleh para ulama’. Walaupun demikian, terdapat sebahagian ulama yang menafikan sihir yang telah berlaku kepada Nabi s.a.w dengan berdalilkan kepada kemaksuman seorang Nabi Allah yang terpelihara daripada kejahatan manusia. Bertitik tolak daripada perkara ini, persoalan sihir telah menjadi satu perbahasan yang dibincangkan oleh Ibn Qayyim dalam beberapa karya beliau. Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah berusaha mengulas hadith-hadith Nabi s.a.w. yang menyebutkan peristiwa Nabi s.a.w. disihir yang disertakan dengan pandangan para ulama serta berusaha menyangkal golongan yang tidak bersetuju bahawa Nabi s.a.w. disihir dan sihir itu memberi kesan ke atas baginda. Dalam pada itu, beliau juga turut mengetengahkan kaedah dan pendekatan Nabi s.a.w. dalam merawat dan menghadapi sihir yang dikenakan ke atas baginda.
Skop Perbincangan
Artikel ini berusaha untuk mengumpulkan pandangan dan fiqh Ibn Qayyim al-Jawziyyah berhubung dengan permasalahan sihir. Penjelasan dan pemahaman beliau berhubung dengan isu ini dapat dirujuk kepada beberapa karya beliau seperti al-Tibb al-Nabawi, Zad al-Ma’ad fi Hadyi Kahyr al-‘Ibad dan Tafsir al-Mu‘awwidhatayn. Penulis melihat bahawa Ibn Qayyim adalah salah seorang daripada kalangan ulama tersohor yang berusaha menjelaskan dengan terperinci dalam memahami isu berhubung dengan sihir yang berlaku ke atas Nabi s.a.w. Melalui perbincangan yang dibawa, beliau berusaha untuk menolak dakwaan sebahagian golongan yang mengikari perkara tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengemukakan pelbagai riwayat hadith yang menjelaskan Nabi s.a.w. disihir dan disertakan dengan
perbincangan daripada pelbagai sudut, khususnya berhubung percanggahan riwayat dan ulasan dari pihak beliau untuk mendamaikan percanggahan pandangan antara kedua-dua golongan tersebut. Beliau juga berusaha untuk menjelaskan pendekatan dan kaedah rawatan Nabi s.a.w. ketika menghadapi sihir. Segala perbincangan yang dikemukakan oleh beliau adalah berlandaskan kepada perbahasan yang merujuk kepada hadith-hadith Nabi s.a.w. sebagai sandaran utama.
Oleh yang demikian, artikel ini hanya memberi fokus perbahasan terhadap fiqh yang dikemukakan oleh Ibn Qayyim berhubung dengan sihir dan rawatannya sahaja melalui beberapa karya beliau yang menyentuh persoalan ini. Perbahasan ini sangat penting untuk diketengahkan kerana Ibn Qayyim al-Jawziyyah adalah di antara ulama yang lantang mempertahankan sunnah Nabi SAW serta seorang tokoh yang gigih berusaha untuk menjelaskan pendekatan rawatan Nabawi dalam merawat pelbagai penyakit manusia. Karya al-Tibb al-Nabawi adalah bukti yang jelas berhubung dengan kegigihan dan usaha yang ditunjukkan oleh beliau. Pada akhir penelitian, dapat dirumuskan secara menyeluruh pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah berhubung dengan perkara ini. Pada masa yang sama, dapat mendedahkan pemikiran dan pandangan beliau yang dapat dijadikan sebagai landasan dalam rawatan penyakit-penyakit berkaitan dengan sihir serta bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Biografi Ringkas Ibn Qayyim al-Jawziyyah
Nama penuh beliau adalah Shams al-Din Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr bin Sa‘ad1 bin Hirbaz al-Zarhi al-Dimashqi2 yang lebih dikenali dengan nama Ibn Qayyim al-Jawziyyah. Beliau dilahirkan pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik3.
1 Ibn Kathir, Al-Imam Abi al-Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir al-Qurayshi al-Dimashqi (1996M), al-Bidayah wa al-Nihayah, Beirut: Maktabah al-Ma‘arif, j.14, hlm.234.
2 Nama penuh termasuk dibinkan kepada Hirbaz al-Zarhi adalah merujuk kepada tulisan Dr. ‘Iwad Allah Jad al-Hijazi, dalam karya beliau berjudul “Ibn Qayyim wa Mawqifuh Min al-Tafkir
al-Islami”. Lihat ‘Iwad Allah Jad al-Hijazi, Dr. (1392H/1972M), Kaherah: Matba‘ah Majma‘
al-Buhuth al-Islamiyyah, hlm.37.
3 Ibid., dan lihat juga Joni Tamkin bin Borhan (2007), “Pemikiran Ekonomi Ibn Qayyim
Ibn Qayyim dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mencintai dan mementingkan ilmu pengetahuan. Hatta, bapa beliau sendiri merupakan seorang mu‘allim yang menjadi guru pertama beliau. Daripada bapa beliau, Ibn Qayyim telah mempelajari ilmu-ilmu asas agama Islam termasuk ilmu al-fara’id.
Dalam menempuh alam pendidikan, Ibn Qayyim telah dibimbing oleh ramai tokoh ulama yang terkenal pada ketika itu dalam pelbagai bidang keilmuan. Antara guru-guru beliau adalah Qadi Sulayman bin Hamzah (m.711H/1311M), Syeikh Abu Bakr (m.718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (m.718H), Abu Fath al-Ba‘li (m.709H), Majd al-Din Isma‘il al-Harani (m.729H) pengarang kitab Mukhtasar Abi al-Qasim al-Haraqi dan al-Muqni‘ li Ibn Qudamah, al-Saffi al-Hindi (m.715H) iaitu seorang profesor dalam bidang ilmu usul dan ilmu fiqh, ‘Isa bin Mut‘im (m.719H), Isma‘il Maktum (m.716), Abu Basr al-Shirazi (m.723H) yang menjadi rujukan dalam pelbagai bidang ilmu dan Ibn Taymiyyah (m.728H) dalam bidang tafsir, ilmu usul dan ilmu kalam.4 Oleh sebab itu, Ibn Qayyim menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti bidang tafsir al-Quran, menguasai ilmu hadith dari sudut makna dan fiqh al-hadith, menguasai ilmu usuluddin dan fikah, seorang yang alim dalam ilmu bahasa Arab dan memahami selok belok ilmu bahasa. Beliau juga menguasai ilmu suluk dan memahami pandangan-pandangan serta aliran dalam kalangan ahli tasawuf.5 Beliau juga merupakan seorang yang faqih dan berautoriti dalam Mazhab Hanbali. Sebahagian ulama sufi menggelar beliau sebagai “Sufi Agung”. Beliau juga memiliki personaliti dan peribadi yang baik dan sukar untuk ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya.6
Ibn Qayyim mendapat pelbagai pujian daripada kalangan ulama semasa atau selepasnya disebabkan oleh ketokohan, keilmuan dan memiliki peribadi dan personaliti diri yang mulia yang dimiliki oleh beliau. Ibn Kathir (m.774H) yang merupakan salah seorang anak murid beliau mengatakan bahawa gurunya (Ibn Qayyim) seorang yang kuat beribadat dan memiliki peribadi yang disukai oleh ramai orang pada ketika itu.7
4 Iwad Allah Jad al-Hijazi, Dr. (1392H/1972M), ibid., hlm.42-43 dan Joni Tamkin bin Borhan (2007), ibid., hlm.90.
5 Iwad Allah Jad al-Hijazi, Dr. (1392H/1972M), ibid., hlm.44.
6 Joni Tamkin bin Borhan (2007), op.cit., hlm.91.
7 Ibn Kathir berkata: “Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang lebih kuat
beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila beliau solat, solatnya begitu lama (panjang). Beliau memanjangkan ruku‘ dan sujudnya.” Lihat Ibn Kathir (1996M), op.cit., hlm.235 dan Joni
Ibn Rajab al-Hanbali dalam al-Tabaqat menyebut tentang keluasan ilmu yang dimiliki oleh gurunya Ibn Qayyim. Beliau mengatakan bahawa Ibn Qayyim adalah seorang yang menguasai secara mendalam ilmu-ilmu Islam, seorang yang ‘arif dalam aspek tafsir, menguasai bidang usuluddin, mahir dalam ilmu hadith, pemaknaan dan fiqhnya, seorang yang mendalam dan teliti dalam mengistinbatkan hukum, menguasai bidang fiqh dan usul, menguasai selok-belok bahasa Arab dengan baik dan seorang yang mengetahui dengan jelas selok-belok ilmu tasawuf, aliran dan ideologinya. Boleh dikatakan bahawa beliau menguasai keseluruhan ilmu-ilmu tersebut dengan mendalam dan benar-benar menguasainya.”8
Imam al-Dhahabi dalam al-Mu‘jam mengatakan bahawa Ibn Qayyim seorang yang menguasai hadith dan ilmunya dari sudut matan (kritikan matan) dan sebahagian daripada rijalnya (kritikan hadith). Beliau adalah seorang yang sentiasa sibuk dalam aspek fiqh dan benar segala keputusan yang diputuskannya. Beliau juga mahir dalam aspek nahu dan menguasai ilmu usul. 9
Ibn Qayyim telah melahirkan ramai daripada kalangan murid-muridnya yang bergelar tokoh ulama yang terkemuka. Antara muridnya yang terkenal adalah Ibn Kathir10 seorang ahli tafsir dan pakar dalam bidang hadith dan sejarah, Zayn al-Din Ibn Rajab al-Hanbali (m.795H)11 seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali, Ibn Hajar
8 ‘Iwad Allah Jad al-Hijazi, Dr. (1392H/1972M), op.cit., hlm.44-45.
9 Ibid.
10 Nama penuh beliau adalah Al-Imam Abi Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir Qurayshi al-Dimashqi yang lebih dikenali dengan nama Ibn Kathir. Beliau dilahirkan pada tahun 701H di sebuah perkampungan bernama Majdal di bandar Busra. Bapa beliau seorang ketua kampung dan beliau telah berpindah ke Damshiq ketika berumur lima tahun. Guru-guru beliau adalah seperti Ibn al-Farkah (m.729H), Ibn al-Shahnah (m.730H) dari al-Hijar, Ibn ‘Asakir (m.732H), al-Mizzi (m.742H), Ibn Taymiyyah (m.728H), al-Dhahabi (m.748H) dan lain-lain lagi. Beliau menerima pujian daripada pelbagai ulama yang mengiktiraf ketinggian ilmu yang dimiliki oleh beliau. Antara karya-karya beliau adalah Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (Tafsir Ibn Kathir) dalam bidang tafsir, Bidayah wa Nihayah dalam bidang sejarah Islam, Takmilfi Ma‘rifah
al-Thiqat wa al-Du‘afa’ wa al-Majahil dalam bidang ilmu al-Jarh wa al-Ta‘dil (kritikan sanad)
iaitu sebuah kitab yang menggabungkan antara kitab al-Mizzi dan al-Dhahabi, al-Hady wa
al-Sunan finAhadith al-Masanid wa al-Sunan yang dikenali sebagai Jami‘ al-Masanid dalam
bidang hadith, Tabaqat Shafi‘i, Fitan wa Ashrat Sa‘ah wa Malahim wa Ahwal
al-Akhirah, al-Sirah al-Nabawiyyah, Talkhis al-Istighathah dan lain-lain. Lihat Ibn Kathir,
Al-Imam Abi al-Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir al- Qurayshi al-Dimashqi (1424H/2004M),
Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (Tafsir Ibn Kathir), al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘,
j.1, hlm.16-17.
11 Nama penuh beliau adalah Hafiz Zayn Din Abu Farj ‘Abd Rahman bin Shihab al-Din Ahmad ibn Rajab al-Baghdadi al-Dimashqi al-Hanbali (736H-795H). Antara karya beliau yang terkenal adalah Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari sebuah karya syarah kepada Sahih
al-Bukhari dan kitab Sharh al-Arba‘in al-Nawawi dan kitab Tabaqat al-Hanabilah. Lihat ‘Iwad
al-‘Asqalani (m.852H)12 seorang tokoh dalam bidang hadith dan fiqh al-hadith, al-Dhahabi (673H-748H)13 seorang tokoh yang bidang pelbagai bidang ilmu dan lain-lain lagi.14
Kewibawaan dan ketokohan Ibn Qayyim terbukti melalui karya-karya yang dihasilkan oleh beliau dalam pelbagai bidang keilmuan. Dr. ‘Iwad Allah Jad al-Hijazi, mengatakan bahawa jumlah karya yang pernah ditulis oleh Ibn Qayyim adalah berjumlah 66 buah yang merangkumi pelbagai bidang keilmuan.15
Dalam bidang tafsir al-Quran antara karya beliau adalah al-Tibyan fi Aqsam al-Qur’an, Tafsir al-Mu‘awwidhatayn, Tafsir Surah al-Fatihah yang terdapat pada awal kitab Madarij al-Salikin. Dalam bidang hadith, antara kitab-kitab beliau adalah
12 Nama penuh beliau adalah Ahmad bin `Ali bin Muhammad bin Muhammad bin `Ali bin Ahmad al-`Asqalani al-Masri al-Qahiri al-Syafi`i. Kunyahnya ialah Abu al-Fadl dan Laqabnya pula ialah Ibn Hajar. Beliau juga diberi jolokan dengan Syeikh al-Islam, Syihab al-Din, Hafiz al-`Asr
dan Amir al-Mu`minin fi al-Hadith. Beliau dilahirkan di Kaherah Mesir pada 12 Sya`ban tahun
773 H iaitu pada penghujung suku abad yang kelapan Hijrah, era pemerintahan al-Asyraf Nasir al-Din Syaban II, pemerintah yang kedua puluh dua, kerajaan raja Bahri Mamluk yang berpusat di Mesir. Beliau seorang tokoh ulama yang menguasai pelbagai bidang keilmuan. Beliau pernah berguru dengan Zayn Din `Iraqi (m.806H)bagi mendalami Ilmu Hadith, Siraj Din al-Bulqini (m.805H/1403M) dalam bidang Ilmu `Usul al-Fiqh, al-Tanukhi (m.800H/1397M) dalam bidang ilmu qiraat, al-Syirazi (m.817H/1415M) dalam bidang bahasa ‘Arab dan lain-lain lagi. Beliau menyatakan dalam al-Majma` al-Muassas li Mu`jam al-Mufahras (Mu`jam al-Shuyukh), menganggarkan jumlah gurunya adalah seramai 742 orang. Beliau meninggal dunia pada 28hb Zulhijjah tahun 852H di Mesir dan dikebumikan di satu kawasan perkuburan yang bernama Qarafah. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau adalah kitab Fath Bari Sharh Sahih
al-Bukhari, Talkhis al-Khabir fi Ahadith al-Rafi‘ al-Kabir, Lisan al-Mizan, Tahdhib al-Tahdhib, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, Ithaf al-Mahirah bi Atraf al-`Asyarah, Tabsir al-Muntabih bi Tahrir al-Musytabih dan lain-lain. Lihat Yaqut bin `Abd Allah al-Hamawi (1979), Mu`jam al-Buldan, Beirut; Dar Ihya` Turath al-`Arabi, j.3, hlm.122, Shams al-Din Muhammad bin `Abd
al-Rahman al-Sakhawi (t.t), al-Daw` al-Lami` li Ahl al-Qarn al-Tasi`, Beirut; Mansyurat Dar Maktabah al-Hayah, j.2, hlm.36 dan Muhammad Arif Yahya (2009) “Perbandingan Metodologi Ibn al-Salah dan Ibn Hajar al-’Asqalani Di Dalam Ilmu Mustalah al-Hadith: Kajian Terhadap Kitab Muqaddimah dan Nukhbah Fikar” (Disertasi Sarjana, Jabatan Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), hlm.40-45.
13 Nama penuh beliau adalah Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz bin ‘Abd Allah al-Dhahabi al-Fariqi al-Shafi‘i. Beliau dilahirkan pada 673H/1274M di Damshiq. Beliau pernah berguru dengan Ibn Taymiyyah (m.728H), Ibn al-Zahiri, Ahmad ibn Muhammad ibn `Abd Allah al-Halabi, Sharaf al-Din al-Dimyati, Shaykh al-Islam Ibn Daqiq al-`Id, Qadi al-Qudat, al-Abarquhi dan lain-lain lagi dalam pelbagai bidang ilmu khusus hadith, fiqh dan akidah. Antara karya beliau adalah Tarikh al-Islam al-Kabir, Siyar A‘lam al-Nubala’, Tahdhib
Tahdhib al-Kamal, Mukhtasar Kitab al-Wahm wa al-Ilham li Ibn Qattan, Tadhkirah al-Huffaz, Tabaqat al-Qurra’, al-Kaba’ir dan lain-lain lagi. Lihat Wikipedia di http://en.wikipedia.org/
wiki/Al-Dhahabi, 22 April 2011.
14 Joni Tamkin bin Borhan (2007), op.cit., h.91 dan ‘Iwad Allah Jad al-Hijazi, Dr. (1392H/1972M),
op.cit., hlm.52.
Tahdhib al-Sunan li Abi Dawud, al-Wabil al-Sayyib min al-Kalam al-Tayyib, kitab al-Da‘i Ila Ashraf al-Sa‘i dan lain-lain. Manakala dalam bidang fiqh dan usul antara karya yang dihasilkan adalah seperti I‘lam al-Muwaqqi‘in ‘An Rabb al-‘Alamin, kitab al-Turuq al-Hakimah fi al-Siyasah al-Shar‘iyyah, kitab al-Salah wa Ahkam Tarikuha, kitab Tuhfah al-Mawlud bi Ahkam al-Mawlud, kitab Bayan al-Dalil ‘An Istighna’ al-Musabaqah ‘An al-Tahlil dan lain-lain.16
Sementara itu, karya beliau dalam bidang tasawuf antaranya adalah Madarij Salikin bayna Manazil Iyyak Na‘b wa Iyyak Nasta‘in, kitab Fawa’id li Ibn al-Qayyim, kitab ‘Iddah al-Sabirin wa Dhakhirah al-Shakirin, kitab Tariq al-Hijratain wa Bab al-Sa‘adatain dan lain-lain. Dalam bidang Ilmu Kalam dan Falsafah pula, antara karya beliau adalah kitab al-Sawa‘iq al-Mursalah ‘ala al-Jahmiyyah wa al-Mu‘talah, kitab Shifa’ al-‘Alil fi Masa’il al-Qada’ wa al-Qadar wa al-Hikmah wa Ta‘lil, kitab Ijtima‘ Juyush Islamiyyah ‘ala Ghazw Mu‘talah wa al-Jahmiyyah dan lain-lain. Dalam bidang ilmu kalam, antara karya beliau adalah kitab al-Ruh, kitab Hadi al-Arwah Ila Bilad al-Afrah dan kitab Miftah Dar al-Sa‘adah wa Manshur Wilayah al-‘Ilm wa al-Iradah. Manakala karya beliau dalam bidang sejarah Islam adalah Zad al-Ma‘ad fi Huda Khayr al-‘Ibad. Beliau juga turut menulis sebuah karya untuk menolak golongan Yahudi dan Nasrani iaitu kitab Hidayah al-Hiyari min al-Yahud wa al-Nasara. Ibn Qayyim juga terkenal dengan karya beliau dalam bidang ilmu perubatan Islam, yang ditulis melalui petunjuk Nabi SAW. Antara karya beliau adalah kitab al-Tibb al-Nabawi dan kitab al-Jawab al-Kafi li man Sa’ala ‘An al-Dawa’ al-Shafi yang dikenali juga sebagai al-Da’ wa al-Dawa’.17
Oleh yang demikian, jelas memperlihatkan bahawa Ibn Qayyim adalah seorang tokoh ulama yang disegani bukan sahaja pada zamannya, tetapi sehingga kini beliau masih menjadi rujukan dalam kalangan ulama semasa. Tambahan lagi, beliau juga masih dikenali dalam masyarakat Islam melalui karya-karya yang ditinggalkan. Hal ini disebabkan kewibawaan dan ketokohan yang dimiliki oleh beliau.
16 Ibid., hlm.46-47.
Ulasan Ibn Qayyim Tentang Sihir dan Rawatannya dalam Karya-Karya Penulisan
Ulasan dan pandangan Ibn Qayyim tentang sihir dan pendekatan Nabi SAW dalam merawat sihir dapat diperhatikan dan dibincangkan melalui beberapa karya beliau. Antara karya-karya tersebut adalah seperti al-Tibb al-Nabawi, Zad al-Ma’ad fi Hadyi Kahyr al-‘Ibad dan Tafsir al-Mu‘awwidhatayn.
Dalam al-Tibb al-Nabawi, Ibn Qayyim menjelaskan tentang pendekatan dan kaedah rawatan Nabi SAW dalam merawat permasalahan sihir. Beliau mendahului dengan menolak pendapat yang mengatakan bahawa sihir tidak boleh berlaku ke atas Nabi SAW kerana ia menunjukkan kekurangan dan satu keaiban pada Nabi SAW. Lalu didatangkan hadith sahih yang menyebutkan tentang Nabi SAW disihir dan pendekatan Nabi SAW merawat masalah itu. Beliau juga menukilkan pendapat al-Qadi ‘Iyad yang menyatakan bahawa sihir adalah suatu jenis penyakit dan diikuti dengan penjelasan pendekatan dan kaedah rawatan yang terbaik dalam merawat sihir sepertimana dilakukan oleh Nabi SAW.18
Perbahasan yang sama juga dikemukakan oleh beliau dalam Zad al-Ma’ad fi Hadyi Kahyr al-‘Ibad.19 Namun, dalam Tafsir al-Mu‘awwidhatayn, Ibn Qayyim menjelaskan perbahasan tentang sihir berdasarkan kepada tafsir ayat 4 surah al-Falaq. Melalui penelitian terhadap ketiga-tiga karya ini, penulis mendapati bahawa Ibn Qayyim menjelaskan secara panjang lebar tentang sihir dalam karya beliau Tafsir al-Mu‘awwidhatayn berbanding dengan dua karya yang lain. Walaupun demikian, dalam karya al-Tibb al-Nabawi dan Zad al-Ma’ad, beliau lebih memfokuskan perbahasan tentang pendekatan Nabi SAW terhadap sihir serta penekanan terhadap kaedah berbekam dalam merawat sihir khususnya bagi sihir yang memberi kesan terhadap tubuh badan mangsa.
Dalam Tafsir al-Mu‘awwidhatayn, beliau bukan sahaja memperincikan perbahasan tentang Nabi SAW disihir melalui penjelasan hadith-hadith yang berhubung dengan perkara tersebut. Beliau juga berusaha untuk menjelaskan dan
18 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Shams al-Din Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub al-Zur‘i (1999M/1419H), Tibb Nabawi, Makkah: Maktabah wa Matba‘ah Nahdah al-Hadithiyyah, hlm.131-132.
19 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Al-Imam al-‘Allamah Muhammad bin Abi Bakr al-Zur‘i (2006M/1427H), Zad al-Ma’ad fi Hadyi Kahyr al-‘Ibad, ditahqiq oleh Mustafa bin al-‘Adawi, al-Mansurah: Dar Ibn Rajab, hlm.120-123.
Sihir dan Rawatannya Menurut Perspektif Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691H/1292M-751H/1350M): Satu Analisis mengaitkan persoalan sihir dengan beberapa perkara yang saling berkaitan seperti perbahasan tentang hasad yang mempunyai kaitan dengan sihir, menjelaskan perbezaan antara hasad, penyakit ‘ain dan sihir, menjelaskan tentang sihir mempunyai hakikat dan ia dapat memberi suatu kesan terhadap manusia, dan meletakkan sihir sebagai salah satu daripada empat kejahatan yang melambangkan ketundukkan kepada syaitan serta menjelaskan hubungan ayat-ayat dalam surah al-Falaq yang mempunyai kaitan rapat berhubung dengan Nabi SAW disihir.20
Pandangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah Tentang Nabi Saw Disihir
Perbincangan utama yang dibawa oleh Ibn Qayyim berhubung dengan sihir adalah penjelasan berhubung dengan Nabi SAW disihir. Perkara ini diketengahkan oleh Ibn Qayyim memandangkan terdapat golongan mereka yang menolak dan mengingkari Nabi SAW boleh disakiti oleh manusia biasa berdasarkan kepada sifat maksum seseorang Nabi Allah yang terpelihara daripada kejahatan manusia lain. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 67:
Maksudnya: “Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.” Merujuk kepada perbincangan yang telah disebutkan oleh Ibn Qayyim dalam karya-karya beliau, berhubung dengan persoalan Nabi SAW disihir, penulis dapat merumuskannya kepada beberapa perkara utama seperti di bawah:
Pertama: Nabi SAW Benar-Benar Disihir
Ibn Qayyim menyakini dengan pasti bahawa Nabi SAW terkena sihir yang dilakukan oleh Labid bin al-A‘sam dan sihir tersebut memberi suatu kesan ke