• Tidak ada hasil yang ditemukan

Takrifan LGBT

Dalam dokumen Jurnal_05_2012 (Halaman 175-183)

Masa depan dakwah di negara ini akan terus berkembang dengan syarat setiap badan dakwah dan para pendakwah bersatu untuk kembali kepada mekanisme yang dilaksanakan

Rajah 1 Takrifan LGBT

Dalil Pengharaman Perlakuan LGBT

Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk berpasang-pasangan, dan fitrahnya akan tertarik kepada yang berlainan jantina. Peraturan dan fitrah ini tidak hanya ditentukan kepada manusia, malah kepada binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, haiwan mendatangi jantina sesama jenis begitu juga tumbuhan-tumbuhan. Tetapi sejarah manusia melakarkan perbuatan tidak masuk akal dan melanggari fitrah pada zaman Nabi Luth, di mana Allah telah menurunkan bala yang dahsyat disebabkan oleh kerosakan yang dilakukan.

Pada hari ini, jelas sekali sejarah kembali berulang di mana perlakuan tersebut dipertontonkan dan dibanggakan. Manusia tidak pernah mengambil iktibar, oleh yang demikian tidak mustahil malapetaka akan dan sedang berlaku disebabkan oleh kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

6 Dr. Nurul Aida binti Salleh, 2011. Mak Nyah Dari Kacamata Dunia Psikiatri. Kertas Kerja Bengkel Perkongsian Maklumat : Mak Nyah Dari Perspektif Ilmiah pada 21 -23 Oktober 2011.

Semua agama dan kepercayaan menolak perlakuan LGBT dengan mengklasifikasikan perlakuan LGBT tidak bermoral yang akan menghancurkan keharmonian dan kepercayaan.

Antara dalil menunjukkan perbuatan LGBT haram di sisi Islam adalah seperti berikut:7

i. “Dan Nabi Lut ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

Surah Al-A’raf (Ayat 80-81) ii. “Dan apabila datang utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan

kedatangan mereka dan merasa tidak berdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: Ini adalah hari yang amat mencemaskan.

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku, mereka lebih suci bagimu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?

Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.

Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).

7 Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, 2011. Kedudukan Dan Hak

Golongan Lesbian, Gay, Dwiseksual Dan Transgender Menurut Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Islam Dan Hukum Syarak.

(Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah (malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?

Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang terbalik, dan Kami hujaninya batu-bata dari tanah terbakar bertalu-talu.

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, dan ia pula tidaklah jauh dari orang yang zalim itu.”.

Surah Hud (Ayat 77-83) iii. Hadith riwayat Ibnu Abbas

“Siapa saja yang engkau dapati mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua-dua pelakunya”. (Ditakhrij oleh Abu Dawud 4/158, Ibn Majah 2/856, At Turmuzi 4/57 dan Darru Quthni 3/124).

iv. Hadith Jabir

“Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth”. (HR Ibnu Majah:2563, 1457. Tirmidzi berkata: Hadits ini hasan gharib, Hakim berkata, Hadits shahih isnad).

v. Hadits Ibnu Abbas:

“Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)”. (HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No.7337).

vi. Diriwayatkan daripada Imam al-Baihaqi dari Abi Musa al Asy’ari r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila seorang lelaki mendatangi lelaki maka mereka berdua berbuat zina, dan apabila seorang wanita mendatangi wanita maka mereka berdua berbuat zina.”

vii. Dalam Kitab Feqh Islami Wa Adillatuhu jilid 7, oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili telah dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sihaq di antara wanita (lesbian) itu adalah zina.”.

viii. Ijmak: Ulama’ berijmak bahawa perlakuan zina, liwat dan musahaqah yang dikaitkan dengan amalan lesbian, gay dan biseksual termasuk dalam dosa besar dan pelakunya wajib bertaubat. Ulama’ juga sependapat homoseksualiti suatu jenayah yang boleh dikenakan hukuman demi menjaga kepentingan diri dan masyarakat. Walau bagaimanapun, perbezaan pandangan timbul mengenai bentuk hukuman sama ada dikenakan hukuman hudud atau takzir seperti dipenjara atau dibuang negeri.8

Kedudukan LGBT daripada Perspektif Perundangan

Jabatan Peguam Negara pada 30 Jun 2011, telah menyediakan kertas bertajuk “Kedudukan Dan Hak Golongan Lesbian, Gay, Dwiseksual Dan Transgender Menurut Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Islam Dan Hukum Syarak” bagi menjawab isu-isu perundangan mengenai LGBT seperti berikut:9

Fasal (1) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Manakala Fasal (2) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan selanjutnya memperuntukkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata, antara lain, atas alasan agama atau jantina dalam mana-mana undang-undang.

Sehubungan dengan itu, kerajaan sentiasa memastikan yang setiap undang-undang yang digubal di negara ini mematuhi kehendak Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tersebut.

8 Nik Muhd Marzuki Hj Muhd Nor, 2011. Laporan Pembentangan Wakil JAWI di Perjumpaan Berkenaan Lesbian, Gay, Bi-Seksual Dan Transgender /Maknyah (LGBT) Dari Sudut Pandangan Islam Bersama SUHAKAM, pada 2 September 2010

9 Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, 2011. Kedudukan Dan Hak

Golongan Lesbian, Gay, Dwiseksual Dan Transgender Menurut Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Islam Dan Hukum Syarak.

Berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tersebut adalah jelas bahawa apa yang dilindungi oleh Perlembagaan ialah hak kesamarataan jantina seseorang dan bukannya kecenderungan seks seseorang seperti lesbian, gay dan dwiseksual. Justeru, bagi lelaki dan wanita yang mengamalkan cara hidup sebagai lesbian, gay dan dwiseksual, hak mereka sebagai seorang lelaki atau wanita tetap dilindungi oleh Perlembagaan, iaitu sama dengan lelaki dan wanita yang lain.

Amalan cara hidup sebagai lesbian, gay dan dwiseksual sebenarnya adalah bertentangan dengan undang-undang, norma agama dan moral di negara ini. Amalan ini dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah dan tidak patut dibenarkan berlaku dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Jika dibenarkan, ia boleh mencetuskan suatu suasana yang boleh mencetuskan kekeliruan, kacau bilau dan huru hara dalam masyarakat negara ini. Selain itu, ia juga boleh dilihat sebagai tidak menghormati dan mencabar kedudukan Islam sebagai agama negara di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, Kanun Kesiksaan juga memperuntukkan kesalahan bagi perbuatan kelucahan melampau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 377D seperti yang berikut:

Outrages on decency 377D.

Any person who, in public or private, commits, or abets the commission of, or procures or attempts to procure the commission by any person of, any act of gross indecency with another person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years.

Merujuk kepada isu transgender yang melibatkan pembedahan alat kelamin, suatu fatwa pernah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai perkara ini dan ia telah pun dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-126 pada 24 Februari 1983. Fatwa itu berbunyi seperti yang berikut:

“(a) pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak, dan

(b) seseorang yang dilahirkan “khunsa musykil” iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.”

Meskipun fatwa hanya mengikat umat Islam, namun ia perlu dianggap sebagai panduan moral yang sewajarnya dihormati oleh setiap individu tanpa mengira agama. Kebebasan beragama yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral sebagaimana yang dinyatakan di bawah Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama negara, standard moral yang perlu dipatuhi oleh setiap individu di negara ini adalah berdasarkan standard moral agama Islam.

Perbuatan lesbian, gay, dwiseksual dan transgender juga merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang Islam di Negeri-Negeri. Peruntukan kesalahan bagi perbuatan tersebut adalah seperti:

i. Liwat ii. Musahaqah

iii. Lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya iv. Perhubungan jenis luar tabii

v. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina vi. Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, dan vii. Pondan

Latar Belakang LGBT

Pada tahun 1970-an golongan LGBT diklasifikasikan sebagai golongan mengalami masalah mental (mental disorder). Kaedah rawatan yang digunakan bagi golongan ini adalah secara kejutan elektrik, dengan harapan agar rawatan ini dapat mengembalikan fungsi otak berasaskan gender seseorang. Sehubungan itu, golongan ini tidak berani menonjolkan diri dan lebih suka menyembunyikan diri pada dekad berkenaan.

Namun dekimian, pada akhir tahun 1970-an gerakan LGBTIQ memperjuangkan nasib dan hak untuk diiktiraf sebagai manusia normal. Antara kejayaan gerakan ini adalah10;

i. World Health Organization (WHO) (1993) mengeluarkan ‘homosexuality’ daripada kategori penyakit mental/psikologikal, di mana golongan homoseksual tidak lagi perlu dipaksa mendapat dan menerima rawatan

ii) Pengiktirafan umum terhadap perkahwinan sejenis

iii) Kebenaran mendapat anak dan memulakan keluarga melalui kaedah bantuan kehamilan (Assisted Reproductive Techniques)

Sekitar tahun 1980-an, golongan ini mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia, terutama di negara-negara barat yang memberi pengiktirafan kepada mereka. Mereka bebas menjalani gaya hidup tersendiri, malah tanpa segan silu mereka bangga dengan identiti diri. Budaya ini mula tersebar sedikit demi sedikit ke bumi Malaysia selari dengan pembangunan dan perkembangan semasa.

Peringkat permulaan kewujudan golongan LGBT di Malaysia, bermula dengan kewujudan pondan dan mak nyah sekitar tahun 1980-an. Sehingga ia difatwakan haram oleh Persidangan Majlis Raja-Raja kali ke-126 pada 24.2.1983 dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-25 pada 13.12.1989. Pewartaan fatwa ini telah menghalang mana-mana individu membuat permohonan menukar jantina pada dokumen pengenalan diri.

Kebiasaannya masyarakat mempunyai tanggapan streotaip terhadap golongan ini, iaitu mereka sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral seperti perdagangan seks, seks songsang, seks bebas, pelacuran, persundalan, dadah dan sebagainya. Perlakuan golongan ini hanya berorientasikan seks semata-mata, kerana mereka tidak perlu risau mengenai risiko hamil dan sebagainya. Dari segi penampilan golongan LGB lebih selesa merahsiakan identiti sebenar mereka, berbanding golongan T yang lebih suka menonjolkan diri.

Sebagaimana yang dimaklumi masyarakat Malaysia amat sensitif dengan gaya hidup yang menyalahi tuntutan agama dan tatasusila budaya timur apatah lagi

10 Prof Madya Dr Harlina Halizah binti Siraj, 2011. Memahami Isu-Isu Kekeliruan Jantina:

Perspektif Perubatan, Pendidikan dan Psikologi. Kertas Kerja Seminar Memahami Isu

dengan perbuatan yang menyalahi tabii manusia. Oleh yang demikian golongan ini mendapat kecaman hebat daripada kalangan masyarakat. Namun dapat dilihat dengan jelas, gejala tidak sihat ini semakin berkembang dan kompleks.

Kajian membuktikan golongan ini seringkali menghadapi masalah penerimaan dalam kalangan masyarakat. Mereka mendakwa dianiaya, dizalimi, dikecam dan difitnah. Keadaan ini, jelas membuktikan bahawa masyarakat tidak bersetuju dengan perbuatan mereka. Sehubungan itu mereka meminta agar masyarakat tidak menilai perbuatan dan perlakuan mereka tanpa menyelami permasalahan yang mereka hadapi.11

Kita dapat lihat usaha mempromosi budaya LGBT sering disiarkan di televisyen seperti drama, filem dan dokumentari. Program berkenaan sering menggambarkan golongan ini sebagai golongan istimewa yang sering dipinggir, dizalimi dan tertindas. Keadaan ini menjadikan mereka dikasihani atas dosa-dosa yang mereka lakukan. Maka tidak hairanlah, pada masa ini mereka lebih berani menonjol diri dalam khalayak, malah dengan bangganya mempamerkan gaya hidup mereka. Lesbian dengan gaya pengkidnya, gay dengan gaya baju ketat dan bersubang, biseksual dengan keseronokannya dan transeksual dengan gaya menggoda dan seksinya.

Faktor Berlaku Fenomena LGBT

Para pengkaji dan ahli akademik telah mengemukakan pelbagai faktor berlakunya gejala LGBT berasaskan kajian yang dijalankan. Secara ringkasnya, terdapat dua faktor utama tercetusnya gejala LGBT iaitu nature dan nurture12.

Faktor nature adalah seperti fitrah kejadian manusia seperti khunsa (mempunyai dua kemaluan) dan keadaan “biological” individu berkenaan seperti tiada halkum bagi lelaki dan pembentukan payudara. Manakala faktor nurture pula seperti psikologi, didikan dan persekitaran. Malah ada yang mendakwa ia berpunca daripada pemakanan dan baka (genetic).

11 http://www.seksualitimerdeka.org/2011/02/we-dont-want-to-change-anyone-but.html disiarkan pada 10 Februari 2011

12 Dr. Nurul Aida binti Salleh, 2011. Mak Nyah Dari Kacamata Dunia Psikiatri. Kertas Kerja Bengkel Perkongsian Maklumat: Mak Nyah Dari Perspektif Ilmiah pada 21 -23 Oktober 2011.

Menurut Prof. Dr. Teh Yik Koon dari Universiti Pertahanan Malaysia, faktor penyumbang kepada masalah ini adalah disebabkan perasaan ego golongan berkenaan, di mana mereka memerlukan ahli psikologi untuk merawat mereka.13

Namun tidak dapat disangkal era globalisasai, dunia tanpa sempadan dan perkembangan teknologi turut memainkan peranan penting ke atas pengaruh kumpulan LGBT. Keadaan ini menjadikan fenomena ini semakin cepat berkembang. Berasaskan kajian yang dijalankan oleh fridae.com14 mendapati internet merupakan saluran utama gay mencari pasangan di samping mengadakan parti seks15. Berikut adalah hasil kajian yang dijalankan.

Dalam dokumen Jurnal_05_2012 (Halaman 175-183)