Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah Suhaizam binti Sulaiman
3) Tidak Mengejar Dunia dan Bersikap Tamak
Seseorang pendakwah mesti sentiasa berwaspada dengan nikmat dunia (pangkat, harta kekayaan dan nama). Jika pendakwah itu mengharapkan melalui aktiviti berdakwah dia akan dapat mengejar kemewahan dunia dan menjadi terkenal, maka seruannya tidak lagi memberi kesan. Pendakwah sebegini yang tidak memahami konsep sebenar dakwah ini akan cepat kendur jiwa dakwahnya sekiranya tiada “kebendaan” yang boleh dinikmatinya. Perangai golongan yang hanya meneruskan dakwah jika ditawarkan dengan “habuan” yang secukupnya untuk dinikmati, berbeza sekali dengan golongan yang meletakkan keikhlasan hati dan niat yang murni dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah. Kerja-kerja dakwah akan tetap dilaksanakan dan terus disampaikan walaupun hanya dengan satu ayat, demi untuk
9
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari
Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran 3:159) 3) Tidak Mengejar Dunia dan Bersikap Tamak.
Seseorang pendakwah mesti sentiasa berwaspada dengan nikmat dunia (pangkat, harta kekayaan dan nama). Jika pendakwah itu mengharapkan melalui aktiviti berdakwah dia akan dapat mengejar kemewahan dunia dan menjadi terkenal, maka seruannya tidak lagi memberi kesan. Pendakwah sebegini yang tidak memahami konsep sebenar dakwah ini akan cepat kendur jiwa dakwahnya sekiranya tiada “kebendaan” yang boleh dinikmatinya. Perangai golongan yang hanya meneruskan dakwah jika ditawarkan dengan “habuan” yang secukupnya untuk dinikmati, berbeza sekali dengan golongan yang meletakkan keikhlasan hati dan niat yang murni dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah. Kerja-kerja dakwah akan tetap dilaksanakan dan terus disampaikan walaupun hanya dengan satu ayat, demi untuk kebenaran biarpun berdepan rintangan dan cabaran, berkeseorangan tanpa sebarang bantuan, ataupun tanpa bayaran walau satu sen. Hatinya sentiasa segar dan hidup serta bersemangat apabila melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah.
152
kebenaran biarpun berdepan rintangan dan cabaran, berkeseorangan tanpa sebarang bantuan, ataupun tanpa bayaran walau satu sen. Hatinya sentiasa segar dan hidup serta bersemangat apabila melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah.
Oleh kerana itu, nawaitu untuk amar makruf dan nahi mungkar pada jalan Allah hendaklah sentiasa diawasi dan dijaga agar ia tidak terpesong dari tujuan sebenar dalam mencari keredaan Allah. Hakikatnya, semua yang bergelar pendakwah sudah arif dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ini:6
Bermaksud:“Setiap pekerjaan seseorang itu bergantung pada niatnya dan dia akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w., maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang berhijrah untuk mendapat harta dunia atau menikahi wanita maka beliau akan mendapat apa yang diingininya.”
(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bertolak daripada niat yang jelas dan semangat juang yang kental sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas, para pendakwah mesti berusaha memantapkan jati diri masing-masing, jika ingin mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat yang abadi. Ini bukan bermakna para pendakwah kena bersikap terlampau zuhud dalam berdakwah tanpa sudi menerima sebarang habuan, sedang pendakwah juga manusia biasa yang memerlukan keperluan-keperluan asasi seperti makan-minum, rumah, kenderaan dan lain-lainnya untuk meneruskan kehidupan. Tetapi keperluan itu sewajarnya biarlah munasabah dan selari dengan apa yang diberikan kepada masyarakat. Pendakwah yang sejati akan banyak memberi, bukan sibuk untuk banyak menerima. Benar, ciri-ciri pendakwah sebegini mungkin agak sukar dicari pada hari ini, cuma jangan pula yang tinggal hanyalah mereka yang seronok ‘menggunakan’ agama untuk meraih kemewahan yang berganda dalam hidup. Apabila wujudnya sifat sedemikian dalam kerja-kerja menyampaikan dakwah kepada masyarakat,
6 Abd al-Rahman bin Syihab al-Din al-Baghdadi (2000), Jami` al-`Ulum wa al-Hikam. Kaherah: Dar al-`Aqidah, hlm. 11.
10 Oleh kerana itu, nawaitu untuk amar makruf dan nahi mungkar pada jalan Allah hendaklah sentiasa diawasi dan dijaga agar ia tidak terpesong dari tujuan sebenar dalam mencari keredaan Allah. Hakikatnya, semua yang bergelar pendakwah sudah arif dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ini:6
Bermaksud:“Setiap pekerjaan seseorang itu bergantung pada niatnya dan dia akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah untuk Allah s.w.t dan Nya s.a.w., maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang berhijrah untuk mendapat harta dunia atau menikahi wanita maka beliau akan mendapat apa yang diingininya.”
(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bertolak daripada niat yang jelas dan semangat juang yang kental sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas, para pendakwah mesti berusaha memantapkan jati diri masing-masing, jika ingin mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat yang abadi. Ini bukan bermakna para pendakwah kena bersikap terlampau zuhud dalam berdakwah tanpa sudi menerima sebarang habuan, sedang pendakwah juga manusia biasa yang memerlukan keperluan-keperluan asasi seperti makan-minum, rumah, kenderaan dan lain-lainnya untuk meneruskan kehidupan. Tetapi keperluan itu sewajarnya biarlah munasabah dan selari dengan apa yang diberikan kepada masyarakat. Pendakwah yang sejati akan banyak memberi, bukan sibuk untuk banyak menerima. Benar, ciri-ciri pendakwah sebegini mungkin agak sukar dicari pada hari ini, cuma jangan pula yang tinggal hanyalah mereka yang seronok ‘menggunakan’ agama untuk meraih kemewahan yang berganda dalam hidup. Apabila wujudnya sifat sedemikian dalam kerja-kerja menyampaikan dakwah kepada masyarakat, pasti akan wujud pula kepincangan dalam penerimaan mereka. Hal ini akan mampu mencalarkan imej Islam yang sebenar di mata umum.
6 Abd Rahman bin Syihab Din Baghdadi (2000), Jami` `Ulum wa Hikam. Kaherah: Dar al-`Aqidah, hlm. 11.
153
pasti akan wujud pula kepincangan dalam penerimaan mereka. Hal ini akan mampu mencalarkan imej Islam yang sebenar di mata umum.
Rasulullah s.a.w. sebagai Qudwah Hasanah
Untuk menjadi pendakwah yang hebat dan berintegriti, tiada jalan lain bagi para pendakwah melainkan hendaklah sentiasa menelusuri sirah dan perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w., sebagai role-model dalam dakwah. Berusahalah mempelajari dan meneliti ajaran yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. kemudian sambil cuba mengamalkannya terlebih dahulu, disampaikan pula kepada sekalian umat masyarakat yang dahagakan ilmu dan teladan. Sejarah membuktikan bahawa hanya baginda s.a.w. sahaja yang mempunyai catatan kehidupan yang cukup lengkap untuk diteladani sekalian manusia, bermula detik kelahiran sehingga kewafatannya. Baginda merupakan contoh manusia sempurna (insan kamil) dengan karektor istimewa melampaui batas masa dan tempat. Kerana itu, manusia pada peringkat usia mana sekalipun akan dapat menemui pelbagai panduan dan pedoman daripada diri dan peribadi baginda s.a.w. untuk dicontohi dan dimanfaatkan dalam kehidupan semasa. Alangkah hebatnya junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan) yang tidak ada tolok bandingnya. Umat Islam disuruh supaya mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dalam semua aspek kehidupan dengan menjadikan agama dan cara hidup yang dipamerkan baginda s.a.w. sebagai “way of life.” Hal ini ada dijelaskan dalam al-Quran, firman Allah:
Bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah al-Ahzab 33: 21)
Begitulah hebatnya baginda Muhammad s.a.w. yang menjadi contoh pendakwah terhebat, suami terhebat, pemimpin yang terbaik, juga teladan teragung buat sekalian ummah. Al-Quran turut merakamkan sifat baginda s.a.w. sebagai
11 Rasulullah s.a.w. sebagai Qudwah Hasanah
Untuk menjadi pendakwah yang hebat dan berintegriti, tiada jalan lain bagi para pendakwah melainkan hendaklah sentiasa menelusuri sirah dan perjalanan dakwah Rasulullah s.a.w., sebagai role-model dalam dakwah. Berusahalah mempelajari dan meneliti ajaran yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. kemudian sambil cuba mengamalkannya terlebih dahulu, disampaikan pula kepada sekalian umat masyarakat yang dahagakan ilmu dan teladan. Sejarah membuktikan bahawa hanya baginda s.a.w. sahaja yang mempunyai catatan kehidupan yang cukup lengkap untuk diteladani sekalian manusia, bermula detik kelahiran sehingga kewafatannya. Baginda merupakan contoh manusia sempurna (insan kamil) dengan karektor istimewa melampaui batas masa dan tempat. Kerana itu, manusia pada peringkat usia mana sekalipun akan dapat menemui pelbagai panduan dan pedoman daripada diri dan peribadi baginda s.a.w. untuk dicontohi dan dimanfaatkan dalam kehidupan semasa. Alangkah hebatnya junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan) yang tidak ada tolok bandingnya. Umat Islam disuruh supaya mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dalam semua aspek kehidupan dengan menjadikan agama dan cara hidup yang dipamerkan baginda s.a.w. sebagai “way of life.” Hal ini ada dijelaskan dalam al-Quran, firman Allah:
Bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(Surah al-Ahzab 33: 21)
Begitulah hebatnya baginda Muhammad s.a.w. yang menjadi contoh pendakwah terhebat, suami terhebat, pemimpin yang terbaik, juga teladan teragung buat sekalian ummah. Al-Quran turut merakamkan sifat baginda s.a.w. sebagai penyampai agama, seperti mana dalam ayat 21, surah al-Ahzab:
154
penyampai agama, seperti mana dalam ayat 46, surah al-Ahzab:
Maksudnya: “Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberi-Nya; dan sebagai lampu yang menerangi.”
(Surah al-Ahzab 33: 46)
Amat malang sekali, jika kita hanya sekadar membaca sirah baginda s.a.w. semata-mata tanpa mengambil apa-apa pun untuk diteladani. Baginda s.a.w. seharusnya dijadikan sebagai contoh dalam urusan ibadahnya, muamalat dan akhlaknya, juga dalam semua perkara lain termasuklah dalam medan dakwah yang menjadi darah daging baginda sehingga kewafatannya. Formula mudahnya ialah, pelajari dan amalkan sunnah yang ditinggalkan baginda, kemudian berkongsi dan sebarkanlah sunnah tersebut untuk sekalian ahli keluarga, rakan dan kenalan. Inilah ramuan yang dituntut untuk dilakukan lebih-lebih lagi oleh para pendakwah yang mewarisi jejak langkah Rasullullah s.a.w. sebagai qudwah dan penyelamat ummah. Cabaran Pendakwah Kontemporari
Setelah kita memahami apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang bergelar atau menggelarkan dirinya sebagai pendakwah, cuba kita perhatikan pula realiti yang berlaku di hadapan mata kita pada hari ini. Penulis berpandangan bahawa, kriteria yang diperlukan oleh para daie atau pendakwah masa kini cukup besar dan mustahak untuk diperincikan agar tugasan menyampaikan agama tidak hilang begitu sahaja tanpa kesan.
Jika diperhatikan betul-betul kepada golongan yang selalu menyampaikan ilmu agama dan nasihat zaman ini, baik di kaca TV atau media-media massa yang lain, penulis mendapati ada sesetengah daripada mereka ini hanya lantang dalam ucapan dan mampu memukau audien dengan pelbagai metode penyampaian yang mengagumkan. Alhamdulillah, begitu ramai sekali peminat atau masyarakat yang mengagumi pendakwah sebegini, namun sayangnya mereka yang berdakwah itu tadi kelihatan tidak pula berusaha melakukan sendiri apa yang disarankan kepada orang ramai melalui sesi ceramah, forum atau wacana ilmiah yang dijayakannya. Berapa
12
Maksudnya: “Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberi-Nya; dan sebagai lampu yang menerangi.”
(Surah al-Ahzab 33: 46)
Amat malang sekali, jika kita hanya sekadar membaca sirah baginda s.a.w. semata-mata tanpa mengambil apa-apa pun untuk diteladani. Baginda s.a.w. seharusnya dijadikan sebagai contoh dalam urusan ibadahnya, muamalat dan akhlaknya, juga dalam semua perkara lain termasuklah dalam medan dakwah yang menjadi darah daging baginda sehingga kewafatannya. Formula mudahnya ialah, pelajari dan amalkan sunnah yang ditinggalkan baginda, kemudian berkongsi dan sebarkanlah sunnah tersebut untuk sekalian ahli keluarga, rakan dan kenalan. Inilah ramuan yang dituntut untuk dilakukan lebih-lebih lagi oleh para pendakwah yang mewarisi jejak langkah Rasullullah s.a.w. sebagai qudwah dan penyelamat ummah.
Cabaran Pendakwah Kontemporari
Setelah kita memahami apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang bergelar atau menggelarkan dirinya sebagai pendakwah, cuba kita perhatikan pula realiti yang berlaku di hadapan mata kita pada hari ini. Penulis berpandangan bahawa, kriteria yang diperlukan oleh para daie atau pendakwah masa kini cukup besar dan mustahak untuk diperincikan agar tugasan menyampaikan agama tidak hilang begitu sahaja tanpa kesan.
Jika diperhatikan betul-betul kepada golongan yang selalu menyampaikan ilmu agama dan nasihat zaman ini, baik di kaca TV atau media-media massa yang lain, penulis mendapati ada sesetengah daripada mereka ini hanya lantang dalam ucapan dan mampu memukau audien dengan pelbagai metode penyampaian yang mengagumkan. Alhamdulillah, begitu ramai sekali peminat atau masyarakat yang mengagumi pendakwah sebegini, namun sayangnya mereka yang berdakwah itu tadi kelihatan tidak pula berusaha melakukan sendiri apa yang disarankan kepada orang ramai melalui sesi ceramah, forum atau wacana ilmiah yang dijayakannya. Berapa ramai yang menganjurkan orang ramai agar berkejar mengerjakan sembahyang pada awal waktu, sedari azan berkumandang di masjid-masjid atau surau, tetapi
ramai yang menganjurkan orang ramai agar berkejar mengerjakan sembahyang pada awal waktu, sedari azan berkumandang di masjid-masjid atau surau, tetapi mereka sendiri tidak sedikit pun kelihatan menghormati azan, bahkan masih mampu bergurau-senda dan bercakap lucah dan mencarut ketika bilal melaungkan azan mengajak untuk bersembahyang.
Kedua, sebagaimana penulis sebutkan pada awal artikel ini, seorang pendakwah yang sejati sesekali tidak akan pernah ada lintasan di dalam hatinya untuk hanya menyuruh orang lain melakukan kebaikan dan kemaslahatan, tetapi dia sendiri akan sentiasa risau dan bimbang jika diri sendiri tidak melakukan apa yang diungkapkan. Masyarakat tidak akan menghormati seseorang yang menceritakan sesuatu perkara secara menipu atau dusta dengan sewenang-wenangnya. Apatah lagi amaran Allah sedia menanti buat mereka yang ‘bercakap tidak serupa bikin.’ Inilah cabaran kedua buat para pendakwah, mata dan telinga masyarakat akan sentiasa menyuluh dan memerhati tingkah laku mereka, sama ada benar seperti yang dikata atau sebaliknya. Justeru, pendakwah yang sedar bahawa tugasnya adalah menyambung ajaran Rasulullah s.a.w. menyampaikan agama, hendaklah sentiasa dielakkan daripada penipuan dan cakap-cakap angkuh seumpama mereka ini sudahpun terjamin untuk ke Syurga Allah. Berhati-hatilah, kerana satu yang salah kadang-kala ditanggap ramai sebagai salah semuanya. Jangan ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.
Cabaran ketiga para pendakwah kontemporari ialah kebendaan. Benar, kehidupan pada masa kini memerlukan lebih dana dan perbelanjaan, namun jangan sampai orang-orang agama pula yang kelihatan berlumba-lumba mengumpul kekayaan, sehingga ada yang membanding-banding taraf kemewahan antara satu dengan yang lain. Tidak menjadi kesalahan andai seorang ustaz atau ustazah keluar berdakwah menyampaikan kuliah menaiki kereta mewah atau kapal terbang peribadi sekalipun, sekiranya mereka memang seorang jutawan sejak azali. Namun yang menjadi persoalan masyarakat, apabila ustaz-ustazah ini berlumba-lumba mengungguli carta siapa yang lebih banyak kuliah atau peminatnya, sebagai ustaz dan ustazah pilihan. Malah ada yang mengejar atau berebut mendapatkan slot kuliah atau ceramah di merata tempat, termasuklah mengiklankan diri kepada umum agar dijemput memberi ceramah, demi mendapatkan sejumlah wang untuk membayar ansuran kereta dan rumah mewah mereka. Apa yang lebih mendukacitakan, andai ada antara mereka ini yang sanggup meninggalkan kerja hakiki di pejabat, demi mencari duit kopi, side income (pendapatan sampingan) dan publisiti di luar. Apa jadi kepada nilai kerja mereka, yang sering dilaung-laungkan ‘kerja itu adalah ibadah’?
Jurnal ILIM 2012
156
Seorang guru misalnya, diamanahkan untuk mengajar muridnya di sekolah pada waktu yang ditetapkan. Jika guru itu keluar sesuka hati dari perkarangan sekolah untuk berceramah agama di syarikat-syarikat ataupun menyertai program di luar tanpa notis atau pelepasan daripada pihak majikan, bukankah ini telah menimbulkan fitnah yang besar terhadap profesion guru tadi sebagai seorang pendidik umat?
Selain itu, kita amat kesal dengan beberapa kes yang berlaku melibatkan orang-orang agama dan pendakwah yang kurang sedap didengar seperti berlagak sombong dan menggunakan perkataan yang tidak manis apabila bercakap dengan orang awam, khususnya yang tidak sehaluan dengannya. Perlu diingat, kemasyhuran yang diraih hasil mendidik umat dengan ilmu agama, hakikatnya hanyalah satu ujian buat manusia, termasuk para pendakwah itu sendiri. Sebelum ini ada laporan di dada-dada akhbar menyatakan terdapat pendakwah dan penguatkuasa agama yang cuba mengambil kesempatan melakukan gangguan seksual, bahkan berseronok pula dengan perilaku bertepuk-tampar sesama bukan mahram, malah ditangkap khalwat, mungkinkah kerana mereka sudah berada pada satu maqam yang tidak semua orang kecapi? Ke mana hilangnya maruah dan integriti pendakwah sebegini? Mudah-mudahan semua yang pernah terlibat dalam kes-kes yang memalukan umat ini sudah bertaubat menyesali segala kesalahan yang dilakukan. Seorang yang sedar bahawa segala nikmat yang diperolehi di muka bumi ini adalah milik Ilahi akan tentunya mencontohi para ulama murabbi sebelum ini yang setiap kali memperoleh nikmat sama ada wang dan harta benda, kereta besar, anak-anak yang ramai, ilmu bermanfaat atau rakan yang melimpah akan melafazkan kesyukuran dengan ungkapan:
“Ini semua adalah daripada kelebihan Tuhanku”
Implikasi Dakwah kepada Masyarakat
Jika integriti pada para pendakwah hari ini sudah tiada lagi, pastilah natijahnya amat menyedihkan kita sekalian umat Islam akhir zaman ini. Pendakwah yang ikhlas lagi beramal dengan ilmunya, akan tentunya berlainan sama sekali dengan pendakwah yang menyampaikan dengan niat yang tidak murni dan tidak pula punyai harga diri. Meskipun mereka ini berilmu tinggi dan berinformasi, namun ilmu itu tadi biasanya