• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hamizul bin Abdul Hamid

Dalam dokumen Jurnal_05_2012 (Halaman 133-151)

Pendahuluan

Fatwa1 amat erat perkaitannya dengan kehidupan Muslim sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah dunia ini menjelang kiamat. Ini kerana, perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan menyebabkan pelbagai perkara baharu akan timbul. Perkara-perkara baharu ini sentiasa memerlukan jawapan dan justifikasi, sama ada boleh dilakukan atau hendaklah ditinggalkan.

Pada masa yang sama, Islam juga menganjurkan (mensyariatkan) umatnya agar selalu bertanya kepada orang yang tahu (ahli atau pakar) bagi mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh mereka. Maka, di sinilah fatwa berperanan2.

Antara dalil yang boleh dijadikan sandaran dalam konteks fatwa sebagai mekanisme dalam perkembangan zakat ialah, pesanan Rasulullah s.a.w. kepada sahabatnya Saiyidina Mu`az bin Jabal r.a. yang dilantik menjadi gabenor dan sekaligus sebagai amil ke bumi Yaman. Hadis berkenaan menerangkan asas-asas berijtihad dalam Islam yang boleh diterima untuk terus digunapakai sehinggalah ke hari kiamat.

Syu’bah berkata, Abu ‘Auf menceritakan kepadaku, daripada al-Harith bin Umar daripada Anas, salah seorang sahabat Mu`az, bahawa Mu`az berkata bahawa: “Ketika Rasulullah s.a.w. mengutuskan (aku) ke Yaman, baginda bertanya: “Apa yang akan kamu lakukan jika dihadapkan kepadamu (suatu persoalan) yang memerlukan keputusan?” Mu`az menjawab: “Aku akan memutuskan dengan apa yang terdapat dalam kitabullah (al-Quran).”

Baginda s.a.w. bertanya lagi: “Bagaimana jika tidak ditemui di dalam kitabullah?” Mu`az menjawab: “Aku akan memutuskan berdasarkan sunnah Rasulullah.” Baginda bertanya lagi: “Jika hal itu pun tidak engkau temukan dalam sunnah Rasulullah?” Mu`az menjawab: “Aku akan berijtihad dengan akal fikiranku

1 Fatwa berasal daripada kata nama ‘afta’ yang bermaksud memberikan jawapan atau penjelasan bagi sesuatu masalah agama. Secara umumnya, fatwa adalah hukum-hukum Islam yang dikeluarkan oleh seorang yang alim, faqih dan biasanya seorang mufti yang berkaitan dengan syariah. Fuqaha juga memutuskan bahawa harus bagi seorang mujtahid mengeluarkan fatwa sekiranya ia memenuhi syarat-syarat tertentu berdasarkan usul fiqh. Fatwa juga bermaksud menjawab sebarang kemusykilan yang timbul dalam masyarakat mengenai sesuatu hukum. Dalam konteks negara Malaysia, fatwa bermaksud hukum syarak yang dikeluarkan oleh mufti dan inilah yang diterangkan oleh Syeikh Idris al-Marbawi, hlm. 77-78 di dalam kamusnya.

2 Hasan Bahrom et.al., 2011. Fatwa Zakat di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA, hlm. 44.

sendiri, tidak kurang tidak lebih.” Maka Rasulullah s.a.w. menepuk dadaku (Mu`az) seraya bersabda: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah s.a.w.” Peristiwa ini disampaikan daripada riwayat Syu`bah daripada Abu `Auf daripada al-Harith bin `Amru daripada beberapa orang sahabat Mu`az3. Zakat dan Fatwa

Dalam konteks zakat, perkembangan dalam aspek kekayaan menuntut agar para fuqaha untuk lebih luwes dan fleksibel dalam meraikan kepelbagaian sumber kekayaan ini. Menurut pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi, fuqaha hendaklah menerima segala jenis macam kekayaan baharu ini untuk dizakatkan, kerana ia lebih menguntungkan berbanding mengambil sikap menutup pintu meraikannya4.

Bahkan perkembangan harta zakat bukanlah sesuatu yang baharu, kerana ia telah berlaku sejak zaman Umar al-Khattab menjadi pemerintah negara Islam di Madinah. Umar telah meluaskan pengertian harta dengan mewajibkan zakat ke atas anak-anak kambing yang baharu dilahirkan daripada induknya, walaupun anak kambing itu belum cukup umurnya, atas perkiraan ia adalah pengembangan daripada induknya5.

Ijtihad Umar ini menunjukkan, bahawa harta yang mampu berkembang dengan sendirinya (an-nama’) adalah wajar dizakatkan dan ia juga menjadi asas, bahawa harta-harta lain yang mampu berkembang seperti pendapatan, juga adalah perlu dizakatkan.

Oleh itu, peranan fatwa zakat pendapatan dalam meraikan harta baharu berasaskan pendapatan adalah sangat tepat dalam usaha memperkasa sistem kewangan Islam di Malaysia. Ini kerana, pemerkasaan aspek kutipan zakat ini dapat pula memperkasa aspek agihan zakat yang seterusnya dapat menjadi katalis dan membolehkan institusi zakat berperanan secara optimum untuk memperkasa ummah.

3 Sungguh pun daripada aspek sanad (periwayatan) hadis ini ada pertikaian di kalangan ahli hadis; namun Ibn Qayyim tetap mempertahankan hadis ini untuk diterima sebagai asas kebenaran berijtihad di dalam Islam.

4 Perkara ini telah dibahas panjang lebar di dalam tesis Doktor Falsafah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang kemudiannya dijadikan buku dengan tajuk Hukum Zakat (kitab asal berbahasa Arab dengan tajuk Fiqh al-Zakah) pada hlm. 460-487.

Berdasarkan pemerhatian di negara ini, apabila zakat pendapatan mulai difatwakan dan dimasukkan sebagai salah satu harta yang wajib dikutip pada awal tahun 1990-an6, maka seiring dengan itu juga dapat dilihat jumlah kutipan zakat harta mulai meningkat saban tahun.

Hal ini lebih ketara dilihat di negeri-negeri yang serius memperkasa zakat pendapatan seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor7. Di Negeri Selangor misalnya, fatwa-fatwa zakat pendapatan telah dikeluarkan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Selangor juga dilihat sebagai negeri yang paling maju dalam mengolah keperluan zakat pendapatan ini, dengan menerokai ruang-ruang baharu menerusi fatwa-fatwa berkenaan.

Maka, kajian ini akan menilai natijah daripada pemfatwaan zakat pendapatan tersebut ke atas sistem kewangan di Malaysia dengan mengambil contoh aplikasi berkenaan di Selangor.

Sistem Kewangan Islam

Sistem kewangan Islam bermaksud, sistem yang konsep dan operasinya merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan, ketidakadilan, monopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep sistem kewangan konvensional pula adalah sebaliknya.8

Oleh itu, secara umumnya dapatlah difahami bahawa sistem kewangan Islam adalah bertujuan untuk memelihara maslahah ummah keseluruhannya dengan menepati roh perundangan Islam serta terhindar daripada elemen-elemen penindasan dan kezaliman.

Daripada aspek sejarah, pada tahap awal penubuhan negara Islam di Madinah, sistem kewangan Islam tidaklah begitu tersusun. Ini kerana, ketika itu negara Madinah boleh dianggap masih dalam fasa penubuhan. Keperluan negara disokong

6 Zakat Pendapatan mula-mula diimplementasikan di Wilayah Persekutuan pada tahun 1994.

7 Ini kerana, persoalan zakat adalah tertakluk kepada bidang kuasa negeri sebagaimana yang diputuskan di dalam Perlembagaan Malaysia, Jadual 9 Senarai 11, maka ada negeri yang terkehadapan dalam urusan zakat dan ada yang agak perlahan.

8 Rujuk “Apakah perbezaan sistem kewangan Islam dan konvensional?” di laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), http://www.islam.gov.my/.

langsung oleh rakyat secara individu, misalnya Uthman bin Affan pernah membeli sumber air daripada seorang Yahudi untuk kepentingan penduduk Madinah. Madinah sendiri terpaksa berhadapan dengan beberapa siri peperangan, yang menyebabkan sumber dan hala tuju negara lebih kepada pengukuhan berbanding pembangunan.9

Walau bagaimanapun, sistem kewangan Islam telah menjadi aspek utama semasa era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab yang memerintah dari tahun 13 hingga 23 hijri (bersamaan 633 – 644 masihi). Antara tindakan drastik Umar ialah, beliau telah menubuhkan Baitulmal secara teratur, melantik para pegawai yang berjawatan rasmi dan bergaji tetap bagi mengendalikan urusan Baitulmal secara sistematik.10

Ketika itu, Baitulmal dijadikan sebagai perbendaharaan negara yang fungsi utamanya adalah untuk menyimpan dan mengelola hasil-mahsul negara yang kian melimpah. Ini kerana, pada zaman Umar itulah telah berlakunya banyak pembukaan wilayah Islam yang baharu (yang dikenali sebagai era al-futuhat), termasuklah negara Rom dan Parsi yang kaya dan ini semua menjadi penyumbang yang besar bagi kemasukan dana ke dalam Baitulmal, sama ada dalam bentuk jizyah, kharaj,‘usyur, faie, ghanimah dan semestinya zakat.11

Walau bagaimanapun, pada hari ini sistem kewangan Islam khususnya di Malaysia kian berkembang dan tidak lagi sekadar berpusat kepada Baitulmal. Pihak perbankan dan institusi takaful misalnya, telah pun menjadi sebahagian daripada penggerak industri kewangan Islam dengan menawarkan pelbagai instrumen kewangan Islam. Antara titik terpenting kepada perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia, ialah dengan terbentuknya Akta Bank Islam 1983 (ABI 1983)12.

9 Rujuk makalah Kepentingan dan Senario Penghayatan Sumbangan Harta Al-Sadaqat dalam

Pembangunan Sosioekonomi Umat Kini, oleh Abdullah Alwi Hj. Hassan yang dibukukan dalam

Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia, hlm. 2.

10 Rujuk makalah Penubuhan Baitul Mal daripada Perspektif Siasah Syariyyah oleh Dr. Abd. Aziz Hanafi di dalam Prosiding Baitulmal: Masihkah Relevan? Terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), hlm. 45.

11 Rujuk makalah Baitul Mal: Hubungan dengan Dasar Belanjawan dan Pembangunan Negara oleh Dato’ Dr. Hailani Muji Tahir dalam prosiding Baitul Mal: Masihkah Relevan? terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), hlm. 387.

12 Rujuk makalah bertajuk Kerangka Perundangan Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Satu

Tinjauan, Ruzian Markom, Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh dicapai di http://agc-

Begitu juga zakat yang dahulunya menjadi satu elemen penting dalam Baitulmal, kini diberikan nafas baharu apabila diasingkan daripada Baitulmal dan diberikan peluang berdiri sendiri dan menjadi peneraju utama dalam pengukuhan sistem kewangan Islam, khususnya dalam mendepani keperluan ummah berteraskan zakat. Serentak dengan itulah, Malaysia dilihat antara negara yang terkehadapan dalam menggerakkan penubuhan institusi zakat dan bergerak secara profesional dalam menata kelola urusan kutipan dan agihan zakat, demi masalah ummah keseluruhannya.

Sejarah Zakat Pendapatan

Sejarah zakat pendapatan di Malaysia baharu sahaja bermula pada tahun 1990-an. Ia dipelopori oleh beberapa orang ulama atau cendekiawan dan ahli akademik Islam tempatan, di antaranya Dr. Abdul Rasyid Dail, Dr. Hailani Muji Tahir, Dr. Mujaini Tarimin dan Dr. Abdullah Ibrahim.

Jika di peringkat antarabangsa, antara tokoh yang terkenal membicarakan zakat pendapatan ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Shawqi Ismail dan Dr. Husayn Shahatah13. Sebelum era 1990-an, harta-harta pendapatan tidak dimasukkan sebagai harta yang wajib dizakatkan di Malaysia.

Pada 9 Disember 1992, buat pertama kalinya isu zakat pendapatan telah mulai dibincangkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan pada ketika itu, fatwa hanya memutuskan bahawa ‘zakat gaji dan pendapatan profesional’ hukumnya ‘boleh’ dikeluarkan zakat ke atasnya dan umat Islam yang menunaikan zakat pendapatan boleh mendapatkan rebat ke atas cukai pendapatan14. Pada tahap awal ini, kalimah ‘boleh’ yang digunakan, membawa maksud seakan-akan suatu galakan semata-mata dan ia bukanlah suatu kemestian untuk dilaksanakan.

Pada 22 Jun 1997, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sekali lagi bersidang dan pada kali ini telah diputuskan bahawa zakat pendapatan penggajian adalah wajib bagi mereka yang layak mengeluarkannya. Ia dikemaskini sekali lagi pada 9 April 199915. Pada tahap ini, baharulah zakat pendapatan mulai dijana sebagai elemen utama dalam aspek kutipan zakat.

13 Rujuk Pusat Zakat Selangor (PZS), 2005. Majalah Asnaf , Bil. 4. Selangor: PZS, hlm. 6.

14 Rujuk e-fatwa di http://www.e-fatwa.gov.my.

Manakala di peringkat negeri-negeri, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak telah memfatwakan wajib ke atas zakat penggajian dan pendapatan pada 23 November 1996, diikuti Negeri Sembilan pada 8 Jun 1998; dituruti pula oleh Kelantan pada 16 Mac 1999 yang kemudiannya dikemaskini sekali lagi pada 12 September 1999, kemudiannya Johor (17 April 2000), diikuti Melaka (22 Mei 2000), Selangor (16 Januari 2001) dan Pulau Pinang (26 April 2001)16.

Mengenai cara bayaran, Jawatankuasa Fatwa Kelantan pada 17 April 1995 telah menghukumkan harus membuat pembayaran zakat menerusi pemotongan gaji dan Terengganu pertama kali memfatwakan bahawa dibolehkan bagi umat Islam menunaikan zakat pendapatan pada 19 Oktober 1992; dan kemudiannya memperincikan perihal tatacara niat pembayaran zakat gaji melalui borang melalui fatwa kemaskininya pada 3 September 200017.

Rasional Zakat Pendapatan difardukan

Mazhab rasmi bagi Malaysia ialah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)18 dengan berpandukan kepada Mazhab Syafie. Timbul persoalan bagi sesetengah pihak, iaitu pada sisi Mazhab Syafie, harta-harta zakat tidak termasuk harta pendapatan. Maka timbul polemik, apakah dengan memfatwakan zakat pendapatan ini suatu kesalahan dan bercanggah dengan Mazhab Syafie?

Sebenarnya, tidak timbul isu percanggahan sama sekali. Ini kerana, Imam al-Syafie sendiri menetapkan bahawa kaedah dalam perundangan Islam itu adalah bersandarkan kepada empat sumber utama, iaitu berpandukan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas. Maka, zakat pendapatan ini sebenarnya boleh diqiyaskan kepada zakat pertanian.19

16 Ibid

17 Ibid

18 Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996 telah memutuskan dua perkara, pertama menetapkan bahawa, umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak; dan keputusan kedua, turut memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam” seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak”.

19 Qiyas merupakan sumber yang paling luas daerahnya dan menyediakan banyak penyelesaian, kerana nas al-Quran dan as-Sunnah terbatas, sedangkan permaslahan manusia terus berkembang. Qiyas dijadikan hujah syariyyah oleh jumhur ulama, sila rujuk pengantar Syari’at Islam oleh Mohd. Saleh Haji Ahmad, hlm. 118.

Bahkan, dalam hal ini pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri sebenarnya telah memainkan peranan yang bijak apabila melihat maslahah atau kepentingan umum bagi mewajibkan zakat pendapatan adalah jauh lebih banyak berbanding dengan tidak mewajibkannya. Maka, seiring dengan keanjalan fiqh dalam meraikan keperluan zaman, adalah amat tepat untuk menerima kehadiran zakat pendapatan berbanding menolaknya.

Sementara itu, terdapat pelbagai dalil di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang boleh dijadikan sebagai hujah, agar harta pendapatan itu dizakatkan. Dalam hal ini, Dr. Yusuf al-Qaradawi misalnya, telah memetik firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (al-Baqarah 2: 267)

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, di dalam ayat di atas, Allah SWT menggunakan perkataan ‘apa sahaja hasil usaha kamu yang baik-baik yang dikeluarkan daripada bumi kepada kamu’ sebagai pertunjuk bahawa setiap harta yang baik itu wajar dikeluarkan zakatnya20.

Bahkan, di dalam sebuah hadis yang sahih, yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah”. Para sahabat bertanya: ‘Jika tidak mampu ya Rasulullah?’ Baginda menyatakan: “Maka hendaklah dia berusaha sendiri (bekerja dengan tangannya) yang dapat memberi faedah kepada dirinya dan dengan yang demikian dia dapat bersedekah.”

Mereka bertanya lagi: “Jika dia masih tidak sanggup (tidak mampu bekerja)?” Jawab Nabi: “Maka hendaklah dia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan.” Tanya sahabat lagi: “Jika sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian?’ Jawab nabi: “Maka hendaklah dia (mengerjakan kebaikan dan) menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika dia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah juga dianggap sedekah.” 21

20 Rujuk kitab Hukum Zakat oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam pembahasan Zakat Perolehan, hlm. 460.

21 Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Musa r.a. dan diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya.

Inovasi Fatwa Zakat Pendapatan

Sungguh pun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan22 merupakan institusi yang mula-mula mengeluarkan fatwa mengenai zakat pendapatan, iaitu pada 9 Disember 1992, namun perkembangan terhadap zakat pendapatan di peringkat negeri-negeri dilihat lebih terkehadapan. Antara negeri yang paling maju merumuskan fatwa mengenai zakat pendapatan ini ialah Selangor.

Sejak mula memfatwakan kewajipan zakat pendapatan pada 16 Januari 200123, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor secara berkesinambungan telah meluluskan beberapa fatwa mengenai zakat pendapatan yang dilihat memberikan nafas baru kepada perkembangan zakat pendapatan dan sekaligus memberikan kesan kepada sistem kewangan di negeri ini.

Misalnya, seiring dengan keputusan Fatwa Zakat Pendapatan yang diwartakan pada tahun 2001 itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS)24 sebagai entiti yang diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal kutipan dan agihan zakat di Selangor, telah menerokai suatu usaha yang menjadi pencetus kepada revolusi zakat pendapatan di Malaysia, iaitu pelaksanaan Pekeliling Wajib Kerajaan tahun 2004. 25

Pekeliling ini merupakan kaedah yang pertama diaplikasi di Malaysia. Ia telah mewajibkan semua kakitangan kerajaan sama ada daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri dan juga semua kakitangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk melakukan pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji. Pekeliling wajib ini hakikatnya telah membantu kenaikan kutipan zakat harta di Selangor.

22 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukkan pada Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-raja. Rujuk http://www.e- fatwa.gov.my/.

23 Rujuk fatwa Selangor dalam bab zakat pendapatan di http://www.muftiselangor.gov.my/

24 LZS merupakan entiti sah yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan 1962) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Zakat Selangor dan mulai ditubuhkan oleh MAIS pada tahun 1994.

25 Pekeliling wajib kerajaan ini telah diluluskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Kali ke-27 pada 10 Disember 2003 yang mewajibkan arahan zakat pendapatan melalui potongan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.

Pada tahun 2010, LZS menerusi keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor, maka sekali lagi zakat pendapatan telah diberikan ‘nafas baharu.’ Fatwa berkenaan telah memberikan definisi yang lebih jelas mengenai maksud sebenar pendapatan26.

Ini kerana, berdasarkan pemerhatian LZS, umumnya fatwa-fatwa zakat pendapatan yang diluluskan sebelum ini (termasuklah di peringkat persekutuan) tidak menjustifikasikan maksud pendapatan secara tepat. Maka, implikasinya masyarakat awam memahami bahawa pendapatan hanyalah sekadar gaji tetap yang diperolehi daripada majikan.

Pemahaman yang tidak tepat ini telah diperbetulkan melalui fatwa berkenaan, yang telah mendefinisikan kembali pendapatan sebagai semua jenis pendapatan selain daripada gaji, sama ada ia diperolehi dengan cara pekerjaan mahu pun sewaan. Fatwa ini juga telah memperluaskan sumber harta zakat di bawah jenama Zakat Pendapatan.

Berdasarkan fatwa berkenaan, pendapatan telah dikategorikan kepada tiga sumber utama27, iaitu:

1. Pendapatan tetap - iaitu semua jenis pendapatan tetap seperti dari penggajian, elaun dan imbuhan tetap.

2. Pendapatan hasil bebas dan professional – iaitu semua jenis pendapatan daripada sumber tidak tetap, seperti royalti, honorarium, saguhati dan bonus.

3. Pendapatan hasil sewaan (al-mustaghallat) – iaitu semua jenis hasil sewaan seperti hasil sewaan bangunan, tanah, kenderaan dan lesen perniagaan.

Lanjutan daripada fatwa ini juga, LZS pada tahun 2010 telah melancarkan satu kempen, iaitu ‘Zakat Pendapatan Bukan Sekadar Gaji’.28 Kempen ini menyasarkan untuk mencetus kesedaran dan meningkatkan kefahaman umat Islam, bahawa pendapatan adalah amat luas sumbernya dan dengan demikian, setiap pendapatan itu hendaklah dimasukkan ke dalam pendapatan keseluruhan pada tahun-tahun berkenaan untuk dizakatkan.

26 Fatwa berkenaan telah diluluskan pada tahun 2010 tetapi masih belum diwartakan.

27 Rujuk brosur Zakat & Anda, Lembaga Zakat Selangor, hlm. 7.

28 Majalah Asnaf terbitan 2/ 2010, Lembaga Zakat Selangor telah memfokuskan kepada isu ‘Zakat

Pendapatan: Pelbagai Lagi Selain Gaji’ bagi menyokong dakwah dan penerangan mengenai fatwa berkenaan kepada umat Islam.

Menerusi fatwa yang sama juga, negeri Selangor telah mengemukakan kaedah kiraan zakat pendapatan yang baharu. Selama ini, tolakan penggunaan bagi pengiraan dalam zakat pendapatan adalah dengan berpandukan kaedah yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pengiraan cukai pendapatan.

LZS menamakan kaedah pengiraan tersebut sebagai ‘had al-kifayah pembayar zakat’29. Melalui kaedah kiraan ini, tolakan yang dibenarkan adalah berasaskan corak penggunaan seorang pembayar zakat dan tidak lagi disandarkan kepada kaedah tolakan seperti mana yang dikemukakan oleh pihak LHDN, yang telah diguna pakai oleh semua pusat zakat di Malaysia sebelum ini.

Menerusi kaedah pengiraan baharu ini juga, ia dianggap lebih tepat dengan keperluan seseorang pembayar zakat pendapatan, kerana ia diperolehi melalui hasil kajian pihak LZS terhadap corak keperluan sebenar bagi seseorang pembayar zakat. Misalnya, ia mengambil kira keperluan diri, isteri, anak-anak, tanggungan ibu bapa, caruman di institusi yang melaksanakan zakat dan sebagainya. Maka, LZS sekali lagi menjadi institusi pertama mereka cipta kaedah pengiraan berasaskan had al-kifayah pembayar di Malaysia dan sekaligus meyakinkan pembayar zakat untuk melaksanakan zakat pendapatan.

Implikasi Fatwa Zakat Pendapatan

Di Selangor, implikasi pemfatwaan zakat pendapatan telah meningkatkan kutipan zakat harta secara signifikan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan melihat jadual dan rajah kutipan zakat di Selangor dari tahun 2000 – 2010 seperti di bawah. Jadual 1: Kutipan zakat Selangor 2000 - 2010

29 Menurut LZS, tolakan ini merangkumi penggunaan diri sendiri, isteri, anak-anak dan orang dewasa yang tidak mampu, rujuk brosur Zakat & Anda keluaran Lembaga Zakat Selangor, hlm.7 Tahun Jumlah (RM Juta) Peratus (%) 2000 46.2 -2001 61.4 32.9 2002 78.7 28.1 2003 86.2 9.52 2004 108.8 26.2 2005 133.1 22.3 2006 159.9 20.1 2007 202.2 26.4 2008 244.4 20.8 2009 283.7 16.0 2010 336.9 18.7

Rajah 1: Graf kutipan zakat Selangor 2000 – 2010

Namun begitu, demi mempermudahkan pemerhatian terhadap pelaksanaan fatwa berkenaan, maka terdapat tiga fasa pelaksanaan yang menatijahkan tiga

Dalam dokumen Jurnal_05_2012 (Halaman 133-151)