• Tidak ada hasil yang ditemukan

b) Cadangan oleh pihak pemaju projek ini tidak melibatkan pembinaan kasino. Oleh itu, tiada lesen permohonan

BIDANG TAHUN 2011 PILN PIDN

PERUBATAN (PERUBATAN, FARMASI DAN PERGIGIAN)

885 783

SAINS DAN TEKNOLOGI 463 1,338 SASTERA DAN SAINS SOSIAL 152 379

NO SOALAN : 52

(i) Kategori 1 - Biasiswa berasaskan kecemerlangan pelajar, sebanyak 20% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Untuk kategori ini, pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (85%), kokurikulum (10%) dan temu duga (5%). Latar belakang dan kedudukan sosioekonomi calon tidak diambil kira.

(ii) Kategori 2 - Biasiswa berasaskan komposisi kaum, sebanyak 60% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Di bawah kategori ini, pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (75%), ko-kurikulum (10%), latar belakang sosioekonomi keluarga (10%) dan temuduga (5%). Pembahagian biasiswa adalah mengikut peratusan komposisi rakyat Malaysia;

(iii) Kategori 3 - Biasiswa untuk kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Penajaan untuk kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan agihan 5% untuk Bumiputera Sabah dan 5% untuk Bumiputera Sarawak. Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (65%), kokurikulum (5%), latar belakang sosioekonomi keluarga (25%) dan temuduga (5%).

(iv) Kateqori 4 - Biasiswa untuk golongan socially disadvantaged, sebanyak 10% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Penajaan adalah untuk pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan dan suasana pembelajaran yang terhad dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (65%), kokurikulum (5%), latar belakang sosioekonomi keluarga

NO SOALAN : 52

(25%) dan temuduga (5%).

Tuan Yang di-Pertua,

Selain daripada PILN yang sering menjadi rebutan, Kerajaan turut menawarkan biasiswa bagi pelajar cemerlang di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan di bawah PIDN. Tawaran biasiswa ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan tanpa mengira kaum. Kriteria pemilihan PIDN adalah berdasarkan kecemerlangan akademik 80% dan sosio ekonomi keluarga 20%.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan turut menawarkan Skim Pinjaman Yuran Pengajian kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di luar negara. Skim ini diwujudkan bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu. Bilangan pelajar yang ditawarkan pinjaman setiap tahun adalah 500 orang dan antara bidang-bidang yang dipertimbangkan pinjaman adalah bidang-bidang Kritikal (perubatan, pergigian, farmasi), bidang Keutamaan (kejuruteraan, perakaunan, Sains dan Teknologi) serta Lain-lain bidang.

Syarat-syarat Umum bagi Skim Pinjaman Yuran Pengajian adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

NO SOALAN : 52

Pelajar telahpun berjaya menamatkan sekurang-kurangnya satu semester (bagi pelajar lepasan diploma) / setahun pengajian di luar negara dan telah berjaya masuk ke tahun berikutnya (tertakluk kepada syarat-syarat khusus);

Ibu/Bapa/Adik-Beradik/Pelajar bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam disenaraihitamkan / mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman (daripada JPA atau badan-badan pinjaman kerajaan yang lain);

Ibu/bapa tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan (sekiranya pernah/sedang berkhidmat dengan kerajaan); dan

Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa (Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan).

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu, Kerajaan pada dasarnya sentiasa berusaha untuk membantu pelajar-pelajar kurang upaya yang cemerlang bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan Kerajaan sepertimana yang dinikmati oleh pelajar-pelajar yang sempurna. Bagi menyokong usaha ini, JPA turut memberikan penajaan kepada pelajar-pelajar kurang upaya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah PIDN. Senarai nama pelajar-pelajar kurang upaya yang telah disahkan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dikemukakan oleh pihak universiti kepada JPA untuk diberikan penajaan. Bagi tahun 2008 hingga 2010 seramai 98 pelajar kurang

NO SOALAN : 52

upaya telah diberi penajaan di bawah PIDN. Sekian, terima kasih.

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ JOHARI BIN ABDUL [ SUNGAI PETANI ] TARIKH : 20 JUN 2011 (ISNIN)

SOALAN

Dato’ Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan -

(a) berapakah jumlah kes jenayah yang telah dibuang (acquitted) oleh Mahkamah dari tahun 2004 hingga 2010 atas sebab kehilangan bahan bukti semasa dalam jagaan polis; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh polis untuk memastikan kes kehilangan bahan bukti tidak akan berulang lagi.

JAWAPAN: DATO’ SERI MOHAMED NAZR1 ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Berhubung dengan soalan di perenggan (a), jumlah kes jenayah yang dibuang (sama ada dilepaskan dan dibebaskan atau dilepaskan tanpa dibebaskan) atas alasan kehilangan bahan bukti semasa dalam jagaan polis dari tahun 2004 hingga 2010 adalah sebanyak 21 kes dan jumlah

NO. SOALAN:53

2

tersebut meliputi kes di seluruh negara.

Untuk makluman, jumlah kes tersebut hanya meliputi kes-kes yang melibatkan pihak polis sahaja dan tidak termasuk agensi penguatkuasaan yang lain.

Berhubung dengan soalan di perenggan (b), langkah-langkah yang diambil oleh polis untuk memastikan kes kehilangan bahan bukti tidak akan berulang adalah seperti yang berikut:

(i) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bertanggungjawab untuk memastikan semua barang kes di bawah jagaan masing-masing didaftar di Stor Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing dengan segera; (ii) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat JSJK

dilarang menyimpan barang kes di pejabat atau di tempat lain selain di Stor Barang Kes;

(iii) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat JSJK, mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia atau mana-mana orang ditegah dan dilarang sama sekali menggunakan barang kes;

NO. SOALAN:53

3

geran asal dan barang kemas hendaklah disimpan di dalam peti besi Ketua Polis Daerah, peti besi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (KJSJK) atau peti besi Penolong Pengarah;

(v) barang kes yang tidak perlu ditahan atau disimpan di Stor Barang Kes boleh diserahkan semula kepada pemilik di bawah seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] bagi kes-kes masih dalam siasatan atau pun menunggu bicara;

(vi) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat JSJK hendaklah menyenaraikan semua ekshibit di ruang tiga belas (13) Kertas Siasatan JSJK dan sekiranya ekshibit terlalu banyak, satu (1) senarai berasingan hendaklah disediakan dan dijadikan folio dalam Kertas Siasatan;

(vii) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat JSJK hendaklah mencatatkan pergerakan barang kes dalam diari siasatan (ID) masing-masing;

(viii) barang kes yang berupa kenderaan pula hendaklah diletakkan di kawasan yang selamat di balai polis dan label (Pol. 78) ditampalkan pada kenderaan tersebut dan direkodkan di dalam (Pol. 261);

(ix) barang kes yang telah selesai digunakan untuk perbicaraan hendaklah dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah iaitu sama ada dipulangkan kepada pemilik asal

NO. SOALAN:53

4

ataupun dimusnahkan (kecuali ada rayuan). Barang kes yang telah selesai perbicaraan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang pelupusan oleh pihak penyeliaan; dan

(x) semasa peringkat penyeliaan JSJK, pegawai seperti Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah, KJSJK atau Penolong Pengarah hendaklah membuat pemeriksaan mengejut secara berterusan terhadap semua pengurusan barang kes yang berada di bawah tanggungjawab Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat JSJK.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO. 54 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN (AMPANG)

TARIKH 20 JUN 2011 (ISNIN) SOALAN

YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin (Ampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah kes salah laku dan

penderaan rumah tangga yang telah diselesaikan di bawah program perundangan dan advokasi Kementerian setakat ini mengikut pecahan kes dan negeri.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada JKM dari tahun 2006 hingga 2010 adalah sebanyak 2,751 kes di mana pada tahun 2010 jumlah kes keganasan tertinggi dicatatkan iaitu sebanyak 695 kes manakala pada tahun 2006 jumlah kes keganasan yang dicatatkan adalah yang terendah iaitu sebanyak 485 kes. Jumlah kes keganasan rumah tangga mengikut jenis keganasan dan negeri dari tahun 2006 hingga 2010 akan saya kemukakan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di- Pertua,

Tindakan yang diambil di bawah program perundangan dan advokasi JKM adalah seperti membantu mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO), membantu mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan (PO), memberi khidmat kaunseling, memberi perlindungan di Tempat Selamat, merujuk mangsa kepada agensi lain (seperti Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Mahkamah Syariah, Biro Bantuan Guaman, Mahkamah Sivil) dan bantuan-bantuan lain berkaitan keganasan rumah tangga.

Memandangkan kes-kes keganasan rumah tangga dibicarakan oleh pihak mahkamah, maka KPWKM akan berusaha untuk memperoleh bilangan kes yang telah diselesaikan daripada pihak mahkamah.

NO. AUP : 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN