• Tidak ada hasil yang ditemukan

MALAYSIA. Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan Rakyat Daripada Kementerian HARIISNIN : 20 JUN 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MALAYSIA. Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan Rakyat Daripada Kementerian HARIISNIN : 20 JUN 2011"

Copied!
395
0
0

Teks penuh

(1)

ARLIMEN

^urO> 1>

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDU A, PENGGAL KEEMPAT P

ARLIMEN KEDUABELAS

2011

Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan

Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam

Dewan Rakyat Daripada Kementerian

HARIISNIN : 20 JUN 2011

CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA.

(2)
(3)

f*v-KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB

LISAN YANG TIDAK DAP AT DIJAWAB DIDALAM DEWAN

(SOALANNO. 8 HINGGA 145)

SOALAN NO. 120 DIJAWAB SEKALIDENGAN SO ALAN NO: 3

SOALAN NO: 142 DIJAWAB SEKALI DENGAN SOALAN NO: 4

NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SOALAN NO. 1 HINGGA 7

[RUJUK PENYATA RASMIHARIAN (HANSARD)]

SIDEK SANI

CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA

(4)

SOALANNO: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID TARIKH: 20JUN2011

SOALAN:

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah tabung rentikerjasentara dilaksanakan. Jika telah dilaksanakan berapakah jumlahnya dan setakat ini adakah tuntutan telah dibuat.

PR-1242-L44364

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM52 juta sebagai dana bantuan awalan one-off ke arah penubuhan satu Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan (TBKP) bagi faedah pekerja yang diberhentikan kerja dan tidak menerima sebarang faedah di bawah Akta Kerja 1955.

(5)
(6)

2

2. Sustainablity tabung ini dalam jangka panjang perlu ditentukan sebelum dana awalan yang disediakan oleh Kerajaan dapat digunakan bagi tujuan tersebut.

3. Sehubungan dengan ini, Kerajaan melalui SRI Lab PEMANDU yang diadakan mulai bulan Februari hingga bulan April 2011 telah mengkaji cadangan untuk menubuhkan Skim Insurans Pemberhentian Kerja bagi faedah pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja.

4. Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan semua stakeholders yang terlibat mengenai dasar serta tahap perlindungan Skim Insurans Pemberhentian Kerja serta cara pembiayaannya berdasarkan penemuan SRI Lab itu.

5. Pewujudan Skim Insurans Pemberhentian Kerja mempunyai implikasi kepada pengoperasian TBKP dan perkara ini perlu diselaraskan dan dimuktamadkan sebelum dana awalan one-off yang disediakan oleh Kerajaan dapat disalurkan.

6. Walau apa pun di atas, sokongan dan persetujuan pihak majikan dan pihak pekerja untuk bersama-sama mencarum dan membiayai TBKP ataupun Unemployment Insurance Scheme adalah kritikal untuk menjayakan sebarang skim bantuan yang ditubuhkan bagi faedah pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja.

(7)

NO AUM : 70

LISAN DARI PAD A

20 JUN 2011 3876

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN

PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI [ BATANG SADONG ]

TARIKH RUJUKAN

SOALAN:

Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Malaysia telah melaksanakan secara ‘collective’ bersama-sama negara lain dalam usaha membendung isu pemerdagangan orang.

(8)

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Sadong yang telah mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

Jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan satu jenayah rentas sempadan. Justeru itu, usaha membendung jenayah ini perlu dilaksanakan dengan kerjasama dari negara-negara luar.

Dalam memastikan usaha memerangi aktiviti pemerdagangan orang berterusan, Kerajaan telah mengadakan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan negara-negara luar dan organisasi antarabangsa seperti Australia, Amerika Syarikat, Belanda, United Kingdom, China, Arab Saudi, International Organization for Migration (IOM) dan United Nations High Commissioner Refugees (UNHCR). Ini adalah bertujuan untuk membendung gejala pemerdagangan orang daripada berleluasa. Di antara skop kerjasama yang dijalankan merangkumi antaranya aspek-aspek seperti perkongsian dan pertukaran maklumat serta risikan

(9)

termasuk latihan bina upaya dalam bidang penguatkuasan, pendakwaan, pengurusan rumah-rumah perlindungan pemerdagangan orang dan pemulihan mangsa-mangsa pemerdagangan orang.

Selain daripada itu, Malaysia turut terlibat di dalam seminar dan persidangan antarabangsa antaranya seperti Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC), Bali Process Meeting dan ASEAN Ministers Meeting on Transnational Crime (AMMTC). Ini jelas memperlihatkan keterlibatan Kerajaan Malaysia di dalam forum-forum antarabangsa seperti ini bagi berkongsi maklumat dan pandangan dalam membanteras gejala pemerdagangan orang secara holistik dan mampan.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN BAGI DEWAN

RAKYAT

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA DATO’ ZULKIFLI BIN NOORDIN

[ KULIM BANDAR BARU ]

TARIKH 20 JUN 2011 (ISNIN)

(10)

SOALAN NO: 10

Dato’ Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan (a)

adakah Kerajaan akan menyebarkan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang disampaikan sebelum pembentukan Perlembagaan Persekutuan; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan untuk mendidik rakyat tentang Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan istimewa Islam dan bangsa Melayu yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

a) Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah menyebarluaskan kepada seluruh masyarakat Malaysia berkenaan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu bermula

pada awal tahun 2010. Wasiat Raja-raja Melayu ini meliputi 7 perkara yang memperjuangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang semakin dianggap remeh dan terabai.

Pegawai-pegawai Penerangan khususnya di peringkat daerah telah memberi penerangan dan penjelasan berkenaan perkara tersebut dalam setiap aktiviti/program bersemuka yang dianjurkan. Selain daripada itu, Kementerian juga telah memuatkan maklumat berkenaan perkara ini di laman sesawang Kementerian dan menerbitkan bahan bercetak berbentuk risalah untuk edaran umum dalam bentuk yang mudah difahami oleh rakyat.

(11)

SOALAN NO: 10

Perlembagaan Persekutuan, Kementerian telah merangka dan melaksanakan pelbagai program, aktiviti, kempen dan promosi, dari masa ke masa. Antaranya adalah seperti Program Penghayatan 1 Malaysia, Forum Jati Diri, Info Bestari, Sepakat Bestari, Ceramah, Khemah Kerja, Aktiviti Sivik, Kelab Setia, Layar Bestari, Pameran, Syarahan Berencana/Sembang Warung serta menggunakan saluran media baru dan penerbitan bahan-bahan bercetak.

(12)

I PERTANYAAN DARI PAD A TARIKH SOALAN m > u

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

JAWAB LISAN

TUAN HAJI MATULIDI BIN HAJI JUSOH 20 JUN 2011 (ISNIN)

NO. 11

Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menyediakan bantuan atau pinjaman pelajaran melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) kepada warga tua berumur 50 tahun ke atas untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah dan sebagainya sesuai dengan hasrat Kerajaan melahirkan modal insan berilmu dan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang untuk menyediakan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada warganegara yang berumur 50 tahun ke atas untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah dan sebagainya disebabkan oleh kedudukan kewangan PTPTN yang terhad. Keutamaan harus diberikan kepada pelajar berumur tidak melebihi 45 tahun yang mengikuti pengajian di peringkat

(13)

2

Diploma dan ke atas memandangkan golongan muda amat memerlukan pembiayaan pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fokus utama pembiayaan pendidikan PTPTN adalah kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan yang menggalakkan pendidikan di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sebagai asas dan persediaan sebelum mereka memasuki sektor pekerjaan kelak. Namun demikian, Kementerian amat menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk semua golongan sama ada sedang bekerja atau sebaliknya untuk meneruskan pengajian bagi meningkatkan karier dan taraf profesionalisme masing - masing.

Pada masa ini, jumlah pembiayaan tahunan yang perlu disediakan oleh PTPTN adalah sekitar RM3.5bilion - RM4.0 bilion setahun. Sekiranya PTPTN memperluaskan skop pembiayaan tersebut, maka sudah tentu akan melibatkan pertambahan keperluan dana di samping pertambahan risiko lain seperti kemampuan pelajar untuk membayar balik. Sebenarnya, bagi warganegara yang berusia 50 tahun ke atas, mereka adalah yang terdiri daripada golongan yang telah mempunyai pendapatan yang kukuh dan stabil serta simpanan yang mencukupi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

(14)

I

Font : Verdana (16)

No: [D--

Soalan No:

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT,

PARLIMEN KEDUA

BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN

RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN :

LISAN

DARI PAD A

:

YB TUAN HAJI

CHE UDA BIN

CHE NIK (SIK)

TARIKH

:

20 JUN 2011

SOALAN

:

13-

Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

menyatakan berapa luaskah ladang-ladang milik FELDA, FELCRA

Berhad dan RISDA yang ada di kawasan Sik sehingga Disember

2010. Berapa luas kawasan tanaman mengikut jenis tanaman

kelapa sawit dan getah.

(15)

2

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, luas kawasan tanaman yang

telah dibangunkan oleh FELDA, FELCRA Berhad dan RISDA di

Daerah Sik sehingga Disember 2010 adalah seperti berikut:

i. Tiada tanaman getah dan sawit oleh FELDA di Daerah Sik,

Kedah;

ii. Seluas 2,604 hektar tanaman getah dan seluas 76 hektar

tanaman sawit oleh FELCRA Berhad; dan

iii. Seluas 14,612 hektar tanaman getah dan seluas 742 hektar

tanaman sawit oleh RISDA.

Jumlah keseluruhan bagi tanaman getah adalah seluas 17,216

hektar yang melibatkan seramai 8,592 orang pekebun kecil dan

tanaman sawit adalah seluas 819 hektar yang melibatkan 441

(16)

NO. SOALAN : 13 LISAN DARI PAD A TARIKH PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PE RT AN YA AN

DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB [MARAN]

20.06.2011 (ISNIN)

DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB [ MARAN ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

menyatakan kewujudan "hypermarket" dan "supermarket" di kawasan-kawasan luar bandar yang tumbuh bak cendawan sejak akhir-akhir ini memberi kesan langsung kepada penurunan pendapatan peniaga-peniaga / usahawan- usahawan kecil tempatan. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam menangani masalah ini dengan memberi peluang kepada pengusaha tempatan menjadi pembekal barang jualan kepada "hypermarket" dan "supermarket" terbabit.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertanggungjawab dalam mengawalselia

(17)
(18)

NO. SOALAN : 13

Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran di Malaysia (Pindaan) 2010 manakala pembangunan dan pembukaan hypermarket tempatan adalah dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbabit. Kesemua permohonan bagi pembangunan dan pembukaan hypermarket asing akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Pengedaran yang diurusetiakan oleh Kementerian ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan. Ini bagi membolehkan pihak Jawatankuasa menilai permohonan tersebut supaya tidak wujud persaingan dengan pengusaha-pengusaha tempatan.

Kementerian turut berperanan membantu usahawan-usahawan menjadi pembekal tetap di rangkaian peruncitan tempatan dan asing di Malaysia berdasarkan Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran di Malaysia (Pindaan) 2010 yang menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah stock keeping unit (SKU) adalah dibekakalkan oleh PKS tempatan.

Tuan Yang Dipertua,

Antara program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian adalah seperti Program Suaian Perniagaan. Program ini bermatlamat mempertemukan usahawan-usahawan tempatan dengan pengendali hypermarket, supermarket, kedai serbaguna, stesen minyak dan pihak hotel-hotel. Melalui program ini, usahawan dan peruncit dipertemukan dalam usaha untuk menyenarai tetap produk masing-masing.

(19)

NO SOALAN

Kementerian juga menganjurkan program “Produk Malaysia, Citarasa Kita” dengan kerjasama hypermarket tempatan dan asing di Malaysia seperti Giant, Carrefour, Mydin, Tesco dan Jusco. Melalui program ini, usahawan memasar dan mempromosi produk-produk mereka dibawah satu platform. Produk yang mendapat jualan yang memberangsangkan serta mempunyai potensi untuk dipasarkan dalam hypermarket akan dipertimbangkan untuk disenarai tetap. Sehingga kini, sebanyak 29,641 produk keluaran PKS tempatan telah berjaya disenarai tetap di rangkaian peruncitan hypermarket tempatan dan asing di Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak hypermarket telah menetapkan piawaian yang standard bagi setiap produk yang akan disenarai tetap di hypermarket masing-masing. Antara piawaian tersebut adalah seperti pelabelan yang lengkap, pensijilan halal serta kualiti dan kuantiti pengeluaran yang konsisten. Piawaian yang standard ini ditetapkan supaya pengusaha-pengusaha tempatan dapat menyediakan produk-produk yang berkualiti tinggi.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA :Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY AHMAD (KUALA SELANGOR)

PERTANYAAN :LISAN TARIKH :20.06.2011

Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY AHMAD [ KUALA SELANGOR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional Kerajaan mengizinkan

'internationalisation of ringgit' atau mengizinkan ringgit digunakan dalam transaksi perdagangan 'offshore' dan apakah langkah-langkah konkrit

(20)

Kerajaan bagi mengelakkan kesan buruk atau 'downsides risk'nya.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan masih lagi mengamalkan dasar tidak membolehkan ringgit diniagakan di pasaran antarabangsa atau dengan izin "non-internationalisation of the ringgit Sehubungan dengan itu, semua pertukaran mata wang ringgit harus dilakukan dengan bank-bank berlesen di Malaysia sahaja. Selain itu, pembiayaan dalam mata wang ringgit kepada bukan pemastautin di luar negara tidak dibenarkan.

2. Walau bagaimanapun, liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing terus dilaksanakan secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan daya saing ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi dan kewangan global yang

pesat. Ini termasuk membenarkan penyelesaian perdagangan antarabangsa bagi barangan dan perkhidmatan antara pemastautin dan bukan pemastautin dibuat dalam mata wang ringgit selain menggunakan mata wang asing. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perdagangan serantau dan antarabangsa melalui pengurangan risiko kadar pertukaran dan kos penukaran mata wang dengan menggalakkan penyelesaian perdagangan antarabangsa menggunakan mata wang tempatan.

3. Kerajaan sentiasa memantau perkembangan dan mengambil kira kesediaan dan kepentingan negara sekiranya Malaysia bercadang meliberalisasi dasar “internationalisation of the ringgit". Antara faktor yang akan diambil kira adalah:

(21)

NO SOALAN

keteguhein pasaran wang dan pasaran pertukaran asing tempatan; memastikan manfaat yang boleh diperoleh dari langkah liberalisasi yang diambil melebihi sebarang risiko yang mungkin dihadapi; dan kesediaan liberalisasi yang disokong oleh rangka kerja

pengawalseliaan dan sistem pengawasan yang berkesan serta komprehensif.

4. Juga yang perlu ditimbangkan adalah sama ada negara berupaya untuk menguruskan risiko dari liberalisasi, kesannya terhadap ekonomi negara dan pelaburan asing jangka panjang serta memastikan pasaran kewangan tempatan kekal teguh dan stabil.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA :Y.B. DATUK MD SIRAT BIN ABU (BUKIT KATIL)

PERTANYAAN :LISAN TARIKH :20.06.2011

Y.B. DATUK MD SIRAT BIN ABU [ BUKIT KATIL ] rninta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan terbaik yang telah dan akan

dilakukan bagi mengatasi masalah penyeludupan yang meningkat dan membimbangkan yang berlaku di pintu masuk negara terutama di lapangan terbang Kuala Lumpur Interantional Airport (KLIA)

JAWAPAN

(22)

Untuk makluman Yang Berhormat, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) telah diwartakan di bawah Peraturan Customs Airports First Schedule Part IV, Customs Regulation 1977 sebagai pintu keluar/masuk melalui udara. KLIA merujuk kepada Terminal KLIA, LCCT (Terminal Tambang Murah) bagi keluar/masuk penumpang dan MAS Kargo/KLAS bagi pelepasan/penerimaan mel /parcel.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dari masa ke semasa meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan keupayaan aset pencegahan di pintu masuk utama negara terutama di KLIA bagi membendung masalah penyeludupan. Langkah yang telah diambil dan dilaksanakan seperti berikut:

(23)

PERTANYAAN

i. menempatkan mesin pengimbas bagi tujuan mengimbas bagasi penumpang dan mesin pengimbas badan;

ii. pelaksanaan sistem pengisytiharan pemindahan wang tunai telah dilaksanakan pada 1 Januari 2010 bagi mencegah rentas sempadan nilai wang melebihi USD10,000;

iii. membekalkan peralatan kerja seperti drug test kit, metal/drug detector dan mesin pengira wang kepada pegawai kastam;

iv. kerjasama antara jabatan dengan kastam antarabangsa bagi mengetahui modus operandi penyeludupan terbaru serta mengeluarkan surat Arahan Berjaga-jaga kepada semua LTA;

v. menempatkan mesin pengimbas kontena untuk pengimbasan barang dalam kontena; dan

vi. penggunaan anjing pengesan dari Unit K9, Cawangan Narkotik JKDM untuk mengesan dadah yang dihantar melalui mel atau kurier.

Selaras dengan keperluan dan cabaran semasa, JKDM akan mengambil langkah lebih proaktif bagi membendung penyeludupan di KLIA dan antaranya ialah penambahan keatas perjawatan pegawai/kakitangan serta membuat kajian keperluan kesesuaian dan realiability mesin pengimbas penumpang dan kontena.

(24)

DARIPADA

TARIKH

Soalan No : 16 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN

Y.B. TUAN AMRAN BIN AB GHANI (TANAH MERAH)

20.06.2011 SOALAN:

Y.B. TUAN AMRAN BIN AB GHANI [ TANAH MERAH ] minta Menteri Pelajaran

menyatakan konsep pendidikan percuma yang pernah dimaklumkan sebelum ini tetapi telah menimbulkan kekeliruan terhadap ibu bapa yang masih membayar yuran persekolahan serta nyatakan perbelanjaan untuk memastikan pendidikan percuma berjaya dilaksanakan.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diperuntukkan dengan bajet yang cukup besar setiap tahun dalam memastikan pengoperasian pendidikan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Adalah menjadi harapan KPM untuk menyediakan pendidikan secara percuma di negara ini. Namun, untuk melaksanakan sepenuhnya dasar pendidikan percuma, KPM perlu menyediakan peruntukan yang amat besar.

Sungguhpun begitu, KPM tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya dalam memastikan anak-anak warga negara ini dapat akses kepada pendidikan dengan menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada semua sekolah. Justeru, tidak timbul kekeliruan seperti yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling

(25)

PERTANYAAN

Panduan Sistem Pakej Bayaran Tambahan kepada perkhidmatan dan kemudahan di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008, ibu bapa tidak perlu lagi membayar Yuran Khas sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9.00 bagi sekolah menengah. Selain itu, pada tahun yang sama yuran peperiksaan juga telah dimansuhkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pelaksanaan bayaran-bayaran lain persekolahan, pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah juga diingatkan supaya mematuhi langkah-langkah yang disarankan seperti di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan. Bagi memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat peluang pendidikan yang sama, KPM turut menyediakan pelbagai jenis bantuan pendidikan khusus kepada semua murid yang layak seperti bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BPKU). Bantuan pendidikan yang disediakan ini adalah bertujuan membantu murid-murid kurang berkemampuan bagi meneruskan persekolahan serta membuka ruang kepada mereka untuk menjana kecemerlangan seperti murid-murid lain.

(26)
(27)

PERTAN YAAN

1

N0:17 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan memandangkan bahawa Cabotage

Policy sering dibangkitkan sebagai satu sebab mengapa harga barang-barang

diimport ke Sabah mahal daripada di Semenanjung, nyatakan kebenaran hakikat ini, dan jika demikian, apakah langkah Kementerian untuk membantu mengurangkan harga barang-barang di Negeri Sabah dan adakah terfikir keperluan pemberian subsidi untuk mengatasi pengurangan cost of living di Negeri Sabah.

JAWAPAN

Dasar Kabotaj adalah satu dasar yang menetapkan bahawa perkhidmatan perkapalan di dalam perairan Malaysia dikhaskan hanya untuk kapal-kapal Malaysia sahaja. la bertujuan untuk membangunkan kapasiti dan keupayaan perkapalan tempatan. Di samping itu, dasar ini juga bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan Negara kepada kapal-kapal asing yang menyebabkan pengaliran keluar wang Negara dalam bentuk tambang kapal dan insurans.

Harga barang-barang yang diimport ke Sabah ditentukan oleh pelbagai faktor termasuklah kos pengangkutan kapal (freight) dan kos logistik. Di Sabah juga terdapat caj tambahan yang dikenakan iaitu surcaj akibat kelewatan dalam operasi di pelabuhan. Semua kos-kos ini menyumbang kepada penentuan harga sesuatu barangan.

Di samping itu, terdapat juga corak perdagangan yang tidak seimbang (trade

imbalance) di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah disebabkan oleh

DARIPADA

TARIKH SOALAN

DEWAN RAKYAT BAGI JAWAB LISAN Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] 20 Jun 2011 (Isnin)

(28)

2

kekurangan ‘indigenous cargo’ (dengan izin) dari Sabah ke Semenanjung Malaysia. Ini turut menyumbang kepada peningkatan dalam kadar tambang kapal dan ianya adalah terpakai ke atas kapal-kapal Malaysia mahupun kapal-kapal asing secara amnya.

Adalah ditekankan bahawa Dasar Kabotaj tidak menghalang perkhidmatan kapal secara terus dari mana-mana pelabuhan negara asing untuk singgah terus di mana- mana pelabuhan di Sabah bagi tujuan import dan eksport kargo.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Kerajaan pada Jun 2009 telah meliberalisasikan dasar kabotaj bagi aktiviti pengangkutan kargo pindah kapal di antara sektor Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di mana kapal kontena yang mengangkut kargo transshipment boleh diangkut oleh kapal-kapal asing. Dalam pada itu, kapal-kapal-kapal-kapal asing juga diberi pengecualian untuk beroperasi di perairan Malaysia sekiranya disahkan bahawa kapal-kapal Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan.

Berhubung dengan langkah untuk membantu mengurangkan harga barang-barang di Negeri Sabah dan keperluan pemberian subsidi, ia adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi tahun 2011 untuk membiayai kos pengangkutan bagi pelaksanaan Projek Pengedaran Barang Perlu, Penyeragaman Harga Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Penyeragaman Harga Petrol dan Diesel (Community Drumming) yang merupakan suatu program untuk membantu masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman di 338 kawasan di Sabah mendapatkan barang keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras ST15%, gas petroleum cecair (LPG) serta petrol dan diesel pada harga yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

(29)

NO SOALAN PEMBERITAHUAN

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA :Y.B. TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)

PERTANYAAN :LISAN TARIKH =20.06.2011

Y.B. TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] mints MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam mengatasi inflasi dan mengurangkan kesannya terhadap peniaga dan rakyat Malaysia ekoran penarikan subsidi diesel dan statistik kenaikan harga barang mentah, minyak dan diesel sejak lima tahun lalu.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM23.7 bilion atau 14.6% daripada perbelanjaan mengurus bagi jumlah keseluruhan subsidi untuk tahun 2011. Pecahan terperinci perbelanjaan tahunan subsidi mulai tahun 1999 hingga 2011 adalah seperti berikut {sila lihat Lampiran 1).

Kenaikan harga komoditi utama dunia termasuk minyak mentah dan minyak sawit mempunyai kesan kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berikutan ia merupakan antara komponen terbesar dalam perbelanjaan subsidi. Sehubungan itu, Kerajaan telah mengapungkan secara terkawal harga runcit petrol RON97 supaya ia selaras dengan harga minyak mentah di pasaran dunia. Selain itu, untuk mengekalkan harga runcit RON95, Kerajaan juga terpaksa menambah peruntukan bagi subsidi petroleum, diesel

(30)

dan LPG sebanyak RM5.6 bilion daripada RM10.3 bilion kepada RM15.9 bilion bagi tahun 2011. Peruntukan bagi subsidi minyak masak di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak juga ditambah sebanyak RM700 juta daripada RM928 juta kepada RM1.6 bilion bagi tahun 2011.

Pada bulan Mei 2011, subsidi gula telah dikurangkan 20 sen yang dijangka memberi penjimatan sebanyak RM117 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak RM283 juta. Selain itu, pemansuhan diesel super subsidi bagi pengangkutan darat tertentu seperti penggerak utama (prime mover), kargo am dan teksi limosin serta nelayan laut dalam (zon C2) mulai 1 Jun 2011 dijangka menghasilkan penjimatan sebanyak RM712 juta.

Langkah rasionalisasi subsidi adalah perlu dalam usaha untuk memastikan peruntukan sumber yang lebih cekap, mengurangkan herotan pasaran dan aktiviti penyeludupan serta meringankan beban fiskal Kerajaan. Subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan mendorong penggunaan secara berlebihan. Malahan, industri tidak mempunyai dorongan untuk menambah baik dan mempertingkatkan produktiviti memandangkan kos input diberi subsidi. Kesan subsidi yang tidak diingini telah menjurus kepada peruntukan sumber yang tidak optimal, memberi kesan ke atas kecekapan pasaran dan persaingan serta membataskan potensi pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang. Sehubungan itu, apabila subsidi tidak menepati kumpulan sasaran, sejumlah besar dana awam tidak dapat disalurkan kepada program yang memberi faedah kepada rakyat. Rasionalisasi subsidi ini akan dilaksanakan secara teliti dan beransur-ansur agar ia memberi kesan yang minimum kepada pengguna dan perniagaan serta mengekang tekanan inflasi.

Kerajaan telah mengambil pelbagai usaha untuk membantu golongan yang mudah terjejas bagi mengurangkan beban kenaikan harga barang. Antara langkah yang diambil termasuk:

Meneruskan pemberian subsidi bagi petrol RON 95, diesel dan LPG serta barangan makanan seperti beras ST15%, gula dan

(31)

tepung gandum;

Menyeragamkan harga bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi harga keperluan asas seperti beras, tepung gandum, gula dan gas masak. Bagi tahun ini, peruntukan sebanyak RM200 juta telah diluluskan di bawah Program Pengedaran Barang Perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel bagi menyeragamkan harga barangan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia;

Meningkatkan penguatkuasaan ke atas kawalan harga dan bekalan barangan yang dikawal supaya para peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga. Sehubungan ini, Kerajaan telah menggubal Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang berkuat kuasa pada 1 April 2011. Akta ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan mengekang syarikat atau individu menjual barangan atau menawarkan perkhidmatan pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran secara melampau;

Memantau bekalan barangan keperluan supaya tidak berlaku kekurangan penawaran yang boleh memberi kesan kepada harga;

Memansuhkan duti import ke atas beberapa jenis barang makanan;

Memperuntukkan sebanyak RM974 juta sebagai pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi, RM230 juta untuk intensif pengeluaran dan peningkatan hasil padi serta RM170 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan bagi tujuan meningkatkan pengeluaran makanan;

Memperuntukkan sebanyak RM235 juta bagi meningkatkan pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan kawasan lain dengan menaik taraf sistem pengairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi;

Mewujudkan portal interaktif "IMalaysia Pengguna Bijak" bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7 ribu premis perniagaan seluruh negara;

Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan selama 5 tahun sehingga 2015;

Siling kelayakan untuk golongan kurang upaya dinaikkan daripada pendapatan RM750 sebulan kepada RM1,200 sebulan dan siling

(32)

pendapatan untuk isi rumah miskin menerima bantuan dinaikkan Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sentiasa memantau pergerakan dan perkembangan harga terkini dan mengambil langkah-langkah yang perlu supaya ia tidak menjejaskan kehidupan harian rakyat terutama golongan mudah terjejas.

(33)

Lampiran I Jumlah Perbelanjaan Sebenar Subsidi (RM juta)

1999-2011

Komponen 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 B

Gas petroleum cecair (LPG), diesel dan petrol 458 3,170 2,881 1,651 1,006 3,343 10,984 7,558 7,473 17,55 6

6,190 9,605 10,256

Bantuan pendidikan 1 396 455 635 477 709 921 982 1,018 1,176 8,974 6,698 5,987 6,756

Bantuan kebajikan lain 2 7 9 11 12 14 12 15 37 1,605 2,376 1,879

Subsidi perbezaan kadar faedah dan elektrik 353 38 795 519 628 522 741 815 1,085 1,367 1,581

Padi, beras, gula dan tepung 519 546 566 531 580 635 626 841 709 1,266 2,138 1,927 1,572

Skim penstabilan harga minyak masak 438 828 928

Insentif 3 155 1,943 1,091 524 401 Lain-lain 4 29 300 426 214 374 366 153 161 212 4,137 1,538 493 331 Jumlah 1,402 4,824 4,553 3,677 2,680 5,796 13,387 10,112 10,481 35,16 6 20,345 23,107 23,704 1

Daripada tahun 2008, biasiswa dan bantuan pelajaran diklasifikasikan di bawah subsidi.

2

Termasuk bantuan kepada golongan miskin, warga emas, Orang Asli, orang kelainan upaya dan golongan mudah terjejas. 3 Insentif untuk membantu petani, nelayan dan pentemak bagi meningkatkan pengeluaran makanani.

4

Termasuk rebat tunai dan lain-iain.

(34)

SULIT

N0:19 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA DATO1 PADUKA ABU BAKAR BIN TAIB [LANGKAWI - BN]

TARIKH 20 JUN 2011 (ISNIN) SOALAN NO. 19

Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi - BN ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan

(a) apakah bidang sukan yang menjadi kecemerlangan oleh Kementerian dan nyatakan jumlah peruntukan yang diberi; dan

(b) apakah tindakan Kementerian terhadap sukan perahu layar yang telah mendapat kedudukan cemerlang di peringkat antarabangsa iaitu bagi kategori optimis dan laser.

JAWAPAN

1. Kementerian Belia dan Sukan telah menumpukan pembangunan dan kecemerlangan untuk 19 jenis sukan teras prestasi tinggi dengan peruntukan sebanyak RM 31.1 juta bagi tahun 2011. Peruntukan tersebut melibatkan program latihan atlet elit dan pelapis. Sukan-sukan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah Badminton, Skuasy, Berbasikal (Trek), Akuatik (Terjun), Menembak, Hoki (L), Bola Sepak (L), Pelayaran, Angkat Berat dan Tenpin Boling.

(35)

Lampiran I

l SULIT

(36)

SULIT

2. Bagi sukan Pelayaran, Kementerian bersama-sama Persatuan Peiayaran Malaysia (MYA) telah lama melaksanakan program pembangunan acara optimist dan laser di peringkat pelapis dan elit bagi persediaan ke arah temasya Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Nama-nama besar yang lahir melalui program ini adalah seperti Ryan Tan, Kevin Lim Leong Keat, Rufina Tan, Nurul Elia, Mohd Romzi Mohamed, Khairul Nizam Afendy, Ahmad Latif Khan, Ahmad Syukri dan ramai lagi. Pada tahun 2011 ini sebanyak RM 1.4 juta telah diperuntukkan melalui program Pelapis dan Elit yang merangkumi bantuan elaun latihan atlet, latihan dan penyertaan atlet dalam dan luar negara, peralatan latihan serta khidmat sokongan kejurulatihan. Mulai tahun ini juga, Kementerian akan bekerjasama dengan Persatuan Pelayaran Malaysia dalam persediaan atlet ke kejohanan Piala Monsun 2011.

(37)

SOALAN NO. 20 2

(38)

SOALAN NO. 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHSIN FADZLI BIN

HAJI SAMSURI (BAGAN SERAI) TARIKH 20 JUN2011 (ISNIN)

SOALAN

YB Tuan Mohsin Fadzli Bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan

pencapaian Program Azam 1 Malaysia dalam menangani masalah kemiskinan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Program 1AZAM telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010.

Program 1AZAM adalah sebuah program komprehensif yang berlandaskan konsep peningkatan produktiviti dengan menyediakan peluang menjana pendapatan kepada

(39)

golongan berpendapatan rendah dalam bentuk peluang perniagaan, pertanian, perkhidmatan dan pekerjaan. Program 1AZAM mengandungi 4 komponen iaitu AZAM Tani yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, AZAM Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia serta AZAM Niaga dan AZAM Khidmat dimana Amanah Ikhtiar Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana.

Di atas komitmen Kerajaan dalam melaksanakan Program 1AZAM ini, sasaran penyertaan sebanyak 57,793 peserta daripada golongan berpendapatan rendah ditetapkan untuk dicapai sebelum 31 Disember2011.

Tuan Yang di-Pertua,

Program 1AZAM ditawarkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang produktif dan berdaftar di bawah sistem eKasih mengikut minat dan kemahiran masing-masing bagi memastikan pengekalan atau, dengan izin,

‘sustainability’ projek oleh peserta. Sehingga 9 Jun 2011, sejumlah 17,177 KIR

yang berdaftar di bawah sistem eKasih telah menyertai Program 1AZAM. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,500 KIR telah menyertai Azam Khidmat dan Azam Niaga di mana KPWKM merupakan agensi pelaksana, 3,079 KIR telah menyertai Azam Tani di mana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjadi agensi pelaksana, 2,506 KIR telah menyertai Azam Niaga dan Azam Khidmat di mana Amanah Ikhtiar Malaysia menjadi agensi pelaksana, 1,217 KIR telah menyertai AZAM Kerja di mana Kementerian Sumber Manusia menjadi agensi pelaksana, manakala 3,576 KIR telah menyertai AZAM Sabah di mana Kerajaan Negeri Sabah menjadi agensi pelaksana

(40)

menjadi agensi pelaksana.

Para peserta Program 1AZAM diberikan bimbingan dan dipantau oleh agensi pelaksana bagi memastikan ‘sustainability’ projek dalam usaha menjana pendapatan berterusan dan dapat meningkatkan taraf hidup keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

SOALAN NO. 21 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN JAWAB

LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD NASIR BIN IBRAHIM FIKRI

(KUALA NERUS)

TARIKH 20 JUN2011 (ISNIN) SOALAN

YB Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah rumah orang-orang tua yang

terdapat di negara ini mengikut negeri dan berapa ramaikah kes ibu bapa yang anak mereka sendiri datang menyerahkan ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua itu.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat peka akan kesejahteraan golongan warga emas di negara ini. Dalam hal ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuka 9 buah Rumah Seri Kenangan (RSK) iaitu 1 setiapnya di negeri Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan serta 2 buah di negeri Perak. Selain itu, JKM juga mempunyai 2 buah Rumah Ehsan iaitu masing-masing di negeri Selangor dan Terengganu. Kesemua Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan ini menampung seramai 2,144 orang warga emas.

(41)

Selain itu, terdapat 37 buah rumah warga emas yang dikendalikan oleh pihak swasta atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menampung 2,682 orang warga emas. Pecahan mengikut negeri bagi 37 buah rumah warga emas ini adalah seperti berikut:

Rekod JKM menunjukkan bahawa kebanyakan warga emas yang ditempatkan di institusi adalah mereka yang berkeadaan daif, miskin serta hidup terbiar. Berdasarkan penilaian kes penghuni institusi JKM pada bulan Mac 2011 terdapat seramai 613 orang penghuni masih mempunyai anak tetapi anak-anak mereka tidak mampu memberi jagaan kepada ibu bapa

NEGERI BILANGAN Pulau Pinang 3 Perak 8 Selangor 5 W.P Kuala Lumpur 2 Negeri Sembilan 2 Melaka 3 Johor 3 Pahang 6 Terengganu 4 Sarawak 1 JUMLAH 37

(42)
(43)

NO. SOALAN: 22 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA Y.B. TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [ PASIR PUTEH ]

TARIKH 20 Jun 2011

SOALAN

Y.B. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapa bilangan telaga minyak di hadapan pantai Kelantan dan Terengganu yang jaraknya tidak melebihi 3 batu nautika daripada pantai masing-masing.

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, tidak terdapat sebarang telaga minyak dan gas dalam lingkungan 3 batu nautika dari pesisir pantai Semenanjung Malaysia.

(44)

PERTANYAAN

DARIPADA

TARIKH

Soalan No : 23 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN

Y.B. DATO' SERI TIONG KING SING (BINTULU)

20.06.2011 SOALAN:

Y.B. DATO1 SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta Menteri Pelajaran menyatakan

(a) adakah pihak Kementerian membuat kajian secara menyeluruh mengenai pemberian bantuan KWAPM kepada para pelajar yang benar-benar layak menerima; dan

(b) adakah pihak Kementerian membuat justifikasi untuk menolak serta membatalkan bantuan KWAPM kepada pelajar daripada keluarga ibu tunggal yang telah menerima bantuan bulanan daripada pihak Jabatan Kebajikan Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

(a) Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian berhubung penilaian Program Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Kajian tersebut dapat menjelaskan perlaksanaan program KWAPM yang dijalankan oleh KPM dan beberapa langkah penambahbaikan program tersebut agar dapat berjalan dengan lebih berkesan dan efisien.

(45)

Penubuhan kumpulan wang ini bertujuan membantu murid miskin untuk meneruskan persekolahan serta menjana kecemerlangan pendidikan mereka. Bantuan kewangan ini telah banyak membantu murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

Secara umum, bantuan kewangan yang disediakan di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah terbuka kepada semua murid miskin warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. KPM tidak pernah bercadang untuk memansuhkan KWAPM kerana ianya merupakan bantuan kepada murid-murid yang datang daripada golongan miskin dan miskin tegar bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pendidikan. Ini adalah bertepatan dengan objektif penubuhan KWAPM iaitu bagi memastikan tiada murid yang tercicir dari persekolahan akibat kemiskinan. Ini juga selaras dengan Dasar Pendidikan Wajib yang telah berkuatkuasa mulai tahun 2003. E-Kasih pula merupakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara. Mulai tahun 2009, KPM menggunakan data dalam E-Kasih untuk menyelaraskan bantuan KWAPM. Sistem ini digunakan bagi mengelakkan berlakunya ketirisan dan pertindihan dalam pemberian bantuan dengan kementerian- kementerian lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan kewangan KWAPM diberikan kepada murid yang layak dari Tahun 1 hingga Tingkatan 1 sahaja. Pada tahun 2010, murid yang layak menerima bantuan ini disenarai melalui data e-Kasih. Manakala murid lain jika layak dan tidak tersenarai perlu membuat permohonan kepada pihak sekolah.

(46)

PERTANYAAN

DARIPADA

TARIKH

Soalan No : 24 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN

Y.B. PUAN CHONG ENG (BUKIT MERTAJAM) 20.06.2011

SOALAN:

Y.B. PUAN CHONG ENG [ BUKIT MERTAJAM ] minta Menteri Pelajaran

menyatakan tindakan Kementerian terhadap guru yang disabitkan bersalah mencabul kehormatan pelajar. Nyatakan jumlah kes kesalahan seksual di sekolah bagi sepuluh tahun kebelakangan.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memandang serius terhadap salah laku yang melibatkan anggota dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah guru. . Kes mencabul kehormatan murid merupakan suatu bentuk tatakelakuan yang mewajarkan tindakan tatatertib yang paling berat iaitu tindakan buang kerja. Sekiranya pelanggaran tatakelakuan seseorang guru didapati berasas atas kesalahan tersebut, maka lembaga Tatatertib akan menetapkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Jumlah kes kesalahan seksual di sekolah bagi sepuluh tahun kebelakangan yang telah dikenakan tindakan buang kerja adalah sebanyak 3 kes.

(47)

l

NO: 25

SIDANG DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUA BELAS (2011)

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ]

TARIKH 20 Jun 2011 SOALAN 25

minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sehingga kini sudah berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk mengeluar, memasar dan mempromosikan produk-produk bioteknologi dan agensi-agensi Kerajaan dan swasta yang dibantu. Adakah pelaburan yang dikeluarkan memberikan pulangan yang munasabah kepada produktiviti negara.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2010, sebanyak RM

926.7 juta telah dibelanjakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

(48)

2

bioteknologi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM806.2 juta adalah merupakan

geran R&D yang dikeluarkan oleh agensi di bawah MOSTI untuk tujuan penyelidikan

dan pembangunan (R&D) kepada institusi penyelidikan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan syarikat. Manakala RM120.5 juta adalah merupakan "seed fund" atau

dana cambah yang diberikan oleh BiotechCorp kepada syarikat Bionexus bertujuan

membantu syarikat-syarikat Bionexus untuk memulakan operasi. Dana cambah ini boleh juga digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti mengeluar, memasar dan mempromosikan produk bioteknologi oleh pihak syarikat tertakluk kepada pelan perniagaan dan perancangan syarikat- syarikat Bionexus tersebut.

Tuan Yang Di Pertua,

Sayugia ingin dijelaskan bahawa sehingga 31 Disember 2010, jumlah pelaburan yang diperolehi oleh industri bioteknologi adalah seperti berikut;

• Pelaburan baru sebanyak RM5.4 bilion;

• Penjanaan sebanyak 54,776 peluang pekerjaan baru; • Hasil pendapatan negara sebanyak RM13.5 bilion; dan

• Sumbangan sebanyak 2.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Sungguhpun demikian, usaha untuk meningkatkan produktiviti industri bioteknologi dilaksanakan secara berterusan melibatkan:

(49)

Keusahawanan Bioteknologi (BeST) yang bertujuan melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pemikiran keusahawanan bagi penyediaan mereka bagi peringkat permulaan pekerjaan di dalam industri bioteknologi;

(ii) Pelaksanaan Program Rakan Kongsi BioNexus (BNP) yang bertujuan meningkatkan kerjasama dan keupayaan sektor industri dan institusi penyelidikan (IP), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarikat milik kerajaan dalam usaha mempercepatkan pengkomersilan hasil penyelidikan bioteknologi; dan

(iii) Program Latihan Perundangan dan Kawal Seliaan (Harta Intelek, Biokeselamatan, Farmaseutikal dan Akreditasi Antarabangsa bagi membantu pihak industri mempunyai rangka kerja perundangan dan kawal seliaan yang menyeluruh dan lengkap untuk memastikan syarikat-syarikat bioteknologi di Malaysia yakin bahawa rekacipta mereka akan terpelihara di bawah rangka kerja perundangan dan kawal seliaan yang digubal dan dilaksanakan di negara ini.

(50)

PERTAN YAAN

l

NO:26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) seperti mana yang digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.

JAWAPAN Tuan

Yang Dipertua,

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah perlu untuk meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan sistem LRT di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar (UPT). Khusus untuk KTM Komuter, Kerajaan telah membuat perolehan baru 38 set tren 6 gerabak Komuter. Dengan adanya tambahan set tren baru berkenaan, maka, KTM Komuter boleh mengurangkan kesesakan penumpang (sekaligus meningkatkan kapasiti ) di dalam tren kerana pada masa ini kapasiti KTM Komuter yang hanya boleh menerima 33,000 penumpang pada satu-satu masa telah membawa 45,000 penumpang ataupun faktor muatan (load factor) 1.35 melebihi 1.00 (faktor muatan optimum). Sasaran yang ditetapkan di bawah NKRA adalah untuk meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan mengurangkan load factor kepada 1.25 load factor pada tahun 2011. Sementara itu, usaha meningkatkan kapasiti sistem LRT adalah dengan membuat perolehan baru 35 set LRT 4 gerabak. Usaha ini juga adalah untuk mengurangkan load factor daripada 1.25 kepada 0.8 serta peningkatan kapasiti sistem LRT itu sendiri. Hasilnya, jumlah penumpang LRT Aliran Kelana Jaya telah bertambah pada waktu puncak pagi dari 331,661 penumpang pada tahun 2009 kepada 433,544 penumpang pada tahun 2010 iaitu pertambahan sebanyak 31.6 peratus. Pencapaian pada tahun 2011 adalah di mana masa kekerapan LRT telah berkurang dari 5 minit kepada 2.37 minit setelah adanya set

DARIPADA

TARIKH SOALAN

DEWAN RAKYAT BAGI JAWAB LISAN Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok]

20 Jun 2011 (Isnin) 26

(51)

NO SOALAN

(52)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA :Y.B. DATUK JUSLIE AJIROL (LIBARAN)

PERTANYAAN :LISAN TARIKH :20.06.2011

Y.B. DATUK JUSLIE AJIROL [ LIBARAN ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah bentuk sasaran intipati-intipati yang akan ditumpukan untuk membolehkan ekonomi rakyat dan negara berdaya saing serta menangani masalah inflasi dalam pembentangan Bajet 2012.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Peningkatan daya saing sememangnya diberi penekanan utama dari segi pertumbuhan ekonomi yang cergas mahupun penglibatan rakyat yang produktif. Selaras dengan peningkatan ini, negara kita berupaya memulihkan ekonomi dengan pantas dan pesat pada tahun 2010 sebanyak 7.2 peratus setelah mengalami kemelesetan pada kadar negatif 1.6 peratus pada tahun 2009. Pertumbuhan yang begitu ketara ini didorong oleh pengurusan ekonomi yang cekap dan pragmatik terutamanya oleh kecergasan aktiviti ekonomi dalam negeri. Untuk memastikan daya saing terus ditingkatkan, kerajaan berusaha gigih untuk melaksanakan transformasi ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diumumkan oleh Kerajaan dilihat menjadi pemangkin utama dalam meningkatkan pelaburan swasta dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Sehingga 13 jun 2011, 87 projek telah dilancarkan di bawah ETP mencatatkan pelaburan berjumlah RM170.28bilion serta membuka peluang

(53)

NO SOALAN

pekerjaan baru sebanyak 362,396. Kesungguhan Kerajaan dalam memenuhi aspirasi negara menjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju menjelang 2020 turut mampu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya golongan muda dan berpendapatan rendah untuk sama-sama menikmati kemakmuran negara. Ini selaras dengan konsep "IMalaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".

2. Usaha meningkatkan daya saing turut dilaksanakan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam. Fokus telah diberikan terhadap pelaksanaan enam bidang keutamaan nasional (NKRA). Pengurangan kadar jenayah dan rasuah mampu menarik minat para pelabur untuk membuat pelaburan di Malaysia. Peningkatan pencapaian pelajar juga mampu mempergiatkan pembangunan modal insan dan menambah baik kualiti hidup rakyat selari dengan matlamat belanjawan tahunan negara sekali gus meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Usaha lain juga terus di dilaksanakan oleh PEMUDAH bagi meningkatkan kecekapan penyampaian kerajaan. Sebagai contoh, tempoh masa yang diperlukan untuk memulakan perniagaan telah dikurangkan kepada 3 hari berbanding 11 hari.

3. Selain itu, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang mengandungi lima teras strategik juga akan menyokong pelaksanaan GTP dan ETP serta meningkatkan daya saing negara. Lima teras strategik tersebut adalah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi; mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi; menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif; membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf antarabangsa serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Kenaikan kadar inflasi yang dihadapi sekarang merupakan fenomena global akibat kenaikan ketara harga minyak mentah dan komoditi

(54)

makanan di pasaran dunia sejak pertengahan tahun 2010. Namun demikian, Kerajaan

(55)

amat prihatin terhadap nasib rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah yang perlu menanggung beban kenaikan harga, terutamanya harga makanan.

5. Bagi membantu rakyat, beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan. Ini termasuk memberi bantuan subsidi untuk petrol, diesel, LPG dan barangan makanan seperti beras ST15, gula dan tepung gandum serta memansuhkan duti import ke atas beberapa jenis barang makanan seperti mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis. Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan tambahan serta insentif bagi meningkatkan pengeluaran makanan.

6. Dengan langkah-langkah yang diambil, kadar kenaikan inflasi yang dihadapi adalah terkawal. Bagi 4 bulan pertama tahun ini, kadar inflasi negara yang dicatat adalah 2.9 peratus berbanding kadar antara 3.3 peratus hingga 14.0 peratus yang dicatatkan oleh negara-negara di rantau ini bagi tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus memantau pergerakan dan perkembangan harga terkini dan mengambil langkah-langkah yang perlu termasuk aktiviti penguatkuasaan supaya ia tidak menjejaskan kehidupan harian rakyat.

(56)

I

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah jaminan Kementerian untuk memastikan tiada campur tangan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Institut-1nstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam proses berkempen dan memilih dalam Pilihan Raya Kampus di IPTA untuk memelihara kebebasan dan hak pelajar-pelajar.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, para pelajar IPTA diberi peluang untuk membuat pemilihan pemimpin mereka yang akan menjadi Ahli Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) sesebuah IPTA bagi setiap tahun. Pemilihan kampus yang terbaru sehingga ini telah diadakan pada bulan Januari dan Februari 2011 iaitu bagi menjadi Ahli MPP sesi 2010/2011 sesebuah IPTA.

PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SOALAN

JAWAB LISAN

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALJ 20 JUN 2011 (ISNIN)

(57)

2

Pemilihan Kampus IPTA sebenarnya dikembalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kampus IPTA berkaitan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor atau Rektor IPTA. Walau bagaimanapun Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor/Penolong Naib Censelor/Dekan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEPA) IPTA berkaitan biasanya melaksanakan tugas-tugas bagi pihak Naib Censelor/Rektor IPTA masing-masing. Menerusi jawatankuasa pemilihan kampus, mereka sebenarnya hanya berperanan seolah-olah badan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semasa mengendalikan pilihanraya umum. Walau bagaimana pun, sudah menjadi lumrah dan kebiasaannya, mereka sering menjadi sasaran tohmahan bagi calon-calon yang kalah dalam pemilihan kampus.

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan AUKU 1971, Pindaan 2009, calon-calon pemilihan kampus sesebuah IPTA adalah bertanding atas kapasiti peribadi masing-masing. Tiada kumpulan pelajar atau ‘parti pelajar1

yang dibenarkan bertanding atas nama kumpulan ataupun parti. Larangan ini adalah bertujuan untuk menjamin kesentosaan dan mewujudkan suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran di sesebuah IPTA.

(58)
(59)

NO SOALAN : 29

MESY KE2/DR20.6.11-TN KHAIRY JAMALUDDIN [REMBAU] 1

PERTANYAAN :

DARIPADA

TARIKH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN (REMBAU) 20.06.2011 (ISNIN) SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah insiden pencerobohan ruang udara negara oleh pesawat pejuang Singapura sepanjang lima tahun yang lalu hingga kini.

(60)
(61)

MESY KE2/DR20.6.11-TN KHAIRY JAMALUDDIN [REMBAU]

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Bantahan diplomatik terhadap pencerobohan pesawat Tentera Udara Republik Singapura (TURS) bermula apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan hak kedaulatan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 23 Mei 2008. Setiap pergerakan pesawat TURS yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Sehingga kini, bantahan diplomatik ke atas insiden pencerobohan ruang udara negara yang telah dibuat terhadap 2508 pergerakan pesawat TURS dan pecahannya adalah seperti berikut:

1. Tahun 2008 - sejumlah 985 pergerakan pesawat dikesan dengan purata 164 pergerakan pesawat sebulan.

2. Tahun 2009 - sejumlah 1286 pergerakan pesawat dikesan dengan purata sebanyak 107 pergerakan pesawat sebulan.

3. Tahun 2010 - sejumlah 218 pergerakan pesawat dikesan dengan purata sebanyak 18 pergerakan pesawat sebulan.

(62)
(63)

MESY KE2/DR20.6.11-TN KHAIRY JAMALUDDIN [REMBAU] 3

4. Tahun 2011 - sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat dikesan dengan purata sebanyak 4 pergerakan pesawat sebulan.

(64)
(65)

NO SOALAN

4

b

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA :Y.B. DATO' IBRAHIM BIN ALI (PASIR MAS)

PERTANYAAN :LISAN TARIKH :20.06.2011

Y.B. DATO' IBRAHIM BIN ALI [ PASIR MAS ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah aliran keluar dana negara ke negara luar sehingga bulan April 2011 dan terangkan sebab-sebab kenapa berlakunya begitu banyak aliran keluar dan apakah usaha Kerajaan untuk menanganinya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah ekonomi terbuka, aliran modal di Malaysia adalah berbentuk dua hala. Malaysia tidak mengalami aliran keluar modal yang besar malah kembali mencatat aliran masuk modal sejak separuh kedua tahun 2009 sehingga kini. Sebahagian besar aliran masuk modal adalah dalam bentuk pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan

portfolio. Statistik perangkaan Imbangan Pembayaran Negara (BOP)

menunjukkan bahawa aliran masuk modal bersih adalah berjumlah RM19.5 bilion bagi suku pertama 2011 (suku keempat 2010: RM14.2 bilion).

2. Dari segi pelaburan langsung asing (FDI), Malaysia masih menarik aliran FDI meskipun terdapat ketidaktentuan global dan persaingan yang sengit dari negara-negara sedang pesat membangun yang lain. Kejayaan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik serta mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Aliran FDI bersih meningkat pada tahun 2010 dengan mencatat RM29.3 bilion (2009: RM5.0 bilion). Pada suku pertama 2011, FDI terus meningkat dengan jumlah RM11.1 bilion (Suku keempat 2010:

(66)

RM10.7 bilion). Trend aliran masuk FDI yang semakin meningkat ini, didorong oleh usaha berterusan Kerajaan dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif serta keyakinan pelabur ke atas growth prospect negara.

3. Sementara itu, syarikat tempatan terus melabur di luar negeri dalam usaha mempelbagai dan memperluaskan operasi sedia ada serta meneroka peluang dan pasaran yang menguntungkan di rantau lain. Pelaburan luar negeri (Direct Investment Abroad-DIA) oleh syarikat Malaysia adalah lebih tinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM42.9 bilion (2009: RM27.9 bilion) dan dilaburkan terutamanya di rantau Asia. Pada suku pertama 2011, aliran keluar bersih DIA mencatat RM10.1 bilion (Suku keempat tahun 2010: RM8.8 bilion). Sektor utama yang diceburi oleh syarikat tempatan di luar negeri adalah perdagangan borong dan runcit; kewangan dan insuran; serta aktiviti perlombongan dan kuari. Sebagai mana syarikat-syarikat global yang lain, keuntungan pelaburan di luar negeri yang dibawa balik dapat digunakan bagi memantapkan operasi dalam negeri dengan meningkatkan keupayaan produktiviti dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Ahli-Ahli yang Berhormat,

4. Pelaburan portfolio pula mencatatkan aliran masuk bersih berjumlah RM79.7 bilion di antara separuh kedua tahun 2009 dan suku pertama tahun 2011 dengan sebahagian besarnya dilaburkan di pasaran hutang dan ekuiti tempatan. Kemasukan semula pelaburan portfolio ke Malaysia ini mencermin peningkatan "risk appetite” pelabur berikutan pemulihan ekonomi yang kukuh dan prospek ekonomi yang bertambah baik di rantau Asia, termasuk Malaysia. Trend ini turut dialami oleh negara-negara serantau. Bagi tempoh suku pertama 2011, aliran masuk bersih pelaburan portfolio turut mencatat lebihan sebanyak RM8.4 bilion (suku keempat 2010: RM3.5 bilion), yang dirangsang oleh asas ekonomi yang kukuh dan prospek keuntungan korporat yang lebih tinggi di Malaysia.

(67)
(68)

5. Namun demikian, sebagai sebuah ekonomi yang terbuka serta ekoran peningkatan integrasi Malaysia dengan ekonomi dan pasaran kewangan global, negara akan terus mengalami aliran masuk dan keluar modal yang besar. Aspek penting daripada perkembangan ini ialah memastikan aliran modal menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi secara keseluruhan dan tidak menyebabkan ketidakseimbangan yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan tempatan.

6. Sehubungan dengan ini, pengalaman lampau dalam pengurusan aliran modal menunjukkan bahawa kedudukan luaran Malaysia yang baik (iaitu rizab antarabangsa yang tinggi dan hutang luar negara yang rendah) dan sistem perbankan yang kukuh telah membolehkan negara menyerap aliran modal tanpa menyebabkan gangguan dalam sistem kewangan negara.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA : DATUK WIRA AHMAD BIN HAJI HAMZAH [JASIN]

TARIKH 20 JUN2011 (SELASA)

SOALAN

Datuk Wira Ahmad Bin Haji Hamzah [Jasin] minta PERDANA MENTERI

menyatakan potensi impak meliberalisasikan ekonomi ke atas jurang pendapatan antara kaum.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan dasar liberalisasi ekonomi terutamanya di dalam sektor perkhidmatan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan pasaran. Langkah ini akan dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta pengemblengan sumber secara efektif.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan tabel diatas dapat diketahui bahwa di SMA Negeri 3 Banjarmasin dari 122 responden yang terpapar pengetahuan terkait pendidikan seks 100 orang (82%) memiliki

Jika ada keberatan dari anggota sidi atas pencalonan Saudara kita tersebut, kami mohon supaya diajukan secara tertulis kepada Majelis Jemaat paling lambat hari Minggu,

Untuk itu, buku ini diharapkan dapat menjadi salah satu referensi dan sekaligus solusi bagi para pihak (pemerintah, peneliti, akademisi, dan lembaga

Terdapat 7 (tujuh) warna merah artinya risiko tinggi (high risk) yaitu risiko tidak dapat diterima (generally unacceptable) dengan score 15–25 dari proses pekerjaan menebang

Indoexchange Tbk dan Anak Perusahaan pada tanggal 31 Desember 2006 dan 2005 serta hasil usaha, perubahan ekuitas dan arus kas untuk tahun yang berakhir pada tanggal- tanggal

Saya berpendapat sebagaimana saya sebutkan tadi, dalam soal alam sekitar ini kita perlu menangani isu ini dengan teliti kerana dalam masa kita membuat pembangunan sudah tentu

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Universiti Malaysia Pahang dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk membuat tawaran bagi sebutharga

Tujuan pedoman ini adalah untuk dijadikan acuan bagi satuan pendidikan dalam melakukan seleksi penerimaan peserta didik baru di semua jenjang pendidikan kelautan dan