• Tidak ada hasil yang ditemukan

b) Cadangan oleh pihak pemaju projek ini tidak melibatkan pembinaan kasino. Oleh itu, tiada lesen permohonan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN I DARIPADA TARIKH SOALAN

NO-te

JAWAB LISAN

TAN SRI DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN 20 JUN 2011 (ISNIN)

NO. 66

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik pekerjaan, pengangguran, dan pendapatan purata graduan yang baru tamat pengajian daripada universiti- universiti mengikut kursus sejak tahun 2000 dan apa tindakan telah diambil oleh Kementerian untuk mempertingkatkan keadaan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan pada tahun 2004 telah meletakkan visi untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pengajian tinggi menjelang tahun 2020 dengan misi membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Pada tahun 2006, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula melaksanakan Kajian Pengesanan Graduan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk mengukur tahap employability dan marketability graduan warganegara di institusi pengajian tinggi. Tempoh kajian adalah antara 3 hingga 4 bulan selepas graduan menamatkan pengajian. Hasil dapatan daripada kajian tersebut, didapati pada tahun 2006, tahap employability graduan adalah sebanyak 69.3 peratus. Tahap employability ini adalah termasuk peratusan graduan yang bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan.

Kajian Pengesanan Graduan Tahun 2007 pula menunjukkan tahap employability graduan meningkat kepada 73.3 peratus. Seterusnya menokok kepada 76.0 peratus pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan Tahun 2009, tahap employability telah menurun kepada 73.3 peratus disebabkan oleh kedudukan ekonomi semasa negara yang tidak stabil pada masa itu. Namun demikian, tahap employability graduan telah meningkat semula kepada 75.4 peratus pada tahun 2010.

Kadar pengangguran graduan pada tahun 2006 adalah sebanyak 30.7 peratus, manakala pada tahun 2007 menurun kepada 26.7 peratus. Kadar pengangguran pada tahun 2008 pula menurun kepada 24.0 peratus. Kadar pengangguran pada tahun 2009 meningkat kepada 26.7 peratus, namun menurun semula kepada 24.6 peratus pada tahun 2010.

Daripada Kajian Pengesanan Graduan juga, didapati pendapatan graduan IPTA dan IPTS bagi peringkat Sarjana Muda pada tahun 2010 bagi

2

pendapatan RM1000 ke bawah ialah sebanyak 13.9 peratus, RM1001- RM1500 ialah 14.8 peratus, RM1501-RM2000 ialah 22.7 peratus, RM2001- RM2500 ialah 19.1 peratus, RM2501-RM3000 ialah 13 peratus dan RM3001-RM5000 ialah 16.5 peratus.

Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan pengangguran graduan secara keseluruhannya. Antara langkah-langkah strategik yang diambil adalah:

i. memastikan program pengajian yang ditawarkan oleh IPT adalah memenuhi kehendak pasaran dan industri. Setiap kursus baru perlu mendapat input dari industri serta menjalankan kajian pasaran sebelum diluluskan;

ii. menyemak semula dan mengemas kini kurikulum pengajian sedia ada di IPTA bagi memenuhi kehendak pasaran terutamanya bagi bidang yang mengalami perkembangan teknologi yang pesat seperti ICT;

iii. meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi ICT dan teknikal dalam melahirkan graduan yang mempunyai nilai tambah yang dapat membantu mereka dalam memenuhi kehendak pasaran;

iv. menerapkan elemen keusahawanan dalam program pengajian supaya graduan mampu bekerja sendiri dan menjadi usahawan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan;

v. mewajibkan latihan industri bagi memberikan lebih pengalaman dan meningkatkan kemahiran kepada pelajar;

2

vi. menerapkan pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah dan komunikasi dalam program pengajian dan aktiviti kokurikulum, termasuk penguasaan berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain; dan

vii. menjalankan program kebolehpasaran graduan dengan kerjasama industri bagi meningkatkan kemahiran graduan dalam bidang-bidang tertentu.

PERTANYAAN

DARIPADA

TARIKH

SOALAN NO : 67 PEMBER1TAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN

YB TUAN AZAN BIN ISMAIL [INDERA MAHKOTA]

20 JUN 2011 (ISNIN) SOALAN:

YB Tuan Azan bin Ismail [Indera Mahkota] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah langkah untuk memperbaiki pencapaian pertumbuhan ekonomi (4.6%) yang sepatutnya lebih 6% untuk menjayakan matlamat negara berpendapatan tinggi.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.6 peratus adalah merujuk kepada suku pertama tahun 2011. Pertumbuhan ini adalah sederhana berbanding sasaran rasmi Kerajaan bagi keseluruhan tahun 2011 antara 5 hingga 6 peratus. Walaupun begitu, pertumbuhan penggunaan swasta sebanyak 6.7 peratus dan pelaburan sebanyak 6.5 peratus telah memberi gambaran bahawa keyakinan pengguna dan pelabur ke atas ekonomi negara adalah semakin meningkat. Oleh kerana itu, sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 hingga 6 peratus bagi tahun 2011 adalah masih relevan dan masih boleh dicapai.

Bagi menyokong pertumbuhan tersebut, terdapat beberapa langkah jangka pendek telah diatur oleh Kerajaan iaitu seperti berikut:

i. Projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah dimulakan pada awal tahun 2011. Sebagai makluman, kemajuan yang dicapai

PERTANYAAN

2

memuaskan. Daripada RM230 bilion peruntukan pembangunan bagi RMKe-10, sejumlah RM103.6 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan fasa pertama (2011- 2012), termasuk RM49.2 bilion bagi tahun 2011. Daripada jumlah peruntukan tahun ini, sejumlah RM12 bilion telah dibelanjakan sehingga Mei 2011. Bagi memacu pertumbuhan ekonomi untuk tempoh selanjutnya dalam tahun ini, banyak projek RMKe-10 sudahpun diluluskan oleh Kerajaan untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat;

ii. Pelaburan swasta yang agresif melalui Program Transformasi Kerajaan (ETP) juga merupakan satu lagi leverage, dengan izin, untuk mengekalkan tahap pertumbuhan negara yang mampan. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sehingga Jun 2011 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan secara keseluruhan 87 projek di bawah ETP sejak ianya dilancarkan pada Oktober 2010. Pembabitan 87 projek tersebut dapat menjangkakan nilai pelaburan sebanyak RM170.3 bilion yang mampu menjana Keluaran Negara Kasar (KNK) bernilai RM220.2 bilion dan mewujudkan lebih 362 ribu peluang pekerjaan baru. Antara projek yang kini sedang berjalan termasuklah Mass Rapid Transit (MRT) dan River of Life iaitu program pembersihan dan pengindahan Sungai Klang;

iii. Skim Rumah Pertamaku yang diperkenal oleh Kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan membeli rumah berharga RM100 ribu hingga RM220 ribu, dengan pembiayaan 100 peratus serta tempoh pinjaman sehingga 30 tahun. Melalui pelaksanaan skim ini, pelaburan dan penggunaan swasta dijangka meningkat lebih tinggi pada tahun 2011;

iv. Sektor pelancongan juga dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancong yang menggalakkan. Acara besar tahunan yang bereputasi besar seperti Karnival

Mega Sale yang berlangsung daripada bulan Jun hingga Ogos 2011 diramalkan

akan menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa untuk berbelanja; dan

2

dengan izin, telah dilaksanakan bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi. Antaranya adalah pengkorporatan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi merancakkan pelaburan swasta. Sebagai makluman, pindaan akta bagi pengkorporatan MIDA akan dibentangkan dalam sesi Parlimen ini. Kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) telah berjaya memendekkan tempoh untuk memulakan perniagaan dalam masa 1 hari berbanding 4 hari sebelum ini, dengan pendaftaran dalam talian oleh syarikat bagi pendaftaran atas talian menggunakan MyGovXchange.

Business Licensing Electronic Support System (BLESS) yang menguruskan

perlesenan perniagaan pula telah diperluas ke lima sektor perkhidmatan lain termasuk pelancongan, kesihatan, pendidikan dan latihan serta logistics and

disitributive trade, dengan izin.

Melalui langkah-langkah seperti yang dinyatakan di atas, maka Kerajaan yakin bahawa sasaran pertumbuhan 5 hingga 6 peratus pada tahun 2011 adalah boleh dicapai.

PERTANYAAN DARIPADA KAWASAN TARIKH NO. SOALAN PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN