• Tidak ada hasil yang ditemukan

20 JUN 2011 (ISNIN)

SOALAN:

Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tentang Gunung Ledang

Security Heritage yang penuh dengan Flora dan Fauna serta Lagenda Puteri Gunung Ledang. Adakah pendekatan yang agresif untuk memastikan khazanah negara seperti ini terus terpelihara.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara sentiasa berusaha mengenalpasti dan mengkaji khazanah warisan di seluruh negara yang meliputi warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara termasuk warisan alam semulajadi yang meliputi flora dan fauna untuk diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Senarai pewartaan akan sentiasa bertambah daripada semasa ke semasa yang mana keutamaan

SOALANNO: 41

pendaftaran adalah berdasarkan kepentingan satu-satu warisan untuk tujuan perlindungan segera.

Mengenai warisan Gunung Ledang, Kementerian ini sedang dalam peringkat penyelidikan tentang kepentingannya untuk pewartaan di bawah kategori warisan alam semulajadi. Seperti mana biasa, Gunung Ledang juga turut bergantung kepada kepentingannya serta keutamaan yang akan diputuskan melalui Jawatankuasa Pakar Flora dan Fauna yang diwujudkan oleh Jabatan Warisan Negara. Selain itu, pewartaan juga tertakluk kepada persetujuan pihak berkuasa negeri.

NO. AUP : 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN [ HULU TERENGGANU ]

TARIKH 20 JUN 2011

RUJUKAN 3716

SOALAN:

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah bagi memastikan warga negara asing khasnya wanita tidak menyalahgunakan permit lawatan ke negara ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Hulu Terengganu diatas pertanyaan yang telah dikemukakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalu-alukan kedatangan warganegara asing sama ada untuk tujuan bekerja ataupun melancong asalkan mereka tidak tergolong sebagai imigran larangan atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ini adalah selaras dengan dasar-dasar negara seperti dasar menggalakkan pelancongan dan menjadikan negara hub pendidikan serantau.

Kerajaan, melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi-agensi penguat kuasa lain sentiasa komited dalam melaksanakan pemantauan, naziran serta operasi penguatkuasaan terhadap warganegara asing yang berada di negara ini agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan imigresen yang diberikan.

Sebagai langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaan visa dan pas oleh warganegara asing, Kerajaan melaksanakan langkah- langkah pemantauan dan penguatkuasaan seperti berikut:

i. mengawal kemasukan warganegara asing yang berisiko tinggi serta membuat semakan terperinci di pintu-pintu masuk negara

sebagai penyaringan awai bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar pelancong tulen dibenar-benarkan memasuki Malaysia;

menjalankan operasi penguatkuasaan secara berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);

menjalankan operasi khas oleh pihak Polis Diraja Malaysia iaitu Ops Gagak sebagai usaha membendung penyalahgunaan pas oleh warga Afrika;

menjalankan operasi-operasi bersepadu oleh agensi-agensi penguat kuasa;

meningkatkan kaedah penyaringan kemasukan warga asing di pintu-pintu masuk negara melalui kaedah pengambilan biometrik dalam National Enforcement Registration (Biometric) System (NERS) atau Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing bermula pada 1 Jun 2011;

meningkatkan kecekapan untuk mengesan dan mengesahkan identiti serta status warga asing dari bermulanya kemasukan, pergerakan, keberadaan dan pelepasan dari negara ini; dan

menyimpan data biometrik PATI secara kekal bagi tujuan semakan untuk menjejak malah mengekang dan memantau kemasukan semula PATI.

Soalan No : 43 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DATUK SERI PANGLIMA ABDUL GHAPUR BIN HAJI SALLEH

(KALABAKAN) TARIKH 20.06.2011 SOALAN:

Y.B. DATUK SERI PANGLIMA ABDUL GHAPUR BIN HAJI SALLEH [ KALABAKAN ] minta Menteri Pelajaran menyatakan

(a) bagaimana bentuk makanan tambahan yang dibekalkan melalui program makanan tambahan untuk murid-murid sekolah; dan

(b) setakat ini sejauh manakah kejayaan program ini menambah zat ke atas makanan murid dengan biaya tambahan sebanyak RM2.50 sahaja.

JAWAPAN

(a) dan (b)

Tuan Yang Di Pertua,

Bagi melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah, Jawatankuasa RMT yang dipengerusikan oleh Guru Besar serta keahlian yang terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru akan menentukan cara terbaik bagi menguruskan RMT di sekolah berdasarkan Buku

Panduan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Antara perkara-

perkara yang diambil kira oleh jawatankuasa tersebut termasuklah memastikan agihan kepada murid yang layak mendapat RMT diberikan secara betul dan saksama serta penyediaan makanan menepati kehendak yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM). Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) juga melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan RMT berjalan dengan lancar dan berkesan.

Di samping itu, KPM dan KKM telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan yang dipengerusikan bersama oleh Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran dan Y.B. Timbalan Menteri Kesihatan. Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan menangani dan menguatkuasakan segala peraturan serta memastikannya menepati Prinsip Am Kebersihan Makanan.

KPM juga telah melaksanakan Kajian Keberkesanan Kos Makanan Program RMT di sekolah pada tahun 2007. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan kos makanan RMT. Kajian ini telah meninjau status kehadiran ke sekolah, tahap pertumbuhan fizikal murid RMT, tahap kebersihan diri murid RMT, tahap peningkatan status sahsiah, prestasi akademik murid RMT, menentukan kos makanan yang paling berkesan bagi program RMT dan mengenal pasti sistem pengurusan pelaksanaan program RMT yang terbaik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai 1 Mac 2007, kadar RMT telah dinaikkan dari RM1.20 kepada RM1.80 di Semenanjung manakala RM1.35 kepada RM2.05 di Sabah, Sarawak dan Labuan. Bagi tahun 2011, sejumlah RM247 juta telah diperuntukkan untuk RMT yang melibatkan seramai 691,768 murid. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dari segi peruntukan sebanyak RM6 juta dan penambahan bilangan penerima RMT seramai 81,037 orang murid berbanding dengan tahun 2010.

SOALANNO: 44

LISAN

YB. DATO' SRI HAJI ZULHASNAN BIN RAFIQUE

[ SETIAWANGSA ]

ISNIN, 20 JUN 2011 06 [PR-1242-L44578]

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN DARIPADA

TARIKH RUJUKAN

SOALAN

Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan kaedah yang digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dalam menentukan reka bentuk, keperluan jumlah, keluasan dan kesesuaian tapak bagi pembangunan pusat-pusat penjaja di dalam usaha membantu penjaja dan peniaga kecil yang kini berniaga di kaki lima jalan-jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa mengambil kira keperluan jumlah penjaja berdasarkan kepada penjaja-penjaja yang sedang berniaga di kawasan tapak atau yang

2

berniaga di sekitar tapak bagi pembangunan sesuatu pusat penjaja yang hendak dibangunkan. DBKL juga akan memastikan tapak yang akan dibangunkan sebagai pusat penjaja tersebut merupakan tapak yang mudah dikunjungi oleh orang ramai.

Sementara itu, DBKL juga akan melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam aktiviti penjajaan seperti persatuan penjaja, wakil- wakil penjaja, para penjaja dan juga ketua-ketua masyarakat setempat dalam proses perancangan pusat penjaja yang baru meliputi keperluan reka bentuk, keperluan jumlah, keluasan dan juga kesesuaian tapak. Sebagai contoh, di dalam pembinaan pusat penjaja iaitu Pembangunan Sebuah Pusat Penjaja 1 Tingkat (34 unit) di Bandar Sri Permaisuri dan Pembangunan Medan Selera 1 Tingkat (157 unit) di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, DBKL telah melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam merancang dan melaksanakan pusat penjaja berkenaan.

Usaha yang dilaksanakan oleh DBKL ini bertujuan untuk memastikan pusat penjaja yang dibina adalah berdaya maju dan memberi kesan yang positif kepada para-para penjaja dan pengunjungnya.

JAWAB LISAN DARIPADA TARIKH SOALAN No. Soalan : PR-1242-L43432

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN

DATUK HAJI MOHAMED HAJI AZIZ [SRI GADING]

20 JUN 2011

Datuk Haji Mohamed Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan apakah status terkini Tabung Bantuan Bencana Tsunami Jepun yang dilancarkan oleh badan-badan kebajikan, media dan pihak bank dan apakah ianya telah diserahkan kepada pihak yang berhak menerima bantuan di Jepun.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan yang dikemukakan.

2. Kementerian Luar Negeri mengaiu-alukan inisiatif yang telah digerakkan oleh pelbagai badan korporat, kumpulan perniagaan, pertubuhan bukan Kerajaan dan orang perseorangan dalam mengutip sumbangan bagi tujuan membantu mangsa-mangsa bencana di Jepun. Usaha murni ini menggambarkan keprihatinan rakyat Malaysia membantu mereka yang dilanda kesusahan, tanpa mengira batasan sempadan.

3. Usaha kutipan Tabung Tsunami ini adalah lebih merupakan inisiatif secara sendiri oleh pelbagai pihak. Penyaluran sumbangan dilakukan terus oleh pihak berkenaan dengan pihak-pihak tertentu di Jepun ataupun melalui Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Berdasarkan laporan akhbar, sejumlah RM8 juta telah dikutip oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKU), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Pasukan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dengan kerjasama Maybank Bhd. dan The Star, kumpulan Media Prima dan Iain-lain badan.

4. Pada masa yang sama, badan amal seperti Kelab Putera 1 Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA) dan MERCY Malaysia juga telah menghantar misi bantuan kemanusiaan dengan jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM3.3juta.

Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN). Tabung ini diwujudkan di bawah Sekyen 9 Akta Tatacara Kewangan pada 2006 bertujuan mengumpul sumbangan secara berterusan daripada orang awam bagi disalurkan untuk membantu mangsa-mangsa yang dilanda kejadian bencana alam. Semenjak penubuhannya, sejumlah RM6.2 juta wang sumbangan daripada dana awam telah disalurkan bagi membantu mangsa-mangsa bencana di luar negeri, dalam bentuk bantuan tunai atau melalui projek-projek pemulihan.

6. Kementerian Luar Negeri mengalu-alukan sumbangan orang ramai ke Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri ini bagi membolehkan lebih banyak sumbangan disalurkan bagi meringankan bebanan mangsa- mangsa yang ditimpa malapetaka bencana alam.

Sekian, terima kasih. PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ HAJI MAHFUZ BIN OMAR [POKOK SENA] TARIKH : 20JUN2011

SOALAN :

DATO’ HAJI MAHFUZ BIN OMAR [POKOK SENA] minta PERDANA MENTERI menyatakan kontroversi isu pertukaran Dato’ Seri Prof Ir Dr. Judin Abd Karim, Ketua Pengarah Kerja Raya yang bertaraf Turns III ke CEO CIDB.

JAWAPAN: YB DATO* SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

NO SOALAN : 46

Tuan Yang di-Pertua,

Tawaran pelantikan secara peminjaman YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin bin Abd Karim, Ketua Pengarah Kerja Raya yang berpangkat Gred Utama Turns III ke jawatan Ketua Eksekutif, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) adalah berdasarkan kepada kepentingan perkhidmatan. Pelantikan ini berlandaskan kepada kepakaran dan pengalaman YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin bin Abd Karim yang amat diperlukan di CIDB bagi mengukuhkan institusi berkenaan ke arah membina kapasiti dan meningkatkan daya saing industri pembinaan Malaysia.

Dari segi emolumen pula, beliau dibayar semua gaji dan elaun sebagaimana yang diterima sebelum ini.

NO. AUM : 27

NO. AUP :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN GWO-BURNE LOH [ KELANA JAYA ] TARIKH 20 JUN 2011

RUJUKAN 3719

SOALAN:

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah warganegara asing yang telah dijatuhkan hukuman mati di antara tahun 2000 - 2010 dan daripada 583 banduan yang sedang menunggu hukuman mati, berapa ramai merupakan warganegara asing.

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Kelana Jaya yang telah mengemukakan pertanyaan.

Dimaklumkan statistik Jabatan Penjara daripada tahun 2000 sehingga 30 September 2010 menunjukkan terdapat seramai 583 banduan yang telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya, Kanun Keseksaan dan juga di bawah Akta Senjata Api.

Daripada jumlah ini, seramai 135 banduan atau 23.2% adalah warga asing dan selebihnya seramai 448 banduan atau 76.8% adalah warga Malaysia.

Hukuman mati terhadap banduan-banduan yang terlibat belum dapat dilaksanakan kerana mereka masih dalam peringkat rayuan di Mahkamah atau Lembaga Pengampunan Negeri.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM