• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

Y. B. DATO' IBRAHIM BIN ALI [ PASIR MAS ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah aliran keluar dana negara ke negara luar sehingga bulan April 2011 dan terangkan sebab-sebab kenapa berlakunya begitu banyak aliran keluar dan apakah usaha Kerajaan untuk menanganinya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah ekonomi terbuka, aliran modal di Malaysia adalah berbentuk dua hala. Malaysia tidak mengalami aliran keluar modal yang besar malah kembali mencatat aliran masuk modal sejak separuh kedua tahun 2009 sehingga kini. Sebahagian besar aliran masuk modal adalah dalam bentuk pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan

portfolio. Statistik perangkaan Imbangan Pembayaran Negara (BOP)

menunjukkan bahawa aliran masuk modal bersih adalah berjumlah RM19.5 bilion bagi suku pertama 2011 (suku keempat 2010: RM14.2 bilion).

2. Dari segi pelaburan langsung asing (FDI), Malaysia masih menarik aliran FDI meskipun terdapat ketidaktentuan global dan persaingan yang sengit dari negara-negara sedang pesat membangun yang lain. Kejayaan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik serta mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Aliran FDI bersih meningkat pada tahun 2010 dengan mencatat RM29.3 bilion (2009: RM5.0 bilion). Pada suku pertama 2011, FDI terus meningkat dengan jumlah RM11.1 bilion (Suku keempat 2010:

RM10.7 bilion). Trend aliran masuk FDI yang semakin meningkat ini, didorong oleh usaha berterusan Kerajaan dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif serta keyakinan pelabur ke atas growth prospect negara.

3. Sementara itu, syarikat tempatan terus melabur di luar negeri dalam usaha mempelbagai dan memperluaskan operasi sedia ada serta meneroka peluang dan pasaran yang menguntungkan di rantau lain. Pelaburan luar negeri (Direct Investment Abroad-DIA) oleh syarikat Malaysia adalah lebih tinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM42.9 bilion (2009: RM27.9 bilion) dan dilaburkan terutamanya di rantau Asia. Pada suku pertama 2011, aliran keluar bersih DIA mencatat RM10.1 bilion (Suku keempat tahun 2010: RM8.8 bilion). Sektor utama yang diceburi oleh syarikat tempatan di luar negeri adalah perdagangan borong dan runcit; kewangan dan insuran; serta aktiviti perlombongan dan kuari. Sebagai mana syarikat-syarikat global yang lain, keuntungan pelaburan di luar negeri yang dibawa balik dapat digunakan bagi memantapkan operasi dalam negeri dengan meningkatkan keupayaan produktiviti dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Ahli-Ahli yang Berhormat,

4. Pelaburan portfolio pula mencatatkan aliran masuk bersih berjumlah RM79.7 bilion di antara separuh kedua tahun 2009 dan suku pertama tahun 2011 dengan sebahagian besarnya dilaburkan di pasaran hutang dan ekuiti tempatan. Kemasukan semula pelaburan portfolio ke Malaysia ini mencermin peningkatan "risk appetite” pelabur berikutan pemulihan ekonomi yang kukuh dan prospek ekonomi yang bertambah baik di rantau Asia, termasuk Malaysia. Trend ini turut dialami oleh negara-negara serantau. Bagi tempoh suku pertama 2011, aliran masuk bersih pelaburan portfolio turut mencatat lebihan sebanyak RM8.4 bilion (suku keempat 2010: RM3.5 bilion), yang dirangsang oleh asas ekonomi yang kukuh dan prospek keuntungan korporat yang lebih tinggi di Malaysia.

5. Namun demikian, sebagai sebuah ekonomi yang terbuka serta ekoran peningkatan integrasi Malaysia dengan ekonomi dan pasaran kewangan global, negara akan terus mengalami aliran masuk dan keluar modal yang besar. Aspek penting daripada perkembangan ini ialah memastikan aliran modal menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi secara keseluruhan dan tidak menyebabkan ketidakseimbangan yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan tempatan.

6. Sehubungan dengan ini, pengalaman lampau dalam pengurusan aliran modal menunjukkan bahawa kedudukan luaran Malaysia yang baik (iaitu rizab antarabangsa yang tinggi dan hutang luar negara yang rendah) dan sistem perbankan yang kukuh telah membolehkan negara menyerap aliran modal tanpa menyebabkan gangguan dalam sistem kewangan negara.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA : DATUK WIRA AHMAD BIN HAJI HAMZAH [JASIN]

TARIKH 20 JUN2011 (SELASA)

SOALAN

Datuk Wira Ahmad Bin Haji Hamzah [Jasin] minta PERDANA MENTERI

menyatakan potensi impak meliberalisasikan ekonomi ke atas jurang pendapatan antara kaum.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan dasar liberalisasi ekonomi terutamanya di dalam sektor perkhidmatan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan pasaran. Langkah ini akan dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta pengemblengan sumber secara efektif.

NO. SOALAN: 22

Banyak peluang akan dijana melalui pertumbuhan ekonomi yang cekap dan produktif selaras dengan matlamat negara berpendapatan tinggi. Namun demikian, peluang ini tidak akan datang bergolek malah menuntut usaha semua rakyat. Bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang majoritinya masyarakat Bumiputera, beberapa langkah ke arah meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dilaksanakan. Langkah ini adalah selaras dengan matlamat merapatkan jurang ketaksamaan pendapatan antara kumpulan etnik. Antara langkah termasuklah pelaksanaan program pendidikan dan latihan kemahiran bagi meningkatkan kapasiti dan employability, peningkatan akses kepada kemudahan pembiayaan termasuk dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) bagi membolehkan anak- anak golongan ini hadir ke sekolah serta peningkatan kualiti pendidikan murid. Selain daripada itu, program-program penjanaan pendapatan seperti program membangunkan perniagaan kecil menerusi bantuan kredit mikro, khidmat nasihat dan latihan keusahawan, pembinaan gerai niaga dan program-program ekonomi yang lain turut dilaksanakan. Kerajaan juga akan terus melaksanakan pelbagai program lain seperti program bantuan rumah dan saham amanah di samping meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan asas seperti infrastruktur dan pengangkutan, utiliti serta ameniti sosial di kawasan luar bandar bagi meningkatkan kualiti hidup.

SOALAN NO: 32 1 PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SOALAN JAWAPAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN

Tuan Haji Ahmad Bin Kasim (Kuala Kedah) 20 Jun 2011 (Isnin)

Tuan Haji Ahmad Bin Kasim minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

menyatakan agensi Kerajaan dan syarikat swasta yang mendapat kebenaran untuk membekalkan benih padi di seluruh Malaysia. Berapakah kadar dibenarkan bagi setiap agensi/syarikat berkenaan dalam metrik tan, dari jumlah syarikat tersebut berapakah syarikat milik Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Oleh Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Dipertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian telah memperakukan 9 syarikat bagi tahun 2011 untuk membekalkan benih padi sah ke seluruh negara yang terdiri daripada satu agensi Kerajaan dan lapan pihak swasta. Kesemua syarikat tersebut berstatus Bumiputera iaitu mempunyai syer majoriti Bumiputera sekurang-kurangnya 51%

2

serta memiliki loji memproses benih sendiri. Jumlah pengagihan kuota adalah seperti berikut:

BIL. KUOTA (MT)

1 Paddytech Resources Sdn. Bhd. 3,158 2 Kilang Beras Jelapang Selatan (M) Sdn. Bhd. 3,158 3 FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. 6,316

4 KADA 6,316

5 PPK Lahar Bubu 7,680

6 Bernas Bhd. 9,474

7 Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd. 9,474 8 Haji Md Nor bin Hj Abd. Rahman (M) Sdn. Bhd. 12,632 9 Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. 21,792

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Soalan No : 33

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DATUK JUSLIE BIN AJIROL (LIBARAN)

TARIKH 20.06.2011 SOALAN:

Y.B. DATUK JUSLIE BIN AJIROL [ LIBARAN ] minta Menteri Pelajaran menyatakan

(a) berapa buah sekolah baru yang akan dilaksanakan di Sabah dalam RMK-10 ini; dan

(b) bilakah pembinaan SMK. Gum-Gum 2 dan SMK Libaran akan dilaksanakan.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

(a) Sebanyak 12 projek sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-10 di negeri Sabah. Projek tersebut melibatkan sebanyak 4 projek sekolah rendah dan 8 projek sekolah menengah. Bagi projek sekolah rendah, 3 projek merupakan pembinaan sekolah baru dan 1 projek sekolah gantian. Manakala bagi projek sekolah menengah pula, 4 projek merupakan pembinaan sekolah baru dan 4 projek merupakan sekolah gantian.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara keutamaan pembangunan pendidikan yang diberikan perhatian oleh Kementerian pada masa ini

Rjm 45

adalah kepada sekolah yang tidak selamat untuk diduduki dan juga sekolah yang kerap berhadapan dengan masalah banjir. Berdasarkan kepada kriteria yang dinyatakan tadi, SMK Gum-Gum 2 tidak tersenarai dalam Rolling Plan Pertama RMKe-10 memandangkan terdapat keperluan lain yang lebih mendesak. Walau bagaimanapun, Projek SMK Gum-Gum 2 telah dipohon di bawah Rolling Plan Kedua RMKe-10 untuk pertimbangan kementerian. Manakala bagi SMK Libaran pula, projek ini dalam penyediaan rekabentuk. KPM menjangkakan projek ini dapat dimulakan pembinaan pada penghujung tahun 2011.

SOALAN NO : 34

PEMBERITAHU AN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOWTIONG LAI MENTERI KESIHATAN

MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TUAN LIM LIP ENG