• Tidak ada hasil yang ditemukan

TARIKH 20 JUN 2011 SOALAN

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan jumlah mayat yang tidak dituntut sejak tahun 2006 mengikut bulan, negeri, jantina, dewasa atau bayi. Apakah langkah diambil untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan prihatin akan mayat-mayat yang tidak dituntut yang terdapat di mortuari hospital-hospital Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

Pada tahun 2006, terdapat sebanyak 299 mayat yang tidak dituntut, yang terdiri dari 202 mayat lelaki dewasa, 43 mayat perempuan dewasa dan 54 mayat bayi berumur kurang dari setahun. Daripada jumlah tersebut, paling banyak mayat yang tidak dituntut ialah di

2

Pada tahun 2010 pula, bilangan mayat yang tidak dituntut meningkat kepada 304 mayat yang terdiri dari 195 mayat lelaki dewasa, 58 mayat perempuan dewasa dan 51 mayat bayi. Paling banyak mayat yang tidak dituntut pada tahun 2010 ialah di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sebanyak 60 mayat.

Mayat-mayat yang tidak dituntut dikendalikan berdasarkan peraturan sedia ada dengan dibantu oleh pihak polis untuk menghubungi waris atau ahli keluarga simati terutamanya yang tinggal di pedalaman.

Setelah dipastikan mayat-mayat berkenaan tidak akan ada yang datang menuntut, mayat-mayat tersebut akan dikendalikan mengikut agama / kepercayaan simati, sama ada diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam atau pihak Persatuan Agama simati untuk tujuan pengendalian / pengurusan terakhir mayat. Sekiranya terdapat permohonan dan memenuhi kriteria-kriteria tertentu, mayat-mayat yang tidak dituntut akan diserahkan kepada pihak Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang memohon mendapatkan mayat yang tidak dituntut bagi tujuan pengajian dan penyelidikan perubatan.

PERTANYAAN

No. SOALAN: 35 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang mengadakan satu

pertemuan antara pemimpin-pemimpin politik, agama dan kaum bagi menerangkan konsep Kontrak Sosial yang selama ini telah memberi kestabilan politik kepada Negara kita.

JAWAPAN : (YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon)

Apa yang sering disebut sebagai “Kontrak sosial” sebenarnya merujuk kepada

fasal-fasal penting yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dokumen ini adalah hasil perundingan pucuk pimpinan yang mewakili kaum-kaum utama yang bermastautin di Negara ini menjelang kemerdekaan tahun 1957. lanya menjadi asas kenegaraan untuk mencapai kemerdekaan negara kita dari penjajahan Kerajaan British melalui proses perundingan secara aman dan bukan proses peperangan. Pada 1963, beberapa pindaan dan tambahan yang penting telah dibuat untuk merangkumi Sabah dan Sarawak.

Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bentuk pemerintahan negara ini yang berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam konteks sebuah Persekutuan yang terdiri dari 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan, di mana Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Utama bagi Persekutuan, Raja-Raja bagi sembilan (9) negeri dan Yang DiPertua-Yang DiPertua

DARIPADA

TARIKH SOALAN

LISAN

Y.B. DATO’ HAJI ABD RAHMAN BIN DAHLAN (KOTA BELUD) 20 JUN 2011 (ISNIN)

Negeri bagi empat (4) negeri yang tidak beraja, dengan peruntukan-peruntukan asas untuk memelihara dan menguruskan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen ini.

Bentuk dan struktur kerajaan adalah terdiri dari tiga (3) institusi utama, iaitu, Perundangan (Legislative) dalam bentuk Parlimen (persekutuan) dan Dewan Undangan Negeri, Pemerintahan (Executive) dalam bentuk Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, serta Kehakiman (Judiciary) dalam bentuk mahkamah sivil dan syariah. Perkhidmatan awam merupakan pelaksana bagi tiga institusi utama di semua peringkat.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan peruntukan-peruntukan berhubung status dan prinsip perolehan kerakyatan bagi semua rakyat yang dilahirkan atau bermastautin dalam persekutuan. Kebebasan dan hak-hak asasi bagi warganegara memang termaktub dan terjamin dalam Perlembagaan, tetapi tertakluk kepada beberapa undang-undang demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam.

Beberapa fasal khas yang penting menjaga kepentingan semua rakyat dan menjamin keseimbangan dalam konteks masyarakat berbilangan kaum, agama dan bahasa, di antaranya memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain; menetapkan agama Islam sebagai agama persekutuan dengan jaminan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai; menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi kebebasan terjamin untuk menggunakan, mengajar atau mempelajari apa-apa bahasa yang lain (Fasal 152) dan sebagainya.

memahami latar belakang, semangat dan fasal-fasal penting Perlembagaan Persekutuan seperti yang dirumuskan secara ringkas di atas. Mereka juga patut menyedari bahawa Perlembagaan Persekutuan mencerminkan prinsip dan nilai-nilai kesederhanaan dan keterangkuman yang bertujuan untuk memelihara hak dan kepentingan semua kaum dan golongan dalam negara ini serta menjamin perpaduan negara. Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan dan dipacu oleh YAB Perdana Menteri kita sekarang sememangnya bertujuan menegaskan dan meningkatkan prinsip kesederhanaan dan keterangkuman ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya didapati perlu, kerajaan bersedia untuk memberi taklimat dan menganjurkan dialog antara para pemimpin untuk menerangkan aspek-asepk penting dalam Perlembagaan Persekutuan supaya tidak ada salah faham atau salah tafsir.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SOALAN NO: 36

PERTANYAAN

1

menyatakan:

(a) apakah sebab-sebab utama Kerajaan melanjutkan kontrak monopoli pengimportan beras kepada Bernas untuk selama 10 tahun lagi hingga 2021; dan

(b) apakah dengan membuka ruang yang luas untuk persaingan pengimportan beras akan merugikan negara dan menyusahkan rakyat.

JAWAPAN Oleh Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Dipertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Asas-asas penyambungan tempoh perjanjian penswastaan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk tempoh 10 tahun lagi hingga 2021 adalah seperti berikut:

i) BERNAS telah melaksanakan semua obligasi sosial seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian penswastaan terdahulu;

ii) penjimatan kos kepada Kerajaan yang dianggarkan secara purata sebanyak RM40 juta setahun bagi tujuan pengurusan obligasi sosial;

PARLIMEN MALAYSIA

LISAN

DATO’ JOHARI BIN ABDUL (SUNGAI PETANI) 20 JUN 2011 (ISNIN)

DATO’ JOHARI BIN ABDUL minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

DARIPADA T ARIKH SOALAN

2

iii) BERNAS juga bersetuju menanggung kos pengurusan stok penimbal tambahan yang telah didahulukan bagi tempoh September 2008 hingga Disember 2010 berjumlah RM31.408 juta selepas Kerajaan memutuskan untuk meningkatkan paras stok penimbal daripada 92,000 tan metrik kepada 292,000 tan metrik;

iv) tiada implikasi kewangan kepada Kerajaan malah ia memberikan penjimatan kepada Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM292 juta untuk tempoh 10 tahun berdasarkan kos pengurusan stok penimbal yang akan ditanggung BERNAS sepenuhnya; dan

v) BERNAS mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, berpengalaman, memiliki infrastruktur dan kewujudan dalam setiap rantaian industri serta syer pasaran.

Bagi menjawab pertanyaan Y.B. Sungai Petani, Dasar Pintu Tunggal (single gate keeper) dalam pengimportan beras yang telah dilaksanakan sejak tahun 1974 telah berjaya menyeimbangkan kepentingan pengguna dan pengeluar beras tempatan. Pengimportan beras hanya berperanan sebagai pelengkap untuk mengisi kekurangan dalam penghasilan beras tempatan.

Bagi memantapkan rantaian bekalan padi dan beras sekali gus mengurangkan pergantungan import beras di masa akan datang, Kerajaan telah menetapkan SSL pada tahap 70%. Walau bagaimanapun, Kementerian juga sedang merancang untuk mencapai SSL 88% menjelang 2015. Antara strategi yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

i) meningkatkan pengeluaran atau produktiviti bagi kawasan jelapang;

ii) menambah musim penanaman padi daripada sekali setahun kepada dua kali setahun dan daripada dua kali setahun kepada lima kali dalam dua tahun; iii) memperkenalkan varieti baru dan padi hibrid yang lebih produktif dan

mempunyai rintangan terhadap serangan penyakit; iv) mewujudkan kawalan makhluk perosak bersepadu;

v) mewujudkan pengurusan berpusat di MADA, KADA dan semua IADA; vi) meluaskan kawasan penanaman padi di IADA; dan

3

Dalam aspek kawalan harga dan mutu beras, harga yang dikawal oleh Kerajaan adalah beras tempatan sahaja manakala harga beras import tidak dikawal oleh Kerajaan. Mutu beras pula dipantau dari aspek tahap peratus hancur supaya beras yang dijual di pasaran menepati Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

NO:37 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN PERTANYAAN 1 DARIPADA TARIKH 37 DEWAN RAKYAT BAGI JAWAB LISAN

PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI [BATANG SADONG]

20 JUN 2011 SOALAN

Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa ramaikah juruterbang wanita

yang berkhidmat dengan Sistem Penerbangan Malaysia serta apakah strategi yang direncanakan oleh Kementerian demi menjaminkan masa depan juruterbang wanita.

Jawapan:

Untuk makluman Yang Berhormat Batang Sadong, pada masa ini, tiada juruterbang wanita yang sedang berkhidmat dengan MAS.

Berhubung strategi yang direncanakan oleh Kementerian demi menjaminkan masa depan juruterbang wanita, adalah dimaklumkan bahawa, masa depan juruterbang wanita adalah dijamin oleh syarikat-syarikat penerbangan yang melantik mereka berdasarkan kepada contract of service sesebuah syarikat penerbangan tersebut.

NO. AUM : 23

Juruterbang yang mempunyai prestasi baik dan berkelayakan, akan dinaikkan pangkat untuk membawa jenis pesawat yang lebih besar kapasiti dan enjinnya.

NO. AUM : 23

NO. AUP : 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DATO’ TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ BALING ]

TARIKH 20 JUN 2011

RUJUKAN 3718

SOALAN:

Dato* Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian ini telah mencapai NKRA sedangkan banyak aduan yang dibuat oleh rakyat yang tidak diambil tindakan oleh bahagian siasatan IPD kerana alasan kekurangan anggota.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2010, kadar jenayah telah menunjukkan trend yang menurun. Jenayah indeks bagi seluruh Malaysia telah menurun sebanyak 15% dan jenayah jalanan pula telah menurun sebanyak 35% berbanding tempoh yang sama tahun 2009, iaitu melebihi sasaran penurunan sebanyak 5% dan 20% masing-masing seperti yang ditetapkan. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa segala inisiatif dan strategi mengatasi masalah jenayah yang dilaksanakan oleh PDRM dan agensi-agensi lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta RELA menghasilkan kebaikan dan manfaat.

Polis DiRaja Malaysia adalah agensi yang dipertanggungjawabkan membuat penyiasatan dan pendakwaan berhubung kes-kes jenayah serta aduan yang dibuat oleh rakyat. Dalam hal ini pihak PDRM sentiasa prihatin keatas semua laporan polis yang dibuat dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang paling efisien untuk memenuhi tuntutan pelanggan kita. Untuk memastikan pihak polis mempunyai pengukuran mutu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat, Manual Operasi Penyiasatan Jenayah Kekerasan telah dilaksanakan dalam tahun 2010. Standards Operation Procedure (SOP) untuk jenayah harta benda juga telah dirangka dan dicadang untuk dilaksanakan

dalam tahun 2011 ini. Kesemua ini membuktikan bahawa PDRM bertekad dalam mengemaskini tatacara penyiasatan mereka dengan berpandukan kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara yang menjadi panduan utama ketika menjalankan penyiasatan.

Tuan Yang Dipertua,

Bagi menentukan tahap kepuasan pelangggan terhadap perkhidmatan PDRM, satu syarikat bebas telah diupah untuk membuat survey berkaitan dengan kepuasan perkhidmatan polis. Kajian yang dijalankan oleh TNS Survey sebuah syarikat bebas menunjukkan peningkatan tahap kepuasan perkhidmatan PDRM dari 42.2% pada Mei 2010 kepada 55.8% pada September 2010. Walaupun survey itu menunjukkan trend yang positif, PDRM akan terus mengkaji kekurangan yang wujud dalam perkhidmatan polis dan akan mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasi kelemahan yang wujud untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berbagai langkah telah dan sedang diambil oleh PDRM untuk memperkasakan mutu penyiasatan mereka. Bagi mengurangkan beban tugas Pegawai Penyiasat (IO), sehingga bulan Mei 2011 seramai 494 orang Pegawai Penyiasat telah ditempatkan diseluruh Malaysia. Dalam jumlah ini seramai 280 orang IO ditempatkan di kawasan hotspot manakala 214 orang di negeri-negeri bukan hotspot. Nisbah bilangan Kertas Penyiasatan (IP) yang dikendalikan oleh mereka telah dikurangkan dari 17 kertas siasatan kepada 5 kertas siasatan. Kelonggaran ini akan memberikan

ruang dan masa kepada mereka untuk melakukan penyiasatan yang bermutu berbanding dengan sebelum ini.

Selain daripada itu, untuk memastikan penyiasatan dan tindakan pantas dilakukan ketika berhadapan dengan kejadian jenayah, pasukan penyiasat telah ditempatkan di peringkat balai. Penempatan seumpama i ni akan mengurangkan respond time dan meningkatkan lagi bantuan yang akan diberikan kepada mangsa kejadian jenayah.

Bagi memastikan mutu penyiasatan sentiasa ditahap yang cemerlang, pihak PDRM telah menghantar lebih ramai pegawai dan anggota Cawangan Siasatan Jenayah untuk mengikuti latihan lanjutan di institusi latihan Polis di seluruh negara. Dalam siri latihan ini mereka telah didedahkan tatacara penyiasatan yang terkini sekaligus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan pengetahuan mereka.

Tuan Yang Dipertua,

Pihak Kementerian dan PDRM sentiasa sedar bahawa kepentingan rakyat perlu dijamin dan dijaga sepenuh masa. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini umpamanya PDRM telah melakukan Smart Deployments menyikut kesesuaian dan keperluan semasa dalam penempatan pegawai dan anggota mereka. Seramai 7042

2

orang anggota polis telah ditempatkan menjalankan tugas kepolisan dibawah pengawaman dan kekosongan mereka telah diambilalih oleh 4279 orang awam. Kesemua ini merupakan usaha berterusan Kementerian dan PDRM mengatasi masalah kekurangan anggota.

NO.AUM t>0/10 3DVd Xd 9HS Z8Zf6888£0 92=21 II02/90/0S LISAN DARIPADA TARIKH 3717

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN

TUAN LIANG TECK MENG I SIIVIPANG RENGGAM ]

20 JUN 2011 RUJUKAN

SOALAN:

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan-tindakan telah diperketatkan untuk menjamin keselamatan di negara kita selepas

NO.AUM

t>0/11 3DVd Xd 9HS Z8Zf6888£0 92=21 II02/90/0S

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, Kerajaan sentiasa memandang serius dan mengambil berat akan keselamatan rakyat. Oleh yang demikian, Kerajan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan negara adalah terkawal dari ancaman pengganas yang dikhuatiri bangkit selepas kematian Osama Bin Laden.

Sehubungan dengan ini, demi menjamin keselamatan rakyat, Kerajaan telah memperketatkan kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk negara bagi memastikan elemen-elemen pengganas antarabangsa adalah dikekang dari memasuki negara. Pihak Kerajaan juga memantau pergerakan pihak-pihak yang telah dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kumpulan-kumpulan radikal antarabangsa.

Maklumat yang kukuh dan tepat adalah penting untuk merencana strategi keselamatan negara. Oleh yang demikian, Kerajaan turut memperkukuhkan jaringan perhubungan dengan agensi perisikan asing bagi berkongsi maklumat perisikan dan memperoleh maklumat terkini pergerakan kumpulan radikal pasca Osama Bin Laden. Pihak Kerajaan turut memperketatkan pemantauan keatas bekas-bekas tahanan militan yang pernah ditahan dibawah ISA untuk memastikan tindakan balas dendam keatas barat tidak berlaku di Malaysia.

NO. SOALAN: 40

PERTANYAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN PEWAN RAKYAT

DARIPADA TARIKH

LISAN

TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN] 20 JUN 2011 (ISNIN)

SOALAN

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan di manakah tapak loji nuklear akan ditempatkan dan nyatakan juga berapa banyak negara yang menentang penubuhannya. Apa sebab Jabatan Alam Sekitar boleh meluluskannya dan juga loji 'rare earth' di Gebeng, Pahang yang dibantah oleh semua rakyat Malaysia.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kajian pemilihan tapak yang berpotensi untuk loji janakuasa nuklear masih di peringkat pemilihan berdasarkan Sistem Maklumat Geografi (Geographical

Information System (GIS)) menggunakan 17 jenis peta digital pelbagai ciri yang

berkenaan.

Kajian berkomputer ini perlu disusuli dengan kajian terperinci di tapak berpotensi berkenaan, yang merangkumi data pelbagai ciri tapak hingga 100 tahun ke belakang. Ini adalah kerana tempoh hayat loji janakuasa nuklear adalah 60 tahun dan mungkin boleh dilanjutkan hingga 80 tahun, ditambah dengan 20 tahun lagi sebagai faktor keselamatan (safety factor). Kajian data hingga 100 tahun ke belakang akan memberikan gambaran mengenai keadaan tapak berpotensi tersebut untuk 100 tahun ke hadapan.

NO. SOALAN: 42

PERTANYAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN PEWAN RAKYAT

Sebelum sesuatu tapak dipilih, pihak yang melaksanakan projek perlu mendapatkan maklumbalas penduduk setempat mengikut perundangan yang berkenaan.

Sehingga kini, negara-negara yang jelas tidak akan membina loji nuklear mengikut dasar negara masing-masing adalah Austria, Denmark, Greece, Ireland, Latvia, Lichtenstein, Luxembourg, Malta, Portugal, New Zealand, dan Norway. Selain itu, Itali mempunyai dasar tidak menggunakan tenaga nuklear sebelum ini, tetapi dasar ini sedang didebatkan. Jerman juga sedang membahaskan dasar mengenai penggunaan tenaga nuklear.

Kerajaan belum memuktamadkan projek loji nuklear kerana masih mengkaji keperluan tenaga nuklear sebagai salah satu opsyen penjanaan tenaga elektrik pasca 2020. Maka, tiada permohonan yang dibuat oleh pihak yang akan melaksanakan projek, kepada pihak agensi penguatkuasa yang berkenaan. Proses kelulusan projek akan diteliti melalui kajian kesediaan rangka kerja perundangan dan kawalselian sebagai asas pembangunan sistem kawalseliaan nuklear yang komprehensif untuk menjamin keselamatan awam dan kesejahteraan alam sekitar negara, termasuk pematuhan terhadap sistem tadbir urus nuklear antarabangsa

(international nuclear governance) yang berasaskan triti, konvensyen dan perjanjian

antarabangsa yang berkenaan. Kajian ini akan dilaksanakan oleh juruperunding antarabangsa yang berpengalaman dalam projek-projek loji janakuasa nuklear.

Bagi cadangan projek pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Gebeng, Laporan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment (EIA)) telah diluluskan pada 15 Februari 2008, setelah menepati kehendak Seksyen 34A(2) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Walau bagaimanapun, skop kajian EIA di bawah Akta ini tidak merangkumi kajian penilaian impak radiologi dan sisa radioaktif.

Laporan Kajian Penilaian Impak Radiologi (Radiological Impact Assessment (RIA)) oleh pihak yang melaksanakan projek berkenaan telah dilaksanakannya bagi menepati kehendak Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

SOALAN NO: 41

PERTANYAAN

DARIPADA

TARIKH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

JAWAB LISAN

IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI [