BAHAGIAN #3 Formula Rahsia
Topik 6 Bisnes Tanpa Produk
anpa perlu mempunyai produk sendiri, anda masih boleh membina perniagaan internet. Malah, ianya lebih mudah dan menguntungkan! Anda tidak perlu berfikir lagi selepas ini mengenai apa yang hendak di pasarkan di internet. Saya akan berikan kepada anda bagaimana caranya.
Ada 2 model produk yang berpotensi untuk anda pasarkan di internet tanpa perlu memiliki produk iaitu :
1. Program Afíliate
Sebelum ini saya telah menjelaskan apa yang dikatakan program affiliate iaitu melantik beberapa ejen untuk mengedarkan produk milik laman web tersebut. Contoh laman web yang menyediakan affiliate seperti
www.dapatwang.com, www.tsunamiwang.com dan sebagainya.
Jadi, anda boleh sertai program affiliate ini dan menjadi ejen kepada produk tersebut. Tiada bayaran pendaftaran yang dikenakan kepada anda. Ianya PERCUMA! Apa yang anda akan perolehi nanti adalah komisyen atas jualan yang anda lakukan.
Sebelum menyertai program affiliate ini, anda harus berhati-hati. Terdapat beberapa program affiliate yang cuba menipu ejen dengan tidak memberikan komisyen sebagaimana yang dijanjikan.
Oleh itu, perkara utama yang perlu anda ambik kira ialah sebelum mengambil keputusan untuk menyertai program affiliate ialah :
a. Rekod yang baik.
Pastikan anda membaca komen-komen di laman blog pemilik produk tersebut. Baca juga testimoni orang ramai terhadap produk yang di pasarkan. Ikutlah perkembangan semasa laman web tersebut. Anda juga boleh terus bertanya sendiri kepada ejen-ejen produk tersebut untuk mengetahui pemilik produk menjalankan tanggungjawabnya terhadap ejen atau tidak.
b. Memberikan anda link yang betul.
Setelah anda mendaftar sebagai program affiliate, pemilik program affiliate akan memberikan anda satu link yang mengandungi nombor ejen anda atau nama anda sendiri. Pastikan anda mencuba link tersebut dan menyemak rekod di akaun affiliate anda.
c. Menyediakan akaun affiliate untuk anda.
Adanya akaun affiliate ini membolehkan anda menyemak jumlah klik yang di klik oleh pelawat dan juga jumlah jualan yang telah anda lakukan. Anda juga boleh menyemak jumlah komisyen yang akan anda terima nanti.
d. Memberikan anda bayaran mengikut apa yang telah dijanjikan.
Pastikan pemilik program affiliate memberikan bayaran komisyen mengikut apa yang telah dijanjikan. Jika tidak, hubungi segera pemilik tersebut dan menuntut bayaran serta meminta penjelasan yang sewajarnya.
e. Menyediakan laman web untuk promosi.
Sesetengah pemilik program affiliate tidak menyediakan laman web untuk anda. Jadi anda mungkin bermasalah atau tidak mempunyai modal untuk membina laman web. Sebaik-baiknya carilah program
affiliate yang menyediakan laman web untuk ejennya, melainkan jika anda mahu membina laman web sendiri.
f. Memberikan anda banner atau iklan teks yang mengandungi link milik anda.
Pemilik program affiliate wajib memberikan anda iklan-iklan banner dan teks supaya anda boleh menggunakannya untuk tujuan promosi di laman web iklan, forum, laman web anda dan sebagainya.
Saya menggalakkan anda supaya menyertai program affiliate seperti ini. Ianya cukup mudah dan anda dapat menjalankan perniagaan internet dalam masa yang singkat iaitu dalam masa satu hari sahaja! Malah jika anda rajin membuat promosi link anda (tanpa melakukan spam), pulangan yang akan anda terima pasti nampak hasilnya!
Saya sendiri menyertai program affiliate. Apa yang penting dalam program affiliate ini ialah promosi, promosi dan promosi. Tanpa melakukan promosi, anda tidak dapat melakukan jualan langsung. Ingat, promosikan link anda!
2. Program pemasaran berangkai atau Multi Level Marketing
Pernahkah anda menyertai program Multi Level Marketing seperti Jozaco, Sureco, Amway, Zhulian dan sebagainya? Tentu banyak produk-produk menarik yang pernah anda pasarkan kepada kawan-kawan sepejabat, jiran tetangga dan saudara anda sendiri.
Berdasarkan pengalaman anda sewaktu mempromosikan produk, tentu terdapat produk yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jadi, gunakan kesempatan yang ada ini untuk pasarkan secara online. Secara tidak langsung anda memasarkannya ke seluruh dunia!
Mula-mula anda ambil katalog yang mengandungi gambar dan maklumat produk tersebut. Imbaskan gambar produk ke dalam komputer. Lakukan sedikit pengeditan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan jadikan gambar tersebut menarik.
Kemudian, anda mula membina laman web sendiri. Ingat! Anda hanya perlu membina laman web mini sahaja kerana anda cuma memasarkan satu produk yang pernah mendapat sambutan yang hebat!
Bina laman web mini anda sebagaimana yang saya nyatakan di dalam Langkah 3. Anda perlu nyatakan faedah mengapa pelawat perlu memiliki produk tersebut. Seboleh-bolehnya berikan semua maklumat yang dikehendaki oleh pelanggan.
Daftarkan nama domain dan tapak pelayan (hosting) untuk memuat naik laman web anda. Kini anda sudah pun memiliki perniagaan internet anda sendiri! Sungguh mudah! ☺.
Apabila anda mendapat pesanan, anda hanya perlu mengambil stok dari francais yang berdekatan dengan anda atau anda boleh juga menyimpan sedikit stok di awal perniagaan anda.
Cara yang terbaik ialah cuba berbincang dengan syarikat MLM anda untuk menguruskan perkhidmatan penghantaran. Ini bermakna, anda hanya perlu menguruskan pesanan yang diterima dari pelanggan. Kemudian anda menghubungi syarikat MLM untuk menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda dengan memberikan butir-butir pesanan. Segala kos penghantaran adalah di tanggung oleh anda. Jadi, pastikan harga produk yang anda tawarkan adalah termasuk caj perkhidmatan
penghantaran. Anda mungkin akan menerima termpahan dari luar negara sekiranya produk tersebut adalah produk tempatan! Perniagaan anda kini sudah masuk ke peringkat global!
Begitulah 2 model produk yang mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada anda. Memiliki perniagaan sendiri merupakan impian bagi setiap orang tetapi tidak ramai yang mampu merealisasikan impian tersebut. Kini dengan cara yang paling mudah, hanya dengan perniagaan internet, anda dapat melakukannya!