Langkah #3 : Bangunkan Laman Web
“UBAT LANGSING CAP FATIMAH”
5. Elak kesilapan dalam membina laman web perniagaan
Sebentar tadi anda telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai isi kandungan dan ciri-ciri yang perlu ada bagi sesebuah laman web peniagaan.
Seterusnya saya dedahkan lagi rahsia yang boleh mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan, walaupun kesilapan itu kecil. Saya akan membantu anda untuk mencipta laman web mini yang hebat! Seringkali apabila anda melayari laman web orang lain, timbul rasa tertarik, minat dan kagum dengan pereka laman web tersebut. Kadangkala juga, anda akan berasa bosan, menyampah dan sukar melayari laman web kerana tidak mesra pengguna.
Mengapa agaknya perkara sebegini boleh berlaku? Para sahabat saya sekalian, kesilapan pereka laman web ini kadangkala kecil tetapi boleh menghilangkan prospek pelanggan dalam sekelip mata. Apakah kesilapan kecil itu? Saya berikan jawapannya sekarang!
Link yang terputus.
Pastikan laman web anda tidak mengalami masalah ini. Sudah tentu anda pernah melalui situasi di mana ketika anda mahu klik pada satu-satu link untuk mendapatkan maklumat, tetapi anda kecewa kerana link tersebut putus atau mati. “The page cannot be
found or displayed” Itulah perkataan yang biasanya ditunjukkan
pada skrin komputer anda.
Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, pastikan setiap link disambungkan dengan betul. Semak setiap link beberapa kali dan betulkan dengan segera sebelum anda memuat naik ke tapak laman.
Link yang terputus boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan sekaligus menjejaskan kredibiliti anda. Sungguh mengecewakan!
Maklumat lama.
Rata-rata laman web perniagaan yang ada tidak dikemaskini. Apa yang mula-mula dibina, itulah yang ada sehingga kini. Anda bernasib baik kerana saya telah memaklumkan hal ini awal-awal lagi kepada anda.
Sekurang-kurangnya ada perlu mengemaskini laman web anda sebulan sekali. Ini dapat menarik lebih ramai pelanggan. Anda boleh meletakkan tips-tips harian atau mingguan atau bulanan. Itu sudah memadai. Juga boleh anda mempertingkatkan mutu laman web yang ada.
Terlalu banyak jenis huruf, warna dan grafik.
Jangan gunakan terlalu banyak huruf. Hadkan penggunaan jenis huruf kepada 1 atau 2 jenis sahaja. Apabila terlalu banyak jenis huruf digunakan, boleh memeningkan pelanggan anda nanti! Gunakanlah huruf seperti Arial, Verdana dan Times New Roman. Penggunaan warna hendaklah sesuai dengan perniagaan anda. Jangalahn terlalu kabur dan jangan pula terlalu terang. Elakkan dari menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata.
Elemen-elemen grafik, animasi dan teks yang berterbangan dan berlebihan memang menarik namun ianya tidak sesuai dalam laman web perniagaan. Grafik dan animasi ini boleh menggangu tumpuan pelanggan. Melainkan anda menjual produk grafik, animasi, kad ucapan, wallpaper dan sebagainya itu digalakkan sama sekali.
Halaman yang mati.
Cuba anda bayangkan, ada melayari satu laman web perniagaan yang menjual pencuci muka. Untuk mengetahui faedahnya, anda dikehendaki mengklik link untuk ke halaman lain. Setelah anda mengetahui faedahnya, anda ingin membaca semula isi kandungan di laman utama tetapi malangnya tiada satu butang untuk anda kembali ke laman tersebut. Akhirnya anda terpaksa menutupnya dan atau menaip semula nama domain laman web tadi.
Bukankah ini akan menyebabkan anda akan kehilangan pelanggan? Belum tentu pelanggan anda akan kembali mengunjungi laman web anda setelah apa yang berlaku. Pelanggan anda mungkin akan mengunjungi laman web yang lain! Oleh itu, pastikan anda tidak menghadapi masalah seperti ini. Sentiasa pastikan laman anda sekurang-kurangnya boleh kembali ke laman utama.
Perlahan untuk dibuka.
Pernah menghadapi situasi seperti ini? Saya pernah mengalaminya sewaktu sedang melayari internet. Ianya perlahan untuk dibuka sebab terlalu banyak fail-fail grafik seperti gambar yang mempunyai saiz besar.
Biasanya saiz garfik seperti ini adalah dalam format .bmp. Pastikan grafik anda adalah dalam format .jpeg atau .gif kerana ianya lebih kecil saiznya tanpa menjejaskan mutu gambar.
Tiada maklumat perhubungan.
Kesilapan yang amat ketara ialah apabila sesebuah laman web peniagaan tidak meletakkan cara untuk menghubunginya.
Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini, pelanggan suka bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Pelanggan juga akan bertanya dan memberi komen selepas pembelian dibuat.
Apabila tiada maklumat perhubungan, sudah pasti pelanggan anda terkial-kial untuk mencari email atau nombor telefon anda. Sudahlah begitu, pelayar laman web anda pasti kecewa dan tidak yakin lagi dengan anda. Seterusnya mereka meninggalkan laman web anda begitu sahaja.
Oleh itu, pastikan anda meletakkan email, alamat dan nombor telefon untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda. Selain meningkatkan kredibiliti dan kepakaran anda, ia juga menambahkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang anda berikan.
Tidak kemas dan tersusun.
Laman web yang tidak tersusun dan kemas membuatkan pelanggan anda menjadi keliru dengan apa yang hendak anda sampaikan.
Pelanggan boleh jadi tidak faham apa sebenarnya tujuan laman web anda. Bila keadaan ini terjadi, sudah tentu maksud dan tujuan sebenar anda untuk mempromosikan produk tidak sampai ke pelanggan. Akhirnya pelanggan akan menganggap laman web anda sebagai sebuah laman web yang biasa yang akhirnya kurang mendapat sambutan
Perisian baru.
Jangan sesekali menggunakan persian yang baru dan canggih. Walaupun ia kelihatan menarik dan hebat, ianya hanya akan menyukarkan pengguna.
Tidak semua pelanggan anda memiliki perisian yang baru. Jadi seboleh-bolehnya, gunakan sahaja Microsoft Front Page kerana ianya lebih mudah digunakan dan mudah juga untuk dikemaskini. Anda sudah pun mengenalpasti masalah yang boleh dielakkan dan diperbetulkan. Anda juga sudah boleh membina laman web mini sendiri hanya menggunakan Microsoft Word dan Front Page jika anda tahu caranya.
Anda boleh mempelajarinya daripada rakan-rakan yang mahir membina web atau membeli buku-buku yang berkaitan dengannya dari kedai-kedai yang berdekatan.
Berita baik buat anda, pihak kami dengan rasa berbesar hati memaklumkan kepada anda bahawa kami dalam proses menyiapkan
ebook berjudul “Rahsia Jutawan Buat Duit Dengan Bijak” (Jangan
cuba tiru idea saya ya). Ia disertakan hak jual semula Anda boleh mendapatkannya setelah siap nanti dengan harga yang istimewa. Nantikan kemunculannya!.