• Tidak ada hasil yang ditemukan

Langkah #4 : Pembayaran

Dalam dokumen Panduan Buat Duit Dari Rumah #1 (Halaman 73-78)

Perniagaan internet menggunakan jenis pembayaran secara online dan sebahagiannya secara manual. Ada beberapa kaedah pembayaran yang sering digunakan dalam urus niaga internet.

Penghantaran produk juga dilakukan secara online atau pos. Ianya juga melibatkan cara pembungkusan produk. Anda tidak perlu risau, saya akan mendedahkan satu persatu kepada anda bagaimana pembayaran online boleh dibuat dan bagaimana penghantaran produk dilakukan.

Pembayaran

Di dalam perniagaan internet, ramai yang masih ragu-ragu mengenai kaedah pembayaran yang dilakukan. Adakah ianya selamat? Bagaimana pembayaran boleh dilakukan secara online? Soalan-soalan ini sering ditanyakan oleh pelanggan.

Sebenarnya, tidak susah untuk anda membuat pembayaran online ini. Ianya seperti pembayaran lain yang biasa. Berikut adalah 3 kaedah pembayaran yang sering digunakan dalam perniagaan internet.

Wang pos, kiriman wang atau cek tempatan.

Kaedah pembayaran ini merupakan kaedah pembayaran yang biasa, dan merupakan kaedah pembayaran yang selamat. Di Malaysia, wang pos dan kiriman wang boleh dibuat melalui pejabat Pos Malaysia manakala buku cek pula dikeluarkan oleh bank-bank tempatan kepada pemohon yang mahu menggunakannya. Biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan dan individu yang layak.

Wang Pos dan cek dari luar negara

Jika anda mempunyai pelanggan dari luar negara, mereka boleh membuat pembayaran menggunakan wag pos dan boleh dibeli melalui laman web

www.westernunion.com. Wang pos ini akan dihantar ke alamat anda. Anda boleh menyemak pembayaran yang dilakukan melalui laman web Western Union berdasarkan kod pembayaran. Jadi, anda boleh mengesan sebarang penipuan sebelum menghantar produk kepada pelanggan.

Cek luar negara mengambil masa hampir sebulan untuk ditunaikan. Pihak bank tempatan juga mengenakan caj tertentu untuk menunaikan cek tersebut. Bagaimana dengan risiko cek palsu? Cara mudah untuk anda mengelakknya ialah dengan berhati-hati! Anda nyatakan kepada pelanggan bahawa penghantaran akan dilakukan sebaik sahaja cek disahkan kebenarannya oleh pihak bank.

Bank-in atau pindahan akaun.

Ini merupakan salah satu urusan pembayaran yang mudah dilakukan oleh semua pelanggan di Malaysia. (Pelanggan luar negara tidak boleh melakukan urusan pembayaran ini). Ada dua cara yang boleh digunakan untuk pembayaran. Cara pertama melalui perkhidmatan e-banking yang ditawarkan oleh pihak bank seperti www.maybank2u.com.my dan www.bankislam.biz. Cara kedua ialah dengan pelanggan memindahkan wang ke dalam akaun anda melalui mesin ATM atau boleh juga mendepositkan wang terus ke dalam akaun anda. Ianya amat sesuai digunakan dan kaedah ini paling popular di Malaysia!

Kad kredit.

Penggunaan kad kredit sebagai salah satu kaedah pembayaran di internet merupakan kaedah yang paling popular dan mampu meningkatkan jualan

produk sebanyak 400%. Faktor ini disebabkan pelanggan mudah membuat pembayaran dalam tempoh yang singkat. Tambahan pula, ia memberikan imej yang positif terhadap perniagaan anda.

Sekiranya anda merasakan penggunaan kad kredit ini tidak perlu, anda silap! Apabila anda tidak menggunakan perkhidmatan ini, anda akan kehilangan hampir 90% pelanggan berpotensi. Sesuatu perkara yang sungguh menakjubkan dengan hanya sekeping kad!

Ada dua cara yang membolehkan anda menerima pembayaran kad kredit secara online iaitu yang pertama melalui Merchant Account (Akaun Peniaga) yang boleh ada perolehi daripada pihak bank atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan tesebut.

Kebiasaannya pihak bank mengenakan syarat yang agak ketat dan pendaftaran yang agak tinggi sehingga Rm2,000. Caj dikenakan setiap transaksi antara 2 - 4%. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menaip Merchant Account atau Merchant Account Provider di laman carian. Cara yang kedua pula ialah menggunakan Third Party Credit Card Processor

(Akaun Pihak Ketiga). Caj yang dikenakan bagi setiap transaksi antara 10% -

15%. Yuran pendaftaran pula murah hanya sekitar RM200 seumur hidup. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai akaun pihak ketiga ini di laman web berikut :

www.paypal.com www.digibuy.com www.2checkout.com www.worldpay.com

Penghantaran

Sebaik sahaja pembayaran dibuat dan disahkan, anda hendaklah serta merta menghantar produk kepada pelanggan. Jenis penghantaran bergantung kepada produk yang anda jual. Anda wajib menghantarnya serta merta selepas pembayaran dibuat.

Di Malaysia, beberapa jenis penghantaran yang boleh digunakan ialah seperti berikut :

o Sampul Pos Express

Sampul Pos Express yang disedikan oleh pejabat Pos Malaysia mempunyai 5 saiz yang berbeza. Kandungan berat barangan yang dihantar antara 50 gram atau kurang - 1 kilogram. Harganya pula antara Rm2.50 - Rm7.00 mengikut saiz.

Kandungan yang sesuai bagi menggunakan sampul pos express ini adalah biasanya berbentuk dokumen seperti CD, wang pos, kiriman wang, cek dan barangn ringan yang lain mengikut syarat yang ditetapkan. Anda boleh menyemak penghantaran tersebut melalui laman web www.pos.com.my

menggunakan kod penghantaran (pelekat berwarna kuning).

o Pos Laju

Sekiranya anda menjual produk berbentuk besar, amat sesuai untuk anda menggunakan pos laju. Caj minimum yang dikenakan adalah Rm4.50 untuk berat sebanyak 500grm atau kurang.

Berat maksimum bagi dokumen yang dihantar menggunakan pos laju adalah 2 kilogram manakala berat maksimum produk yang berat adalah tidak lebih 30 kilogram. Anda boleh menyemak caj yang dikenakan di dalam laman web

Pihak pos malaysia juga menyediakan perkhimatan penghantaran antarabangsa. Jadi sekiranya produk anda ditempah dari pelanggan luar negara, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Anda juga mempunyai pilihan lain selain perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat pos malaysia. Anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran lain seperti DHL, UPS dan Malaysian Airlines System.

Dalam dokumen Panduan Buat Duit Dari Rumah #1 (Halaman 73-78)

Dokumen terkait