BAHAGIAN #3 Formula Rahsia
Topik 2 Rahsia Mahir Dalam Bisnes
emulakan perniagaan internet bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap mudah. Ianya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan serta tidak mudah mengalah. Untuk berjaya, anda mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik untuk diri anda.
Tidak mungkin anda boleh menjadi kaya hanya dalam sekelip mata apabila menjalankan perniagaan internet. Jangan mudah terpengaruh dengan kisah kekayaan yang dicapai dalam masa sehari dan tidak diyakini kesahihannya. Irfan Khairi yang merupakan jutawan internet di Malaysia sendiri pun mengambil masa hampir 3 tahun untuk mendapat pendapatan bersih sebanyak Rm1,000,000.00 (bagi satu jenis perniagaan yang dijalankannya). Anda boleh mendapat pendapatan sebanyak itu dalam masa yang singkat jika produk anda mendapat permintaan yang tinggi, produk anda tiada saingan, harga yang tinggi, produk yang berkualiti, perkhidmatan yang terbaik dan sebagainya!
Tetapi, mampukah anda untuk melakukan segala-galanya sempurna (perfect)? Bagi diri anda yang masih baru terlibat di dalam dunia perniagaan internet ini diumpamakan seperti bayi. Perlu meniarap dahulu kemudian merangkak. Setelah mahir merangkak, bertatih pula. Dari bertatih, kemudian berjalan dan akhirnya sudah boleh berlari dengan laju!
Menjalankan perniagaan internet bukan hanya semata-mata mahu mendapatkan keuntungan yang besar tetapi ia disertai dengan tanggungjawab, usaha, minat dan yakin pada diri sendiri.
Disini saya berikan kepada anda beberapa tips untuk anda mengendalikan perniagaan internet dengan baik dan sempurna. Cara ini adalah lebih selamat daripada anda melakukan perniagaan dengan tergopoh gapah!
1. Pilih produk yang mendapat permintaan yang tinggi.
Diawal eBook ini telah saya bincangkan bagaimana anda boleh mencari produk yang mendapat permintaan paling tinggi. Pilihlah bidang produk yang anda yakin boleh memasarkannya.
2. Baca semua maklumat mengenai produk yang anda pilih.
Sebelum memulakan perniagaan internet, pastikan anda mencari seberapa banyak maklumat berkaitan produk yang anda pilih. Mengenalpasti ciri-ciri, kualiti dan kemampuan produk tersebut sama ada mampu menarik perhatian pelanggan atau tidak.
3. Tambahkan pengetahuan mengenai produk dan perniaagaan internet.
Banyakkan membaca buku-buku, menghadiri seminar usahawan, perniagaan, kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Tetapi janganlah terlalu membazirkan wang. Anda boleh menghadiri kursus ini sedikit demi sedikit sebelum dan semasa anda sedang menjalankan perniagaan internet.
4. Tambahkan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan.
Walaupun anda memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan, jangan anda abaikan pengurusan kewangan perniagaan anda. Cara ini dapat mengenalpasti prestasi perniagaan anda dan merancang sesuatu dengan lebih baik dan memperbaiki kelemahan yang ada.
5. Mulakan perniagaan secara sambilan.
Adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan internet ini secara sambilan. Jangan sesekali anda berhenti bekerja. Bukankah lebih baik anda
mempunyai dua pendapatan sekaligus daripada satu pendapatan sahaja? Anda mempunyai masa 24 jam sehari Anda bekerja makan gaji cuma 8 jam sehari. Tidak ada salahnya jika anda mengambil lagi 2 - 3 jam untuk menjalankan perniagaan internet!
6. Beli alat-alat yang perlu sahaja.
Anda tidak memerlukan terlalu banyak peralatan untuk memulakan perniagaan internet. Apa yang anda perlukan ialah set komputer, talian intenet dan produk. Cukup mudah untuk memulakannya. Malah anda boleh memulakan segala-galanya dari bilik tidur anda!
7. Gigih berusaha dan tidak mudah putus asa sehingga berjaya.
Kekayaan tidak akan datang bergolek dan kejayaan tidak akan datang melayang. Segala apa yang anda inginkan perlulah disertai dengan usaha yang gigih. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat yang diinginkan sehingga ianya tercapai. Jangan sesekali berputus asa. Seperti Albert Einsten, dia mencuba beribu-ribu kali bagi menghasilkan mentol yang kita gunakan pada hari ini.
8. Pastikan anda tidak menghadapi masalah bekalan.
Seboleh-bolehnya, anda tidak mempunyai masalah bekalan bagi produk yang anda jual. Ini bagi mengelakkan pelanggan tidak merungut dengan perkhidmatan yang diberikan. Adalah lebih baik anda menjual produk yang tidak memerlukan ruang besar untuk menyimpan stok yang banyak. Ingat, anda menjalankan perniagaan secara sambilan dan bukannya sepenuh masa!
9. Jangan berikan produk yang tidak bermutu.
Produk yang kurang bermutu dan berkualiti pastinya sukar menepati cita rasa pelanggan. Sekaligus perniagaan anda juga merosot walaupun
permintaan terhadap produk anda adalah tinggi. Jika anda membina produk sendiri, dapatkan testimoni dari rakan-rakan sebelum memasarkannya!
10. Iklankan perniagaan anda dengan berkesan.
Bagi meningkatkan jualan, anda disarankan membuat banyak iklan bagi produk anda. Iklankan produk anda di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai. Iklankan juga kepada golongan sasaran. Juga boleh mempromosikan secara individu kepada individu yang lain (bersua muka). Tetapi janganlah sampai tidak menghormati keadaan dan masa pelanggan!
11. Gunakan ayat-ayat yang hebat.
Anda boleh menggunakan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang hebat seperti PERCUMA!, RAHSIA!, dan sebagainya. Jangan sesekali anda menggunakan perkataan yang susah dan sukar seperti ayat-ayat bombastik dan futuristik.
12. Hantar pesanan tepat pada masanya.
Jangan memandang remeh soal penghantaran produk. Sebaiknya selepas anda menerima pesanan dan telah mengesahkan pembayaran, terus sahaja menghantar produk yang dipesan kepada pelanggan. Jika tidak, pelanggan akan ternanti-nanti produk yang mereka pesan. Jangan sampai mereka kata anda cuba untuk menipu mereka!
13. Gunakan percetakan yang bermutu (bagi eBook, perisian).
Jika anda menjual produk seperti eBook, buku, perisian dan sebagainya yang melibatkan percetakkan, gunakanlah alat percetakkan yang bermutu. Jagalah kualiti produk yang anda hasilkan. Sebagaimana di kilang, pengeluaran barangan dijaga oleh Quality Control (QC), anda juga sepatutnya boleh!
14. Beri hadiah tidak dijangka.
Berikan hadiah yang tidak dijangka oleh pelanggan. Tidak semestinya anda perlu memberikan hadiah yang mahal. Cukuplah dengan memberikan hadiah yang ringkas dan murah kerana cara ini membuatkan mereka lebih menghargai dan mempercayai anda.
15. Tawarkan produk kedua selepas pembelian pertama (backend).
Anda patut melakukan cara ini. Menawarkan produk sampingan kepada pelanggan mempu meningkatkan jualan anda sehinga dua kali ganda. Malah ia juga dianggap perkhidmatan yang wajib diberikan selepas pembelian produk pertama.
16. Segera membalas email pelanggan.
Jangan melengah-lengahkan masa untuk membalas email pelanggan. Seperti mana anda, pelanggan juga mahu sesuatu maklumat itu diberikan dengan cepat. pelanggan tentu ternanti-nanti balasan email dari anda untuk mendapatkan jawapan yang diharapkan. Sebaiknya, balaslah email dalam masa 24 jam.
17. Maklumkan jika terdapat masalah bekalan.
Jika stok anda habis, segera maklumkan kepada pelanggan anda melalui email ataupun telefon. Anda disarankan supaya menggunakan telefon kerana ia lebih cepat dan boleh berinteraksi secara terus dengan pelanggan dalam menerangkan hal yang sebenarnya bagi mengelak rasa tidak puas hati pelanggan.
18. Rekod perniagaan anda.
Catatkan segala rekod perbelanjaan dan pendapatan yang anda lakukan. Sekurang-kurangnya sediakan Penyata Aliran Tunai. Ia mampu memberikan gambaran sebenar kedudukan semasa perniagaan anda. Juga boleh dijadikan sebagai bukti kepada pendapatan bulanan anda kelak.
19. Jangan sesekali menipu pelanggan.
Elakkan daripada menipu pelanggan di dalam perniagaan internet. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan selama-lamanya dan tiada kredibiliti. Malah tidak mustahil anda tidak akan berjaya membina perniagaan internet di masa akan datang walaupun berpuluh-puluh kali anda cuba. Sebaiknya, amalkan sikap yang positif dan menjaga kepentingan pelanggan.