“Anda mahu memulakan BISNES? “Anda mempunyai PRODUK yang hebat?
2. Pengiklanan Online
Pengiklanan online mampu memberikan kesan yang hebat dalam perniagaan internet jika anda anda tahu menggunakannya!
Tidak ada gunanya jika anda membina laman web yang cantik dan menarik tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengunjungi laman web anda atas sebab tiada promosi yang kurang meluas di internet. Terdapat berjuta-juta laman web yang ada dan adalah mustahil pelanggan boleh menemui laman web anda tanpa melakukan pengiklanan online.
Apabila anda mengiklan secara online, ianya dilakukan secara automatik selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Malah pengiklanan ini tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, ia turut menjangkau sehingga ke seluruh dunia. Kosnya juga amat murah berbanding pengiklanan offline. Secara tidak langsung, perniagaan anda adalah perniagaan antarabangsa!
Bagaimana caranya untuk mengiklan secara online? Di dunia internet, terdapat berbagai-bagai jenis laman web yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan. Ia boleh dibahagikan dengan dua kategori iaitu iklan percuma dan iklan berbayar.
Bagi anda yang baru menceburi bidang perniagaan internet ini, langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan mengiklankan di ruangan iklan percuma. Anda boleh mulakan langkah ini satu demi satu dan kemudian mengiklankan pula di ruangan iklan berbayar. Berikut adalah beberapa jenis pengiklanan online yang terkenal.
eBay.com.my dan Lelong.com.my
Tentu anda pernah mengunjungi laman web ini. Jika tidak pun, tentu anda pernah mendengar laman web ini. Ini merupakan sebuah laman melelong pelbagai jenis barangan mengikut kategori produk.
Setiap pengunjung yang berminat dengan produk yang dilelong perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh membida. Malah sesetengah produk yang telah habis tempoh melelong dijual melebih dari harga pasaran sebenar!
Anda boleh mengiklankan di dalam laman eBay.com.my dan Lelong.com.my. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan. Hanya caj-caj tertentu yang peratusnya amat rendah akan dikenakan apabila produk tersebut dapat dijual.
Kedua-dua laman web ini menyediakan ruangan maklumbalas kepada pelanggan yang membeli produk . Sekaligus anda boleh menjadikannya sebagai testimoni kepada pelanggan yang lain. Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman ini di www.ebay.com.my dan
www.lelong.com.my.
Enjin Carian
Enjin carian merupakan cara pengiklanan yang paling popular digunakan oleh semua usahawan internet. Tiada kos dikenakan apabila anda
mengiklan alamat web anda di dalam enjin carian. Anda hanya perlu mendaftar dan klik diruangan “Add site” untuk mengiklan laman anda. Namun ianya bergantung kepada kandungan dan populariti laman web anda. Semakin popular laman web anda, maka semakin tinggi kedudukan anda di dalam enjian carian. Tetapi ia bukannya mudah. Ada beberapa syarat yang perlu diikuti.
Pertama, laman web anda mestilah mempunyai kepadatan kata-kunci yang berkaitan sama ada di laman web atau juga di ruangan Tag META. Apa dia Tag META yang saya maksudkan sebenarya? Tag META adalah terdiri dari kod-kod HTML dan merupakan salah satu dari ciri-ciri yang penting supaya enjin carian dapat mengindeks laman web anda untuk disenaraikan di kedudukan teratas. Lihat Tag META yang saya maksudkan di bawah. Anda boleh dapatinya jika menggunakan perisian Ms Front Page di ruangan HTML.
Tag Title
Tag Title ialah tag yang merupakan tajuk laman web anda. Ianya dipaparkan di dalam enjin carian sebagai link (berwarna biru) seperti yang anda pernah lihat semasa menggunakan enjin carian Yahoo! contohnya. Gunakan tajuk yang mengandungi kata kunci yang sesuai dengan produk anda. Kata kunci anda mestilah khusus iaitu jika anda menjual buku, buku apakah yang anda jual? Jika buku berkaitan komputer, kata kunci anda mestilah mengandungi perkataan komputer. Lihat contoh Tag Title bagi laman web ideaPERNIAGAAN.com.
<TITLE>Jutawan, Formula Rahsia Buat Wang Besar Secara Online,
Tag META Keywords
Tag ini mengandungi kata kunci yang pendek dan ringkas. Ianya bergantung kepada produk yang anda jual. Mudah cerita, masukkan kata kunci yang sering dicari oleh pelayar internet dan bersesuaian dengan produk anda. Contohnya adalah seperti :
<META
content= "jutawan, kaya, duit, wang, formula, bisnes, perniagaan, ringgit,
pendapatan, bisnes internet, usahawan, berniaga, jualan, produk, e-book."
name=Keywords> Tag META Description
Tag ini pula mengandungi keterangan mengenai laman web dan produk yang anda pasarkan. Jadi, tag ini juga amat penting kerana ianya akan dipaparkan oleh enjin carian dibawah tajuk berwarna biru (link). Contohnya seperti :
<META
content= "Idea perniagaan hebat menjana pendapatan lumayan.
Dapatkan e-book anda sekarang." name=Description>
Ketika anda menulis kata-kata yang mampu menjual produk anda di dalam laman web, penuhkan dengan kata kunci yang berkaitan. Lagi banyak kata kunci, lagi banyak peluang untuk disenaraikan di kedudukan teratas dalam enjin carian.
Kedua, sentiasa mengemaskini kandungan laman web anda dengan informasi terkini dan yang terakhir ialah bertukar-tukar link dengan laman web lain yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda.
Antara enjin carian yang boleh anda gunakan untuk mengiklankan alamat laman web anda supaya tersenarai di dalam ruangan carian adalah seperti berikut : Yahoo.com Google.com AltaVista.com Lycos.com MSN.com Cari.com.my Dan banyak lagi..
Laman web anda mestilah berada di kedudukan yang tertinggi iaitu 20 senarai teratas di dalam enjin carian. Mengapa 20 senarai teratas? Apabila seseorang pelayar laman web mencari sesuatu maklumat di internet, enjin carian akan memaparkan sehingga beratus-ratus senarai. Senarai link atau web pada muka surat pertama halaman mengandungi 20 senarai. Peratus pelayar internet untuk mengklik link pada halaman pertama adalah tinggi berbanding halaman kedua, ketiga dan seterusnya.
Iklan Banner
Anda mengunjungi sebuah laman web. Di dalam laman web itu kelihatan pelbagai iklan banner yang hampir kesemuanya beranimasi. Ianya menarik dan mempunyai pelbagai saiz. Ada yang kecil, sederhana dan besar.
Di dalam fikiran anda, iklan banner apakah yang pertama akan dicapai oleh pelanggan? Sudah tentu iklan banner yang besar dan terletak di ruangan atas atau tengah.
Iklan banner sebegini mengenakan caj bayaran mingguan, bulanan dan tahunan bergantung kepada pemilik laman web tersebut. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan dan murah. Pemilik laman biasanya telah menetapkan harga mengikut saiz-saiz tertentu selain dari tempoh masa yang dikehendaki pelanggan.
Bagaimana cara yang betul untuk mengiklan menggunakan banner? Adakah perlu membina banner yang beranimasi dan teks yang terbang melayang di ruang web?
Jawapannya adalah tidak semestinya begitu. Saya lebih suka jika banner tersebut dapat menyampaikan info terus kepada pengguna. Anda boleh mengambil contoh flyers yang saya berikan untuk membuat banner sebelum ini. Hanya perlu tambahkan sedikit grafik dan warna yang menarik, itu sudah memadai.
Iklan Teks
Kos iklan teks ini lebih murah berbanding iklan banner. Malah, ada laman yang menawarkan iklan teks secara percuma. Anda boleh mengambil peluang kedua-duanya sekali.
Perlu anda tahu, di dunia perniagaan internet, enjin carian lebih mengutamakan teks berbanding gambar. Ini kerana teks dapat dikesan dengan mudah berbanding gambar yang boleh jadi memiliki nama fail yang berlainan. Namun begitu, jika gambar itu menarik, sudah tentu pelayar internet dengan mudah mengklik gambar tersebut
Forum
Anda boleh juga mengiklankan di dalam ruangan forum yang ada di laman-laman forum. Tetapi anda tidak boleh mengiklankannya secara
melulu. Jika anda berbuat begitu, berhati-hatilah, anda mungkin akan di marahi oleh moderator forum.
Meletakkan iklan dengan secara membuta tuli di ruangan forum yang tidak berkaitan boleh menyebabkan laman web anda di senarai hitamkan atau tidak dibenarkan lagi memasuki forum tersebut. Jadi, cara pengiklanan bagaimanakah yang boleh dilakukan?
Soalan yang amat baik sekali. Di dalam forum, telah sedia ada kategori-kategori yang khusus. Anda masuk ke kategori-kategori yang berkaitan dengan produk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberikan informasi-informasi terkini berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Jika anda menceburi bidang perniagaan membina laman web, maka anda boleh memberikan tips-tips membina laman web yang baik, cara menggunakan html dan sebagainya.
Setelah itu, diakhir perbicangan anda, letakkan logo atau slogan dan alamat laman web anda. Ia dikenali sebagai tanda tangan (signature). Pengunjung yang membaca ruangan tersebut akan menganggap anda seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Ia mampu menarik minat untuk mengenali anda dengan dekat. Oleh itu, dengan adanya alamat laman web anda tadi, ia memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk mengujungi laman web anda kelak.
Saya pasti, anda tentu pernah menerima bepuluh-puluh email iklan sama ada iklan dari dalam atau luar negara. Malah apabila ia semakin kerap, ianya membuatkan anda berasa bosan dan benci dengan email yang tidak diundang.
Email-email yang tidak diundang ini di namakan spam. Spam di internet dianggap sebagai penganggu. Tindakan undang-undang boleh di ambil apabila ianya keterlaluan dan menyusahkan pemilik email. Ini bermakna anda tidak boleh menghantar iklan melalui email tanpa kebenaran.
Bagaimana kaedah yang sesuai untuk mendapat kebenaran dari penerima email? Kaedah paling sesuai ialah dengan meletakkan borang kosong yang mengandungi nama dan email di dalam laman web anda. Contohnya adalah seperti ini :
Dapatkan eBook “8 Rahsia Jutawan Malaysia” secara PERCUMA! Sila isikan borang dibawah, supaya kami boleh menghantarnya
dengan segera!
Nama :
Email :
Hantar
Kami hargai privasi anda. Segala maklumat anda adalah dirahsiakan!.
Apabila pengunjung mengisi maklumat yang diperlukan, secara automatiknya pengunjung tersebut membenarkan anda memberikan email yang diminta kepadanya.
Anda boleh menggunakan program autorespoder untuk perkhidmatan ini. Tiada bayaran yang dikenakan. Anda hanya perlu menyalin kod HTML dan tampalkan ke dalam laman web anda. Sungguh mudah! Antara aotoresponder yang popular adalah seperti :
www.autoresponder.com www.aweber.com
Sebaik sahaja pengunjung mengklik butang “Hantar”, secara automatiknya, autoresponder akan menghantar eBook yang diminta ke email pengunjung tersebut. Sistem autoresponder juga menghantar maklumat nama dan email pengunjung kepada anda.
Selain pengunjung tersebut menerima eBook yang diminta, anda boleh meletakkan nota kaki atau tanda tangan yang mengandungi maklumat ringkas mengenai produk dan alamat web anda di akhir email. Anda juga digalakkan menghantar info-info semasa berkaitan bidang perniagaan anda sekurang-kurangnya 7 kali. Sebaik-baiknya biarlah berterusan seperti seminggu sekali atau sebulan sekali.
Iklan Backend
Iklan backend ialah iklan susulan. Ianya kaedah dimana penjual menawarkan sesuatu kepada pelanggan selepas pembelian yang pertama iaitu semasa pelanggan masih memegang wang tunai atau kad kredit.
Cuba anda lihat restoran makanan segera seperti KFC. Sewaktu anda selesai memberitahu menu makanan yang anda mahukan, pekerjanya memberikan senyuman kepada anda dan bertanyakan soalan seperti ini,
“Itu sahaja encik? Encik mahu tambah kentang goreng?” (contoh). Lalu,
tanpa berfikir anda pun bersetuju kerana tertawan dengan senyuman yang diberikan. Tambahan pula kentang goreng tersebut hanya beberapa ringgit sahaja! Cuba anda bayangkan jika 100 pelanggan yang datang dalam sehari ditanyakan soalan seperti itu dan kesemuanya bersetuju membeli kentang goreng tersebut. Agak-agak anda, berapakah jumlah jualan yang dapat dilakukan dalam sebulan? ☺
Ini merupakan strategi yang paling baik dan amat berkesan sekali Anda juga boleh melakukannya di dalam perniagaan internet seperti menawarkan 2 pakej produk yang berlainan kepada pelanggan dengan harga yang istimewa. Pakej pertama ialah produk yang mahu dibeli pelanggan dan pakej kedua ialah disertakan dengan produk sampingan yang hebat dan sesuai dengan produk pertama!
Anda juga boleh menghantar email terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan setelah pembelian dilakukan. Disamping itu, anda boleh menawarkan produk terbaru kepada pelanggan tersebut dengan harga diskaun kepada pelanggan tersebut.
Cara ini dapat meningkatkan jualan anda sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada jualan biasa. Jadi, gunakanlah strategi ini sebaik yang mungkin.
Blog
Pada waktu mula-mula blog diperkenalkan, ramai yang membina blog sebagai tempat perbincangan, cacatan peribadi, berkongsi pendapat dan sebagainya. Ianya mudah dikendalikan berbanding laman web. Perkembangan dunia perniagaan internet membolehkan perkongsian idea, pendapat dan komen secara terus dengan pelanggan anda.
Ia bertindak seperti forum tetapi lebih ringkas dan mudah. Ianya disusun mengikut post terkini. Pelanggan juga boleh memberikan komen mengenai setiap post yang anda hantar dan boleh dibaca oleh semua pengunjung laman.
Ruangan blog ini mampu menarik perhatian pelawat yang sama sekiranya anda sentiasa mengemaskini ruangan tersebut dan mempunyai informasi
dan tips-tips yang segar serta berguna kepada pelawat. Anda boleh membina blog di laman-laman berikut :
www.blogstreet.com www.blogwise.com www.blogdex.net
www.wordpress.com
eZine atau eBook Percuma
eZine atau eBook yang diberikan secara percuma ini biasanya merupakan artikel ringkas mengenai sesuatu informasi yang berkaitan dengan perniagaan anda. Saya telah pun memberikan contoh sebelum ini cara bagaimana pengunjung menerima eZine atau eBook melalui autoresponder.
Artikel yang ditulis tidaklah terlalu panjang, ia hanya sekitar 3 hingga 10 muka surat sahaja. Kandungan artikel tersebut mempunyai isi yang menarik, tips-tips yang ringkas dan mudah serta kisah kejayaan usahawan internet dan testimoni di dalam bidang perniagaan.
Kebiasaanya format eZine atau eBook ini dalam format .pdf atau.doc. Ianya boleh diedarkan secara percuma kepada sesiapa dengan syarat tidak boleh menukar apa jua isi kandungan tersebut. Ianya mestilah yang asal.
Diakhir eZine atau eBook itu diletakkan iklan yang mengajak pembaca mengunjungi laman web anda. Anda juga boleh meletakkan borang tempahan untuk pembelian produk yang anda jual.
Program Affiliate
Program affiliate merupakan satu program yang ditawarkan kepada pengunjung laman web yang ingin menjadi ejen jualan bagi produk yang ditawarkan. Ianya hampir sama dengan ejen jualan biasa, cuma ia dijalankan secara separuh masa dan online.
Komisyen yang diberikan kepada ejen jualan adalah tinggi. Kebiasaannya 40% hingga 60% daripada harga jualan. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan kepada ejen. Namun begitu anda dikenakan kos untuk pembelian dan pemasangan program affiliate ini iaitu antara Rm100.00 - Rm200.00 (yang paling murah di Malaysia). ☺
Program affiliate mempunyai sistem yang dapat mengesan jumlah jualan yang dilakukan oleh ejen jualan. Ia iuga dapat mengesan daripada ejen manakah prospek atau pelanggan membeli produk tersebut. Selain daripada itu, ia dapat mengesan jumlah klik daripada pelayar internet. Apabila seseorang pelanggan telah mendaftar untuk menjadi ejen, beliau akan diberikan satu link yang perlu ditampal ke dalam laman webnya atau diiklankan link tersebut. Link yang diberikan mungkin berbentuk banner, teks atau link biasa yang boleh didapati dari sistem affiliate.
Ejen boleh mengenalpasti berapakah jumlah produk yang dapat dijual dan komisyen yang bakal diperolehi melalui sistem affiliate yang disediakan kepada ejen jualan untuk menyemak jualan mereka.
Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai program affiliate ini di
www.myaffiliateprogram.com dan www.linkshare.com. Untuk berjaya di dalam program affiliate ini, anda perlu dengan menarik seberapa ramai yang mungkin untuk menyertai program affiliate anda dan utamakan
kepentingan pelanggan seperti komisyen, kemudahan laman web percuma dan pembayaran yang cekap dan cepat.
Anda sudah jelas dan terbayang iklan apa yang sesuai untuk anda lakukan. Pelbagai idea-idea pengiklanan yang unik dan menarik mungkin anda mahu buat. Pastikan kos pengiklanan anda tidak menjejaskan keuntungan anda. Tidak ada gunanya juga jika anda membuat iklan terlalu banyak sehingga berbelanja beribu-ribu tetapi produk yang dijual tidak mendapat sambutan.
Seelok-eloknya mulakan pengiklanan dengan modal yang sedikit iaitu termasuk dalam kos memulakan perniagaan internet (kurang dari Rm1,000). Setelah produk anda mendapat hasilnya, laburkan sebahagian keuntungan tersebut untuk mengiklan dengan lebih meluas. Ini lebih baik dan mengurangkan risiko kerugian.
Cuba anda lihat syarikat-syarikat perniagaan internet dunia yang gagal bertahan dan akhirnya menutup operasi. Semuanya kerana kesilapan dalam melaburkan terlalu banyak wang tanpa perancangan yang betul.
Anda juga disarankan agar jangan meminjam dengan mana-mana pihak. Cukuplah dengan memulakan perniagaan kecil dari wang simpanan anda. Ini lebih membuatkan anda berhati-hati semasa menjalankan perniagaan berbanding anda memperoleh wang pinjaman yang besar sehingga anda menjadi rambang mata.