• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN INTIFADAH AL-AQSA (2000) TERHADAP PROSES DAMAI DI PALESTIN

4.6 Sedekad Selepas Cetusan Intifadah (2000): Perkembangan Terkini Palestin

4.6.5 Cabaran Konflik Arab-Israel

Setelah lebih kurang 65 tahun konflik Arab-Israel berlaku sejak daripada peristiwa nakbah, keadaan Palestin masih lagi dalam suasana konflik bahkan kadang-kadang mencapai tahap yang lebih teruk. Tahap yang baik juga seperti hampir berlaku khususnya ketika mana berlakunya Perjanjian Oslo 1993, ini kerana perjanjian tersebut dilihat mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Oleh sebab itu juga, perjanjian dan perbincangan mengenai proses damai di Palestin seringkali tidak tersasar jauh daripada kerangka asal yang disusun di dalam Perjanjian Oslo.

Hari ini dunia dapat menyaksikan bahawa konflik Arab-Israel seakan-akan tenggelam dengan konflik persaudaraan di kalangan negara Arab. Bermula pada tahun 2011 di Mesir dan Tunisia serta Libya apabila rakyat mereka bangkit menentang pemerintah. Kebangkitan ini telah menular di negara Syria di mana sehingga ke hari ini masih lagi belum selesai. Malahan Mesir pula setelah setahun mengangkat Presiden baru yang dipilih rakyat, sekali lagi berada di dalam keadaan

65 Marisa Nukman dan Yusnarida Eka Nizmi, Faktor yang Mempengaruhi Fatah Bergabung di

UNESCO 2011-2012,

tegang antara penyokong dan pembangkang. Hal ini secara tidak langsung telah menenggelamkan isu konflik Arab-Israel.

Israel masih lagi menyerang dan mengebom Palestin khususnya di Gaza sekitar penghujung tahun 2012. Walaupun gencatan senjata telah dilakukan, namun Israel tetap mengebom Gaza dengan alasan Hamas memulakan serangan dan Israel hanya melakukan tindakan balas bagi mempertahankan negara mereka. Perubahan suasana politik Mesir banyak mempengaruhi Gaza dari pelbagai sudut sama ada politik, sosial dan sebagainya.

Proses damai antara Palestin dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Konflik dan proses damai sering kali bergilir-gilir mengambil tempat dalam lanskap politik di Palestin. Dua modul penyelesaian yang sering diketengahkan adalah penubuhan sebuah negara ataupun penubuhan dua buah negara. Kedua-dua cadangan penyelesaian ini tidak berhasil sehinggalah ke hari ini. Penulis berpendapat masyarakat dunia bersetuju dengan cadangan penubuhan dua negara sebagai jalan penyelesaiannya. Namun apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana mekanisme pelaksanaan yang terbaik bagi memastikan konflik ini dapat diakhiri dengan sempurna.

Penulis secara peribadi juga bersetuju dengan cadangan penubuhan dua negara. Konflik yang berlaku di Palestin secara kasarnya merupakan konflik politik dan perebutan tanah. Namun apa yang lebih mendalam adalah ini merupakan konflik agama. Cadangan penubuhan dua negara merupakan suatu bentuk cadangan yang dianggap terbaik buat masa kini. Bermula daripada Perjanjian Oslo sehinggalah kepada Road Map seterusnya Persidangan Annapolis menjurus ke arah itu. Walaupun jalan penubuhan dua negara mungkin tidak mampu menyelesaikan konflik secara total, namun sekurang-kurangnya dapat mengurangkan perbalahan yang

berlaku. Syarat utama adalah kedua-dua pihak bersetuju dan menghormati keputusan yang telah dimeterai. Hal ini merupakan kunci utama bagi mencapai jalan perdamaian antara Israel dan Palestin.

Di samping cadangan penyelesaian melalui penubuhan sebuah negara mahupun dua buah negara, terdapat juga cadangan lain yang muncul di kalangan pengkaji. Antaranya adalah cadangan supaya Palestin diberi autonomi ke atas

wilayah mereka.66 Melalui cadangan ini, Palestin diberi kuasa untuk mentadbir dan

mengurus wilayah mereka sendiri namun masih tertakluk dibawah kuasa Israel dalam beberapa hal. Cadangan lain adalah persekutuan dwi-bangsa yang memberi erti di dalam sebuah negara terdapat dua bangsa yang mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama rata. Halper menyatakan bahawa cadangan ini banyak dipelopori oleh golongan kiri Israel dan baginya cadangan ini adalah agak mustahil

untuk dilaksanakan.67

Sepertimana yang telah penulis sebutkan sebelum ini, masalah penempatan Yahudi di dalam wilayah Palestin dan juga isu pelarian Palestin merupakan isu yang paling utama yang perlu diselesaikan. Dua isu ini menjadi penghalang utama kepada usaha mencapai perdamaian dan keamanan antara Israel dan Palestin. Setiap kali perbincangan perdamaian dilakukan, perkara ini pasti menjadi fokus utama, namun usaha dan juga pelaksanaan ke arah penyelesaiannya masih lagi menemui jalan buntu.

66

Jeff Halper, Beyond Road Map and Walls, dlm. The Link, vol. 37, no. 1, (2005), 3.

4.7 Kesimpulan

Proses damai ataupun perjanjian-perjanjian yang dibuat atas konflik Arab-Israel yang telah berlaku sejak sekian lama dilihat tidak berfungsi dan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya. Intifadah yang tercetus di Palestin dalam dua peringkat iaitu pada tahun 1987 dan juga 2000 menunjukkan bagaimana respon pihak Israel yang terpaksa melakukan rundingan damai dengan Palestin bagi menjamin keselamatan mereka dari terus berada dalam situasi konflik. Namun pendekatan yang diambil hanyalah untuk memberhentikan konfrontasi dan bukanlah atas tujuan untuk mencapai keamanan dan kedamaian antara dua pihak, maka perjanjian-perjanjian tersebut dilihat gagal dalam usaha mencapai perdamaian Palestin-Israel.

Pelbagai reaksi juga menunjukkan ada pihak yang tidak bersetuju dengan pelan perdamaian yang dilakukan dan wujud juga pihak yang cuba mengeksploitasi perjanjian yang dilakukan dan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui oleh pihak yang terlibat. Kebangkitan rakyat Palestin seperti di dalam Intifadah Al-Aqsa menunjukkan bahawa jika ada pihak yang melawan dan menentang, maka usaha ke arah perbincangan di meja bulat akan dilakukan, akan tetapi ianya hanyalah seperti untuk memberhentikan konfrontasi yang berlaku, kemudiannya perbincangan hanya tinggal pada kertas tanpa pelaksanaan yang sempurna.

Perjanjian dan juga persidangan sebelum dan selepas tercetusnya intifadah kedua pada tahun 2000 menunjukkan persamaan dan perbezaan. Dari sudut fakus perbicangan umpamanya menunjukkan pertambahan isu yang dibincangkan berbanding sebelum tercetusnya intifadah kedua. Malahan, kuasa besar dunia yang lain seperti Rusia dan juga Eropah turut memainkan peranan yang penting selain

Amerika Syarikat yang telah terlibat sejak sekian lama. Walaupun kuasa besar dunia blok Timur tidak terlibat secara rasmi di dalam perundingan yang wujud, namun penglibatan kuasa besar dunia daripada blok Barat menunjukkan bahawa isu Palestin menjadi isu pilihan untuk diselesaikan dengan kadar segera.

Namun begitu, penulis berpendirian bahawa perjanjian perlu juga dilakukan agar secara rasminya Palestin boleh menuntut hak yang telah dijanjikan dan dipersetujui di dalam setiap perjanjian yang dilakukan. Kuasa besar dunia juga menunjukkan minat dan juga perhatian yang besar di dalam konflik di Palestin. Sikap ambil berat dan cakna masyarakat dunia kepada isu di Palestin menunjukkan bahawa semua orang bersetuju dan menyokong usaha mencapai kedamaian di antara Palestin dan juga Israel.

Perjanjian dan juga proses damai yang berlaku menunjukkan pihak Palestin terus menerus menerima cabaran dari pelbagai sudut untuk meneruskan cita-cita dan harapan mereka agar Palestin akan diiktiraf dan berjaya menjadi sebuah negara yang berdaulat. Pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan ahli di dalam PBB merupakan langkah awal untuk mencapai tujuan kedaulatan negara Palestin. Bahkan Palestin dimasukkan di dalam senarai ahli UNESCO juga dapat memberi jaminan keselamatan bangunan-bangunan bersejarah yang amat penting bukan khususnya dalam bidang sejarah dapat dipelihara dan dipulihara dari terus menjadi sebahagian daripada kemusnahan akibat daripada peperangan yang berlaku.

BAB V