• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan Intifadah Pertama 1987 dan Intifadah Kedua 2000

INTIFADAH KEDUA (2000) DI PALESTIN

3.7 Perbezaan Intifadah Pertama 1987 dan Intifadah Kedua 2000

Penulis telah menyatakan sebelum ini bahawa terdapat beberapa perbezaan antara kebangkitan rakyat Palestin pada tahun 1987 dan yang berlaku pada tahun 2000. Walaupun asasnya adalah sama iaitu menentang Israel dan menuntut tanah air mereka, namun beberapa perbezaan dapat dilihat antara kedua-dua kebangkitan ini.

Jika dilihat dari sudut pendekatan, ketika mana kebangkitan 1987 hanya menjurus ke arah demonstrasi jalanan dan pemboikotan. Pendekatan boikot bukan sahaja terhadap barangan dan perkhidmatan Israel, malah waktu bekerja juga

mengikut waktu Palestin tanpa mengikut waktu yang ditetapkan oleh Israel.51

Berbeza dengan kebangkitan 2000, penggunaan senjata selain batu seperti bom

48 Pierre Beaudet, Multiple Faces of Intifada dlm Economic and Political Weekly, Vol. 36, No. 34, (2001), 3224.

49

Fatalities in the First Intifada: Palestinians Killed in the Occupied Territories (Including East Jerusalem), http://www.btselem.org/statistics/first_intifada_tables.

50 P. Johnson and E. Kuttab, Where Have All the Women (and Men) Gone? Reflections on Gender and the Second Palestinian Intifada, dlm. Feminist Review, no. 69 (2001), 30.

51

Daoud Kuttab, The Two Intifadas: Difference Shades of Resistance,

molotov, senjata-senjata ringan lebih digunakan. Pada tahun 2000, kebangkitan yang

berlaku dilihat seperti peperangan antara Palestin dan Israel.

Dari sudut penglibatan juga memperlihatkan sedikit perbezaan. Jika pada kebangkitan 1987, hanya dua organisasi yang dilihat terlibat secara langsung iaitu Hamas dan Jihad Islami, namun ketika mana berlakunya intifadah kedua 2000, penglibatan organisasi lain dapat dilihat seperti Fatah Tanzim, Briged Syahid Al-Aqsa, PLO dan juga Hamas dan Jihad Islami itu sendiri. Jika intifadah pertama 1987 gerakan islamis mempeloporinya, kebangkitan 2000 pula menunjukkan gabungan gerakan islamis dan nasionalis yang bersama-sama bangkit menentang Israel.

Selain itu, perbezaan faktor penghalang antara kedua-dua intifadah ini adalah daripada pasukan keselamatan Palestin sendiri. Pasukan keselamatan Palestin

wujud selepas Perjanjian Oslo.52 Di dalam peristiwa Intifadah Al-Aqsa, rakyat

Palestin telah ditangkap dan terpaksa berlawan dengan kelompok rakyat Palestin lain yang berada di dalam pasukan keselamatan Palestin. Ini menunjukkan bahawa rakyat Palestin terpaksa berhadapan dengan dua kumpulan iaitu tentera Israel dan juga pasukan keselamatan Palestin.

Penulis juga telah sebutkan sebelum ini dimana peranan media massa sangat memainkan tanggungjawab yang penting ketika mana berlakunya kebangkitan ini. Berbeza dengan intifadah pertama 1987, intifadah kedua 2000 berlaku dalam tempoh penguasaan dan penggunaan media semakin berkembang. Hal ini menjadikan isu di Palestin semakin mudah untuk diketahui oleh masyarakat dunia dan mendapat simpati serta perhatian yang besar. Intifadah pertama 1987 kurang mendapat perhatian masyarakat dunia akibat daripada perkembangan media massa yang baru bermula di peringkat awal. Kesan daripada media massa ini juga berjaya

52

Gal luft, Palestinian Military Performance and the 2000 Intifada, dlm. Middle East Review and

membentuk perspektif dan memberikan gambaran umum kepada masyarakat dunia apakah yang sebenarnya berlaku di Palestin. Dengan kewujudan media elektronik yang semakin berkembang, media yang pro kepada Israel juga sukar untuk mengubah dan menukar cerita sebenar yang berlaku.

Kerjasama masyarakat antarabangsa juga agak berbeza diantara kedua-dua kebangkitan ini. Di dalam kebangkitan intifadah kedua 2000, menyaksikan penglibatan masyarakat dunia bahkan rakyat Israel sendiri bangkit dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. Penulis berpendapat bahawa ini adalah kesan daripada laporan media alternatif lain yang menyebabkan masyarakat dunia bersatu dan bersolidariti bagi membantu Palestin. Konflik dan penentangan yang berlaku di dalam intifadah kedua juga lebih memperlihatkan keadaan keganasan kemanusiaan berbanding ketika mana kebangkitan 1987, lebih dilihat kepada penentangan agama dan juga bangsa.

Tekanan daripada masyarakat dunia walaupun tidak menghalang tentera Israel secara sepenuhnya, namun berjaya mengurangkan sedikit penindasan yang dilakukan. Akibat daripada tekanan antarabangsa, kuasa besar dunia perlu segera mengambil jalan untuk mencapai jalan perdamaian di Palestin. Kerana itu, dapat dilihat perbincangan dan perjanjian damai giat dilakukan selepas daripada tercetusnya kebangkitan rakyat Palestin.

Jadual 3.3: Perbezaan antara intifadah pertama dan intifadah kedua.

Perkara Intifadah pertama Intifadah kedua

Pendekatan/ strategi

Demonstrasi jalanan dan

pemboikotan produk dan

perkhidmatan Israel.

Berbentuk dua hala seperti peperangan antara Palestin dan

Israel. Menggunakan batu

serta senjata ringan dan juga bom molotov.

Penglibatan Secara individu dan organisasi

berasaskan islamis seperti

Hamas dan Jihad Islami.

Secara individu serta

organisasi yang lebih banyak seperti Hamas, Jihad Islami, Fatah Tanzim serta PLO

sendiri.

Media massa Kurang mendapat liputan media

massa.

Liputan media massa serta media alternatif lain yang luas. Kerjasama

masyarakat antarabangsa

Lebih dilihat kepada konflik

agama dan bangsa antara

masyarakat Arab dan Israel

Mendapat kerjasama dan

perhatian yang lebih besar daripada masyarakat dunia dan

dilihat sebagai konflik

keganasan kemanusiaan.

3.8 Kesimpulan

Penulis melihat bahawa intifadah kedua yang digerakkan dan dibangkitkan oleh rakyat Palestin merupakan suatu bentuk tindak balas selepas melihat bahawa isi di dalam Perjanjian Oslo yang menjanjikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat kepada rakyat Palestin hanya sekadar perjanjian yang dilihat tiada usaha ke arah untuk merealisasikannya sehinggalah jalan konfrontasi dan kebangkitan menjadi pilihan bagi rakyat Palestin dan perkara ini bukanlah suatu bentuk penentangan yang baru kerana ianya merupakan seperti wayang yang dimainkan semula kerana rakyat Palestin telah bangkit dalam beberapa siri penentangan terhadap Israel sejak dari peristiwa nakbah ataupun kewujudan negara Israel secara rasmi pada tahun 1948.

Di dalam peristiwa initifadah kedua ini juga dapat dilihat bahawa pendekatan melalui serangan pengebom berani mati menjadi sebuah pendekatan yang popular dan menjadi pilihan rakyat Palestin setelah mereka hanya berdepan dengan tentera Israel yang mempunyai kekuatan senjata yang canggih hanya dengan menggunakan senjata batu ataupun bom molotov sahaja. Malah melalui serangan ini juga dapat menunjukkan kesan terhadap respon pihak Israel.

Dari sudut organisasi juga memperlihatkan kepelbagaian organisasi yang terlibat di dalam intifada kedua ini. Berbanding dengan intifada 1987 yang banyak dipelopori oleh pasukan Jihad Islami dan Hamas, namun pada kebangkitan kali

kedua ini dapat dilihat penglibatan Fatah, DFLP dan juga PFLP dengan kaedah dan pendekatan masing-masing.

Peranan media massa di dalam melaporkan mengenai konflik di Palestin juga memainkan peranan yang penting. Bahkan ia mampu melahirkan rasa simpati dan empati di kalangan masyarakat dunia atas dasar kemanusiaan bukan sahaja berasaskan keagamaan semata-mata.

Apa yang pasti adalah kebangkitan rakyat Palestin tidak akan pernah berhenti sehinggalah Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan persempadanan yang adil bagi rakyat Palestin. Dapat dilihat penentangan terhadap Israel telah berlaku sejak sekian lama sehinggalah ke hari ini, cuma pendekatan dan strategi yang diambil mempunyai sedikit perbezaan dari masa ke masa.

BAB IV

KESAN INTIFADAH AL-AQSA (2000) TERHADAP PROSES DAMAI