• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apabila penulis menjalankan kajian ini, penulis memerlukan kepada rujukan bagi menguatkan lagi hujah-hujah serta isi di dalam pengkajian ini. Banyak buku-buku yang telah ditemui oleh penulis dan menjadi rujukan utama dalam penghasilan kajian ini. Dalam menyiapkan kajian ini penulis membahagikan kajian lepas mengenai maklumat yang berkaitan dengan bidang kajian penulis kepada tiga bahagian di mana yang pertamanya fokus kepada rujukan bahan lepas yang berkaitan dengan Palestin secara amnya sejak daripada pencerobohan dan kelahiran negara Israel secara rasmi pada tahun 1948. Manakala bahagian kedua pula merangkumi kajian-kajian berkenaan peristiwa Intifadah pertama. Bahagian ketiga pula adalah fokus kepada bahan rujukan lepas mengenai Intifadah kedua. Penulis juga meneliti

beberapa bahan kajian lepas yang turut memuatkan fakta dan data mengenai kedua-dua intifadah yang berlaku di Palestin.

Penulis menemui sebuah artikel yang bertajuk Camp David and the Al-Aqsa

Intifada: An Assessment of the State of the Israeli–Palestinian Peace Process, July– December 2000 tulisan Kirsten E. Schulze.13 Artikel ini membicarakan mengenai kesan Intifadah Al-Aqsa ataupun intifadah kedua terhadap proses damai di Palestin yang fokusnya lebih kepada perjanjian Camp David serta sedekad selepas peristiwa tersebut tercetus. Artikel ini mempunyai banyak persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh penulis. Ianya membicarakan mengenai proses damai antara Palestin dan Israel selepas Intifadah Al-Aqsa berlaku serta mencadangkan keamanan antara Palestin dan Israel hanyalah melalui jalan penyelesaian rundingan damai. Bagaimanapun di dalam kajian penulis, penulis melihat dan meneliti kesan proses damai yang juga telah berlaku sebelum Intifadah Al-Aqsa terutamanya pada Perjanjian Oslo yang menjadi punca kepada Intifadah Al-Aqsa dan memberhentikan kemaraan rakyat Palestin dalam intifadah pertama 1987.

Kajian mengenai intifadah di Palestin pernah dilakukan oleh pengkaji lain sebelum daripada kajian yang dilakukan oleh penulis di dalam kajian ini. Antaranya adalah sebuah disertasi sarjana yang ditulis di dalam bahasa Arab iaitu Atharu

Intifadah Al-Aqsa ‘ala al-Iqtisadaini al-Israeli wa al-Filistini.14 Kajian ini menulis mengenai intifadah kedua ataupun dikenali sebagai Intifadah Al-Aqsa dan juga kesan ekonomi terhadap Palestin dan juga Israel. Kajian ini menjadi rujukan kepada penulis kerana fokus terhadap kesan intifadah kepada Palestin dan juga Israel,namun begitu

13

Kirsten E. Schulze, Camp David and the Al-Aqsa Intifada: An Assessment of the State of the Israeli–Palestinian Peace Process, July–December 2000, dlm. Studies in Conflict and Terrorisme, (London: Routledge, 2010).

14 Mahmud Mustafa Muhammad ‘Ewad (2005), Atharu Intifadah Al-Aqsa ‘ala Iqtisadaini

al-Israeli wa al-Filistini, (disertasi, Jabatan Ilmu Politik, Fakulti Sastera, Irbid: Universiti Yarmouk,

kajian ini hanya memfokuskan kepada kesan ekonomi dan penulis akan mengkaji kesan terhadap proses damai di Palestin yang berlaku selepas tercetusnya intifadah di Palestin.

Penulisan dari seorang professor dari Hebrew University of Jerusalem yang

bertajuk Israeli Apartheid and The Intifada15 menceritakan bagaimana keganasan

Israel terhadap rakyat Palestin. Artikel ini mengetengahkan eksploitasi Israel sama ada urusan tanah, air, ekonomi dan sebagainya. Buku ini menjadi rujukan buat penulis melihat latarbelakang Palestin sebelum berlakunya Intifadah dan punca kepada berlakunya Intifadah adalah kerana penyeksaaan dan penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sejak sekian lama. Artikel ini banyak membantu dalam pengkajian penulis untuk mengkaji latarbelakang Palestin sejak penubuhan negara Israel dan juga punca kepada berlakunya Intifadah. Walaubagaimanapun, artikel ini merupakan penulisan yang ringkas walaupun banyak perkara disentuh dalam penulisan ini. Artikel ini menjadi gambaran awal kepada penulis untuk mengkaji latarbelakang yang berlaku di Palestin yang kemuncaknya membawa kepada kebangkitan rakyat dalam peristiwa Intifadah.

Di dalam kajian lain, penulisan sarjana yang bertajuk Intifadah dan Proses

Pembinaan Peradaban Bangsa Palestin tulisan Noor Shahily Binti Dahalan,16 penulis

dapati kajian tersebut lebih memfokuskan kepada pembinaan peradaban bangsa Palestin. Disertasi tersebut turut memuatkan peristiwa intifadah dalam kajian beliau sebagai perkara asas dalam pengukuran proses pembinaan peradaban bangsa yang berlaku di Palestin. Namun begitu, penulis melihat bahawa kajian disertasi tersebut kurang mengupas lebih lanjut mengenai intifadah itu sendiri dan info yang diketengahkan sangat sedikit. Kekurangan yang penulis dapati dalam kajian sarjana

15 Israel Shahak, Israeli Apartheid and The Intifada, (T.T.P: Institute of Race Relation, 1988).

16

Noor Shahily Binti Dahalan, Intifadah dan Proses Pembinaan Peradaban Bangsa Palestin, (Disertasi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2004).

tersebut akan disentuh oleh penulis di dalam kajian ini di mana pemfokusan penulis adalah terhadap isu-isu yang berlaku ketika tercetusnya peristiwa intifadah itu sendiri.

Penulis juga mengkaji kepada satu sumber buku yang dikarang oleh orang

Israel sendiri iaitu “The Intifada: Causes and Effect.”17

Kajian ini menceritakan dengan teliti mengenai punca dan juga kesan intifadah pertama. Pengarang buku ini juga menyimpulkan empat sebab utama kenapa kebangkitan rakyat Palestin dalam peristiwa intifadah berlaku setelah 20 tahun penguasaan Israel ke atas mereka. Sebab utama tesebut adalah kebangkitan dalam semangat nationalism, kekecewaan yang melampau, kewujudan infrastruktur organisasi kebangsaan bagi rakyat Palestin dan

juga kelemahan profil pencegahan dalam Israel Defense Forces (IDF).18 Namun di

dalam kajian penulis, penulis memfokuskan punca utama yang menjadi titik tolak tercetusnya intifadah dan melihat kesan terhadap proses damai yang terkesan atas kebangkitan yang berlaku.

Buku Between Terrorism and Civil War The Al-Aqsa Intifada19 yang

mengumpulkan pelbagai artikel di dalam buku ini yang banyak menyentuh mengenai negara-negara Arab lain melihat dan memberi respon di dalam kebangkitan rakyat Palestin pada kali kedua ini. Negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir dan juga organisasi Hizbullah di Lubnan yang turut terlibat terutamanya secara tidak langsung dalam intifadah kedua ini disentuh di dalam buku ini. Buku ini menjadi rujukan kepada penulis bagi mengkaji pihak-pihak yang terlibat di dalam intifadah kedua ini yang memperlihatkan bukan sahaja rakyat Palestin bersendirian dalam kebangkitan ini tetapi turut dibantu oleh pihak luar. Buku ini juga mengumpul artikel-artikel

17 Aryeh Shalev, The Intifada: Causes and Effect, (Israel: The Jerusalem Post, 1991).

18 Ibid., 42.

19

C. Jones, A. Pedahzur, Between Terrorism and Civil War The al-Aqsa Intifada, (London: Routledge Taylor & Francis Group, 2005).

berkenaan respon pengkaji terhadap isu di Palestin khusus kepada kebangkitan rakyat Palestin dalam intifadah kedua dan membuat kesimpulan umum mengenai adakah intifadah yang berlaku di Palestin merupakan suatu bentuk keganasan, peperangan saudara ataupun peperangan untuk mencapai kebebasan. Berbeza dengan perbahasan yang dilakukan oleh penulis, penulis lebih memfokuskan organisasi yang berhubung terus dengan rakyat Palestin tanpa melibatkan organisasi lain yang turut menyumbang secara tidak langsung.

Ilan Pape merupakan seorang tokoh yang terkenal di dalam bidang pengkajian Timur Tengah telah menulis di dalam bukunya The Ethnic Cleansing of

Palestine yang membicarakan mengenai perancangan Zionis ke arah pembentukan

negara Israel di atas tanah Palestin dan mengusir rakyat Palestin.20 Pendedahan yang

dilakukan oleh beliau turut dipersetujui oleh penulis lain dimana menunjukkan keganasan dan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin sejak penubuhannya pada tahun 1948. Buku ini menjadi rujukan buat penulis dalam meneliti kronologi konflik di Palestin sejak dari awal lagi. Penulis membuat tambahan dan melengkapkan lagi kajian yang dilakukan oleh Ilan Pape dengan menambah maklumat mengenai kesan konfrontasi yang berlaku dan masa depan serta cabaran Palestin selepas tercetusnya peristiwa intifadah pada tahun 2000.

Kajian terkini yang dilakukan oleh Siti Zaleha Hamzah yang bertajuk Proses Damai Arab-Israel Dalam Menangani Konflik: Kajian Terhadap Perjanjian Oslo

(1993-1995).21 Kajian ini memfokukan kepada Perjanjian Oslo yang merupakan

perjanjian yang diiktiraf pelbagai pihak sebagai langkah yang baik. Pengarang kajian ini menyatakan bahawa perjanjian ini mencapai kegagalan atas beberapa faktor.

20 Ilan Pappe, The Ethnic Cleansing of Palestine, England: Oneworld Publication, 2006.

21

Siti Zaleha Binti Hamzah, Proses Damai Arab-Israel dalam Menangani Konflik di Palestin: Kajian

Terhadap Perjanjian Oslo (1993-1995), (Disertasi, Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi

Perjanjian Oslo lahir selepas daripada peritiwa intifadah pertama 1987 dan terhenti apabila tercetusnya intifadah kedua pada tahun 2000. Kajian ini menjadi rujukan buat penulis untuk meneliti dan membandingkan dengan pelan damai yang berlaku selepas daripada Intifadah Al-Aqsa meletus pada tahun 2000. Penulis juga melihat kepada proses damai yang berlaku sebelum intifadah 2000 kerana ingin melihat sejauhmana persamaan dan perbezaan yang wujud dalam rundingan proses damai antara dua tempoh tersebut. Di mana perkara tersebut tidak disentuh di dalam kajian yang dilakukan oleh Siti Zaleha.

Artikel terkini yang turut menjadi rujukan buat penulis adalah artikel karangan Colin H. Kahl dan March Lynch yang bertajuk U.S. Strategy after the Arab

Uprisings: Toward Progressive Engagement.22 Artikel ini membahaskan bagaimana pendekatan polisi terkini Amerika Syarikat terhadap Timur Tengah khusus selepas kebangkitan Arab pada tahun 2011. Isu Palestin menjadi keutamaan Presiden Obama di dalam strategi baru ini. Pendekatan penyelesaian penubuhan dua negara menjadi fokus utama. Artikel ini menjadi rujukan buat penulis bagi melihat dan meneliti pendekatan dan strategi terbaru kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat di dalam usaha mencapai kedamaian di Palestin. Namun Colin dan Lynch hanya focus kepada zaman Obama dan penulis menambah di dalam kajian ini usaha dan tindakan yang turut sama diambil oleh Presiden Amerika Syarikat sebelum Obama dan juga negara kuasa besar dunia yang lain seperti Rusia dan juga Eropah.

Umumnya, pengkajian yang dilakukan oleh penulis merupakan nilai tambah dan juga maklumat tambahan kepada kajian dan penulisan terdahulu khususnya dalam meneliti fokus kesan proses damai yang berlaku selepas tercetusnya intifadah

22 Colin H. Kahl dan March Lynch, U.S. Strategy after the Arab Uprisings: Toward Progressive Engagement, dlm. The Washington Quarterly, vol. 36, no. 2, (Washington: Center for Strategic and International Studies CSIS, 2013).

pada tahun 2000 dan meneliti tindakan dan pelan yang diusahakan oleh kuasa besar dunia bukan sahaja Amerika Syarikat bahkan juga turut sama melibatkan kuasa besar dunia yang lainnya serta Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).