• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTIFADAH KEDUA (2000) DI PALESTIN

3.2 Latarbelakang Palestin Sebelum Intifadah Kedua

Kebangkitan rakyat Palestin pada 1987 dalam peristiwa intifadah yang pertama, menyaksikan bagaimana secara tiba-tiba rakyat Palestin bangkit dan menentang Israel yang menjajah tanah air mereka sendiri sejak sekian lama. Kebangkitan tersebut akhirnya dipadamkan ataupun diberhentikan dengan suatu bentuk perjanjian perdamaian yang dilakukan antara pihak Palestine Liberation

Organization (PLO) dengan pihak Israel dalam Perjanjian Oslo.

Di dalam perjanjian tersebut jelas menyatakan bahawa Palestin akan

diiktiraf sebagai istilah yang disebut Autoriti Palestin.1 Namun perjanjian yang

dilakukan nampaknya hanya sekadar sandiwara dan alasan untuk memberhentikan kebangkitan rakyat Palestin ketika itu dari terus marak dan meluas. Akhirnya setelah melihat kepada penipuan dan pendustaan yang dilakukan oleh Israel, maka pada tahun 2000 sekali lagi dunia menyaksikan kebangkitan rakyat Palestin dalam peristiwa intifadah yang kedua.

Mengkaji dan meneliti mengenai latarbelakang suasana Palestin sebelum tercetusnya intifadah kedua boleh difokuskan kepada Perjanjian Oslo yang dimeterai oleh Israel-PLO pada 1993 pada peringkat yang pertama dan juga 1995 pada peringkat yang kedua. Sepanjang 7 tahun berlakunya proses perbincangan perjanjian perdamaian dalam Perjanjian Oslo ini telah memberhentikan atau merehatkan kebangkitan rakyat Palestin yang tercetus dalam peristiwa intifadah pertama 1987.

1

Avi Shlaim, The Rise and Fall of the Peace Process, dlm. International Relations of the Middle East, 246.

Intifadah al-Aqsa juga tercetus akibat daripada pelaksanaan isi Perjanjian

Oslo yang tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tersusun.2 Malah boleh

dikatakan sebagai tiada usaha melaksanakannya kerana isu-isu utama yang menjadi pertelingkahan antara Palestin dan Israel khususnya mengenai kewujudan negara Palestin serta sempadan wilayah dan juga penempatan Yahudi di wilayah Palestin masih berada di jalan yang buntu.

Amos Perlmutter seorang profesor di jabatan Sains Politik Universiti Amerika menyatakan bahawa Intifadah Al-Aqsa merupakan punca dan sebab kepada

kegagalan Perjanjian Oslo.3 Menurut beliau, keganasan yang timbul daripada

kebangkitan ini khususnya aktiviti pengebom berani mati telah merencatkan dan mematikan perjalanan Perjanjian Oslo. Namun penulis melihat sebaliknya iaitu kegagalan pelaksanaan Perjanjian Oslo yang menjadi sebab dan punca utama kepada tercetusnya sekali lagi kebangkitan rakyat Palestin menentang Israel.

3.2.1 Palestin Pasca Perjanjian Oslo

Perjanjian Oslo yang dimeterai oleh Israel bersama dengan PLO yang diwakili oleh Yassir Arafat dilihat sebagai suatu proses perdamaian dan perjanjian yang memberikan harapan yang besar kepada rakyat Palestin untuk wujud dan diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah. Malah dikalangan pengkaji juga menyifatkan bahawa perbincangan perdamaian antara Israel-Palestin ini merupakan suatu bentuk langkah dan usaha untuk mencapai kedamaian di antara kedua-dua

2 Siti Zaleha Hamzah, Proses Damai Arab-Israel Dalam Menangani Konflik di Palestin: Kajian

Terhadap Perjanjian Oslo (1993-1995), Disertasi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, 159.

belah pihak.4 Namun begitu, perjanjian yang dilakukan antara dua pihak tersebut tiada hasil dan pelaksanaanya dilihat seolah-olah gagal dilakukan. Negara Palestin yang sepatutnya diisytiharkan sebagai sebuah negara yang berdaulat menunjukkan jalan buntu apabila usaha ke arahnya seperti terhenti malah di kalangan pengkaji banyak menyatakan bahawa Perjanjian ini bukan sahaja gagal diakhirnya tetapi juga

telah gagal diperingkat awal lagi.5

Jika dilihat pada perjanjian yang pernah berlaku, apabila perjanjian perdamaian dilakukan antara dua pihak, maka tebusan dan banduan yang ditahan semasa tempoh konfrontasi ataupun penentangan akan dibebaskan dan diberi pengampunan dan begitu jugalah falsafah dan juga pemahaman masyarakat terutamanya rakyat Palestin pada Perjanjian Oslo ini, namun apa yang berlaku di Palestin adalah tahanan di penjara di Israel terus ditahan dan tidak dibebaskan. Kesemua tahanan ini hanya tinggal harapan sahaja untuk dibebaskan daripada

penjara Israel.6

Isu-isu utama yang menjadi harapan dan matlamat rakyat Palestin di dalam kebangkitan mereka adalah seperti isu penempatan ke atas wilayah Palestin, sempadan wilayah, status Jerusalem serta hak untuk mereka kembali ke tanah air mereka. Kesemua isu yang disebutkan ini merupakan antara agenda dan fokus utama yang dibincangkan di dalam mana-mana perjanjian dan persidangan khususnya Perjanjian Oslo, namun begitu pelaksanaannya dilihat gagal diusahakan dan menjadikan rakyat Palestin tertunggu-tunggu hasil kepada perjanjian yang telah dilakukan.

4

Jonathan Rynhold, The Failure of the Oslo Process: Inherently Flawed or Flawed Implimentation?, dlm. Mideast Security and Policy Studies, No. 76, (2008), 2.

5 Avi Shlaim, The Rise and Fall of The Oslo Peace Process, dlm. International Relations of the

Middle East, ed. Louise Fawcett, (Oxford: Oxford University Press, 2005).

6

Um Jabr Wishah, Prisoner For Freedom: The Prisoner Issue Before and After Oslo, dlm Journal of

Jika diteliti di dalam Perjanjian Oslo, secara umumnya dapat difahami bahawa Palestin akan diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat walaupun pada peringkat awalnya hanya mengiktiraf PLO sebagai badan berdaulat yang mengawal selia wilayah Palestin. Namun sehingga waktu tercetusnya intifadah, malah sehingga ke hari ini status Palestin masih dalam keadaan kelam dan tergantung tanpa ada sebarang keputusan dibuat.

Perjanjian Oslo secara umumnya dilihat sebagai langkah yang terbaik yang boleh dilakukan bagi mencapai perdamaian dan memberhentikan konfrontasi. Namun seperti yang telah penulis huraikan sebelum ini, di mana pelaksanaan terhadap perjanjian yang telah dilakukan adalah kabur. Rakyat Palestin tidak mampu untuk terus berdiam diri dan perlu mengambil langkah drastik bagi menekan dan menggasak pihak Israel dan juga kuasa besar dunia agar permasalahan di Palestin dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.