• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTIFADAH KEDUA (2000) DI PALESTIN

3.3 Pengenalan Intifadah Kedua di Palestin

Kebangkitan rakyat Palestin ataupun dinamakan intifadah menjadi tumpuan masyarakat dunia terhadap keganasan Israel yang menindas dan menzalimi rakyat Palestin. Intifadah kedua yang belaku di Palestin ataupun dinamakan dengan

Intifadah Al-Aqsa memperlihatkan peranan media dalam melaporkan dan

menceritakan kepada masyarakat dunia tentang apa yang sedang berlaku di Palestin. Intifadah kedua di Palestin tercetus pada tahun 2000 dimana berlakunya provokasi daripada Perdana Menteri Israel pada masa itu iaitu Ariel Sharon yang memasuki kawasan Islamicjerusalem ataupun Baitul Maqdis dengan diiringi oleh

1000 anggota tentera Israel.7 Lawatan provokasi yang dilakukan oleh Sharon ke dalam kawasan Baitul Maqdis di mana terletak juga Masjid al-Aqsa di dalamnya dan bermulanya kebangkitan rakyat Palestin selepas itu menyebabkan kebangkitan ini

turut dikenali sebagai al-Aqsa intifadah.8

Kebangkitan rakyat Palestin dalam peristiwa intifadah di Palestin memperlihatkan benarnya kata-kata Yassir Arafat bahawa intifadah ataupun kebangkitan rakyat Palestin tidak dapat dihentikan oleh sesiapa pun kerana ianya tumbuh dan terhasil daripada rakyat sendiri dan bukannya diarahkan oleh sesiapa. Atas sebab ini, penulis berpendapat bahawa walaupun ada usaha memberhentikan kebangkitan rakyat Palestin pada peristiwa intifadah pertama, tetapi sejarah membuktikan bahawa selepas 7 tahun, rakyat Palestin telah kembali bangkit menentang Israel.

Intifadah kedua yang tercetus di Palestin ini mula menjadi bualan dan perhatian di peringkat dunia serta mendapat simpati masyarakat dunia apabila tercetusnya satu tragedi yang dikira sebagai antara turning point ataupun faktor utama tercetusnya kebangkitan ini. Tragedi tersebut adalah apabila seorang kanak-kanak yang bernama Muhammed al-Durra yang berselindung disebalik tong bersama

ayahnya daripada ditembak secara bertalu-talu oleh tentera Israel.9 Kisah ini boleh

dilihat dan ditonton didalam banyak laman web dan juga di laman youtube.

Intifadah kedua yang berlaku memperlihatkan sedikit perbezaan berbanding dengan intifadah pertama yang berlaku pada tahun 1987. Penulis menyatakan sebelum ini bagaimana rakyat Palestin bertindakbalas atas kezaliman dan penindasan Israel dengan berdemonstrasi dan memboikot Israel, namun dalam siri kebangkitan

7 Mouin Rabbani, A Smorgasbord of Failure: Oslo and The Al-Aqsa Intifada, dlm. The New Intifada

Resisting Israel’s Apartheid, ed. Roane Carey, (London: Verso, 2001), 71.

8 http://www.globalsecurity.org/military/world/war/intifada2.htm, diakses pada 11 Oktober 2012.

9

Ramzy Baroud, The Second Palestinian Intifada: A Chronicle of a People’s Struggle, (London: Pluto Press, 2006), 23.

intifadah yang kedua ini rakyat Palestin telah memilih untuk lebih agresif dan maju selangkah kehadapan apabila mereka berijtihad melakukan serangan pengebom berani mati ke atas kem-kem tentera Israel. Ketika mana Israel dan PLO berbincang di dalam pelan Perjanjian Oslo, dua organisasi yang berlatarbelakangkan perjuangan agama Islam iaitu Hamas dan Jihad Islami telah melakukan sebnyak 30 serangan

pengebom berani mati.10

Intifadah al-Aqsa ataupun lebih dikenali sebagai intifadah kedua di

kalangan orang Palestin dan Israel merupakan satu lagi bentuk penentangan yang telah dilakukan sebelum-sebelum ini oleh rakyat Palestin terhadap Israel. Ianya merupakan kesinambungan daripada The Great Revolt tahun 1936-1939, perang 1948, Perang Enam Hari 1967, Perang Israel-Lubnan 1982 dan juga intifadah pertama pada tahun 1987. Sememangnya konflik di Palestin telah berlaku sejak sekian lama lagi, dan kebangkitan kali ini merupakan sebahagian daripada mata rantai kebangkitan yang telah berlaku sebelumnya.

Jadual 3.1: Kesinambungan kebangkitan Rakyat Palestin sebelum Intifadah al-Aqsa 2000.

Peristiwa Penerangan

The Great Revolt 1936-1939 Merupakan kebangkitan masyarakat Arab atas dasar nasionalis menentang British yang menguasai Palestin ketika itu. Masyarakat Arab

juga bangkit menentang British kerana

berlakunya pemindahan dan kemasukan orang Yahudi ke dalam Palestin.

Perang 1948 (nakhbah) Merupakan peristiwa hitam yang berlaku di

Palestin. Pada peristiwa ini juga Israel telah tertubuh sebagai sebuah negara secara rasminya. Peristiwa ini dinamakan sebagai nakhbah kerana bermaksud kehancuran yang memperlihatkan perkampungan Palestin dihancurkan oleh Israel apabila Israel wujud sebagai sebuah negara rasmi pada 1948.

Perang Enam Hari 1967 Berlaku diantara Israel dengan negara Arab

10

Yoram Schweitzer, The Rise and Fall of Suicide Bombings in the Second Intifada dlm. Strategic

seperti Jordan, Mesir dan Syria. Pada peperangan ini Israel mendapat kemenangan dan berlaku perubahan geografi Palestin yang agak drastik apabila Israel berjaya menguasai Tebing Barat ataupun Transjordan daripada Jordan, Semenanjung Sinai daripada Mesir dan Bukit Golan daripada Syria.

Perang Israel-Lubnan 1982 PLO yang merupakan badan yang diiktiraf

mewakili rakyat Palestin telah berpusat di Selatan Lubnan pada awalnya. Perang Israel-Lubnan ini meruakan serangan Israel ke atas kepimpinan PLO dan peristiwa pembantaian pelarian Palestin di Lubnan yang menetap di kem Syabra dan Shatila di bawah arahan Ariel Sharon berlaku pada tahun yang sama.

Intifadah Pertama 1987 Berlaku pada Disember 1987 sehinggalah 1993.

Merupakan peristiwa yang mengejutkan

pelbagai pihak kerana berlaku secara tiba-tiba dan secara menyeluruh di peringkat masyarakat Palestin. Kebangkitan ini terhenti melalui rundingan damai antara PLO dan Israel dalam Perjanjian Oslo.

Ramai di kalangan pengkaji yang berselisih pendapat mengenai tempoh intifadah kedua. Namun majoritinya mengatakan intifadah kedua berakhir pada 2005 tetapi selepas Februari 2005 masih wujud beberapa konfrontasi dan juga penentangan terhadap tentera Israel cuma menjadi perbalahan dan perbahasan di kalangan pengkaji sama ada penentangan tersebut merupakan pemberontakan yang berlaku pada sesetengah tempat sahaja ataupun ianya merupakan sebahagian daripada proses penentangan dalam intifadah. Hal ini kerana apabila dilihat keadaaan dan situasi Palestin sejak dari awal lagi menunjukkan konflik dan penentangan yang berpanjangan dalam bentuk yang hampir sama sahaja.

Menurut Dr Jonathan Schachter yang merupakan seorang penyelidik di The

Institute for The National Security Studies (INSS) berakhirnya intifadah tidak dapat

dipastikan secara tepat. Menurut beliau lagi Intifadah Al-Aqsa itu sendiri tidak menunjukkan suatu definisi ataupun fenomena yang tersendiri kerana penentangan

rakyat Palestin terhadap Israel berlaku sejak sekian lama dalam bentuk yang sama, maka kerana itulah sama ada berakhir atau tidak intifadah kedua itu tidak dapat

dipastikan dengan tepat.11 Namun, beliau berpendapat untuk melihat bagaimana

memastikan bahawa intifadah itu berakhir ataupun tidak adalah dengan melihat kepada fenomena penentangan sewaktu Intifadah Al-Aqsa berlaku seperti pengebom berani mati dan juga elemen-elemen penting yang menjadi takrifan ataupun identiti kepada intifadah al-Aqsa itu sendiri.

Menurut pandangan penulis, intifada yang dimaksudkan adalah mengenai kebangkitan rakyat Palestin menentang Israel secara besar-besaran. Jika dilihat pada situasi semasa dan juga fenomena semasa berlakunya intifadah, penulis berpandangan bahawa intifadah yang dilakukan oleh rakyat Palestin pada peringkat kedua ini telah berakhir. Adapun penentangan dan juga konfrontasi yang berlaku selepasnya adalah merupakan penentangan yang sudah lama dijalankan oleh rakyat Palestin sejak sekian lama.