• Tidak ada hasil yang ditemukan

Polisi-polisi di Palestin Selepas Intifadah (2000)

KESAN INTIFADAH AL-AQSA (2000) TERHADAP PROSES DAMAI DI PALESTIN

4.5 Polisi-polisi di Palestin Selepas Intifadah (2000)

Intifadah Al-Aqsa menyaksikan bagaimana ianya turut memberi kesan yang

mendalam terhadap polisi-polisi di Palestin. Isu-isu mengenai penempatan, status Jerusalem, sempadan dan juga hak untuk kembali menjadi topik utama dan menjadi fokus utama kepada matlamat dan tujuan rakyat Palestin memberontak dan menentang Israel. Isu-isu ini menjadi topik utama perbincangan kerana ianya merupakan subjek penting dan telah menjadi konflik sejak sekian lama. Oleh itu, penekanan serta usaha yang mapan serta jitu perlu dilakukan bagi menyelesaikan dan menghasilkan polisi yang baru untuk memenuhi harapan serta matlamat rakyat Palestin khususnya.

4.5.1 Polisi Perumahan/Penempatan Yahudi

Berdasarkan kepada Perjanjian Oslo yang dimeterai pada tahun 1993, kedua-dua belah pihak iaitu PLO dan juga Israel telah bersetuju untuk mengeluarkan penempatan Yahudi yang berada di dalam wilayah Palestin. Orang-orang Yahudi yang tinggal dan menetap di dalam kawasan wilayah Palestin perlu berpindah dan kembali ke Israel sebagai tanda melaksanakan apa yang telah dipersetujui sejak daripada Perjanjian Oslo lagi dan turut dibincangkan di dalam perjanjian lain yang berlaku selepasnya.

Di dalam Perjanjian Camp David II pada tahun 2000, telah menyatakan bahawa Israel akan mengeluarkan sepenuhnya penempatan mereka di dalam wilayah Palestin. Polisi ini dilakukan bagi merealisasikan usaha ke arah kewujudan dua negara yang berdaulat. Penambahan dan peningkatan penempatan Yahudi

sebelumnya di wilayah Palestin dilihat sebagai suatu bentuk strategi menjajah yang baru di Palestin. Wilayah diserahkan kepada PA namun penempatan Yahudi masih banyak didirikan dan menjadikan PA agak bermasalah dalam urusan pentadbiran mereka di wilayah yang diberikan ke atas mereka.

Jika diteliti secara logik, semakin ramai dan menjadi majoriti sesuatu kumpulan itu, maka sudah pasti sesuatu kawasan itu secara amnya menjadi kawasan kumpulan mereka. Konsep ataupun logik inilah yang memperlihatkan penempatan Yahudi di dalam wilayah Palestin tidak pernah berkurang. Israel secara terbuka bersetuju dan akur untuk memindahkan dan mengeluarkan penduduk Yahudi yang menduduki wilayah Palestin namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Usaha memindahkan penduduk Yahudi ke dalam Israel hanyalah pada kata-kata sahaja tanpa ada tindakan yang sewajarnya bagi merealisasikan kata-kata tersebut.

4.5.2 Pembahagian Sempadan

Isu pembahagian sempadan antara Palestin dan Israel masih menjadi

perbalahan sehingga ke hari ini. Walaupun Resolusi 242 PBB 196742 telah

menyebutkan mengenai persempadanan kawasan namun begitu dilihat kedua-dua pihak masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Palestin dan Israel mempunyai penafsiran yang tersendiri mengenai resolusi PBB ini. Penulis meneliti bahawa antara dua wilayah yang diberikan kepada Palestin iaitu Gaza dan Tebing Barat, wilayah Tebing Barat lebih menjadi konflik dari sudut pembahagian sempadannya. Ini kerana di dalam wilayah tersebut terdapat satu kawasan yang menjadi rebutan atas dasar agama iaitu Baitulmaqdis.

PA sebagai sebuah badan yang diberi autoriti untuk mentadbir wilayah Palestin telah diberikan kuasa ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Semenanjung Gaza diberikan secara sepenuhnya kawasan tersebut, manakala Tebing Barat pula menunjukkan Israel bersetuju memberikan 97% kawasan Tebing Barat

kepada Palestin.43 Kawasan yang masih menjadi konflik persempadanan negara

adalah kota Baitulmaqdis yang menjadi rebutan Israel dan Palestin. Kota Baitulmaqdis juga sering dicadangkan oleh pihak antarabangsa agar ianya dianggap sebagai ibu negara bagi dua negara.

Persempadanan yang dicadangkan di dalam Resolusi 242 PBB adalah hasil daripada penyelesaian konflik Palestin ke arah penubuhan dua negara. Resolusi ini terhasil selepas berlakunya peperangan Enam Hari 1967 dan menjadi sejarah besar buat Palestin kerana geografinya banyak berubah. Jordan, Syria dan Mesir yang terlibat di dalam peperangan tersebut telah tewas. Kawasan dibawah penjagaan ketiga-tiga negara Arab tersebut telah dirampas oleh Israel di dalam peperangan tersebut.

Di dalam Perjanjian Oslo, persempadanan kawasan asasnya diambil daripada Resolusi 242 PBB. Namun secara lebih terperinci, kawasan-kawasan khusus di Tebing Barat tidak diserahkan sepenuhnya kepada Palestin. Bukan sahaja penempatan Yahudi masih dikekalkan, malah terdapat beberapa kampung dan bandar

dikuasai dan dimiliki oleh Israel.44 Hal ini menjadikan Palestin diberi hak ke atas

Tebing Barat namun dalam masa yang sama masih dikekang beberapa keadaan khususnya mengenai ketenteraan dan keselamatan.

43 Aaron Klein, 'Secret' plan would give Palestinians West Bank, Ogos 2007, akses pada 10 Januari 2013, http://www.wnd.com/2007/08/43036/.

44

Siti Zaleha Hamzah, Proses Damai Arab-Israel dalam Menangani Konflik di Palestin: Kajian

4.5.3 Hak Masyarakat Arab Kembali Ke Palestin

Isu mengenai hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka telah berlanjutan sejak sekian lamanya. Apabila negara Israel wujud pada tahun 1948 dengan rasminya, maka wujudlah pelarian Palestin yang menetap di negara jiran mereka seperti Jordan, Mesir, Iraq, Syria dan sebagainya. Kedua-dua belah pihak mempunyai pandangan tersendiri mengenai punca wujudnya pelarian dan akhirnya membawa kepada masalah untuk kembali ke tanah air apabila dipersetujui untuk Palestin mentadbir dua wilayah Gaza dan Tebing Barat.

Dari sudut pandangan rakyat Palestin, Israel merupakan punca kepada wujudnya pelarian Palestin. Masalah hak untuk kembali juga dinafikan oleh Israel walaupun Resolusi 194 PBB telah menetapkan bahawa rakyat Palestin yang berasal

daripada kawasan yang kini menjadi Israel berhak untuk kembali.45 Akan tetapi

Israel tidak menerima keputusan resolusi tersebut.46 Berbeza pula dengan Israel yang

berpendapat bahawa masyarakat Arab merupakan punca kepada timbulnya masalah pelarian ini sehingga membawa kepada isu hak untuk kembali ini muncul. Israel menyatakan bahawa Arab yang tidak menerima kewujudan negara Yahudi ataupun Israel yang diiktiraf PBB pada tahun 1947 dan melakukan peperangan terhadap

Israel pada tahun 1948.47

Namun apa yang dinyatakan di sini adalah, semua pihak harus bersetuju terutamanya Israel dengan Resolusi 194 PBB bahawa rakyat Palestin yang berasal dari wilayah yang diiktiraf sebagai kawasan Israel berhak untuk kembali ke tempat asal mereka walaupun telah menjadi wilayah Israel. Hal ini kerana, jika kesemua

45 194 (III). Palestine -- Progress Report of the United Nations Mediator, akses pada 10 Januari 2013, http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/C758572B78D1CD0085256BCF0077E51A.

46 Joseph Alpher dan Khalil Shikaki, The Palestinian Refugee Problem and The Right of Return, (Cambridge: Weatherhead Center for International Affairs, Harvard University, 1998), 7.

pelarian Palestin kembali ke Palestin dan hanya dibenarkan untuk kembali di dua wilayah sahaja iaitu Gaza dan Tebing Barat, maka kepadatan penduduk di 2 wilayah ini akan menjadi sangat tinggi kerana ramai juga di kalangan mereka yang berasal daripada wilayah yang kini telah menjadi sebahagian daripada Israel.

4.6 Sedekad Selepas Cetusan Intifadah (2000): Perkembangan