• Tidak ada hasil yang ditemukan

Catatan Memo Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kesalahan Dalam Brosur Pemasaran

Catatan memo rajah 5.32 menunjukkan keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan dalam brosur pemasaran SPT.melibatkan penggunaan istilah insurans konvensional, kesalahan penterjemahan istilah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dan sebaliknya serta penggunaan istilah yang mengambarkan elemen tidak patuh syariah seperti “interest” yang dikaitkan dengan riba.

364 Rajah 5.33: Dapatan Pendekatan Pengurusan Keterdedahan Risiko Syariah

Disebabkan Kesalahan dalam Brosur Pemasaran

Rajah 5.33 menunjukkan pendekatan dalam menguruskan keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan brosur pemasaran melalui review dan pengauditan syariah. Selanjutnya, satu garis panduan jelas mengenai istilah-istilah patuh syariah yang tepat perlu dikeluarkan oleh pengawalselia khususnya bagi industri takaful. Namun begitu, terdapat penggunaan istilah seperti “policy” dan “premium” adalah dibenarkan bagi produk takaful berikutan telah menjadi kebiasaan dan mudah difahami dalam masyarakat setempat.

5.8 Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kesalahan Agen SPT

Keterdedahan risiko syariah juga melibatkan agen-agen SPT yang bertanggungjawab untuk mempromosikan pasaran untuk menyertai kontrak takaful. Ismanizam Ismail berpandangan agen SPT merupakan sebahagian daripada operasi SPT. Oleh itu, sebarang kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh agen-agen SPT turut memberikan keterdedahan risiko syariah dalam operasi SPT. Beliau berkata;

“Agent is a part of company juga lah. Cuma dia orang tak makan

gaji, dia dapat commission. Jadi menguruskan agent ini juga cabaran. Ada juga shariah non compliant yang berlaku sebab

365

shariah non compliant NSC. Contohnya kita katakan ada investment. Agent kata ok. Investment link kita warranty bagi return 5 percent. Tengok record lepas. Itu mis selling. Dalam masa yang

sama jadi shariah non compliant. Bukan masalah kita endorsed. Bukan itu, tak. Tapi dalam proses dia nak convince orang subscribe dengan dia untuk masuk takaful. Dia over promise. Lepas itu, jadi

mis selling lah. Ok. Investment Link kata macam ini. Produk kita

macam ini, macam ini. Sedangkan tidak sebenarnya199.”

Antara kesalahan yang melibatkan agen-agen SPT ialah kesalahan semasa proses menyakinkan bakal para peserta menyertai kontrak takaful atau dikenali sebagai

misselling. Contoh kesalahan semasa proses membuat bakal peserta menyertai kontrak

takaful ialah terdapat agen yang menjanjikan pulangan secara tetap khususnya dalam produk takaful berkaitan pelaburan. Agen-agen SPT contohnya telah menjanjikan kepada bakal peserta takaful jaminan pulangan pelaburan sebanyak 5 % keuntungan daripada jumlah caruman takaful yang dibayar oleh para peserta takaful. Ini merupakan salah satu insiden sebenar risiko syariah dalam kontrak takaful. Jaminan terhadap

jumlah pulangan pelaburan juga merupakan salah satu bentuk riba dalam kewangan200.

Ini bermaksud sebarang jaminan keuntungan adalah dilarang dalam kontrak kewangan Islam. Beliau turut mengulas bagi menguruskan keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan agen-agen yang menjanjikan jumlah pulangan keuntungan pelaburan kepada bakal para peserta takaful. Beliau berkata;

Sekarang ini cara untuk kita elak benda itu. Tak benarkan agent

pakai dia punya illustration. Illustration must formal official daripada company. Kalau dia tulis pada customer. Dia kena ambil balik. Kita buat benda ini sebab ada complaint daripada customer. Ada yang guarantee investment printed lah. Ataupun dia janji benda

yang company tak offer lah. Ataupun cash before covered201.”

Oleh sebab itu, polisi di MAA Takaful Berhad telah melarangkan agen-agen SPT menggunakan illustrasi pemasaran yang bukan rasmi daripada SPT itu sendiri. Beliau

199 Ismanizam Ismail (Pengurus dan Ketua Jabatan Syariah MAA Takaful Berhad).

200 Huraian lanjutnya lihat bab 2, “elemen-elemen yang menyebabkan risiko syariah”.

366 turut mengulas lanjut mengenai kesalahan agen-agen SPT contohnya ada terdapat agen SPT yang mengambil wang caruman takaful daripada para peserta tetapi tidak menyerahkan kepada SPT sebagai wang caruman untuk penyertaan takaful. Ismanizam Ismail menjelaskan bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh agen-agen SPT contohnya menjanjikan jaminan pulangan keuntungan kepada para peserta takaful dan tidak menyerahkan wang penyertaan takaful kepada SPT. Bahagian Syariah dan Bahagian Pematuhan MAA Takaful Berhad akan bekerjasama untuk menyelesaikan

isu-isu berkaitan kesalahan-kesalahan agen SPT202. Omar Mohamed turut mengulas isu

yang sama mengenai terdapat agen-agen SPT yang tidak menyerahkan wang penyertaan takaful kepada SPT. Beliau mengatakan;

“Ada contohnya kadang agent dah terima duit contribution dari

customer dia tak bagi company. Ada yang salah laku daripada agen

sendiri. Itu sebab agen pun kita ada bagi ongoing punya training.

Kita kena dekat situ kena tekankan on the etika203.”

Oleh yang demikian, agen-agen SPT perlu mempunyai ciri-ciri intermediari yang baik bagi mengukuhkan kepercayaan peserta takaful dan seluruh pasaran yang berpotensi untuk menyertai kontrak takaful. Ciri-ciri yang baik dalam agen SPT seperti keadilan, kejujuran, boleh dipercayai, bertanggungjawab, tawakkal serta baik hati dan

bertanggungjawab terhadap kebajikan para peserta dan bakal peserta takaful204.

Omar Mohamed turut mengulas mengenai isu keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan agen-agen SPT dalam melafazkan kontrak takaful. Beliau berkata;

“Dalam tindakan agen contohnya produk kita shariah compliant. Tapi bila agen pasarkan kepada customer. Agen bagi maklumat salah. Itu memang boleh merosakkan akad sekalipun contohnya macam ini. Contohnya, produk kita adalah produk berkaitan dengan

202Ibid.

203 Omar Mohamed (Ketua Bahagian Syarikat Takaful Malaysia Berhad).

204 Malaysian Takaful Association, Buku Panduan Asas Takaful. Ed ke-2 (Kuala Lumpur: IBFIM, 2010), 123.

367

tabaruq. Kita tak ada kaitan langsung dengan jual beli. Agen yang

jahil ini, dia akan kata aku jual. Aku jual produk ini pada engkau, klien kata aku pun beli. Dia guna akad jual beli pula. Padahal produk

itu tak ada langsung jual beli205.”

Kenyataan ini menggambarkan terdapat agen SPT yang melakukan kesalahan dengan menyatakan lafaz akad jual beli semasa menjalankan tugas sebagai wakil SPT untuk mengajak peserta menyertai kontrak takaful. Agen-agen SPT tidak menyedari bahawa mereka telah menggunakan akad yang salah semasa menjadi wakil penyertaan para peserta dalam kontrak takaful dengan melafazkan akad jual beli dalam kontrak takaful. Selain itu, beliau turut menjelaskan terdapat isu yang boleh menyebabkan berlakunya risiko syariah disebabkan agen-agen SPT tidak memberi maklumat kontrak takaful dengan telus ataupun agen-agen SPT menyembunyikan fakta mengenai manfaat kontrak takaful sehingga menyebabkan kesilapan para peserta memilih kontrak takaful yang betul memenuhi keperluan pengurusan risiko mereka. Beliau mengatakan;

“…yang lain berkaitan dengan agen. Dia tipu. Ataupun dia sembunyikan fakta ataupun dia tak jelaskan fakta yang sebenar berkaitan product benefit. Jadi, klien boleh tertipu. Klien ambil produk ini dia sangkakan dapat cover semua tapi bila kemalangan

cover sikit saja. Itu pun boleh berlaku. Tapi ini tidak melibatkan

pembentukkan produk tapi pelaksanaan produk itu206.”

Tindakan agen-agen SPT yang menyembunyikan fakta atau menyatakan fakta yang tidak benar untuk memujuk bakal peserta menyertai kontrak takaful turut dikenali sebagai taghrīr. Taghrīr merupakan aktiviti melibatkan apabila satu salah pihak iaitu agen SPT mempengaruhi pihak yang berkontrak lain iaitu bakal peserta takaful dengan fakta atau maklumat yang tidak benar bertujuan agar pihak tersebut (bakal peserta

takaful) bersetuju untuk terlibat dalam kontrak tersebut207 iaitu kontrak takaful. Elemen

taghrīr merupakan salah satu elemen tidak patuh syariah dalam kewangan Islam

205 Omar Mohamed (Ketua Bahagian Syarikat Takaful Malaysia Berhad).

206Ibid.

368

termasuklah kontrak takaful208. Agen-agen SPT perlu mendedahkan maklumat penting

kepada bakal peserta meliputi maklumat-maklumat seperti nama SPT, maklumat penuh jenis perlindungan dan faedah, maklumat penuh caruman yang perlu dibayar oleh bakal peserta, sekatan dan pengecualian, sebarang syarat yang signifikan seperti waranti atau obligasi yang perlu dipatuhi oleh bakal peserta sekiranya gagal dipatuhi akan membolehkan SPT menolak liabiliti atau membatalkan perlindungan, tempoh perlindungan serta berkaitan peringatan kepada bakal peserta tentang mendedahkan semua maklumat penting kepada SPT dan kesannya bakal membuat pendedahan yang

sepatutnya209. Berikut adalah contoh laporan kesalahan agen-agen yang menawarkan

produk takaful dengan cara yang salah.

Dokumen terkait