• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dapatan Pendekatan Menguruskan Keterdedahan Risiko Syariah dalam Penerimaan Takaful Keluarga Mengikut Makluman Informan Kajian (Hasil Temu bual

Informan-Informan Kajian, 21 November 2014-3 Februari 2016)

134 Mohd Ridwan Roslan (Pegawai Eksekutif Bahagian Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas Berhad).

322 Rajah 5.12 menunjukkan pendekatan pengurusan risiko syariah dalam penerimaan takaful keluarga berkumpulan pula, secara dasarnya SPT akan menilai sejauh manakah aktiviti utama perusahaan syarikat yang memohon takaful keluarga berkumpulan tersebut. Sekiranya syarikat tersebut adalah jelas menjalankan aktiviti dan perniagaan patuh syariah, maka permohonan takaful berkumpulan tersebut diterima dalam aspek patuh syariah. Begitu juga sekiranya syarikat yang memohon takaful keluarga berkumpulan jelas menjalankan aktiviti dan perusahaaan perniagaan tidak patuh syariah, maka permohonan takaful keluarga berkumpulan syarikat tidak patuh syariah tersebut akan di tolak. Bagaimanapun, penilaian lanjut melalui penyelidikan syariah dan perbincangan selanjutnya akan dilakukan sekiranya permohonan takaful keluarga berkumpulan syarikat bercampur.

Kebanyakan SPT akan menggunakan penanda aras SC untuk menentukan sama ada syarikat berkumpulan tersebut patuh syariah atau sebaliknya. Perusahaan syarikat bercampur yang dibawah penanda aras akan diterima permohonan takaful keluarga berkumpulan manakala syarikat bercampur yang melebihi penanda aras SC akan ditolak. Namun, terdapat 1 informan memaklum keputusan sama ada permohonan syarikat tersebut diterima bergantung sepenuhnya kepada justifikasi dan hasil ijtihad JKS SPT tanpa terikat dengan mana-mana penanda aras kerana ini bukanlah berkaitan pelaburan tetapi melibatkan penerimaan risiko takaful keluarga berkumpulan. Hasil temu bual menunjukkan keputusan JKS SPT tersebut menilai bergantung sama ada syarikat bercampur tersebut menjalankan perusahaan patuh syariah tersebut majoriti atau melebihi 50 % daripada keseluruhan transaksi perniagaan atau tidak. Sekiranya perusahaan syarikat bercampur tersebut melebihi 50 %, permohonan takaful keluarga berkumpulan daripada syarikat bercampur tersebut diterima kerana syarikat tersebut dikategori mempunyai usaha ke arah menjadikan perniagaan patuh syariah. Manakala, sekiranya syarikat bercampur tersebut menjalankan perniagaan patuh syariah kurang

323 daripada 50 %, maka permohonan takaful keluarga berkumpulan syarikat bercampur tersebut ditolak dengan justifikasi bahawa majoriti perusahaan syarikat bercampur

tersebut adalah tidak patuh syariah136. Proses pengumpulan data mengenai perusahaan

dan aktiviti syarikat bercampur tersebut dikumpulkan dan dikenal pasti oleh agen SPT yang menjalankan pemasaran dan mendapatkan permohonan takaful tersebut. Segala data dan maklumat yang telah dikumpulkan diserahkan kepada Bahagian Syariah SPT untuk dijalankan kajian lanjut dan dibentangkan kepada JKS SPT. JKS SPT merupakan pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada menerima atau menolak permohonan takaful yang bercampur dan tidak jelas ini. Justeru, keputusan yang dibuat adalah berbeza bergantung hasil ijtihad, interpretasi dan keputusan JKS SPT masing-masing. Tiada sebarang garis panduan yang jelas dan tetap yang diputuskan oleh pengawal selia BNM dalam aspek penerimaan risiko takaful keluarga individu atau takaful keluarga berkumpulan ini.

5.5 Keterdedahan Risiko Syariah Berkaitan Kesilapan Kakitangan SPT

Kakitangan SPT merupakan sumber manusia utama yang diperlukan dalam pengurusan keterdedahan risiko syariah dalam SPT. Ini bererti sekiranya kakitangan SPT melakukan kesilapan atau kesalahan menjalankan tanggungjawab dan tugasan masing-masing akan mendedahkan berlakunya insiden risiko syariah berlaku dalam SPT. Oleh sebab itu, kakitangan merupakan salah satu keterdedahan untuk berlakunya insiden

risiko syariah137. Berikut merupakan isu-isu keterdedahan risiko syariah disebabkan

kakitangan SPT.

136 Abdul Hakim Johari (Penolong Pengurus, Bahagian Review, Penyelidikan, Risiko, Tadbir Urus Berkaiatan Syariah, Prudential BSN Takaful Berhad).

137 DeLorenzo, Shaykh Yusuf Talal, “Shari'ah Compliance Risk,” 403-404. Lihat juga, Karim Ginena,“Shari‘ah Risk And Corporate Governance Of Islamic Banks,” 92. Perbincangan lanjut mengenai keterdedahan risiko syariah berkaitan kakitangan dalam Bab 2 kajian ini.

324 5.5.1 Tiada Ketelusan Maklumat daripada Kakitangan SPT

Keterdedahan risiko syariah turut disebabkan kurang ketelusan maklumat semasa proses membuat keputusan mengenai isu-isu syariah dalam SPT. Seksyen 35 APKI 2013 telah memperuntukkan bahawa setiap institusi kewangan Islam termasuklah SPT perlu menyediakan maklumat yang berkaitan kepada JKS untuk membolehkan JKS

menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka berkaitan pematuhan syariah138.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas mengenai jenis dan sejauhmana data dan maklumat yang perlu diberikan kepada JKS. Namun, ini memberi maksud bahawa maklumat perlu diberikan secara mendalam dan telus selagimana ianya berkaitan dengan keperluan JKS bagi menjalankan tanggungjawab dalam memastikan pematuhan syariah dalam operasi SPT. Muhamad Faisal Ashaari berpandangan terdapat isu keterdedahan risiko apabila berlaku ketidaktelusan kakitangan SPT dalam memberi maklumat kepada Bahagian Syariah dan JKS SPT. Beliau mengatakan;

“Kemudian, kadang-kadang mungkin mengabaikan prinsip syariat, mengabaikan prinsip agama dengan cara mungkin syarikat tak bagi maklumat penuh kepada Shariah Committee ataupun mungkin syarikat tak bagi maklumat penuh kepada Shariah Officer. Kalau jenis Shariah Officer yang slow, tak agresif. Dia mungkin tak dapat apa-apa maklumat yang penuh jadi bila present dalam meeting

Shariah Committee tak dapat penuh la. Sebab kita memantau

berdasarkan apa-apa yang diberikan kepada kita. Jadi, kita pun tak dapat lah nak tau sepenuhnya. Tapi macam mana pun, kita boleh bertanya-tanya apa semua yang kita nak tau. Tapi kadang-kadang, dan itu hanya satu kemungkinan la. Tapi nak ceritanya, itu basic

risiko potensi jadi risiko syariah ini139.”

Beliau menjelaskan terdapat kemungkinan SPT tidak menyatakan maklumat yang telus kepada Pegawai Syariah dan JKS SPT. Situasi ini bertambah buruk sekiranya Pegawai Syariah turut gagal mengumpul maklumat yang diperlukan semasa proses membuat

138 Seksyen 35 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013(Akta 759).

139 Muhamad Faisal Ashaari (Jawatankuasa Syariah HSBC Amanah Takaful/ Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia).

325 keputusan berkaitan pematuhan syariah. Namun, beliau mengulas lanjut bahawa JKS SPT mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat sekiranya tidak berpuas hati

terhadap maklumat-maklumat yang diberikan140.

Muhammad Faisal Ashaari menjelaskan bahawa terdapat kakitangan yang tidak telus dalam memberi maklumat semasa penyaringan berkaitan pematuhan syariah. Tindakan kakitangan SPT yang tidak telus ini boleh menyebabkan kebarangkalian untuk terjadinya perkara-perkara tidak patuh syariah. Beliau menyatakan sekiranya maklumat yang tidak yang mencukupi menyebabkan JKS gagal membuat keputusan yang terbaik dalam resolusi syariah dalam SPT. Menurut beliau lagi, semua keputusan resolusi syariah SPT akan diterima oleh BNM dan isu tidak patuh syariah itu akan menjadi bertambah rumit sekiranya dikenal pasti di peringkat BNM. Beliau menyatakan “…kalau berlaku sebarang transaksi breach syariah dan sampai kepada

Bank Negara itu lagi masalah sebenarnya141.” Maklumat yang diterima untuk penilaian

patuh syariah bergantung kepada kerjasama dan usaha daripada kakitangan SPT yang memaklumkan kepada Bahagian Syariah SPT untuk dibincangkan dalam mesyuarat JKS SPT. Oleh yang demikian, sebarang sekatan dan ketidaktelusan maklumat daripada kakitangan SPT mungkin menyebabkan kesalahan penilaian dan keputusan patuh syariah JKS SPT. Muhammad Ilyas Mohd Mydin turut memberi mengemukakan terdapat tindakan pihak pengurusan SPT yang tidak memberi maklumat secara telus kepada Bahagian Syariah SPT. Beliau berkata; “Cuma kadang-kadang transparency daripada pihak management itu perlu lebih lagi lah. Tapi ada kala mereka tak berapa

transparent sebab tak nak shariah department tahu. Nanti kena declare lah, cleansing

lah.142.” Menurut Muhammad Ilyas Mohd Mydin, terdapat situasi pihak pengurusan

140 Ibid.

141 Ibid.

326 SPT sukar untuk memberi maklumat sepenuhnya kepada bahagian Syariah SPT. Ini berikutan pihak pengurusan SPT beranggapan bahawa prosuder pematuhan syariah adalah rumit dan terdedah untuk berlaku kerugian contohnya pengasingan pendapatan tidak patuh syariah sekiranya terjadi insiden sebenar risiko syariah.

Rajah 5.13: Dapatan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Ketiadaan Ketelusan

Dokumen terkait