• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kakitangan SPT Tiada Kesedaran Mengenai Kepentingan Pematuhan Syariah

Rajah 5.20: Catatan Memo Dapatan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Penampilan dan Imej Kakitangan SPT

5.5.5 Kakitangan SPT Tiada Kesedaran Mengenai Kepentingan Pematuhan Syariah

Sementara itu, terdapat keterdedahan risiko syariah yang kurang dinyatakan daripada informan-informan kajian ialah keterdedahan risiko syariah disebabkan kurang kesedaran pematuhan syariah di kalangan kakitangan SPT. Ismanizam Ismail menghuraikan terdapat elemen tidak patuh syariah dalam tuntutan kakitangan bahagian

164 Diulas dalam latihan kepada kakitangan di bahagian keterdedahan risiko syariah disebabkan kakitangan tiada kesedaran syariah.

344 pemasaran untuk menghargai pelanggan atau peserta takaful yang menyertai kontrak takaful dalam jumlah caruman yang tinggi. Beliau berkata;

“Ok, kita ambil contoh dalam claim. Staff claim. Ok. Dalam itu kita dah ada apa list-list yang kita terima. List-list yang kita tak boleh terima. Jadi, dalam ICP dipanggil Internal Control Prosuder ICP. Dalam itu kita dah letakkan semua kita punya control-control lah untuk berlakunya SNC. Sekali bila kita buat review. Ada claim perkara-perkara yang tak approved dalam ICP. Jadi, apa yang kita buat. Kita jadikan sebagai finding lah. Dan kita advise finance sama ada reimburse balik. Kita callback benda-benda itu walaupun kita dah bayar benda itu. Ada di kalangan marketing kita yang buat

entertainment claim. Spa ataupun pergi massage. Marketing entertain agent yang dapat business dengan spa dan massage.

Contoh orang marketing tapi dia gunakan claim company. Company punya entertainment claim. Jadi, bila dah sampai macam itu. Kita nampak ada benda itu. Dan kita minta dia claim balik lah.

Reimburse balik duit yang kita bayar itu. Walau benda itu nampak

remeh. Tapi kita tak nak open the gate lah. Kita buat macam itu. Sama seolah-olah kita gunakan sadd zariah. Bila kita buka benda ini sikit-sikit. Orang akan jadi tend to abuse. Jadi nak elakkan daripada jadi reputational risk segala macam. Jadi lebih baik kita tutup. Kalau nak entertain, entertain pergi makan dan sebagainya. Kalau entertain macam ini masalah pada kita. Entertain ini kita akan dealing dengan agent, dengan broker. Jadi bila kita dapat

business itu. Mungkin kita makan dekat hotel. Mungkin pergi main

golf. Apa-apa lah marketing tahu lah. Bagaimana cara nak entertain client itu kan. Jadi dalam proses nak entertain itu adalah benda-benda pelik ini. Tengok pada siapa lah. Sebab kita agent pun. Ada

Muslim. Ada non Muslim. Ada Melayu, ada Cina, Ada India. Nama

company kita pun Malaysian. Kita sendiri pun ada 10 ke 15 percent

non Muslim. So kita memang Malaysia company165.”

Ismanizam Ismail menjelaskan situasi yang mana terdapat kakitangan bahagian pemasaran SPT telah membuat tuntutan semula elaun hiburan setelah menggunakan elaun tersebut untuk menghargai pelanggan dan peserta takaful yang menyertai kontrak takaful dalam jumlah yang tinggi. Namun, setelah review syariah dilakukan terhadap semua tuntutan mendapati tuntutan tersebut melibatkan aktiviti tidak patuh syariah iaitu melibatkan aktiviti urut dan perkhidmatan spa yang tidak patuh syariah. Bahagian Syariah SPT dengan perakuan daripada JKS SPT seterusnya mengambil tindakan di

345 peringkat dalaman dengan mengarahkan tuntutan kewangan yang telah diterima oleh kakitangan tersebut diserahkan kembali kepada bahagian kewangan SPT. Ini berikutan tuntutan berkaitan aktiviti urut dan perkhidmatan spa tidak patuh syariah tidak diiktirafkan oleh SPT tersebut. Maka, sebarang tuntutan kewangan mengenai aktiviti tersebut tidak dibenarkan sama sekali. Menurut Ismanizam Ismail lagi, tujuan menghalang tuntutan kewangan berkaitan perkara-perkara tidak patuh syariah merupakan salah satu kaedah untuk menghalang sebarang unsur-unsur tidak patuh syariah daripada berlaku dalam SPT walaupun melibatkan perkara-perkara yang dianggap kecil. Ini kerana, sekiranya perkara-perkara remeh dan kecil berlaku dalam operasi SPT tidak diambil tindakan tegas. Maka, kakitangan SPT akan beranggapan patuh syariah adalah perkara yang remeh dan membuka ruang untuk terjadi elemen-elemen tidak patuh syariah yang lebih besar. Beliau mengulas lanjut bahawa SPT tidak menghalang kakitangan untuk menghargai para peserta takaful tetapi mestilah aktiviti-aktiviti yang patuh syariah contoh bersukan bermain golf atau makan bersama di hotel-hotel berdasarkan cara yang mengikut syariah.

Beliau mengulas lanjut bahawa SPT mempunyai keterdedahan terhadap tuntutan kakitangan dalam perkara-perkara tidak patuh syariah berikutan SPT ini mempunyai kakitangan di kalangan pelbagai agama dan bangsa termasuklah Melayu Muslim, Cina dan India yang tiada kesedaran terhadap keperluan pematuhan syariah. Oleh yang demikian, aspek tuntutan kewangan daripada bahagian pemasaran perlu diberikan perhatian untuk mengelakkan berlaku insiden sebenar risiko syariah.

Omar Mohamed mengulas lagi bahawa keterdedahan risiko syariah juga boleh berlaku apabila tiada kesedaran mengenai pematuhan syariah di kalangan kakitangan SPT. Beliau berkata; “Kalau kita kata kemungkinan berlaku itu so manusia punya factor lah. Human factor maknanya dia sendiri tak dengar. Dia nak kejar business. Dia nak

346

abaikan syariah. Itu di mana-mana pun boleh jadi berlaku lah166.” Omar Mohamed

mengemukakan pandangan beliau bahawa terdapat kakitangan-kakitangan SPT yang tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan pematuhan syariah. Beliau mengulas lanjut bahawa isu tiada kesedaran mengenai pematuhan syariah ini boleh terjadi dalam mana-mana SPT. Namun, beliau menjelaskan Bahagian Syariah SPT dari semasa ke semasa menjalankan pengawalan risiko syariah di peringkat permulaan penerimaan risiko lagi iaitu pihak intermediari termasuklah agen dan broker SPT. Beliau menyatakan;

“Tapi daripada sudut kita punya kawalan itu insyaallah kita ok. So

lines of defense syariah telah ada di peringkat broker lagi. Kita dah

terlibat untuk bagi training untuk broker lagi. Sebelum ini lagi, maknanya kita step by step dari start on going training. Itu memang sebenar itu satu tindakan yang boleh kita katakan sebagai satu kawalan yang terbaik kita boleh buat. Sebab kita bagi training pada

broker dan juga corporate agent167.”

Kenyataan di atas menunjukkan SPT sentiasa menjalankan latihan dari semasa ke semasa untuk memastikan proses pengurusan risiko syariah dalam operasi dan aktiviti SPT.

Mohd Ridwan Roslan mengemukakan bahawa terdapat keterdedahan risiko syariah disebabkan ketiadaan kesedaran mengenai pematuhan syariah dalam operasi SPT. Beliau mengulas berdasarkan makluman daripada kakitangan yang pernah

bertugas di salah satu SPT di Malaysia168. Beliau berkata;

“Tak dinafikan kalau takaful lain ada entertain agent. Macam (satu contoh SPT). Sebab kita ramai bekas staff salah satu company dekat sini. Dekat SPT itu banyak entertain agent ini dekat karaoke. Dekat

bar. Itu lah. Hard rock cafe. Tempat-tempat macam itu. Itu baru entertain agent belum bos. Kita ada staff company itu yang cerita,

Sekarang dah jadi branch manager dah bila pindah Takaful Ikhlas.

166 Omar Mohamed (Ketua Bahagian Syariah Syarikat Takaful Malaysia Berhad).

167 Ibid.

347 Ramai agen company itu rasa tak sesuai keluar. Sini Alhamdulillah

senang control sebab banyak faham dengan Islam169.”

Mohd Ridwan Roslan menjelaskan bahawa beliau mendapatkan makluman daripada kakitangan yang pernah bertugas di SPT tersebut. Mantan kakitangan SPT tersebut memaklum terdapat budaya dan kebiasaan meraikan pelanggan yang mencarum dalam transaksi yang banyak dalam aktiviti tidak patuh syariah seperti nyanyian karaoke dan elemen-elemen berkaitan arak seperti bar dan kelab malam. Beliau juga memaklumkan kakitangan tersebut tidak selesa dengan budaya kerja di SPT tersebut dan bertukar ke SPT Takaful Ikhlas Berhad.

Rajah 5.25: Dapatan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Tiada Kesedaran

Dokumen terkait