• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dapatan Pendekatan Pengurusan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kegagalan Sistem

Rajah 5.40 menunjukkan ringkasan pendekatan pengurusan keterdedahan risiko syariah disebabkan kegagalan system. SPT mengambil tindakan mengembalikan caj-caj lebihan kepada dana yang betul. Namun begitu, terdapat masalah sekiranya lebihan caj melibatkan suatu tempoh yang panjang. Maka, pengiraan semula perlu dilakukan dan sebarang lebihan caj wakalah akan dikategorikan sebagai pendapatan tidak diiktiraf dan menjalani proses pengasingan dan didermakan kepada badan kebajikan yang

dipersetujui JKS SPT240.

240Petikan Penuh Dapatan Pendekatan Pengurusan Keterdedahan Risiko Syariah Melalui Pelupusan Pendapatan Tidak Diiktiraf Kebajikan Mengikut Makluman Informan. Lihat lampiran B4.

386 5.10 Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kelemahan Jawatankuasa Syariah SPT (JKS SPT)

Aspek kompentensi JKS merupakan elemen penting untuk menguruskan keterdedahan risiko syariah dalam SPT. Namun, terdapat isu berkaitan kelemahan JKS. Mohd Daud Bakar menyatakan mengenai maklum balas pihak pengurusan IKI yang mendakwa terdapat ahli-ahli JKS yang tidak membuat persediaan awal sebelum mengikuti mesyuarat ahli JKS IKI termasuklah tidak meneliti kertas kerja, dokumen berkaitan mesyuarat malahan ada ahli JKS yang tidak mengetahui agenda mesyuarat pada hari tersebut. Tindakan ini dianggap seolah-olah tidak mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas tugasan yang telah diberikan. Malahan, terdapat ini dilihat seolah-olah di bawah standard yang sepatutnya dimiliki oleh ahli-ahli JKS yang merupakan

sarjana dalam bidang kewangan Islam241.

Mohamed Hadi Abdul Hamid pula mengulas bahawa terdapat kelemahan dan kekurangan berkaitan JKS SPT yang menyebabkan keterdedahan untuk berlakunya risiko syariah dalam SPT. Beliau berkata;

“Ok. Yang paling nak cover dari jadinya risiko syariah. Shariah

internal dalaman lah masuk sekali Shariah Committee ini. Secara

umum if ada gred 10, kita bagi 3 atau 4. Kita masih terlalu banyak yang ketinggalan sebab masalah Shariah Committee, kalau 5

Shariah Comittee ada sorang yang bercakap pun sudah begitu baik.

Yang lain semuanya diam. Shariah committee yang pasif, kalau semua setuju. Pastu isu-isu syariah tidak diselesaikan sekiranya timbul kemudiannya. Sebab itu apabila terjadi isu, salah siapa sebenar adalah Shariah Committee. Shariah Committee begitu,

macam mana Shariah Officer242.”

Mohamed Hadi Abdul Hamid berpandangan bahawa terdapat kelemahan JKS SPT

terutamanya apabila pandangan-pandangan JKS SPT diperlukan semasa

241 Mohd Daud Bakar, Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of a Shariah Scholar (Kuala Lumpur: Amanie Media, 2016), 28.

242 Mohamed Hadi Abdul Hamid (Ketua Bahagian Penyelidikan dan Khidmat Nasihat Syariah, Etiqa Takaful Berhad).

387 membincangkan isu-isu syariah yang berlaku dalam operasi dan aktiviti SPT. Beliau mengulas kebanyakan JKS lebih bersikap pasif dan tidak memberi pandangan yang sepatutnya dalam proses membuat resolusi berkaitan isu-isu syariah di peringkat dalaman SPT. Ini menyebabkan keputusan-keputusan resolusi syariah tidak menyatakan rujukan dan hujah ilmiah yang mencukupi sehingga menimbulkan pelbagai pertikaian walaupun setelah resolusi-resolusi syariah dikeluarkan. Beliau berpandangan JKS SPT perlu memainkan peranan yang penting berikutan JKS SPT adalah badan utama dalam menentukan pematuhan syariah dalam aktiviti dan operasi SPT.

Berdasarkan APKI 2013 menunjukkan pihak pengawalselia iaitu BNM telah menunjukkan komitmen dan usaha yang tinggi untuk memastikan kompentensi JKS Institusi kewangan Islam termasuklah SPT. Ini berdasarkan Seksyen 30 APKI 2013 yang mengarahkan pihak institusi kewangan Islam perlu memohon terus kepada BNM

untuk menubuhkan JKS243. Ini turut bertujuan membolehkan BNM mendapatkan

maklumat secara jelas dan terperinci mengenai setiap profil termasuklah latar belakang pendidikan, pengetahuan dan pengalaman ahli-ahli JKS dalam bidang kewangan Islam dan seterusnya memastikan pengawalseliaan yang baik dilakukan oleh ahli-ahli JKS yang dilantik oleh institusi kewangan Islam.

Selain itu, APKI 2013 turut memperincikan mengenai kriteria pemilihan ahli-ahli JKS yang berkelayakkan. Akta ini telah menunjukkan standard yang jelas dalam

pemilihan ahli-ahli JKS iaitu berdasarkan seksyen 31 APKI 2013244 dan perinciannya

dalam seksyen 29(2)(a)(ii) APKI 2013245. Pemilihan ini seterusnya perlu disahkan

secara bertulis oleh BNM sepertimana peruntukkan Seksyen 31 APKI 2013. Seksyen 31 APKI 2013 ini bertujuan agar setiap ahli yang dilantik untuk sebagai JKS dalam institusi

243 Seksyen 30 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013(Akta 759).

244 Ibid., seksyen 31.

388

kewangan Islam seperti SPT memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh BNM246. Klausa

perundangan berkaitan kriteria pemilihan ahli-ahli JKS untuk memastikan ahli-ahli JKS yang dilantik adalah kompeten yang mampu memastikan dan mengawalselia setiap produk dan perkhidmatan kewangan Islam adalah patuh syariah. Ini jelas menunjukkan usaha BNM melalui APKI 2013 untuk menambahbaik kompentensi JKS SPT. Namun, penilaian terhadap tahap kompentensi JKS SPT adalah subjektif bergantung kepada situasi SPT masing-masing.

Mohd Hafizal Elias turut mengemukakan pandangan bahawa terdapat JKS SPT yang mempunyai kelemahan tertentu. Beliau secara umumnya bersetuju bahawa JKS SPT mampu menjalankan tanggungjawab untuk mengesahkan atau memperakui status patuh syariah kontrak takaful SPT. Bagaimanapun, terdapat isu kelemahan JKS SPT yang gagal menyakinkan pihak pengurusan SPT yang menyebabkan terdapat pertikaian terhadap sesuatu keputusan syariah yang dikeluarkan oleh JKS SPT. Beliau mengatakan bahawa secara realitinya terdapat JKS SPT gagal menyakinkan pihak pengurusan SPT untuk mematuhi syariah dalam operasi dan aktiviti SPT. Beliau berpandangan JKS SPT bukan sahaja bertanggungjawab dan berperanan mengesahkan status patuh syariah dan membuat keputusan berkaitan isu-isu syariah sahaja malahan JKS SPT perlu memainkan peranan lebih baik termasuklah menyakinkan pihak pengurusan SPT terhadap mengenai

praktis keputusan-keputusan resolusi syariah yang telah diputuskan247. Mohd Hafizal

Elias yang juga merupakan mantan Pegawai Syariah PruBSN Takaful Berhad turut mengulas lanjut mengenai kelemahan JKS SPT. Beliau berkata;

“Sebab sebelum ni saya sendiri ada experience. SC tak tengok. Dia

sign je. Tu yang biasa berlaku. Sebab tu dulu, kalau chairman sign

dah cukup. Sekarang kalau chairman sign saja tak cukup. Kena semua sign atau paling kurang dua per tiga untuk approved. Pasal

246 Ibid., Seksyen 31.

247 Mohd Hafizal Elias (Penolong Pengurus, Syariah dan Pengurusan Strategik, Great Eastern Takaful Berhad/ Mantan Pegawai Syariah PruBSN Takaful Berhad).

389 itu dia sibuk. Bukan dia tak tahu. Tak boleh kata. Tak pa lah. Sebab

bagi setiap SC bila berkaitan syariah ni tak boleh, tak pa lah. Aku percaya sahaja. Kita sendiri perlu bertanggungjawab dan sekadar pengetahuan ikut syariah. Tak boleh sekadar bergantung kepada SC lain sahaja. Sebab sebagai seorang scholar. Diorang mesti ada prinsip kita sendiri. Untuk buat decision. Dia perlu ada decision tersendiri. Maksudnya mesti ada usaha sungguh-sungguh dan tak hanya bergantung kepada keputusan orang lain. Bergantung kepada

keputusan orang lain memang tak patut berlaku248.”

Mohd Hafizal Elias turut mengemukakan pengalaman beliau berhadapan dengan ahli-ahli JKS yang bergantung kepada keputusan-keputusan JKS SPT yang lain sahaja. Menurut beliau, setiap ahli-ahli dalam JKS SPT perlu usaha dan komitmen tersendiri bagi memastikan pematuhan syariah dalam SPT. Ini berikutan secara umumnya, kesemua ahli-ahli JKS SPT yang dilantik merupakan sarjana dan mempunyai kepakaran untuk memastikan pematuhan syariah dalam operasi dan aktiviti. Namun, kelemahan ahli JKS yang bergantung terhadap keputusan ahli-ahli JKS yang lain adalah disebabkan kurangnya inisiatif daripada ahli JKS itu sahaja.

Rajah 5.41: Dapatan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kelemahan

Dokumen terkait